Sang Permaisuri
~Tiada yang sepertimu untuk ku melangkah pergi~

Sang Permaisuri
“YOU ingat you boleh tinggalkan I, huh?” soal si jejaka keras. Jelas tidak membenarkan hajat si kekasih hati untuk memutuskan perhubungan yang dianyam hampir 3 tahun lamanya.
Jangan ingat semudah itu untuk meninggalkannya. Gadis yang ingin dimiliki tentunya akan kekal menjadi miliknya. Tidak akan dibiarkan pergi begitu sahaja. Apatah lagi berakhir di dalam dakapan lelaki lain!
“I tak boleh tinggalkan you?” soal si gadis sinis. Mempersoalkan lelaki yang cuba menyekat kebebasannya.
Mereka cuma bercinta. Tidak bermakna dia sudah menjadi milik lelaki tinggi lampai itu. Jika dia mahu mengangkat kaki sekalipun, lelaki itu langsung tidak punya hak untuk menghalang langkahnya.
Dia bukannya isteri lelaki itu!
“You ingat semudah tu you nak tinggalkan I?” Dagu runcing si gadis dipaut kasar. Memaksa si gadis menentang renungan berapinya.
Berani benar si gadis memasang hajat untuk memutuskan hubungan yang begitu harmoni. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja mahu melangkah pergi. Bagaimana dia mampu menerima keputusan itu?!
“You siapa nak halang I?”
“I’m your man,” balas si jejaka tanpa silu. Menyatakan hak yang tiada.
Selagi tidak punya sebarang ikatan, tiada hak yang sah di sisi agama. Sekadar berbicara apa gunanya. Cuma mainan cinta.
“But not my husband,” balas si gadis tanpa sebarang emosi. Seolah lelaki tinggi lampai yang berdiri di hadapannya bukan lelaki yang sama yang sering menjadi igauan manisnya. Bukan lelaki yang selalu membuai hatinya.
Dia gadis yang bijak memisahkan emosi dengan realiti. Saat ini, dia perlu berpijak pada realiti. Bukan berpaut pada emosi yang masih menginginkan lelaki yang benar-benar cinta.
Malang sekali, cinta yang pernah diungkap perlu dilupakan. Menganggap semua itu hanya kenangan semalam. Kenangan yang sesekali boleh disingkap.
“Husband, huh?” Terletus tawa sinis di bibir si jejaka. Status yang dipersoalkan masih belum mampu digapai.
Dia perlukan sedikit masa untuk menjadikan status itu satu realiti. Sayangnya si gadis sudah berniat mahu meninggalkannya sebelum masa itu tiba.
“Sorry, Zar. You tak dapat berikan apa yang I perlukan. Kita tak boleh teruskan hubungan ni,” tutur si gadis tenang. Berbicara seperti tidak melibatkan soal hati. Tidak menghancurkan hati seorang kekasih.
Ditepis tangan yang masih setia mencengkam dagunya. Dan dia berpaling mahu pergi. Tidak perlu meneruskan bicara yang pastinya berakhir dengan hasil yang sama.
Dia sudah menyampaikan hajat di hati. Sama ada lelaki itu dapat menerima atau tidak keputusan yang dibuat, tetap tidak dapat mengubah apa-apa. Hubungan mereka masih tidak dapat diteruskan.
Belum sempat dia melangkah pergi, pinggangnya pula disambar lengan kekar si jejaka. Mematikan langkah yang baru cuba diatur.
Terletus keluhan di bibir. Hati dipagut sayu. Dia tahu lelaki kesayangannya tidak semudah itu dapat menerima perpisahan yang dipinta.
Malangnya tiada pujukan yang terluah di bibir. Pujukan hanya akan menyukarkan semua ini. Cinta tidak menjanjikan apa-apa. Namun keluarga perlu diletakkan di tangga utama. Dan kerana keluarga, dia perlu menghadapi semua ini.
“Don’t go, Mil,” bisik si jejaka lirih. Mengharap sang kekasih berlembut hati. Jika kekerasan tidak jalan, kelembutan mungkin menggoyahkan tekad si gadis.
“Zar… it’s over,” balas si gadis tenang. Kejam kedengaran di telinga si jejaka.
Kebenaran itu memang pahit. Namun itu yang perlu diungkap. Biarlah dia dikatakan kejam. Dia tidak perlu sesiapapun untuk menilainya.
“I will do anything for you, Mil. You’re mine. I takkan serahkan you pada lelaki lain,” tingkah si jejaka masih berkeras tidak mahu melepaskan.
“You will do anything for me, huh?” soal si gadis sinis.
Lengan kekar yang masih membelit pinggang dileraikan kasar. Dia berpaling memandang tepat sepasang mata yang jelas menyatakan cinta. Buat hatinya sedikit goyah.
“Apa you boleh buat untuk I? You boleh bagi I duit ke? Status? Kekayaan? No?” soal si gadis mempersoalkan kemampuan si kekasih hati.
“You belum mampu berikan I semua tu, Zar. Belum, sayang. Mungkin… suatu hari nanti you mampu. Waktu tu…”
Kata-kata si gadis terhenti di situ. Tidak berani untuk memikirkan tentang masa depan yang terasa kelam sebenarnya.
Cinta yang dianyam terpaksa dilupakan. Lalu mana mungkin jalan di hadapanya punya warna yang indah. Sebaliknya kelam tanpa cahaya.
Pun begitu, dia tetap perlu melaluinya. Mengharap masih ada sekelumit cahaya untuknya terus melangkah tanpa pincang.
“Goodbye, my love,” ucap si gadis lirih sebelum menghilang dari pandangan. Hilang dari hidup si jejaka yang terpaku tanpa kata. Hanya hati tidak henti menitis darah merah. Pekat!
“COME on, bro,” tingkah si teman separuh kecewa. Susah benar mahu mengajak teman sendiri keluar berjoli. Langsung tidak mahu berhibur. Hidup hanya tahu tenggelam dalam kerja yang entah bila akan habisnya.
“Busy,” balas Nizar acuh tidak acuh. Tidak sudi pun mengangkat wajah memandang teman yang mengeluh berat setiap kali mendengar penolakan daripadanya.
Yang hairannya si teman tidak pernah jemu mengajak walaupun jawapan yang diterima tetap sama. Dia tidak punya masa untuk berhibur. Perhatian diberikan sepenuhnya kepada syarikat yang menjadi matlamat utama.
Untuk berada di puncak bukan sedikit pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Lalu dia perlu memastikan syarikat yang dibina terus berdiri teguh tanpa digugat sesiapa.
“Sampai bila kau nak macam ni?” soal Khairi geram.
Teman baiknya itu langsung tidak tahu berdunia. Hidup hanya tahu memikirkan tentang syarikat. Kalau bole, tidur pun mahu di syarikat.
Hakikatnya itu yang sering berlaku. Puas diheret baru tahu meninggalkan syarikat. Sayang benar pada syarikat yang sudah pun berada di puncak.
Siapa tidak kenal Global Works Resources? Bukan lagi syarikat kecil seperti 4 tahun yang lalu.
Global Works kini menjadi salah sebuah syarikat yang dikagumi ramai. Lagi-lagi bila mereka tahu siapa pemilik sebenarnya. Pemilik yang masih terlalu muda untuk memiliki syarikat sekukuh Global Works.
Namun usia tidak boleh menjadi ukuran. Sebaliknya usaha dan perancangan rapi memastikan semua itu berlaku.
Tidak semudah itu untuk membina syarikat. Dan berdiri megahnya Global Works menunjukkan segala pengorbanan temannya itu cukup berbaloi. Tidak bermakna si teman perlu menghabiskan setiap waktu demi syarikat tersayang.
“Kenapa aku tak boleh macam ni?” soal Nizar tersenyum sinis.
Dia tidak merasakan wujud sebarang masalah jika masanya dihabiskan menyemak laporan yang masih bertimbun di atas meja. Laporan kewangan, laporan pembekal dan laporan pencapaian staf syarikat, semuanya memerlukan perhatian.
“Bro, syarikat ni dah cukup kukuh. Apa salahnya kau enjoy hidup kau pulak. You earned that,” tingkah Khairi serius.
“Busy.” Jawapan yang sama bermain di bibir.
“Sebab perempuan tu, kan? Kau masih belum lupa?” tebak Khairi ingin tahu.
“Perempuan mana?” soal Nizar berpura-pura tidak faham.
Bila soal si kekasih lama disebut kembali, wajah cantik itu cepat benar melata di layar ingatan. Dan kenangan lama begitu mudah tersingkap mengganggu ketenangan hati.
“JATUH cinta bukan pilihan I,” balas si jejaka tenang.
Redup pandangannya jatuh pada wajah mulus yang memukau pandangan. Wajah yang sering menghiasi mimpi. Ingin dijadikan realiti. Biar setiap pagi dapat membuka mata dengan pemandangan indah.
Jemari runcing si gadis diramas lembut. Tidak ingin dilepaskan biarpun belum punya hubungan yang halal di sisi agama.
Dia masih perlukan masa untuk mengikat si gadis di sisi buat selamanya. Waktu itu tiada siapa boleh mempertikaikan hubungan di antara mereka.
“Oh, bukan pilihan you?” soal si gadis menjongket kening. Matanya mendarat pada jemari yang berada kemas di dalam genggaman sang kekasih.
Jika bukan pilihan, kenapa jemarinya dibuat harta? Tiada gaya mahu melepaskan!
“Erm, bukan pilihan I, sayang,” akui si jejaka jujur.
Sememangnya jatuh cinta tidak pernah berada di dalam kamus hidupnya. Dia bukan seperti lelaki lain yang sibuk mengejar perempuan di kala usia masih muda.
Fokusnya pada ijazah yang ingin digapai. Pencapaian cemerlang matlamat utama. Kemudian membina nama. Mencipta kejayaan yang mampu membanggakan keluarga.
Satu impian tipikal seorang pelajar. Itu yang dikejarnya. Bukan soal cinta.
Siapa sangka tiba-tiba sahaja hatinya terpaut kala mata jatuh pada wajah ayu yang mampu memukau sesiapa yang memandang. Dia yang tidak pernah tertarik dengan mana-mana perempuan sebelum ini rupanya masih sama seperti lelaki lain.
Hati yang tidak pernah terusik, berdetak hebat untuk gadis yang kini bermukim di hati. Jatuh cinta nyata bukan pilihan. Hadirnya tanpa diduga. Dan kala hati sudah terpaut, mana mungkin dia rela melepaskan.
Lalu si gadis pantas sahaja ditawan. Dia yang tidak tahu berbicara manis, dengan mudah bertukar menjadi buaya tembaga. Bibir ringan sahaja mengucap cinta.
Segala bicara manis melata di bibir hingga akhirnya si gadis tewas dalam cinta yang benar-benar ikhlas. Cinta yang datang dari hati. Bukan sekadar ingin mempermainkan.
“Kalau I bukan pilihan… you tak perlu lagi muncul depan I,” tutur si gadis mencebik bibir merah yang selalu membuat iman si jejaka hampir tertewas. Bengang!
Direnung tajam bibir merah yang begitu berani menghalaunya pergi. Ingin dipagut biar bibir itu tidak lagi berbicara yang bukan-bukan. Menghukum.
Kalaulah sudah menjadi isteri, tahulah dia mengajar bibir merah yang cukup menggoda di mata. Seksi!
Jemari yang berada di dalam genggaman ditarik hingga tubuh genit si gadis hampir terdorong ke dalam dakapannya. Dibalas dengan jelingan tajam si gadis.
“Jatuh cinta mungkin bukan pilihan I, Mila. Tapi mencintai you… perkara terindah dalam hidup I, sayang,” bisik si jejaka syahdu. Mencairkan hati si gadis yang mendengar.
“You…”
“I love you, Kamila. Only you,” bisik si jejaka romantis. Meruntun jiwa sang kekasih. Merekahkan senyuman di bibir merah menggoda.
Tiada balasan yang diperlukan. Cukup senyuman manis yang jarang kelihatan di bibir si gadis dihadiahkan untuknya. Membahagiakan harinya. Indah.
“PEREMPUAN mana lagi kalau bukan yang dah lama kau simpan dalam hati,” sergah Khairi bila dilihat si sahabat ‘menghilang’ tanpa berpijak di dunia nyata.
Dia masih lagi terpacak di hadapan mata, boleh pula si sahabat melamun mengenangkan cinta lama. Itu pun masih mahu menafikan.
Berpura-pura tidak faham konon!
“Kau ingat aku tak tahu ke? Gambar dia pun kau simpan lagi, kan?” sindir Khairi sinis.
Bukan dia tidak pernah melihat gambar si cantik yang terselit di dalam dompet sahabatnya itu setahun yang lalu. Tidak hairanlah si sahabatnya sukar untuk lupa. Gadis yang bertakhta di hati bukan main lawa orangnya.
“Macam cakap dengan batu!” dengus Khairi bila tiada respons dari si sahabat yang kini kembali fokus pada laporan di atas meja.
Mata mencerun tajam memandang si sahabat yang sepatutnya dikelilingi ramai gadis. Bukan tiada rupa. Kacak orangnya. Kekayaan usah disebut. Tiada apa yang kurang. Malangnya hati yang pernah terluka sukar untuk diubati.
Sesungguhnya dia tidak faham soal cinta pertama. Apa yang terlalu sukar untuk melupakan? Dia sendiri biasa bercinta. Malah berkali-kali bertukar pasangan. Tidak pula susah untuk lupa.
“Bro, kalau kau tak cuba cari pengganti… macam mana kau nak jumpa perempuan yang lebih baik? Selagi kau terperuk kat pejabat ni, mana nak datang pengganti yang lama?” soal Khairi masih belum berputus asa.
“Susah nak jumpa, huh?” soal Nizar sinis.
Seingatnya, walaupun dia hanya menghabiskan masa di syarikat, masih ramai gadis yang cuba datang menempel.
Bukan setakat pekerja di syarikatnya sendiri. Malah perempuan yang diperkenalkan oleh Khairi bukan sedikit jumlahnya. Tidak lupa pada keluarga sendiri yang giat menggesanya berkahwin.
