Reviews
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
RM8.00 – RM25.00
PENULIS: MUNA MAHIRA
Sebut sahaja tentang cinta, pasti sepasang kekasih menjadi simboliknya. Couple of the year. True love. Belangkas. Semua itu gelaran untuk mereka di kampus. Nourul Aazeen, hawa yang dijadikan untuk adamnya, Mohd Ishaq. Sepasang kekasih yang takkan berpisah. Kasih tersimpul mati. Cinta sehangat asmara. Happily ever after.
Lalu kenapa bukan tangan Ishaq yang disambut Aazeen? Kenapa Eduan pula yang tiba-tiba menjadi pilihan? Punah sudah impian. Terlerai segalanya. Amarah mula membakar. Benci mula membusuk. Dendam kini beraja. Ishaq pergi tanpa sepatah kata. Pergi tak mungkin kembali lagi. Episod cinta tamat begitu sahaja.
5 tahun bukan tempoh yang singkat. Segalanya hanya tinggal sejarah. Tiada lagi kisah adam dan hawanya. Semua telah terkubur. Namun takdir sekali lagi mempertemukan mereka. Dahulu sebagai senior dan junior. Kini sebagai pengurus dan pembantu. Pertemuan kali ini, apa kesudahannya? Mungkinkah cinta lama hangat kembali? Atau dendam kesumat yang menjadi agenda? Derita? Atau bahagia pengakhirannya?
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Faridah A.H –
Karya kak muna tidak pernah mengecewakan. Begitu banyak pergorbanan azean hanya untuk kasih sayang kepada lelaki bergelar ayah. Walaupun putus dengan lelaki yang dicintainya, namun azean harus pasrah dengan takdir. Ditambah lagi dengan pertemuan kembali dengan kekasih lama, ishaq yang hanya tahu melontar cacian dan makian tanpa mengetahui punca sebenar perpisahan mereka 5 tahun yang lalu. Sekali lagi, Azean terpaksa makan hati apabila bergelar isteri kepada ishaq yang tidak putus-putus mendera perasaan azean. Setelah kebahagiaan datang, azean pula ditimpa kemalangan. Dari awal sampai akhir novel ni buat pembaca sakit hati, sedih sampai nangis. Kadang-kadang ketawa juga bila ishaq keluarkan rasa cemburu tu tapi tak nak mengaku. Tak nak cerita banyak2, kalau nak baca beli je karya kak muna. Semua nya tip top👍👍
syuraya –
ending lain dari yang lain. Tough ending with so much love!! can’t wait to read next novel from Muna Mahira 😍
asakae –
mmg best cita ni..x sabar nk tahu apa yg jd sebenanrnyaa..syokkkkkk