Description
MY SOUL ADIT RAFI (MUNA MAHIRA)
Till death do us part.
Sejauh mana kata-kata ini mampu dipercayai? Sejauh mana bicara seorang lelaki mampu ditunaikan?
“Jangan percaya pada janji seorang lelaki. Jangan pernah ditipu dan tertipu.”
Pesanan si ibu kandung sering menimbulkan keraguan di hati.
Ditambah pula dengan si mentua yang tidak pernah senang dengan kewujudannya. Buatnya sukar meletak kepercayaan sepenuhnya pada seorang suami.
“I’m more than willing to die for you.”
Janji seorang suami yang bergema mengocakkan tasik hati. Menuntut kepercayaan tidak berbelah bahagi. Soalnya sekarang, semudah itukah mahu percaya?
“Percaya dengan I, sayang.”
Bisikan sang suami terus-terus bergema. Tidak jemu meniup pergi segala keraguan. Meletakkan hanya nama seorang Adit Rafi di hati Maisaranya. Memastikan sang isteri tidak sesekali berpaling daripadanya.
***********************
PERAMPAS (HASH AULIA)
Dua-dua aku smackdown!!!
Tak tahan digelar PENYONDOL a.k.a PERAMPAS, suami kakak tiri, Ayeesha nekad untuk berkahwin. Ketepikan hati dan perasaan, dia rela jadi isteri sesiapa saja asalkan nama baiknya kembali bersih.
PENYONDOL?? Terlalu hina gelaran bagi dia yang tak pernah punya teman lelaki. Tak ada masa dia nak goda abang ipar sendiri!
Kalau handsome, bergaya, baik, penyayang, boleh ditimbang-tara. Ini… lelaki gatal, pemalas, baran! Bagi saja pun dia tak hingin!
“Betina penyondol macam kau ni, elok mampus! Hidup menyusahkan orang. Memang keturunan korang kan? Suka rampas hak orang. Dulu mak kau rampas ayah aku, sekarang kau pulak nak rampas suami aku! Dasar perampas!” – Ameena
Penampar dan penumbuk, itu dah jadi makanan Ayeesha. Silap haribulan, penyapu hinggap di badan. Namun dia tak kisah. Boleh minta hati untuk bersabar. Namun, bila melibatkan arwah mak, hati tak sekuat yang dia fikir. Tanpa fikir panjang, Ayeesha terima lamaran lelaki asing demi menghapuskan gelaran perampas dari hidupnya.
Berkahwin tanpa cinta, memang payah. Adakala sakit hati, adakala menyampah. Encik suami berhati batu, buat Ayeesha simpan rasa. Hidup dia ibarat keluar dari mulut naga, masuk mulut buaya. Sadis!
“Saya terima lamaran awak sebab kakak saya. Jadi, jangan harapkan apa-apa daripada saya.” – Ayeesha
“Don’t worry. Aku tak perlukan apa-apa daripada kau selain hidup dalam rumah ni macam patung.” – Izz Rayyan
“Maksudnya?”
“Dalam rumah ni, kau cuma dibenarkan bernafas sahaja. Jangan buat apa-apa, jangan sentuh apa-apa. Jangan memasak. Jangan mengemas. Hidup macam hantu. Keluar bila perlu sahaja.”
Ayeesha terngadah. Dia berkahwin dengan manusia atau dengan bunian? Bukan setakat perwatakan je beku, tapi langsung tak ada perasaan. Tapi, dia tak kisah. Asalkan dia boleh lari daripada gelaran “PERAMPAS.”
Lebih baik hidup dengan lelaki tak ada perasaan daripada hidup dengan perempuan yang terlebih perasan. Malangnya, baru saja dia rasa tenang, tiba-tiba si Ameena datang buat onar. Bukan saja setakat menumpang rumah, malah menumpang kasih suami dia.
Ayeesha berang. Argh! Lantaklah, nak jadi apa pun. Sekali orang kacau apa yang dah jadi hak milik dia, dia takkan berdiam diri. Dismackdownnya Ameena habis-habisan sehingga encik suami terkedu.
“Wow! Amazing… Aku tak sangka pula perempuan selembut kau boleh jadi singa bila melibatkan aku. Do you love me?”
“Saya pantang orang ambil hak saya. So, be careful. Silap hari bulan, awak pun saya smackdown.”
Bagi dia, tiada istilah mengalah bila melibatkan suami. Dia akan melindungi apa saja yang dah jadi hak milik dia walaupun dengan kakak sendiri. Prinsip dia mudah. Kalau bukan penyondol yang makan kaki, mungkin encik suami makan penyapu.
***********************
MY HUSBAND, GYNOPHOBIA (HANA EFRIENA)
Qhuz Raden, dia kelihatan sempurna. Serba-serbi tiada cacat celanya. Namun siapa sangka di sebalik kesempurnaan itu, tersembunyi satu kelemahan. Gynophobia, is an abnormal fear of women. Dan hanya keluarga terdekat saja yang mengetahui tentang ‘penyakit’ Qhuz. Mujurlah tahap ketakutan Qhuz pada wanita masih terkawal.