Khairi tersengih menayang barisan gigi yang tersusun rapi. Kepala yang tidak gatal digaru kala dibelit rasa bersalah bila dipersoalkan si sahabat.
“Bukan salah aku kalau kau yang degil sangat. Aku ajak keluar kau tak nak. Aku terpaksa…”
“Kalau kau tak berminat dengan projek Lumut, kau boleh teruskan dengan usaha kau tu,” balas Nizar memberi amaran serius.
Dia tidak punya masa untuk melayan perempuan yang bermata duitan. Tiada perempuan yang akan dekat dengannya jika bukan kerana wang dan status.
“Itu namanya main kasar, bro. Dengan kawan-kawan pun kau nak berkira,” tingkah Khairi tidak berpuas hati. Dia cuma berniat baik. Mahu si teman menamatkan zaman bujang secepat mungkin. Tidaklah kesunyian seperti sekarang.
“Main kasar? Kau sendiri pun masih membujang. Nak aku tolong carikan pasangan untuk kau ke?” tembak Nizar memulangkan paku buah keras.
Ada hati mahu menyibuk tentang status bujangnya sedangkan si teman sendiri masih lagi belum berniat memilih isteri. Tidak jemu berjoli di luar bersama pasangan yang berbeza setiap bulan.
“Aku… tak bersedia lagi. Rambang mata, bro,” balas Khairi gugup. Makin panjang sengihannya cuba menutup khilaf sendiri.
“Oh, kau belum bersedia? Kau ingat aku dah bersedia?” soal Nizar sinis.
“Kau bukannya tak bersedia. Kau tu langsung tak berminat!” bedil Khairi.
“Projek Lumut tu mungkin aku patut pass pada…”
“No!” pantas Khairi memotong.
Projek yang sudah berada di dalam genggaman mana mungkin dilepaskan ke tangan orang lain. Itu namanya menolak rezeki!
Jika projek membina kilang itu terlepas dari genggaman, teruk dibambu keluarganya nanti. Kilang kedua milik Global Works. Membina kilang bukan projek kecil yang boleh dilepaskan begitu sahaja.
“Get out,” tutur Nizar tenang. Menghalau si teman tanpa belas. Masanya terlalu berharga untuk dihabiskan dengan topik yang tidak berkait dengan kerja.
“Okey. Tapi aku belum give up,” tingkah Khairi sebelum menghilangkan diri. Sempat lagi tu!
Nizar tergeleng kecil dengan gelagat teman baiknya. Jika tidak dianggap teman baik, sudah lama tidak dibenarkan muncul di hadapan mata mengganggu ketenangan di pagi hari.
“AKU dengar ramai yang datang dinner tu nanti. Big shot, babe,” tutur Dahlia teruja. Mata bersinar galak kala imaginasi meliar membayangkan lelaki-lelaki kacak yang mungkin hadir untuk majlis ulang tahun syarikat pembekal mereka.
Sebagai salah seorang klien, mereka tentunya dijemput hadir walaupun syarikat mereka masih terlalu mentah. Dia tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menangkap jerung yang jarang dapat dilihat pada hari-hari biasa.
“So?” Kamila tersenyum sinis. Kening yang terbentuk cantik dijongket mempersoalkan kenyataan si teman. Nyata tidak berminat dengan maklumat yang disampaikan.
Dia tentunya akan menghadiri majlis tersebut. Sebagai businesswoman dia perlu pandai menjaga hubungan sosial demi memastikan perjalanan syarikat lebih lancar.
Lebih luas pengaruh yang dimiliki, lebih mudah untuk mencipta ruang dan peluang. Itu prinsip yang patut dipegang.
“Boleh cuci mata.”
“Not interested,” balas Kamila senada.
“Kalau tak dapat tangkap si jerung, dapat usik-usik pun jadi la,” balas Dahlia tersenyum nakal.
Kamila mendengus halus. Kalau soal lelaki laju sahaja temannya itu. Pantang dapat peluang. Pasti ingin dikejar.
Soal kerja puas dibambu. Nama sahaja rakan kongsi. Yang benar-benar bekerja hanya dia seorang. Disebabkan itu peratusan saham yang dimilikinya melebihi si teman yang tidak pernah serius.
Temannya itu anak yang dimanjakan keluarga. Tidak perlu berusaha untuk mendapatkan apa-apa. Semuanya disediakan di atas dulang emas. Menjadi rakan kongsi dilakukan sebagai hobi semata. Sekadar menghabiskan masa terluang.
Dia sendiri lebih senang membiarkan si teman begitu. Tidak menyukarkan untuknya membuat keputusan. Segalanya terletak di atas tangannya sendiri. Dahlia setia menurut.
“Kalau kau suka sangat, mungkin aku tak perlu pergi dengan kau.”
“Eh, kau wajib datang. Walaupun kau lagi hot dari aku tapi aku sanggup mengalah demi kawan baik aku ni. Kau lebih perlukan lelaki daripada aku ni,” balas Dahlia laju.
Sekali lagi kening terbentuk cantik terjongket dek kenyataan teman yang dirasakan tidak masuk akal. Sejak bila pula dia perlukan lelaki? Kenapa dia sendiri tidak tahu?
“Aku perlukan lelaki, huh?”
“Yup,” balas Dahlia selamba. Langsung tidak menganggap kenyataan sendiri itu salah.
“I don’t think so,” nafi Kamila mendatar. Seolah soal lelaki tidak terlintas di fikirannya.
Setelah apa yang berlaku, fokusnya hanya diberikan pada syarikat yang baru ditubuhkan lebih setahun yang lalu. Dia tidak punya masa untuk berfikir soal makhluk yang terlalu mudah mengecewakan wanita.
“Jangan sebab seekor kumbang kau terus nak hidup sendiri, babe,” tingkah Dahlia tidak setuju.
Dia ingin melihat senyuman kembali bermain di bibir si teman. Bukan serius memanjang seperti sekarang. Tiada lagi keceriaan di wajah cantik itu.
Seekor kumbang? Dahlia tidak tahu sebelum wujudnya kumbang yang mengecewakan, hatinya pernah menjadi milik seorang lelaki lain. Lelaki yang ditinggalkan tanpa belas.
Mungkin ini balasan untuknya. Dikecewakan setelah mengecewakan. Lalu dia tidak lagi berminat untuk bermain dengan api. Lebih baik membina kejayaan sendiri.
“Aku tahu kumbang bukan seekor. Tapi kumbang buat masa ni tak penting bagi aku. Syarikat ni baru sangat bertapak. Aku tak nak fokus aku lari sebab kumbang yang belum tentu mampu membahagiakan,” ucap Kamila tegas. Mengharap si teman faham. Tidak terus-terusan menggiatnya dengan isu yang sama. Bosan!
“Sambil menyelam minum air. Kau tak pernah dengar ke?” tukas Dahlia tidak setuju.
Apa salahnya bekerja sambil diapit lelaki-lelaki kacak? Tidak membawa sebarang masalah baginya. Lebih harmoni begitu bila bekerja dan punya waktu untuk berjoli.
Kamila menghela nafas panjang. Jika berbicara dengan teman yang tidak pernah serius tentu membuat kepala sendiri pusing.
Dia tidak dapat mengubah persepsi temannya itu. Lebih baik menumpukan perhatian pada kerja yang memerlukan perhatiannya.
Dia baru sangat merangkak untuk mencipta nama. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk memastikan syarikat mencapai matlamat yang ditetapkan. Masa dan tenaga perlu dilabur. Bukan sekadar mimpi dan kata-kata.
“Bila tak setuju mula la jadi patung bisu,” omel Dahlia kala si sahabat kembali fokus pada kerja. Menganggapnya bagai tidak wujud sahaja.
“Kau jangan tak nak datang pulak malam tu nanti,” pesan Dahlia sebelum keluar dari pejabat urusan si teman. Dia perlu ke spa pula selepas ini. Memastikan diri kekal cantik berseri.
Kamila tergeleng sendiri sebaik si teman menghilang dari pandangan. Sedikit lega bila ditinggalkan sendirian. Tanpa sebarang gangguan. Itu yang diperlukan ketika ini.
“MILA patut pergi dinner tu,” tutur Puan Roziya lembut. Direnung seraut wajah serius si anak. Hati berdetik rasa bersalah.
Kamila tersenyum sumbing mendengar usul itu. Mamanya pun sudah seperti Dahlia. Mahukannya mencari pengganti. Takut sangat agaknya dia masih sendiri setelah dikecewakan lelaki.
Tadi di syarikat Dahlia menyogok. Di rumah pula Puan Roziya mula membuka usul yang tidak perlu. Lelaki bukan isu utama di dalam hidup.
“Mila patut pergi,” sokong Tuan Zawawi serius.
Tawa sinis terletus di bibir bila si papa mula menyokong. Kalau bukan kerana si papa, dia tidak akan memilih lelaki yang sesuka hati berlaku curang di belakangnya. Mengecewakan!
“I don’t need a man,” tutur Kamila senada. Tegas kedengaran pada si papa dan mama yang mendengar.
Puan Roziya tersenyum hambar. Jawapan yang sama diterima setiap kali dia cuba mendesak si anak mencari pengganti.
Dua tahun sendiri tanpa lelaki buatnya sebagai ibu yang resah. Hari demi hari berlalu buat rasa bersalah kian mencengkam jiwa.
Jika bukan kerana desakannya dan suami, tentu si anak bahagia dengan pilihan sendiri. Kini fokus si anak tertumpu pada syarikat yang hanya mampu menjadi peneman bisu.
Jika si anak hadir ke majlis makan malam itu nanti, terbuka juga peluang untuk berkenalan dengan lelaki lain yang mungkin mampu mencuit hati yang sukar untuk tersentuh. Andai terus terperap di syarikat, sampai bila pun tidak akan ketemu pengganti.
“Kalau ada suami…”
“Suami?” potong Kamila sinis.
Nasi yang baru mahu disuap ke mulut terus kembali ke pinggan. Hilang terus selera bila perkataan itu menjadi sebutan.
Cukup sekali status itu dikaitkan dengannya. Tidak perlu diulang kembali!
Kamila bingkas bangun. Tidak betah terus berdepan dengan ibu bapa yang tidak memahami kehendaknya.
Susah sangat agaknya mahu faham apa yang dimahukannya. Dia boleh melupakan kekecewaan lalu. Tidak perlu terus-terusan diungkit begini.
“Mila… mama…”
“Mila letih, mama,” tingkah Kamila menoktahkan bicara Puan Roziya.
Kaki laju melangkah pergi. Tidak sudi mendengar sebarang sogokan yang bakal menyemakkan fikiran. Lelah.
Nur Kamila tidak perlukan lelaki di sisi. Titik!
TUBUH dihenyak ke katil. Seluruh tubuh terasa lesu ketika ini. Berdepan dengan ibu dan bapa yang tidak jemu menyogok isu yang sama buatnya lelah sendiri. Bosan!
Disebabkan itu dia jarang pulang menjenguk biarpun mereka tinggal tidak sejauh mana. Lebih selesa hidup sendiri dari terpaksa melayan soalan yang terasa membingitkan telinga.
Mata terkebil-kebil merenung siling putih. Menyingkap kisah hidup yang tidak seindah mana. Hidup nyata ibarat roda. Hari ini kita di atas. Esok tidak mustahil berada di bawah.
Tiada siapa boleh memastikan diri terus berada di tangga teratas. Sekali Tuhan ingin menduga, kita hanya mampu menerima segalanya dengan reda.
Apa yang berlaku di dalam hidup mengajarnya untuk lebih bersedia selepas ini. Tidak mudah menyangka panas itu untuk selamanya. Hujan tetap akan datang membadai.
Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Dia perlu bijak mengawal nasib sendiri. Bijak mengatur langkah agar tidak kuyup dibasahi hujan.
Dia bukan lagi gadis naif seperti dulu. Cuba bersangka baik terhadap orang lain. Mudah untuk percaya.
Dia kini telah berubah menjadi wanita yang tegas. Wanita yang tetap pendiriannya. Tidak lagi mengikut aturan keluarga. Cukup sekali dia mengorbankan diri. Tiada kali kedua!
“MACAM ni aje kau pakai?” soal Dahlia meninggi suaranya tidak percaya kala mata mendarat pada penampilan si teman. Terlalu simple!
“Nak pakai macam mana lagi?” balas Kamila acuh tidak acuh. Dioles gincu merah jambu ke bibir. Menambah seri di wajah yang sudah cukup berseri.
“Yang vogue sikit kau tak ada ke?” tingkah Dahlia benar-benar tidak berpuas hati.
Dress hitam labuh tanpa sebarang aksesori mahupun warna yang memukau pandangan lelaki. Kalau seksi boleh tahan lagi. Too dull!
Dia melangkah ke almari baju milik Kamila. Tanpa silu ditolak pintu almari si teman. Tidak berniat meminta kebenaran. Dianggap seperti harta sendiri.
Dibelek satu per satu dress milik Kamila. Tiada satu pun memuaskan matanya. Terlalu simple!
Bertaut kening nyata tidak setuju dengan penampilan sahabat baiknya. Bagaimana mahu memikat lelaki jika penampilan diri pun tidak dititikberatkan?
Hakikatnya si teman sudah cukup menarik perhatian lelaki. Hanya Dahlia yang mementingkan imej vogue tidak berpuas hati.
“Kau nak aku pergi ke tak ni?” soal Kamila senada. Tidak kuasa melayan kehendak teman baiknya itu.
Dia bukan ke majlis makan malam untuk memikat lelaki. Sebaliknya mencari ruang dan peluang untuk syarikatnya melangkah dengan lebih mudah.
Berkecimpung di dalam dunia perniagaan buatnya terpaksa bermanis mulut dan menebalkan wajah untuk mewujudkan hubungan baik dengan mereka yang dikira penting dalam memastikan langkahnya tidak pincang.
