Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
My Sweet Valentine’s
RM18.00
PENULIS: MUNA MAHIRA
This content is restricted!
Cinta bila tidak dibaja pasti layu akhirnya. Apatah lagi bila jarak memisahkan segalanya. Lalu pertunangan yang dipersetujui di antara dua buah keluarga menjadi sepi. Seolah tidak wujud lagi. Cinta di antara dua jiwa terpadam begitu sahaja.
Pun begitu janji yang dipegang tetap perlu ditunaikan. Lalu perkahwinan dilangsungkan biarpun dua jiwa tidak lagi bersatu.
“Tell me. What do you want? How much?” Sinis nada yang bergema. Bila prasangka bermain di hati sang suami, seorang isteri dianggap begitu murah.
“Mia cuma mahukan awak.” Balasan sang isteri pula jelas berdusta. Lakonan semata. Tiada sinaran cinta terpancar di sepasang mata bundar itu. Bagaimana mahu percaya?
Sekali pernah dilupakan, Mia Maryani tidak lagi mengharapkan apa-apa. Mohd Qaiser Amin tidak lagi berada di hati. Semuanya sekadar cinta monyet di kala mereka masih terlalu mentah.
Kisah yang pernah ternoktah mungkinkah punya pengakhiran yang berbeza? Atau kisah mereka akan terkubur selamanya?
Reviews
There are no reviews yet.