Bukan Qhuz tak cuba untuk pulih sepenuhnya dari masalah yang dihidapinya. Malangnya kenangan pahit itu buat Qhuz seakan dilanda trauma tak berpenghujung. Hinggalah Qhuz ditemukan dengan Nur Hanan, wanita cantik yang dihantar oleh Tan Sri Qazim untuknya.
Perempun mana yang papa hantar dekat pejabat Qhuz ni? – Qhuz
Setiausaha baru untuk Qhuz, merangkap bakal menantu papa. – Tan Sri Qazim
Tan Sri Qazim tahu sebolehnya Qhuz akan mengelak untuk berinteraksi dengan wanita. Kalau tidak, takkanlah setiausaha pun Qhuz rembat si Nopal a.k.a Naufal. Geli, bukan?
Aku tak perlukan setiausaha perempuan. Kau boleh ambil resume kau dan balik. – Qhuz
I tak hantar resume untuk jadi setiausaha you pun. – Hanan
Habis tu yang kau tercegat berdiri depan aku untuk apa? Nak jadi tunggul? – Qhuz
Mulut Qhuz, boleh tahan pedasnya. Namun Hanan tahu Qhuz memilih untuk bersikap kasar semata-mata mahu menutup kegugupan lelaki itu. Buktinya? Sejak dia masuk, Qhuz berpeluh-peluh dan tangan lelaki itu sesekali ditangkap menggeletar. Hanan malas nak cakap banyak, belek helaian pertama terus disuruh Qhuz baca. Sebaik saja isi resume terpampang di depan mata, Qhuz terhenyak.
Tan Sri suruh I jadi isteri you supaya I boleh tolong you jadi lelaki normal semula. – Hanan
Berapa papa aku bayar kau? – Qhuz
RM100K. Rugilah kalau I tolak kan? Disebabkan I tak nak jadi manusia yang rugi, I akan pastikan you jadi suami I. You, I dapat. Duit tu pun I dapat. – Hanan
Nekad Hanan, bukan sekadar mainan di bibir. Puas Qhuz mengelak, takdir membawa Hanan ke dalam hidupnya. Namun hubungan mereka tidak sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Apatah lagi saat Qhuz tahu perkahwinan itu wujud disebabkan nilai wang ringgit.
Langkah pertama, biasakan diri untuk ada sentuhan dengan I. – Hanan
Kau nak aku sentuh kau dekat mana? – Qhuz
Qhuz jawab macam tu sebab tak nak Hanan nampak dia ni ‘lemah’ sangat. Bila Hanan pangkah dia dengan soalan maut semula, memang buat Qhuz hilang lidah.
Dekat mana yang you suka? – Hanan
Kadang-kadang Qhuz dapat rasakan Hanan adalah ‘penawar’ yang mampu menyembuhkan dia. Goyah keyakinan pabila memikirkan asbab utama Hanan sanggup memilih dia yang tak sempurna.
Benarkah Hanan kahwini Qhuz disebabkan jumlah wang yang ditawarkan oleh Tan Sri Qazim? Mampukah pula Hanan membantu Qhuz mengatasi masalah Gynophobia yang dialaminya?
***********************
STAY IN MY HEART (SOPHILEA)
Kalau cinta mampu mengubah duri menjadi mawar cinta juga mendekat Aazief dan Ilya Hani. Abang nak rakam setiap saat bersama Ilya dalam memori abang bila satu hari nanti salah seorang dari kita pergi untuk selama nya kita ada kenangan manis untuk di kenang.
“I love you more than you love me.” Ilya senyum.
“Mana abang tahu love abang tu lebih dari Ilya?” Aazief ketawa.
“Betullah sebab setiap hari abang angau kan isteri abang ni.”
Saat kasih yang baru di baja semakin mekar ada tangan yang cuba menghancurkan kisah mereka.
“Saya dan awak… kita tiada apa-apa lagi yang boleh di definisikan sebagai hubungan. Maaf Nassarudin hati saya dah lama mati untuk awak. yang ada saat ini hanya Aazief Azman.”
“Ilya yakin Aazief lelaki yang setia? Ilya yakin bahagia yang Ilya kecapi hari ini kekal sampai hujung nyawa?”
Ilya cuma tersenyum
“Kekal atau tidak bukan di tangan kita tapi di tangan tuhan.”
Aazief berang bila rumahtangga di ganggu. Ilya berlagak tenang.
Kemunculan seorang wanita bernama Farah Ahmad buatkan semuanya makin kucar kacir. tapi sedikit pun tidak mampu mengugat kasih dan sayang Ilya dan Aazief yang semakin bersemi betullah kata orang tak nama cinta kalau tak punya dugaan tak bertemu bahagia sebelum kesedihan menghilang. Ujian tuhan menguatkan cinta mereka . Cinta Aazief Azman dan Ilya Hani tak perlu cakap apa-apa cukup stay in my heart and put me in your heart.
Reviews
There are no reviews yet.