Ada masa perlu menunduk mengikut keadaan demi masa depan yang lebih cerah. Tidak boleh mendongak ke langit tanpa melihat tanah yang dipijak.
Lebih setahun menongkah arus sudah membuka matanya untuk melihat dunia dari skop yang berbeza. Dunia yang merupakan satu pentas. Pentas untuk mereka yang bijak menggunakan peluang dengan sebaiknya.
“Hah, ada pun!” Ceria benar suara Dahlia bila ketemu apa yang dicari.
Dress berwarna merah darah disulam dengan batu permata yang mampu menyinari kelam malam dicapainya. Sesuai untuk wanita anggun yang indah dipandang mata.
“Kenapa kau sorok dress ni? Hampir terlepas dari pandangan mata aku ni!” tingkah Dahlia jelas tidak berpuas hati.
Mujur sahaja matanya seperti laser. Dapat menangkap kelibat dress yang tersorok di sebalik susunan kemeja dan blaus yang selalu menjadi pilihan Kamila.
Dia tidak pernah melihat si teman memakai dress merah darah seperti ini. Bergemerlapan indah menyilaukan mata yang memandang.
Selalunya pemilihan Kamila terlalu ringkas. Plain and simple. Tiada bercorak mahupun berbatu permata.
Mujur sahaja orangnya cantik. Tanpa pakaian yang vogue pun mampu menarik perhatian mata yang memandang.
Malang sekali si pemilik kecantikan itu lebih senang menghabiskan masa di syarikat. Bergelumang dengan kerja yang tak mungkin selesai. Buatnya sebagai teman hilang kata.
“Pakai ni!” arah Dahlia garang. Siap bercekak pinggang. Tidak mahu mendengar sebarang bantahan.
Mata Kamila tertancap pada dress yang sudah terlalu lama diperam di dalam almari tanpa pernah disentuh. Dress yang punya nilai tersendiri. Yang dibelinya hanya untuk dijadikan satu kenangan. Kenangan yang tidak ingin dikenang sebenarnya.
“I want to see you in red. Glittering in the night. Only for my eyes.”
Bisikan syahdu bernada dominan itu terasa seperti sudah terlalu lama tenggelam dalam lautan memori. Mengingatkannya pada lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya suatu ketika dulu.
Lelaki itu menabur janji untuk hidup bersama selagi hayat masih dikandung badan. Dan bertemu di syurga menanti.
Malang sekali bisikan itu kini tidak membawa makna apa-apa lagi. Cuma kenangan yang hadir jika terasa ingin menyingkap lembar semalam.
Mungkin kerana dia ingin menyimpan satu kenangan buatnya membeli dress merah darah itu saat mata mendarat pada dress yang buatnya termenung lama.
Mungkin juga dia terasa ingin mewujudkan satu tanda yang lelaki itu pernah wujud di dalam hidupnya. Bukan hanya satu mimpi. Mimpi yang tidak kesampaian.
Bibir terlorek senyuman sinis memikirkan tentang hakikat itu. Hakikat yang nyata pahit namun tetap perlu ditelan.
“Kita dah lambat ni. Cepat la tukar. Nanti semua hot guys dah direbut orang. Melepas aku,” gesa Dahlia seraya menarik tangan Kamila mengerahkan temannya menukar pakaian.
Kamila tidak terus menurut. Sebaliknya merenung tajam sang sahabat yang sesuka hati mendesak. Langsung tidak meminta persetujuannya.
Dress yang tidak pernah disarung ke tubuh itu bukan untuk ditayang di hadapan ramai. Dia tidak berminat mahu menarik perhatian mana-mana lelaki sekalipun.
Dia lebih selesa dengan dress hitam yang sudah pun tersarung di tubuh. Mudah untuknya menghilang saat ingin mengundur diri kala majlis makan malam sudah menjadi hambar.
“Kau tunggu apa lagi? The clock is ticking,” bentak Dahlia garang. Tidak peduli dengan renungan maut sang sahabat. Yang penting sahabatnya itu kelihatan vogue malam ini. Untuk tatapan lelaki yang mampu menawan seorang Nur Kamila.
Kamila mendengus halus. Ingin membantah. Malangnya dia tahu Dahlia takkan mengalah. Dahlia yang terlalu mudah mendapat segalanya akan memastikan dia mengalah.
Akhirnya keluhan kecil terletus di bibir lalu dia menyambar dress merah darah menghilang ke bilik air.
Apa salahnya memakai dress yang tidak membawa sebarang makna. Masa yang berlalu telah menghilangkan nilai sentimental itu.
ICE QUEEN. Gelaran pertama yang pasti diberikan saat mata tertancap pada wanita yang mengenakan dress merah darah berwajah dingin tanpa senyuman di bibir. Seolah segaris senyuman terlalu mahal untuk ditayangkan pada sesiapa.
“Tak boleh senyum ke, babe?” selar Dahlia geram.
Muka si teman serius benar macamlah semua orang berhutang emas dengannya. Kedekut sangat. Mujur sahaja si teman punya wajah menawan. Jika tidak tiada siapapun sudi memandang.
“Untuk siapa?” soal Kamila sinis.
Dia tidak peduli pada tanggapan orang. Lebih selesa membina tembok agar tiada kumbang berani terbang bebas menghampiri mengganggu hidupnya.
Makhluk bernama lelaki tidak lagi memberi makna apa-apa dalam kamus hidup seorang Kamila. Pengalaman mengajarnya untuk berfikir lebih jauh dan matang.
Mengecewakan dan dikecewakan buatnya lebih senang meletakkan fokusnya pada perkara yang mampu dikawal oleh tangan sendiri. Bukan pada manusia lain atau sekadar berserah pada takdir.
Biar dia yang menentukan jalan hidup sendiri. Biar dia yang memutuskan tindakan yang perlu diambil.
Cukup sekali dia membiarkan tangan lain menentukan nasibnya. Dan dia tidak mahu lagi memberi harapan mahupun meletakkan harapan pada sesiapapun.
“Senyum tu kan sedekah,” tegur Dahlia.
Tawa sinis terletus di bibir Kamila. Mata menjeling pada si teman yang begitu seksi di sisi. Pandai pula berbicara tentang sedekah.
“Sedekah tu biar kena pada tempatnya,” balas Kamila senada.
“Fine!” dengus Dahlia tidak kuasa mahu terus menegur.
Masing-masing punya cara tersendiri. Tiada siapa mampu memaksa insan lain untuk mengikut caranya.
Jika tidak mana mungkin hadir keunikan itu. Kepelbagaian itu perlu wujud juga, kan?
“Yang penting jangan lupa bawak balik sorang mamat hot!” Sempat lagi Dahlia berpesan seraya melangkah ke ballroom mewah. Meneruskan misi mencari mamat hot!
BOSAN. Jika bukan kerana mahu menjaga hubungan baik di antara rakan bisnes, dia tidak akan menjejakkan kaki di sini malam ini. Tiada apa yang menarik. Lagi-lagi bila ada sahaja gadis yang cuba mengganggu malamnya.
Dia meneguk koktail di tangan. Mengharap masa berlalu sepantas mungkin. Baru 15 minit berada di majlis ini dia sudah tidak keruan. Ingin cepat pulang ke pejabat.
Timbunan laporan yang menanti lebih menarik perhatian dari diganggu bunga-bunga yang tidak seharum mana.
Hanya sekuntum bunga…
Bibir terlorek senyuman sinis kala layar ingatan mula ingin meneroka ke daerah terlarang. Mengingatkan pada sebuah pengkhianatan yang menyakitkan!
“Encik Nizar.” Suara lunak manja yang terasa dibuat-buat itu menjengkelkan pendengarannya.
Kala mata mendarat pada sekujur tubuh menggoda yang tidak cukup kain, dahinya mula bertaut rapat. Jelas tidak suka dengan godaan yang tidak langsung melemahkan iman.
“I don’t know you,” tutur Nizar dingin dan beku. Mengejungkan si gadis yang baru sahaja ingin menggeselkan tubuh di bahu lebar si jejaka yang menjadi sasarannya.
“But I know you,” balas si gadis seksi masih ingin mencuba nasib.
Pun begitu, dia tidak lagi berani untuk menggeselkan tubuh pada lelaki tinggi lampai di hadapan mata saat renungan dingin lelaki itu membuat seluruh tubuhnya terasa seram sejuk. Garang benar!
Gay ke apa ni? Jarang benar godaannya ditolak lelaki. Dengan rupa dan tubuh yang dimiliki, terlalu ramai lelaki yang ingin merapati.
Lelaki di hadapannya ini jauh berbeza. Baru ingin mengusik sudah dihadiahkan dengan renungan maut. Patut diteruskan atau angkat kaki?
“Leave!” Suara garau Nizar sudah mula menderam marah.
Bertaut dahi licin si gadis seksi dihalau begitu. Jika bukan kerana rupa dan status yang dimiliki lelaki itu, jangan harap dia sudi menyerahkan diri. Berlagak sangat!
“Encik Ni…”
Nizar bingkas bangun. Tidak betah untuk melayan perempuan gedik yang jelas cuba mengintai ketebalan poketnya.
Tak cukup dengan rasa bosan berada di majlis yang tidak mendatangkan manfaat buatnya, datang pula langau mengganggu merosakkan malamnya.
Lebih baik menghabiskan waktu di pejabat dari melayan perempuan yang hanya tahu mengharap harta dan wang lelaki. Masanya terlalu berharga untuk dibuang begitu sahaja.
“Awek tu baru nak usik sikit kau dah lari,” tegur Khairi menghalang langkah si teman.
Dia hanya melihat dari jauh kala ada yang berani mendekat temannya itu. Ingin melihat reaksi Nizar. Mana tahu malam ini berbeza. Sudi melayan bunga-bunga yang hadir menyerah diri.
“Not interested,” balas Nizar senada. Langkahnya diteruskan. Ingin pulang sahaja ke pejabat.
Sudah cukup rasanya masa yang dihabiskan di sini. Sekurang-kurangnya dia sudah datang menayang muka. Dia membuka langkah meninggalkan majlis yang kian meriah dengan tetamu-tetamu yang hadir.
Khairi hanya mampu menggeleng tidak cuba menghalang. Tahu tiada gunanya membantah sedangkan orang tidak sudi. Sudah menjadi tugasnya untuk meminta maaf bagi pihak si sahabat demi menjaga reputasi lelaki itu.
“MILA.” Langkahnya mati sejenak kala nama yang menyingkap sejarah lalu menerpa gegendang telinga. Nama yang sudah terlalu lama tidak singgah di pendengarannya.
Kaki melangkah sendiri mencari empunya nama yang sudah terlalu lama tidak ditemui. Bagai ada magnet yang menariknya dekat.
Malangnya wajah yang terlayar di mata menghadirkan rasa hampa. Bukan wajah yang masih segar di lembar memori.
“Shamila, cepat sikit.” Si gadis yang sibuk berbicara dengan telefon bimbit di tangan diheret masuk ke majlis yang baru bermula.
Terletus tawa sinis di bibir. Shamila. Bukan Kamila. Bukan gadis yang pernah menghancurkan hatinya. Gadis yang meninggalkan parut yang masih merah berdarah. Nur Kamila!
Ada rasa kecewa menjentik hati. Rasa yang tidak sepatutnya hadir. Untuk apa hadirnya rasa itu sedangkan dia tidak pernah cuba mencari gadis itu selepas ditinggalkan pergi?
Walau hati luka berdarah ketika itu, dia tidak akan merayu pada gadis yang tega memutuskan cinta di antara mereka. Ego seorang lelaki menghalangnya untuk berbuat begitu.
Apa yang berlaku mengajarnya untuk tidak mudah mempercayai makhluk penggoda yang lebih senang memilih harta dan wang ringgit. Tiada keikhlasan di hati mereka. Materialistik!
Tawa sinis di bibir mati kala mengenangkan hakikat itu. Dia tergeleng sendiri lalu kaki melangkah pergi.
“I want to see you in red. Glittering in the night. Only for my eyes.”
Bisikan yang pernah diungkap suatu ketika dulu mula bermain di layar ingatan kala mata mendarat pada sesusuk tubuh wanita muda yang dibalut dress merah darah bergemerlapan bersulam batu permata indah.
Sekali lagi langkahnya mati. Mata terpaku lama pada wanita muda yang membelakanginya. Berbicara dengan entah siapa di hujung talian. Dari nada yang terbit di bibir, jelas tidak gembira dengan gerangan si pemanggil.
“Go to hell!” deram Kamila bengang. Tidak suka terus-terusan diganggu lelaki tidak tahu malu. Menyesal pula menjawab panggilan tanpa melihat nama yang tertera di skrin.
Butang merah ditekan laju. Terletus dengusan kasar melepaskan amarah yang berbuku di dada. Ditarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan diri.
Hubungan yang sudah putus untuk apa cuba disambung kembali? Sekali terputus, dia tidak mungkin kembali. Kisah itu sudah berakhir. Titik!
“Nur Kamila. My queen.”
Suara garau yang tiba-tiba menyapa pendengaran buat ketenangan yang baru cuba digapai berterbangan lari. Kedengaran rapat dan dekat. Meremangkan roma lehernya. Buat nafasnya terhenti sesaat.
Suara itu, walau bertahun masa berlalu pergi, mana mungkin tidak dikenalinya. Suara yang suatu ketika dulu selalu membisikkan rindu. Mengucapkan sayang. Membelai jiwa remajanya. Mustahil untuk lupa!
Bibir terketap tanpa kata. Dia kaku di situ. Terasa diri tidak punya tenaga untuk berpaling bertentang mata dengan lelaki yang pastinya masih menyalahkannya.
Mungkinkah lelaki itu sudah lupa? Kalau benar lupa kenapa masih memanggilnya begitu?
My queen? Panggilan yang selalu bermain di bibir lelaki itu suatu ketika dulu. Meletakkan dirinya di tangga teratas di hati Nizar Naail.
Masih ingatkah lelaki itu? Berdendam mungkin? Atau sekadar bicara mengejek saat kembali bertentang mata?
