Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Zamir, My Hubby
RM18.00
PENULIS: MUNA MAHIRA
This content is restricted!
Pertama kali si buaya jatuh cinta. Malang sekali gadis itu milik seorang tengku. Sukar untuk dirampas dari tangan yang sudah pun menggenggam kemas. Apatah lagi bila si gadis langsung tidak memberi peluang.
Kala si ibu mendapat tahu tentang anak yang kecewa dengan cinta, bebelan mula bergema. Si buaya yang kecewa bersetuju dengan pilihan si ibu kerana tidak mahu telinga ditulikan dengan bebelan yang pasti berpanjangan.
Bagi si buaya, siapapun gadis yang dipilih si ibu hanya akan dijadikan teman di kamar tidur. Soal hati tidak penting sama sekali. Untungnya, bakal suri yang dipilih juga tidak peduli tentang itu. Begitu open minded orangnya.
“I tak peduli siapa yang ada di hati you. Tapi selagi you bergelar suami I… you cuma boleh sentuh I seorang. I tak nak you bawa penyakit bukan-bukan pada I.” ~ Amy Amiza
“Jangan risau. I’m clean, darling. I won’t bring harm to my own wife.”~ Zamir
Benarkah soal hati tidak penting? Bila dua tubuh mula bersatu, mustahil untuk hati kekal tidak tersentuh, bukan?
Reviews
There are no reviews yet.