Kamila meneguk liur yang terasa berpasir. Perlahan-lahan dia memaksa diri berpaling. Berhadapan dengan lelaki yang jelas menanti penuh sabar.
Dia bukan pengecut. Malam ini dia ditakdirkan bertemu semula dengan lelaki yang sekian lama berada di kuburan hati. Dia tidak akan menunjukkan imej wanita lemah di hadapan lelaki itu.
“We meet again…” Sinis suara garau itu berbicara. Sengaja ayat itu dibiarkan tergantung. Hanya mata tidak lepas menatap wajah ayu yang hebat mengusik nostalgia. Menghadirkan gelora. Mengocakkan tasik hati.
‘After so many years…’ Ayat itu disambung di dalam hati. Bibir masih gagal bersuara. Kelu. Bisu saat bertentang mata dengan lelaki yang tajam merenungnya.
Dia memaksa diri tersenyum walau terasa benar plastiknya. Mata tidak berkelip walau tajamnya renungan sepasang mata hitam itu menghadirkan getar di hati. Mengusik memori semalam.
“Cat got your tongue, hurm?” soal Nizar sinis memaksa wanita muda itu berbicara. Ingin mendengar suara yang dulunya merdu memanggil namanya.
Terletus tawa sinis di bibir Kamila. Provocation!
“It’s been a long time, Mr. Nizar,” ucapnya bersahaja. Seolah tasik hatinya langsung tidak terusik dengan kehadiran bekas kekasih tanpa diduga.
“Mr. Nizar, huh?” Nada sang lelaki kedengaran semakin sinis. Masakan tidak bila kekasih lama cuba mencipta jurang yang luas di antara mereka. Seolah dia hanyalah lelaki asing. Bukan lelaki yang pernah singgah di hati. Semudah itu untuk dilupakan!
Kamila tidak membalas walau jelas soalan itu mempertikaikan gelaran yang terbit dari bibirnya.. Dia lebih senang mencipta jurang. Menganggap lelaki itu seperti tidak pernah wujud.
Melihat reaksi bersahaja wanita di hadapannya menimbulkan kemarahan di hati. Jika wanita itu begitu mudah lupa, dia tidak kisah untuk mengingatkan kembali kisah mereka.
Selangkah kaki menapak menghilangkan jurang yang wujud di antara mereka. Biar rapat. Biar dekat. Biar wanita itu tidak dapat menidakkan hubungan yang pernah terjalin.
Bertaut kening Kamila dengan tindakan lelaki yang langsung tidak menjaga batas di antara mereka. Selangkah dia mengundur kalut. Bimbang dada mereka bertaut sedangkan tiada hubungan yang sepatutnya wujud.
Terjongket kening Nizar bila melihat kekalutan yang terlayar di wajah cantik itu. Tidak lagi bersahaja seperti tadi.
Sekali lagi dia merapatkan jurang di antara mereka. Dia ibarat pemangsa yang ingin membaham mangsanya. Dan si mangsa berusaha untuk mencipta jurang di antara mereka.
“You!” Kamila berdesis geram saat belakang tubuhnya melekap di dinding. Tidak lagi memberi ruang untuknya terus mengundur.
Mata mencerun tajam pada wajah kacak di hadapannya itu. Telapak tangannya tanpa silu berlabuh di dada lebar lelaki itu memastikan wujudnya jurang di antara mereka.
Mata sang pemangsa melorot ke tangan yang melekap kemas di dadanya. Dalam kelam malam dia masih dapat melihat dengan jelas jemari runcing yang dulu selalu berada di dalam genggamannya. Jemari yang tidak ingin dilepaskan pergi.
Dia tidak cuba meraih jemari si mangsa. Lebih senang memaku tangannya di dinding putih menghalang si mangsa lolos.
“I cuma lelaki asing di mata you, hurm?” soal Nizar sinis.
Jemarinya tanpa silu memaut dagu runcing si mangsa agar dapat melihat wajah cantik itu dengan lebih jelas. Wajah yang langsung tiada sebarang cela dimamah usia. Malah semakin menawan di pandangan mata.
“Let me go,” deram Kamila bengang.
Dia cuba berpaling melepaskan wajah dari cengkaman tangan yang begitu selesa menyentuhnya. Seolah dia milik lelaki itu. Malangnya cubaan itu gagal.
Jika tangannya dapat digunakan, pasti sudah ditepis kasar tangan lelaki itu. Malang sekali, tangannya ketika ini perlu setia berada di dada lebar lelaki itu.
Andai dia berani mengalihkan, pasti nasibnya lebih tragis. Dengan mudah tubuhnya akan berada di dalam dakapan hangat Nizar. Sesungguhnya, dia tidak mahu itu berlaku!
“Why should I?”
Nakal soalan yang bergema. Berbisik lembut di telinga Kamila. Meremangkan romanya.
“Nizar Naail!”
Nizar tertawa sinis. Bila sudah terperangkap baru kembali teringat tentang kewujudannya.
Tangan yang tadi dipaku di dinding tanpa silu melingkar di pinggang ramping si mangsa. Membuntangkan mata bundar yang bagai tidak percaya dengan tindakannya.
“I have a husband!” bentak Kamila bengang. Menolak dada lebar itu kuat agar dapat lolos dari cengkaman lelaki yang bertindak sewenang-wenangnya.
Bagai dijirus air sejuk, Nizar melepaskan pautan di pinggang ramping itu. Dalam kemarahan yang mengusik buat dia terlupa tentang hakikat yang satu itu.
Bagaimana dia boleh terlupa? Nur Kamila sudah pun dimiliki orang. Bukan gadis yang boleh disunting dijadikan permaisuri hati.
Dia terlupa sejenak yang wanita itu meninggalkannya untuk menjadi suri lelaki lain. Kenyataan yang terlalu pahit untuk ditelan!
MATA tidak mahu pejam. Puas dipaksa tetap juga celik. Dia mendengus halus. Cuba menghilangkan kekalutan di fikiran. Terganggu!
Dia bingkas bangun. Comforter yang membalut tubuh melorot jatuh ke lantai. Kaki melangkah ke balkoni. Ingin mengambil angin malam kala mata tidak mampu lelap.
Mata meliar pada jalan raya yang masih penuh dengan kereta. Malam minggu. Ramai yang belum melelapkan mata. Berhibur setelah puas bekerja.
Dia sengaja memilih kondominium di tengah ibu kota. Suka melihat malam yang sentiasa rancak. Jarang sekali sepi tanpa manusia. Memerhati dari tingkat 23. Semuanya kelihatan begitu kecil dan kerdil.
Lampu-lampu yang menerangi malam mampu memeriahkan hidup yang terasa sepi kala diri tidak lagi diulit tugasan di syarikat.
Mata terus tertunak pada keindahan malam di ibu kota sedangkan fikiran kembali melayang memikirkan kisah yang menghadirkan gusar di hati.
PERUBAHAN riak di wajah kacak itu buat rasa bersalah menjentik hati. Dia tahu penipuan yang keluar dari bibirnya buat lelaki itu kembali tersedar akan hakikat sebenar. Hakikat yang sudah lama berubah.
Sayangnya lelaki itu tidak tahu perkara sebenar. Status isteri orang dengan mudah membuatkan lelaki itu melepaskan pautan di pinggangnya. Mungkin sudah tidak lagi berminat. Atau status itu telah mencipta tembok di antara mereka.
Dia tidak peduli tentang itu. Yang penting lelaki itu tidak lagi bertindak sesuka hati terhadapnya.
“I need to go…”
“Mila!” Suara lantang Dahlia yang bergema memotong bicaranya. Disertai dengan derap langkah pantas menuju ke arah mereka. Mata Dahlia memandang ke arah mereka penuh curiga. Jelas ingin bergosip.
Kamila tersenyum kelat. Kehadiran Dahlia pastinya menyukarkan keadaan. Dan tentu sahaja bakal menimbulkan banyak persoalan.
Dia mahu sahaja mengangkat langkah seribu. Malangnya Dahlia sudah pun sampai di hadapan mata.
“Your friend, hurm?” soal Nizar bersahaja. Perubahan di wajah cantik Kamila dapat ditangkapnya. Seolah tidak selesa dengan kehadiran teman sendiri. Musykil.
“Puas aku cari kau. Kat sini kau menyorok,” tingkah Dahlia kurang senang. Mata melirik pada lelaki tinggi lampai yang berdiri begitu rapat dengan temannya. Seolah punya hubungan mesra di antara mereka. Suspicious!
Sejak bila pula Kamila punya hubungan rapat dengan lelaki lain ni? Kenapa dia langsung tidak tahu? Huh, kenapa muka handsome ni macam familiar?
“Hello. I’m Dahlia. You can call me gorgeous. Your name please?” soal Dahlia mesra tidak silu mengangkat bakul sendiri. Tangan dihulur untuk berjabat mesra.
Nizar menyambut huluran tangan teman Kamila yang kelihatan begitu ceria. Happy go lucky!
“Nizar.”
“Nizar Naail?” soal Dahlia teruja kala persoalan di kepala terjawab dengan pantas. Patutlah familiar.
Nizar sekadar mengangguk. Mata kembali tertancap pada wanita yang jelas tidak selesa dengan kehadiran teman sendiri. Seolah tidak sabar mahu lesap dari pandangan matanya.
“OMG. No wonder. My dad tak habis-habis sebut nama you.”
“Your dad?” Bibir menyoal teman bekas kekasih. Mata pula terus menatap wajah keresahan itu. Buat jemarinya terasa ingin naik menyapu pergi segala masalah yang mungkin melanda.
“Tuan Marzuki.”
Nizar mengangguk kecil. Beberapa projek terbaru syarikatnya melibatkan lelaki veteran yang disebut Dahlia. Rupanya bapa teman si kekasih lama. Dunia ini kecil benar.
Walaupun dia tidak mencari, tetap bertemu jua bila tiba masanya. Jodoh, bukan ditentukan manusia. Sebaliknya hadiah daripada Yang Maha Kuasa.
“You dengan Mila…”
“Aku nak balik!” deram Kamila memotong bicara Dahlia. Jika dibiarkan pasti panjang cerita pula nanti.
“Tak sabar nak balik jumpa suami you, huh?” soal Nizar sinis.
“I…”
“Huh? Suami? Sejak bila kau kahwin lagi sekali ni? Kenapa aku tak tahu pun?” potong Dahlia laju.
Kamila mengeluh berat. Tidak berani melirik ke arah lelaki yang tentunya ingin menuntut jawapan.
Dia tidak betah terus berlama di situ kala tembelangnya pecah. Lalu tangan Dahlia disambarnya terus bergegas pergi tanpa berpaling lagi. Tidak sanggup untuk melihat reaksi lelaki yang tentu sahaja mentertawakannya!
KAMILA mendengus kasar. Menghalau bayangan lelaki itu pergi. Lelaki itu pasti tertawa galak ketika ini. Masakan tidak bila dia sanggup meninggalkan lelaki itu demi perkahwinan yang terlalu singkat.
Jika dia berada di tempat Nizar, dia sendiri akan ketawa besar. Sanggup melukakan namun apa pula pengakhiran yang diterima setelah tega mengecewakan lelaki itu. Bukan bahagia!
Dia menarik nafas dalam-dalam. Menghembus perlahan. Cuba membuang kekusutan fikiran.
Untuk apa dia kisah tentang apa yang lelaki itu fikirkan? Perkara itu sudah pun berlalu. Bahagia atau tidak, bukan ada kaitan dengan lelaki itu. Mereka langsung tidak punya sebarang hubungan!
Dia melangkah kembali ke katil. Perlu melelapkan mata. Esok masih banyak kerja yang menanti. Jika tidak cukup tidur, bimbang kerjanya terjejas.
Dia cukup menjaga kualiti tidur. Tidur awal. Bangun kala dinihari. Menunaikan kewajipan sebagai hamba sebelum memulakan hari yang penuh mencabar.
TAWANYA meledak memecah keheningan malam. Terasa lucu dengan apa yang berlaku.
Takdir benar-benar ingin menguji. Dia tidak pernah cuba mencari. Tidak pernah ambil tahu setelah perpisahan terjadi. Siapa sangka malam ini sang kekasih muncul sendiri.
Dan dia sama sekali tidak menyangka saat mereka bertentang mata kembali, dia tidak dapat menahan diri untuk mendominasi. Apatah lagi bila Kamila berpura-pura tidak punya sebarang hubungan dengannya.
Kemarahan yang menjentik buatnya ingin mengingatkan wanita itu tentang kisah yang wujud di antara mereka. Tidak membenarkan wanita itu lupa.
“Nur Kamila.” Nama itu bermain-main di bibir. Menjadi mantera di malam yang sunyi. Sepi.
“You sanggup kecewakan I demi lelaki yang tak tahu menghargai you, huh?”
Ada rasa gembira menjentik memikirkan kenyataan itu. Mendoakan kebahagiaan bekas sang kekasih? Mustahil untuk itu berlaku.
Sudah cukup baik dia tidak mendoakan kehancuran rumah tangga wanita itu. Malah dia telah membenamkan sebaris nama itu jauh ke dasar hati. Tidak membenarkan muncul semula di layar ingatan.
Siapa sangka yang hubungan wanita itu berakhir sendiri tanpa perlu dia berbuat apa-apa. Hubungan yang berlandaskan wang ringgit pastinya tidak kekal lama.
Lelaki yang tidak mengenal cinta tak mungkin pandai menjaga hati seorang suri. Dan lelaki yang terluka pastinya menuntut pembalasan.
Niat itu tidak pernah wujud sebelum ini. Malangnya wanita itu dengan sendiri muncul di hadapannya tanpa dipinta.
Mungkin itu satu petanda. Petanda untuknya membalas kembali luka yang dihadiahkan padanya.
Buat baik dibalas baik. Buat jahat, bersedialah untuk dibinasakan. Jika takut dibadai ombak, usah berumah di tepi pantai. Andai tidak mahu dilukai, jangan pernah melukakan.
Bibir terlorek senyuman sinis. Terlalu sinis untuk dipandang. Apatah lagi oleh bakal si mangsa.
“Don’t blame me, darling. You deserved it,” bisiknya penuh misteri. Berbicara sendiri kala kepala ligat merancang segalanya.
“APA hubungan kau dengan mamat hot tu?” soal Dahlia sebaik melabuhkan punggung di kerusi empuk bertentangan dengan si sahabat yang khusyuk menelaah laporan jualan di atas meja.
Kamila tidak mengangkat wajah. Menganggap suara yang kedengaran bertempik sumbang itu seperti langau sahaja.
Lebih senang memekakkan telinga dari melayan persoalan demi persoalan yang bakal terbit dari bibir temannya itu. Menyesakkan.
Dia kenal benar Dahlia. Sekali dia memberi jawapan, pasti akan dikorek sampai ke lubang cacing.
Kisah yang ditanam sedalam-dalamnya di lubuk hati tidak ingin digali semula hanya untuk memuaskan hati Dahlia. Tiada siapa perlu tahu. Cukuplah mereka yang terlibat sahaja yang tahu.
“Hellooo. Ada orang tak?” sergah Dahlia menepuk meja geram bila tidak dipedulikan.
Sampai hati Kamila berahsia dengannya. Semalam lagi dia mahu bertanya. Namun wajah dingin kelat Kamila buatnya agak kecut.
Tidak pasti apa yang berlaku di antara Kamila dan lelaki itu hingga wajah sang teman keruh benar. Lalu dia mengunci bibir sendiri bimbang temannya itu mengamuk.
Hari ini lain pula cerita. Rahsia tetap perlu dikorek hingga dia tahu duduk perkara sebenar. Tanda tanya yang besar di kepala perlukan jawapan.
Jika tidak pernah punya sebarang hubungan mana mungkin berdiri begitu rapat begitu. Kamila takkan membiarkan lelaki asing semudah itu mendekat.
Dan dari cerita yang didengari daripada daddynya, Nizar bukan buaya yang selalu mencari mangsa. Lelaki itu kedengaran seperti Kamila. Serius. Dingin. Sukar untuk senyum. Macam ada sahaja orang yang berhutang dengan mereka.
“Kau jangan sampai aku rampas report tu,” ugut Dahlia bengang bila si teman masih menganggapnya tidak wujud. Kejam!
Sayangnya ugutan itu langsung tidak menakutkan Kamila. Masih mampu fokus. Hebat benar menepis sebarang gangguan.
“Macam mana kau boleh kenal pemilik empayar Global Works? Kau tahu tak kedudukan dia? Berapa kaya mamat hot tu? Keluarga kau pun takkan mampu bersaing dengan dia. Dalam tempoh masa yang sangat singkat dia mampu bersaing dengan nama-nama besar…”
Mengecil mata Kamila kala mendengar kehebatan lelaki itu dari bibir Dahlia. Tidak menduga lelaki itu mampu berdiri di puncak dalam usia yang begitu muda.
Tak hairanlah lelaki itu begitu berani memperlakukannya seperti semalam kala bertemu semula. Begitu berani. Rupanya status mereka sudah jauh berbeza.
Dia mungkin masih sama. Punya keluarga berada. Namun lelaki itu sudah terlalu jauh berbeza.
Lelaki yang berasal dari keluarga biasa, kini punya status mengalahkan keluarganya. Tentu sahaja di mata lelaki itu dia cuma semut yang boleh dipijak sesuka hati.
“Kau tak tahu?” soal Dahlia serius. Dapat ditangkap setiap perubahan di wajah itu.
“Apa hubungan kau dengan dia?”
Kamila mendengus halus. Dia mengangkat wajah. Mata mencerun tajam pada teman yang tidak ingin mengalah.
“Kawan lama.”
“Kawan lama?” Nada suara Dahlia jelas curiga. Jika benar kawan lama mana mungkin bagai ada misteri yang menyelubungi lelaki dan wanita yang dianggap teman biasa.
“Atau kekasih lama?” tembak Dahlia tepat mengena sasaran. Dan dia yakin itu jawapan paling bernas. Paling sesuai dengan situasi semalam.
“So, what?” bidas Kamila malas mahu bermain tarik tali. Tiada guna bila Dahlia bijak meneka.
“Kenapa aku langsung tak tahu ni?” Ada rasa marah menjentik bila soal kekasih hati langsung tidak dikongsi cerita dengannya.
Mereka bersahabat bukan sekejap. Bersama sejak sekolah rendah lagi. Cuma terpisah ketika melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Kamila memilih untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan. Dia pula dihantar daddy ke Scotland.
“Aku…”
“Sejak bila kau pandai berahsia dengan aku?” Lirih Dahlia menyoal. Ditayang wajah sayu. Kononnya terluka.
Kamila memicit dahi yang terasa berdenyut tiba-tiba. Dihimpit soalan itu buat dia nanar sendiri. Dia dan Dahlia sememangnya selalu berkongsi cerita. Namun soal cinta, dia lebih senang menyimpan di dalam hati. Malu mungkin.
Dia yang tidak peduli soal lelaki tiba-tiba jatuh hati. Lalu dia tidak betah membuka cerita di hadapan teman sendiri.
Apatah lagi bila dia sendiri terpaksa memutuskan perhubungan yang baru setahun jagung. Perhubungan yang masih mentah tidak mampu membuatkannya membuang keluarga yang membesarkannya bertahun-tahun lamanya.
Sebagai anak, dia memilih untuk mengikut aturan keluarga. Jasa melahirkan dan membesarkan tetap perlu dikenang. Tidak boleh dipandang sebelah mata walaupun hati sendiri terluka.
Dahlia tertawa sinis. Faham benar dia tidak akan dapat membuka mulut Kamila. Soal lelaki sukar benar untuk bibir temannya itu bercerita.
Kala berpisah dengan bekas suami juga temannya itu cuma berlagak biasa. Seolah tiada apa yang berlaku. Bukan seperti isteri yang dikecewakan.
Kamila terlalu bijak menyembunyikan duka di hati. Hingga dianggap seperti tidak punya perasaan. Lebih senang mengubah fokus ke arah perkara lain dari melayan lara di hati.
“Kisah yang dah lama berlalu. Aku tak nak ungkit lagi,” tutur Kamila senada. Mengharap Dahlia faham.
“Fine! You owe me this one time,” balas Dahlia geram. Baru mahu bergosip. Laju sahaja dipadamkan niat itu oleh si teman.
“So, dia nak apa dengan kau semalam? Bukan main rapat dan dekat lagi. Macam nak terkam kau aje,” soal Dahlia separuh bersenda.
Kisah lama dia boleh pejamkan mata. Namun kisah malam tadi dia tetap mahu tahu. Mana boleh pejam mata bila lelaki itu nampak benar seperti mahu mencipta kisah baru.
“Manalah aku tahu,” bidas Kamila resah. Baru ingin menarik nafas lega sudah disogok dengan soalan yang bukan-bukan.
“Cinta lama membara kembali, huh?”
“Not in this lifetime,” tingkah Kamila menidakkan.
“It’s not up to you.”
“Apa dia boleh buat? Paksa aku?”
Dia tidak percaya lelaki itu mahukannya kembali. Baginya apa yang berlaku semalam mungkin tindakan tanpa sedar lelaki itu setelah sekian lama tidak bertemu. Mungkin terkenang kisah yang sudah terkubur di antara mereka.
Cinta lama membara kembali? Itu tidak mungkin!
“Jangan yakin sangat, babe. Dia bukan Nizar yang sama macam kau kenal dulu,” tukas Dahlia mengingatkan.
Lelaki seperti Nizar mampu mendapatkan apa yang dimahukan. Status dan kedudukan yang dimiliki mampu memastikan semua itu.
Kamila mengetap bibir rapat.. Tidak mampu menidakkan hakikat itu. Hakikat yang terasa pahit untuk ditelan.
Sepanjang perkenalan mereka, dia sedar kebolehan Nizar. Dia yakin suatu hari nanti Nizar mampu berdiri sama tinggi dengannya.
Disebabkan itu dia tidak gentar menyerahkan hati pada lelaki yang mampu bertanggungjawab. Mampu menjaganya. Dan kini lelaki itu berdiri jauh lebih tinggi daripadanya. Ironinya hidup.
“Dia dah tak ada kaitan dengan aku.”
“I don’t think so,” balas Dahlia meragui bicara sang teman.
Kamila mungkin tidak menoleh kembali ke arah lelaki itu ketika mengheret tangannya. Dia pula dapat melihat dengan jelas.
Renungan mata lelaki itu sudah cukup untuk membuatnya sendiri terasa gerun. Bagai tidak sudi melepaskan pergi. Ingin menghalang langkah sang kekasih dari menjauh.
“Like I care,” balas Kamila. Tidak berniat untuk meneruskan perbincangan yang hanya sia-sia di matanya.
Apa kaitan lelaki itu dengannya? Lelaki itu boleh berfikir apa sahaja. Yang penting dia sendiri tahu apa yang dimahukannya.
LAPORAN yang diterima buatnya tersenyum panjang. Laporan tentang kisah perkahwinan bekas sang kekasih. Tentu sahaja dia ingin tahu apa sebenarnya berlaku hingga perpisahan itu terjadi.
Bekas suami wanita itu nyata bodoh. Tidak tahu menilai permata yang sanggup menyerahkan diri. Melepaskan peluang yang ada begitu sahaja.
Dia yang menginginkan permata itu terpaksa berputih mata. Sedangkan lelaki yang memiliki langsung tidak tahu menghargai. Bodoh!
Kalau Kamila memilihnya, mustahil akan dilepaskan pergi. Malangnya, Kamila hanya tahu memilih harta dan status. Bukan cinta yang dihulurkan.
Tengoklah apa yang berlaku. Dikecewakan begitu sahaja. Harta nyata tidak mampu membahagiakan.
“What should I do with you, Mil?” Soalan itu terletus di bibir. “Should I ruin you, hurm?”
Mengikut laporan yang diterima, selepas penceraian berlaku, Kamila meneruskan hidup seperti biasa. Bagai tiada apa yang berlaku. Seolah perpisahan yang terjadi tidak memberi kesan pada wanita itu. Malah mula sibuk membina empayar sendiri.
Kebal benar hati seorang Kamila. Seperti mana Kamila begitu tega meninggalkannya, seperti itu juga Kamila sanggup memutuskan hubungan suci suami dan isteri. Apatah lagi bila si suami berada di pihak yang salah.
Dan sekali melangkah pergi, wanita itu takkan sesekali berpaling lagi. Hati seorang Kamila tidak mudah untuk dimiliki. Dan bila terlepas dari genggaman, sukar sekali untuk mendapatkannya kembali.
Pun begitu, dia tidak kisah untuk mencuba. Demi seorang Kamila, dia sanggup mengorbankan waktu untuk mengajar wanita itu agar lebih tahu menghargai hati yang diberikan. Bukan sesuka hati membuang tanpa rasa bersalah!
Melebar senyuman kala membayangkan imej wanita itu kembali lentok padanya. Nur Kamila, don’t think you can escape!
“EHEMMM!” Mengecil mata Khairi memerhatikan si teman yang seperti hilang dalam dunia sendiri. Dengan senyuman tidak lekang di bibir.
Something must happened! Kalau tidak sahabat baiknya itu tak mungkin tersenyum begini. Bukan main lebar lagi.
Soalnya apa yang telah berlaku semalam tanpa pengetahuannya? Baru ditinggalkan sekejap sudah ada perkembangan mendadak yang terlepas dari pemerhatiannya.
Dehaman kasar yang menyapa telinga menghilangkan bayangan wanita cantik yang hampir lentok di dada lebarnya. Buat matanya mencerun tajam pada si tetamu tidak diundang. Mengganggu sahaja!
Senyuman di bibir mati begitu sahaja. Mahu sahaja dihalau pergi si pengacau yang hadir tidak kena pada waktu.
“Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?”
Khairi tersenyum sumbing dengan reaksi yang diterima dari sahabat sendiri. Bukan salahnya. Sudah puas diketuk pintu namun tiada sahutan yang diterima.
Rupanya si sahabat sibuk mengelamun. ‘Hilang’ entah ke mana. Gadis mana yang mampu membuatkan temannya sasau sendiri dia tidak pasti. Yang pasti dia tidak sabar mahu mengorek rahsia.
“Ada orang nampak kau dengan perempuan semalam. Siapa?”
Dia sangka maklumat yang diterima pagi tadi cuma gosip palsu. Bila melihat Nizar tersenyum lebar hilang dalam lamunan, dia tahu berita itu benar.
Sahabat yang hanya tahu menghabiskan masa dalam timbunan kerja tak pernah dilihat ‘hilang’ tanpa sedar kecuali melibatkan kekasih lama. Itu pun terlalu jarang untuk berlaku.
Lalu siapa pula perempuan yang mampu membuat temannya ‘hilang’ pagi ini? Terlalu cantikkah hingga Nizar begitu mudah terpaut?
Khairi tergeleng sendiri. Mustahil. Berapa ramai perempuan cantik datang menayang diri langsung dipandang sepi. Tidak mampu mengusik nafsu lelaki itu langsung.
“Siapa, bro? Share sikit berita baik dengan your very best friend ni,” gesa Khairi ingin tahu.
“Get lost!” deram Nizar. Tidak berminat untuk bergosip.
“Macam ni ke kawan? Dah ada perempuan cantik mula nak halau kawan baik sendiri. Bila hidup kau sunyi… sepi, kawan baik kau ni la yang temankan kau,” tutur Khairi lirih. Siap menayang wajah sayu lagi.
Mengecil mata Nizar memandang teman yang cuba membuatnya muntah hijau. Laju ditekan butang interkom.
“Yes, Encik Nizar.” Suara lunak di hujung talian bersedia untuk menerima arahan.
“Call security for me,” arah Nizar dingin.
Bulat mata Khairi mendengar arahan kejam daripada si sahabat. Sampai hati menghalaunya begini. Bila sudah dapat bunga yang mewangi, teman sendiri dilupakan begitu sahaja.
Dunia memang tidak adil!
“Chill, bro. Aku datang sebab kau yang nak discuss projek baru dengan aku. Kau tak boleh halau aku, bro,” tutur Khairi kalut.
“Postpone,” balas Nizar senada.
“Cool, bro. Aku takkan korek rahsia pasal awek cun kau lagi. Aku takkan ungkit pasal masa sunyi sepi kau lagi,” tukas Khairi ingin menyelamatkan diri. Namun masih lagi sempat menyelit usikan untuk si teman.
“Kau boleh tunggu sampai security datang atau kau boleh keluar sendiri sekarang.”
Khairi menghela nafas berat. Dia tahu usikannya membuatkan Nizar tidak mahu melihat wajah kacaknya buat masa ini. Dia mengangkat punggung ingin berlalu.
“Siapa, bro? Cantik ke orangnya? Aku kenal tak? Bila kau nak kenalkan dengan aku? Bila majlisnya?”
Sempat lagi dihujani pelbagai soalan buat si teman sebelum menghilang dari pandangan. Suka benar jika dapat mengusik teman yang terlalu serius itu.
Nizar tersenyum sinis. Soalan-soalan itu akan dijawabnya tidak lama lagi. Bila si mangsa sudah terjerat dengannya.
“LILIES for you, boss,” tutur Aisya menyerahkan jambangan lili putih kepada majikannya. Ini bukan kali pertama majikannya mendapat bunga. Tapi ini kali pertama majikannya dihadiahkan lili putih.
Bertaut dahi Kamila kala mata mendarat pada lili putih yang dihulurkan setiausahanya. Siapa pula gerangan yang terlalu banyak masa untuk menghadiahkannya lili?
“You can go,” arah Kamila tenang.
Aisya menurut perintah tanpa banyak soal. Kembali meneruskan kerja yang terganggu dek kehadiran delivery boy.
“White lily, huh?”
Lili putih membawa maksud kesucian. Dan selalu juga digunakan ketika pengkebumian di negara barat. Soalnya sekarang siapa pula yang mati?
Bibir terlorek senyum sinis kala mata jatuh pada kad yang terselit di jambakan lili putih itu. Tandatangan yang tertera di kad itu sudah cukup untuknya tahu siapa pengirimnya.
Tandatangan lelaki itu masih sama. Tidak berubah walau sudah memiliki empayar hebat. Terlalu simple. Tidak bimbang mudah ditiru agaknya.
I heard about what happened to your marriage. My condolences.
Direnung tajam sebaris ayat yang terasa menikam pandangan. Condolences, huh?
Lelaki itu jelas mengejeknya. Mentertawakan nasib malangnya. Suka dengan apa yang berlaku.
Melihat dia berduka tentu sahaja mendatangkan bahagia buat lelaki itu. Inginnya merasa sakit yang sama. Mustahil untuk lelaki itu mendoakan kebahagiaan untuknya.
Pantas benar Nizar menggali kisah hidupnya. Baru semalam bertemu. Hari ini lelaki itu sudah tahu apa yang berlaku. Kedudukan lelaki itu tidak boleh dipandang sebelah mata.
Hakikat itu buatnya terasa sedikit tergugat. Bimbang jika lelaki itu berniat untuk terus-terusan mengganggu hidupnya. Membalas dendam di atas apa yang berlaku.
Dia mengharap pertemuan semalam menjadi pertemuan terakhir untuk mereka. Malangnya kiriman bunga daripada lelaki itu sudah cukup untuknya memahami yang mereka pasti akan bertemu lagi.
“Dah terlalu lambat untuk you balas luka yang I tinggalkan pada you, Zar. Too late,” bisiknya lirih.
Dia sedar pertemuan semula mengingatkan kembali lelaki itu pada luka yang pernah ditinggalkannya. Jika tidak untuk apa lelaki itu menanti hingga ke hari ini untuk mentertawakan nasib malangnya.
Lelaki itu langsung tidak mengambil tahu tentangnya selepas perpisahan terjadi. Dan kini sibuk menggali segala rahsia yang tidak ingin dikenangnya.
Dia menghela nafas berat. Walauapapun dugaan yang bakal mengusik hidup, dia tidak gentar untuk menghadapinya.
Jika Nizar menuntutnya membayar ‘hutang lama’ dia akan cuba membayar semula selagi permintaan lelaki itu tidak melampaui batas. Adat orang berhutang perlu membayar juga akhirnya. Suka atau tidak dia tetap perlu melangsaikan hutang.
“LILIES dia bagi kau?” soal Dahlia inginkan kepastian. Matanya meliar ke segenap ruang bilik pejabat Kamila. Tiada pula bunga lili putih yang dikhabarkan Aisya.
Dah buang ke? Cepat sungguh!
Dia juga merupakan majikan Aisya. Lalu setiausaha mereka yang tinggi lampai itu tidak kisah menyampaikan kisah Kamila kepadanya.
Aisya sentiasa memastikan dia tidak ketinggalan mengikuti gosip teman baik sendiri. Mahu mengharapkan Kamila membuka mulut sendiri tentang soal cinta, kirim salam tahun depan.
“Kau nak makan ke nak bergosip?” soal Kamila dingin. Dia mencapai tas tangan untuk keluar makan tengah hari bersama Dahlia.
Tadi bukan main lagi Dahlia menggesanya ajak makan. Lapar sangat kononnya. Sebaik mendengar gosip dari mulut Aisya, soal makan langsung hilang dari kepala.
“Dua-dua. Tak boleh ke?” balas Dahlia mengelipkan mata berkali-kali agar Kamila bermurah hati membuka cerita.
“Tak boleh,” balas Kamila selamba melangkah keluar dari pejabat meninggalkan Dahlia yang masih teruja mahu bergosip.
“Ish, minah ni. Berani kau nak tinggal aku?” sungut Dahlia pantas mengejar langkah Kamila.
Perutnya kembali berbunyi rentak metal memaksanya melupakan dahulu soal lili putih yang diterima temannya itu.
“Kau jangan laju sangat jalan tu boleh tak?” dengus Dahlia geram.
Teman baiknya langsung tidak berhati perut. Tiada simpati buat teman sendiri. Hanya kerana dia mahu bergosip, dia ditinggalkan begitu sahaja.
Kamila memekakkan telinga. Melangkah ke lif untuk turun ke basement. Menuju ke BMW yang menanti.
Langkahnya mati kala mata mendarat pada lelaki tinggi lampai yang bersandar selesa di pintu keretanya. Wajah yang tenang berubah keruh.
Dahlia yang mengejar hampir melanggar belakang tubuh temannya itu bila Kamila berhenti tiba-tiba. Brek kecemasan.
Membulat mata Dahlia kala melihat bekas suami sang sahabat muncul lagi. Mr. Stalker!
“I have been waiting for you, Mila.” Suara garau si lelaki kedengaran lembut menyapa telinga. Nada yang jelas ingin memujuk.
“For what?” soal Kamila sinis.
Bila panggilan lelaki itu tidak dilayannya, lelaki itu pasti mencari peluang untuk muncul di hadapan matanya. Benar-benar tidak faham bahasa!
Sejak 3 bulan lalu lelaki itu tidak henti mengganggu hidupnya. Menagih cinta yang telah mati. Cinta yang telah padam tanpa sedikit pun bara yang tinggal di hati.
Bukankah terlalu lambat untuk memujuknya kembali? Jika di awal perpisahan sekalipun lelaki itu cuba memujuk, dia tetap tidak akan terusik.
Pengkhianatan seorang suami sudah cukup untuk mematikan hati seorang isteri. Buatnya melangkah pergi.
Dia telah membuka ruang hati untuk menerima seorang suami seadanya. Menjalani kehidupan suami isteri. Melupakan cinta yang pernah bertakhta di hati. Apa balasan yang diterima? Cuma satu pengkhianatan!
“To see you.”
Meledak tawa sinis di bibir. Mahu bertemunya? Malang sekali dia tidak berminat untuk bertemu lelaki itu.
“I miss you.”
“But I don’t. Please go back, Mr. Syakir,” tutur Kamila senada.
Syakir tersenyum manis. Tidak mudah mengalah walau ditolak pujukannya. Dia yang bersalah kerana mengecewakan seorang isteri.
Dia sanggup memberi masa untuk Kamila menerimanya semula. Namun masa yang diberikan tetap punya hadnya. Jika Kamila terus berdegil untuk kembali padanya, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan drastik.
Dia melangkah menghampiri Kamila. Jemarinya tanpa silu ingin menyentuh wajah mulus itu. Yang dulu menjadi haknya untuk dibelai tanpa sebarang larangan.
Kamila laju menepis. Dia tidak semurah itu untuk disentuh sesuka hati. Mata mencerun marah pada lelaki yang nyata belum berputus asa.
“I dengan you dah tak ada ikatan, Mr. Syakir. Tolong jangan sentuh I sesuka hati you.”
“Mila… bagi I peluang sekali lagi. I takkan kecewakan you lagi,” pinta Syakir mengharap Kamila berlembut hati.
Kalaulah dia tahu betapa berharga seorang Kamila, dia tidak akan menceraikan wanita itu. Kini baru dia sedar Kamila isteri terbaik untuknya. Perempuan lain tidak mampu menggantikan Kamila.
Wanita itu walau punya personaliti yang dingin, bila sudah sayang melayannya sepenuh jiwa dan raga. Selayaknya seorang suami.
Malang sekali dia bodoh. Memandang sebelah mata permata yang sudah pun berada di dalam genggaman. Terlepas begitu sahaja.
Dua tahun berlalu baru matanya terbuka jelas. Baru tersedar kebodohan diri. Lalu dia cuba meraih hati yang sudah beku.
Sayangnya, hanya kedinginan yang diterima dari wanita itu. Seolah hubungan yang pernah terikat mati langsung tidak membawa makna apa-apa lagi.
“You sendiri yang hancurkan peluang yang ada. There’s no second chance for you,” tegas Kamila melangkah melepasi lelaki tinggi lampai itu.
Laju tangan membuka pintu kereta lalu memboloskan tubuh ke dalam perut kereta. Tidak sudi terus melayan lelaki yang menagih kasih.
“Too bad for you. You tak pandai menghargai permata depan mata. Sibuk cari kaca yang tak berharga.”
Sempat Dahlia mencelah sebelum turut memboloskan diri ke tempat duduk penumpang. Tangan ringan melambai-lambai pada lelaki tinggi lampai itu dengan senyuman mengejek di bibir.
“Dia ingat kau nak layan dia bila kau dah ada mamat lagi hot dari dia agaknya,” tingkah Dahlia melirik penuh makna pada si teman yang tenang dalam pemanduan.
Mengecil mata Kamila mendengar bicara Dahlia yang kedengaran palsu di telinga. Sejak bila pula dia melayan lelaki lain ni?
“Kura-kura dalam perahu. Pura-pura tak tahu pulak kau ni. Abang Nizar la. Siapa lagi,” tambah Dahlia memahami persoalan yang bersarang di kepala si teman.
“Kau nak turun kat sini ke?” soal Kamila mengugut. Sesuka hati sahaja Dahlia mereka cerita palsu.
“Betul la aku cakap. Dari kau layan lelaki yang pernah curang belakang kau… lagi baik kau terima lelaki yang setia ke hujung nyawa. Daddy aku cakap dia tak pernah nampak Nizar tu dengan perempuan tau. Ada yang siap cakap dia ni gay. Langsung tak layan perempuan,” tingkah Dahlia laju. Mata melekap kemas di wajah cantik Kamila. Ingin membaca sebarang riak yang ada di situ.
Kamila mendengus halus. Tidak membalas bicara Dahlia yang dirasakan tidak punya kaitan dengannya.
“Kau rasa kenapa dia tak layan perempuan lain, eh? Aku rasa…” Sengaja digantung ayat itu. Mengharap Kamila punya reaksi berbeza. Malangnya wajah itu tetap sama. Serius sahaja.
“Aku rasa dia masih tak boleh lupakan kau. That’s why… bila dia jumpa kau balik dia mula usik kau.”
“Lia, kau nak turun kat depan tu, kan?” tutur Kamila tenang.
Bicara seperti itu tidak ingin dilayannya. Menyemakkan kepala sendiri sahaja untuk meneka pemikiran manusia lain.
Dia tidak punya kuasa untuk mengawal cara manusia lain berfikir. Masing-masing punya kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan. Sama sepertinya juga. Lebih mudah memikirkan hal sendiri dari menguruskan hal orang lain.
“Eh, aku nak temankan kau makan. Lapar ni,” balas Dahlia kalut.
Bibir laju diketap kuat tanda tidak akan bercakap yang bukan-bukan lagi. Bimbang Kamila benar-benar menurunkannya di tepi jalan. Kejam punya kawan!
Kamila tersenyum sinis. Kalau tidak diugut begitu, entah apa lagi akan keluar dari mulut becok Dahlia. Penat mahu melayan nanti.
NOMBOR yang masih tersemat di ingatan buat keningnya bertaut rapat. Bagai tidak percaya si pemanggil masih menggunakan nombor yang sama setelah bertahun berlalu.
Dia sudah lama membuang nombor yang hanya berbeza di angka akhir itu. Lelaki itu pula masih mengekalkan nombor yang sama.
“Aku rasa dia masih tak boleh lupakan kau. That’s why… bila dia jumpa kau balik dia mula usik kau.”
Bicara Dahlia kembali terngiang-ngiang di telinga. Benarkah?
Dia tergeleng sendiri. Menidakkan kemungkinan itu. Mustahil. Dia lebih percaya jika lelaki itu hanya ingin membalas dendam.
Deringan telefon bimbit yang mula terasa membingitkan tanpa tanda mahu berhenti memaksanya menekan butang hijau. Ditarik nafas dalam-dalam sebelum ditekap ke telinga.
Baru sahaja terlepas dari gangguan bekas suami, kini bekas kekasih pula menuntut perhatian. Dugaan apakah ini?
“What do you want, Mr. Nizar?” soalnya terus ke persoalan pokok. Tidak cuba bertanya khabar atau berbicara mesra. Biar lelaki itu tahu dia tidak selesa diganggu begini.
“I want you,” balas suara garau di hujung talian selamba.
Kamila terdiam sesaat. Ini seorang lagi. Mahukannya konon. Mahukannya untuk apa? Untuk mendera hati dan perasaannya? Membalas dendam lama?
“It’s not funny,” balas Kamila dingin.
“I tak bergurau, Mila. I want my queen,” ucap lelaki itu serius nadanya. Seolah memaksudkan apa yang dikata.
“Former… queen,” tekan Kamila ingin mengingatkan lelaki itu realiti sebenar.
“Are you sure about that, hurm?” Soalan itu kedengaran bersahaja. Namun sinisnya tetap terasa.
Kamila meneguk liur yang terasa berpasir. Entah kenapa soalan itu terasa memerangkap diri. Seolah jika dia berani menidakkan, sebaliknya pula yang akan berlaku.
“You will always be my queen, darling,” bisik suara di hujung talian bergemersik mengusik gegendang telinga si pendengar. Menghadirkan ritma yang meresahkan.
“Always,” tekan suara garau itu. Seolah cuba memasakkan kenyataan itu biar tidak lupa.
“Good night, Mr. Nizar,” ucap Kamila terus memutuskan talian. Bimbang jika dibiarkan lelaki itu terus berbicara entah apa lagi yang bakal terbit dari bibir itu.
Dipadam telefon bimbit biar tiada siapa dapat mengganggunya malam ini. Tubuh yang lesu seharian bekerja perlu mendapat rehat yang secukupnya. Bukan melayan lelaki-lelaki yang hanya tahu menyesakkan kepalanya.
“BOS, you ada tetamu,” beritahu Aisya dengan wajah teruja. Tertanya-tanya siapa gerangan lelaki tinggi lampai yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
Tempoh hari majikannya mendapat lili putih. Berbeza dari mawar merah yang selalu dihantar oleh bekas suami si majikan.
Mungkinkah lelaki baru itu pengirim lili putih tempoh hari? Tak mustahil. Majikannya itu mudah menarik perhatian lelaki. Sayangnya tak ramai yang berani dekat dengan kedinginan yang menjadi benteng.
“Siapa?” soal Kamila mengangkat wajah. Melihat riak teruja ingin bergosip di wajah Aisya buat hatinya berdetik dengan rasa tidak enak.
“Your man,” ucap Nizar bersahaja seraya melangkah masuk ke bilik Kamila tanpa dijemput.
Dia yang tidak punya kesabaran tinggi lebih senang menerjah masuk dari menunggu setiausaha wanita itu kembali menjemputnya. Menghalang Kamila dari cuba menghalaunya atau memberi alasan yang tidak ingin didengari.
Kamila tersenyum sinis. Bicara lelaki itu bisa membuat orang lain salah sangka. Sesuka hati mengaku mereka punya hubungan.
Dia mengisyaratkan Aisya untuk keluar. Membiarkan dia bersendirian bersama lelaki yang jelas tidak berpuas hati bila dia mematikan perbualan mereka semalam.
Lelaki itu masih ingin menyambung perbualan yang terputus di tengah jalan agaknya. Dia melempar senyuman manis. Berlagak profesional kala masih berada di syarikat.
“Have a sit, Mr. Nizar.”
Nizar tidak terus menurut. Sebaliknya memerhatikan susun atur bilik yang benar-benar menggambarkan pemiliknya. Feminin. Tapi dingin.
Puas menilai, matanya kini fokus pada si pemilik syarikat yang baru sahaja bertapak. Pun begitu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Dia tahu wanita itu langsung tidak menggunakan hubungan dengan keluarga sendiri untuk membina sebuah empayar. Lebih sanggup bersusah payah berdiri di atas kaki sendiri biarpun terpaksa bermula dari bawah.
“Nice place.” Terletus pujian di bibir.
“Thank you,” ucap Kamila menghargai pujian yang diberikan tentang syarikatnya. Tidak silu menerima pujian.
“I ingat… you mungkin langsung tak tahu buat keputusan,” tutur Nizar penuh makna.
Kamila tersenyum kelat memahami apa yang cuba disampaikan lelaki itu. Tentu sahaja ingin mengkritiknya di atas keputusan yang dibuat. Mengungkit cerita lama.
“You tak sepatutnya buat kesilapan bodoh. Memilih lelaki yang tak tahu menghargai you,” ucap Nizar tenang.
Dia melangkah perlahan merapatkan jurang di antara mereka. Tangannya tanpa silu memaku si mangsa di kerusi empuk. Mendominasi. Memastikan mangsanya tidak dapat meloloskan diri.
“You!”
Terlukis kerutan di dahi licin Kamila dengan sikap lelaki yang suka benar memakunya begitu. Macamlah tidak boleh bercakap jika mengekalkan jarak di antara mereka.
“You dah buat pilihan yang salah, Mila,” bisiknya rapat ke telinga si mangsa.
Kamila hanya mampu membisukan diri. Dengan status yang kini dimiliki lelaki itu, tentu sahaja dia dianggap tersalah membuat pilihan.
Jika dia memilih lelaki itu, dia pasti bahagia di samping suami yang kaya dan menyayanginya. Malah punya kedudukan tinggi. Tidak mungkin memegang status janda.
Di mata lelaki itu mungkin keputusannya cukup salah. Namun ketika keadaan memerlukannya membuat keputusan, pilihan itu tidak salah sama sekali. Malah dia tidak punya pilihan lain sebenarnya.
“Sama ada I salah buat pilihan atau tak… it’s none of your concern,” balas Kamila tenang.
Mendengar balasan itu buat tangannya laju menyambar dagu runcing milik si mangsa. Mata mendarat di bibir merah yang begitu berani berbicara lepas.
Ingin diajar bibir merah itu agar bijak menjaga kata. Tidak berbicara mengikut hati.
“None of my concern, huh?”
Jika tidak memikirkan ikatan yang belum wujud di antara mereka, bibir itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja.
Disabarkan hati. Dia pasti akan menghukum bibir itu tidak lama lagi. Akan dituntut hutang demi hutang dari bibir yang hanya tahu melukakan.
Berani benar wanita itu mengatakan semua itu tidak punya kaitan dengannya sedangkan pilihan yang dibuat meranapkan hubungan yang wujud di antara mereka. Menoreh sekeping hati. Ditinggalkan berdarah sepi.
“Don’t touch me!” bentak Kamila menepis kasar tangan yang mencengkam kuat dagunya. Tidak suka diperlakukan begitu.
“Did you regret it?” soal Nizar melepaskan cengkamannya. Namun kedudukan mereka masih kekal.
Dia ingin tahu setelah apa yang berlaku, mungkinkah kekesalan berlabuh di hati wanita itu? Atau langsung tidak?
“Kenapa I perlu menyesal? Pilihan yang I buat… walau berakhir dengan perpisahan sekalipun tetap takkan buat I kesal,” balas Kamila senada.
Kesal? Perkataan itu tidak wujud di dalam kamus hidupnya. Cuma setelah apa yang berlaku, dia belajar untuk menerima pahit atau manis suratan kehidupan. Dan dia tidak lagi membenarkan sesiapapun membuat keputusan di atas urusan hidupnya.
“I akan buat you menyesal, sayang,” deram Nizar kurang senang bila Kamila langsung tidak kesal di atas pilihan sendiri.
Wanita itu nyata memandangnya cuma sebelah mata. Andai mereka tidak kembali bertentang mata malam itu, dia tidak akan hadir mengganggu begini.
Malangnya Kamila dengan sendiri muncul tanpa dipinta. Dia tidak boleh disalahkan bila keinginan untuk ‘mengajar’ wanita itu mula berdetik di hati.
Kamila tidak membalas. Tidak mahu memprovok lelaki yang jelas diulit amarah ketika ini. Bimbang jika dia berbicara lebih akan menyebabkan lelaki itu tidak dapat mengawal diri lalu menimbulkan kekecohan di pejabatnya.
Mana mahu diletak muka di hadapan staf syarikat jika itu terjadi? Dia masih ingin menjaga air muka sendiri!
“You nak buat I menyesal? Untuk apa? Untuk puaskan hati you, huh?” soal Kamila lembut. Sengaja dilunakkan suaranya agar tidak kedengaran terlalu mencabar lelaki itu.
Dengan posisi mereka yang begitu rapat dia terpaksa berkompromi. Berlembut ketika keadaan tidak berpihak padanya.
Mahu menolak tubuh lelaki itu, sudah tentu akan menjadi perbuatan yang sia-sia. Dia lebih selesa berpeluk tubuh berlagak seolah posisi mereka tidak merunsingkan hati.
“Betul, sayang. Untuk puaskan hati I,” bisik Nizar rapat di telinga sang kekasih. Ingin mengusik ketenangan di wajah mulus itu.
Dia ingin menatap wajah penuh kesal seorang Kamila. Kesal kerana meninggalkannya suatu ketika dulu. Bukan wajah setenang air di tasik. Seolah tiada siapa mampu menggugat hati wanita itu.
“Okey. I menyesal tinggalkan you, Mr. Nizar. Puas hati? Can you please let me go now?” tutur Kamila. Mengalah demi melepaskan diri.
“Nur Kamila… sejak bila you pandai menipu, huh?” soal Nizar dingin. Tidak suka mendengar bibir itu berbohong padanya.
Nur Kamila yang dikenalinya tidak pandai berbohong. Lebih senang berterus-terang dari mengungkap satu kepalsuan.
Matanya mencerun tajam pada bibir yang seperti meminta untuk dihukum. Jika tidak mahu dihukum kenapa hanya tahu berbicara menduga kesabarannya?
Jemarinya mendarat di bibir merah itu. Melata tanpa silu. Pantas ditepis kasar Kamila.
“Sejak you ganggu hidup I,” deram Kamila bengang. Get lost!
Mahu sahaja dia menjerit marah ketika ini. Ingin sahaja dipatahkan tangan lelaki yang suka benar menyentuhnya sesuka hati. Dia bukan harta lelaki itu!
“Marah? Tak suka?”
“What do you think?” soal Kamila sinis.
“You perlu biasakan diri, Mila. I akan selalu ada dalam hidup you. Suka atau tak… you tetap perlu biasakan diri,” tutur Nizar bersahaja.
Tangannya tidak lagi dipaku di kerusi empuk wanita itu. Hanya bibirnya didekatkan ke telinga Kamila. Berbisik lembut sebelum melangkah pergi.
“You will see me again, my queen.”
Dia tidak boleh terlalu menekan. Setiap langkah perlu diambil dengan bijak demi memerangkap wanita sedingin Kamila.
Dahulu pun tidak mudah untuk memiliki hati seorang Kamila. Apatah lagi sekarang. Wanita itu tentunya lebih berhati-hati. Setelah dikecewakan, tembok yang dibina tidak mudah untuk diruntuhkan sesiapa.
Pun begitu dia tidak bimbang. Kalau sekali pernah ditakluki, tak mustahil untuknya menakluk kembali. Dia punya cara tersendiri untuk memastikan Kamila tunduk padanya.
“Damn you!” deram Kamila.
Diketap bibir menahan amarah yang bergolak di hati. Mata mencerun tajam pada pintu bilik yang tidak bersalah. Seolah lelaki itu masih wujud di situ. Menduga dan terus menduga kesabarannya.
Dia mendengus kasar. Cuba memadam api yang marak membakar. Mahukannya membiasakan diri? Lelaki itu jelas tidak akan melepaskannya.
Hati berdetik resah memikirkan tentang ketenangan hidup yang bakal diragut lelaki itu. Kenyataan yang terasa menyesakkan dada.
Kehadiran lelaki itu benar-benar mengganggu. Menyukarkannya untuk kembali fokus pada timbunan kerja yang menuntut perhatian.
Dia kenal benar lelaki itu. Apa yang dimahukan pasti akan berada di dalam genggaman. Jika tidak, dia pastinya sukar untuk jatuh ke dalam jerat cinta Nizar Naail.
Dan kini lelaki itu berniat untuk menjeratnya kembali. Dia tidak akan membiarkan itu berlaku. Cukuplah!
“KENAPA aku asyik terlepas adegan hangat ni?” soal Dahlia menepuk dahi geram. Kenapa semalam dia tidak berada di pejabat? Boleh juga menjadi penonton drama swasta di petang hari.
Soalan itu dibalas dengan jelingan maut dari si teman. Marah?
“Lepas ni hari-hari aku kena masuk ofis. Aku tak nak rugi,” tutur Dahlia tidak mempedulikan jelingan maut Kamila.
“Jelinglah sepuas hati. Aku tahu aku ni anggun,”desisnya mendabik dada. “Jangan sampai juling mata tu. Lari Abang Nizar kau nanti,” sogoknya seronok mengusik.
Kamila mengetap bibir menahan diri dari menghamun teman yang cuba menduga kesabarannya. Tidak cukup dengan gangguan yang diterima dari lelaki-lelaki yang tidak faham bahasa, teman baik sendiri pula seronok menambah lauk. Urgh!
“Bila lagi Abang Nizar nak datang ni? Aku nak standby kat sebelah kau. Kau jangan risau. Aku duduk diam-diam. Sepatah kata pun takkan terbit dari bibir mungil aku ni. Aku cuma nak jadi penonton setia aje. Bukan selalu dapat tengok drama. Siap live lagi,” sakat Dahlia tanpa belas.
Bibir menahan tawa bila wajah cantik Kamila mula berubah keruh. Ketika dia mengusik tentang Syakir langsung tidak berubah riak di wajah itu. Berbicara soal Nizar lain pula ceritanya. Interesting.
“Kau rasa hari ni dia datang tak?” giat Dahlia.
Mata melirik pada jam di dinding yang sudah menunjukkan angka 5. Lagi sejam sudah mahu pulang. Malangnya lelaki tinggi lampai itu langsung tidak nampak bayang.
Mana ni? Takkan hari ni tak ada drama? Penat tunggu tau.
“Manalah aku tahu. Kau ingat dia suami aku ke yang aku kena jaga setiap masa?” deram Kamila garang.
“Bakal suami dengan suami tak jauh bezanya, babe,” bidas Dahlia tersengih panjang.
Kepala mula membayangkan imej lelaki tinggi lampai itu dipadankan dengan Kamila yang menawan pandangan. Sama cantik. Sama padan. Pasangan ideal. Not bad!
“Stop dreaming!” tingkah Kamila hampir menjerit marah. Jangan ingat dia tidak tahu apa yang bermain di kepala Dahlia ketika ini.
“Really not bad,” komen Dahlia terangguk-angguk setuju dengan pandangan sendiri.
“Menyibuk hal orang. Hal sendiri tak pernah serius,” selar Kamila geram.
“Ahemmm.” Dahlia berdeham kecil. Bila soalnya pula yang disebut Kamila.
“Kenapa? Tak suka bila aku menyibuk pasal kau?” sembur Kamila tersenyum sinis.
“Eh, siapa kata tak suka. Cuma aku ni belum jumpa lagi lelaki yang serius nakkan aku macam Abang Nizar kau tu. Bekas kekasih yang datang menuntut cinta lama. Kalau aku jumpa lelaki macam tu… sumpah aku tak tolak tau!” balas Dahlia tersengih menayang gigi.
“Kau ingat dia serius nakkan aku? Nak tuntut cinta lama?” bidas Kamila tertawa sinis.
Dahlia tidak tahu cerita sebenar. Pandai-pandai pula mereka cerita. Jika Dahlia tahu, tak mungkin temannya itu berfikir begitu.
“Aku boleh nampak dengan mata kepala aku ni yang dia serius.”
Renungan lelaki itu terhadap Kamila tidak susah untuk ditafsirkan. Walaupun hanya sekali dia bertemu lelaki itu, berita yang diterima daripada Aisya sudah cukup untuk membenarkan anggapannya.
“Betul. Dia memang serius. Serius sangat.”
“Kau jangan cakap berbelit boleh tak? Suka sangat berahsia dengan kawan sendiri.”
“Aku yang tinggalkan dia,” tutur Dahlia mendatar nadanya. Membuka pekung di dada.
Dahlia tersenyum sumbing. Dia tidak perlu menyiasat kisah sebenar untuk tahu apa yang berlaku. Sudah dapat mengagak.
Mana mungkin lelaki tinggi lampai itu sanggup meninggalkan Kamila. Hanya Kamila yang begitu kejam memutuskan hubungan yang indah.
Dia tahu Kamila berkahwin dengan Syakir kerana desakan keluarga. Dari situ pun dia sudah dapat menyimpulkan apa yang berlaku.
“So?”
“Do I need to explain this? Kau faham tak? Aku yang tinggalkan dia,” tekan Kamila mahu memasakkan kenyataan itu di benak Dahlia.
Temannya itu bagai langsung tidak terkejut dengan kenyataan yang dibentang di hadapan mata. Seolah apa yang berlaku sudah berada di dalam perkiraan Dahlia. Bijak meneka.
“The past is the past. The future is vast,” tutur Dahlia tenang.
Dia benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan. Jika lelaki itu terlalu kisah tentang masa lalu, tidak mungkin sibuk mengejar Kamila lagi.
Kamila tersenyum kelat mendengar bicara Dahlia. Jika itu pandangan Dahlia, tiada guna untuk dia menerangkan apa-apa.
Dahlia tidak berada di tempatnya. Hanya dia yang tahu apa niat sebenar seorang Nizar Naail.
Mahukannya? Benar. Tersangatlah benar. Kerana apa? Soalan itu penuh dengan jawapan yang pasti menggerunkan hati.
PUAS ditenung wajah si abang. Berkali-kali cuba ditiliknya. Bukan baru malam ini. Tapi sudah berhari-hari.
Sah! Nyata ada sesuatu yang berbeza!
“Apa rahsia?” soal si adik terus membedil.
Jika si abang punya rahsia, dia tentunya perlu menjadi orang pertama mendapat beritanya. Maklumlah adik kesayangan si abang. Mana boleh berahsia dengannya.
“Cakap cepat. Jangan ingat boleh lepas,” desak si adik memaut lengan sasa si abang manja.
Untunglah siapa yang bakal menjadi kakak iparnya. Dapat suami bertubuh sasa. Siap dada lebar tempat lentok manja. Tinggi. Handsome pulak tu. Lumayan sangat.
Nizar mengerling pada si remaja tak cukup umur yang sibuk menempel di lengan kirinya. Tangan kanannya ringan mendarat di ubun-ubun si adik. Mengusap lembut. Bibir automatik tersugil dengan senyuman.
Jarak 11 tahun di antara mereka buatnya tidak kisah memanjakan si adik. Lagi pula dia cuma punya seorang adik sahaja. Selayaknya dimanjakan olehnya.
Syazza menepis perlahan tangan si abang. Tidak lagi suka si abang mengusap ubun-ubunnya begitu. Terasa diri dilayan seperti budak hingusan.
Dia sudah dewasa. Sikit hari lagi dah boleh kahwin tau. Itupun kalau ada yang berani bertemu dengan abangnya yang kelihatan serius memanjang. Rasanya sukar untuk ketemu yang cukup berani.
“Sebelum Syazz merajuk baik bagitahu cepat,” ugut Syazza geram bila bibir si abang masih tidak mahu membocorkan rahsia.
“Dah ada calon kakak ipar Syazz ke?” tembak Syazza bijak meneka.
Tiada sebab lain yang akan menyebabkan si abang nampak berbeza di matanya. Mustahil disebabkan kerja. Tak kira betapa besar pun projek yang diraih si abang, wajah kacak itu tetap punya riak yang sama. Hanya soal perempuan memungkinkan wajah itu berubah riak.
Mengecil mata bundar si adik dengan kemungkinan itu. Hati menjerit teruja membayangkan si kakak ipar yang dapat dijadikan teman bershopping nanti. Baru best!
“Umiii!” jerit Syazza nyaring.
Si umi yang sibuk menyenduk makanan dari kuali di dapur hampir sahaja luruh jantungnya mendengar jeritan yang bergempita.
“Ish, budak ni. Menjerit macam pontianak malam-malam macam ni,” tegur Puan Warda geram. Mahu sahaja diketuk si anak dengan senduk di tangan.
“Kalau umi tak dapat menantu jangan salahkan Syazz tau,” tingkah Syazza mencebik protes.
Dia cuma menjerit bila teruja sahaja tau. Bukan tiap-tiap hari dapat berita macam ni. Seumur hidup sekali aje pun.
“Menantu?” Meninggi suara Puan Warda dengan mata bulat memandang si anak dara.
Tak padan belum habis sekolah dah ada hati nak bawak balik jantan? Tangan sudah siap bercekak di pinggang mahu menghamburkan ledakan lava gunung berapi.
“Bukan Syazz punya laaa!” Laju Syazza menafikan. Tengok muka yang mula memerah si umi pun dia sudah dapat meneka.
Ada ke patut dia pula jadi mangsa. Tahulah susah sangat anak sulung dia nak bawa pulang menantu. Huh!
“Kalau bukan Syazz…” Mata melirik pada si anak sulung yang disangkanya tidak akan membawa berita baik untuk didengar sampai dia menutup mata sekalipun. Sukar mahu percaya.
“Mana kamu tahu?”
Soalan itu lebih baik ditujukan pada anak gadisnya dari anak sulung yang ‘bisu’. Masakan tidak dianggap begitu jika terlalu susah untuk mendengar suara si anak.
Sejak dikecewakan kekasih hati bertahun yang lalu, anak sulung yang dulunya normal berubah sekelip mata. Menjadi manusia ‘bisu’. Serius 24jam. Tidak tahu bersenda. Nak nampak senyuman di bibir pun terlalu payah.
Anak yang sempurna berubah menjadi ‘cacat’ hanya kerana seorang perempuan. Buat hati seorang ibu gusar setiap waktu.
Dalam diam dia menyalahkan perempuan yang melukakan hati anaknya. Andai bertemu di hadapan mata pasti akan diajar secukupnya. Biar perempuan itu tahu langit tinggi atau rendah. Begitu berani menolak anaknya yang cukup sempurna di mata.
Walaupun perubahan itu membawa anak sulungnya ke tahap yang tidak pernah diimpikannya sebelum ini, perubahan karakter Nizar tetap menimbulkan ralat di hati.
Dia sebagai ibu terasa jauh bila Nizar lebih senang memendam rasa. Bibir si anak terlalu berat untuk membuka cerita.
Ketika mula-mula bercinta, bibir si anak tidak lokek memuji sang kekasih hati. Sekali terluka, segalanya dipendamkan sendiri. Bagaimanalah dia tidak menyalahkan perempuan yang membawa perubahan negatif di dalam hidup anaknya.
Di mata seorang ibu, wang ringgit bukan yang paling utama. Bahagia seorang anak yang dimahukan. Barulah hati terasa tenang. Tidak berterusan dibelit risau.
“Ini abang Syazz tau. Sekilas ikan di air Syaz dah boleh baca la. Abang Syaz ni dah ada kekasih hati. Tak lama lagi umi dapat timang menantu,” tingkah Syazza tersenyum lebar.
“Ish, budak ni. Kamu ingat menantu tu macam cucu ke boleh timang-timang?” tukas Puan Warda geram.
“Kalau macam tu biar abang Syazz aje yang timang. Kalau abang Syazz mesti dia lebih dari sudi timang isteri sendiri,” balas Syazza mengusik nakal.
Digoyang-goyangkan lengan berotot di abang. Lebih dari mampu untuk menimang si kakak ipar yang tentu sahaja bertubuh genit. Ramping. Apa sangatlah jika mahu dibandingkan dengan si abang yang tinggi lampai.
“Miang,” selar Puan Warda garang. Dia melabuhkan punggung bertentangan dengan si sulung.
“Betul ke?” Tiada respons.
“Betul ke, Zar?” soal Puan Warda lembut. Mengharap jawapan yang didengar bakal menamatkan kemarau di hati si anak.
Dia tahu luka di hati Nizar masih belum sembuh. Jika tidak kenapa Nizar masih bersendiri hingga ke hari ini.
Bukan dia tidak mengenalkan gadis-gadis yang baik untuk dipadankan dengan Nizar. Langsung dipandang sepi. Bukan tidak cantik. Bukannya tidak lembut orangnya. Hanya hati Nizar yang belum terubat.
Siapa sangka hari ini dia diberikan berita gembira. Berita yang ditunggu-tunggu. Kehadiran bakal menantu bermakna hati si anak mungkin sudah terubat.
“Erm.” Hanya itu balasan yang diberikan namun sudah cukup untuk membuat si ibu tersenyum lebar. Masakan tidak bila jawapan itu mengiakan berita yang dikhabarkan si adik.
Syazza tersenyum lebar siap mendabik dada lagi. Telahannya tidak salah sama sekali. Dia cuma punya seorang abang. Malah punya sedikit obsesi terhadap abang sendiri. Lalu setiap perubahan pada riak wajah atau gerak tubuh si abang mampu dianalisis dengan baik.
“Orang cakap umi tak nak percaya,” desis Syazza memaku si ibu. “Lepas ni umi dah tak payah jemput Kak Farisha datang rumah lagi,” tokok Syazza.
Dia kurang gemar melayan Farisha yang langsung tidak mampu menarik perhatian abangnya. Jika abangnya berminat itu lain cerita pula.
Dia boleh menerima mana-mana perempuan sebagai kakak ipar selagi perempuan itu merupakan pilihan abangnya. Bukan perempuan yang tidak tahu malu seperti Farisha.
Dah terang lagi bersuluh yang abangnya tidak suka. Tetap juga datang menayang muka!
Umi pun satu. Mentang-mentanglah perempuan tu anak kawan baik, sibuk nak dipadankan dengan abangnya. Humph!
“Bila nak kenalkan dengan umi?” soal Puan Warda lembut. Penuh hati-hati. Bimbang si anak tidak sudi mengubah jawapan.
“Dua minggu lagi,” balas Nizar tenang. Seolah begitu yakin yang dia mampu mengheret sang kekasih bertemu keluarganya tidak lama lagi.
Dia lebih dari yakin mampu mengheret Kamila bertemu keluarganya. Dia punya cara tersendiri untuk memastikan Kamila jatuh ke tangannya.
Cepat atau lambat semuanya berada di dalam percaturan. Kamila hanya mampu mengikut rentak permainannya. Mahu meloloskan diri? Tidak semudah itu!
Dia sudah pun mula memasang perangkap. Sama ada wanita itu suka atau tidak, tetap akan terjerat hingga tiada ruang untuk melepaskan diri. Too bad for you, darling.
DERINGAN telefon bimbit yang membingitkan telinga dipandang sepi. Tidak kuasa mahu melayan lelaki yang mula menyibuk dalam kehidupan hariannya.
Sekali atau dua kali dia masih bermurah hati untuk membiarkan lelaki mengganggunya. Malangnya kesabaran itu tetap punya had. Dia tidak betah terus-terusan diganggu lelaki itu.
Deringan akhirnya mati setelah dibiarkan begitu sahaja. Putus asa mungkin?
Tersugil senyum sinis di bibir. Lelaki itu tidak senekad mana. Jika dibiarkan sepi pandailah senyap sendiri.
Anggapan itu musnah saat membaca mesej yang dihantar lelaki itu. Mesej yang jelas memberi amaran.
Pick up the phone or I will come and meet you personally!
Bertaut rapat kening Kamila dek ugutan itu. Amarah mula berapi di dada. Pun begitu tangan laju menekan butang hijau sebaik sahaja deringan bergema sekali lagi.
“You nak apa lagi, huh?” deram Kamila kasar.
“I told you before. I want you, Mila,” balas suara garau di hujung talian. Kedengaran bersahaja nadanya. Tidak ambil hati biar dilayan kasar sang kekasih.
“Don’t joke around,” bidas Kamila resah. Resah bila bicara yang kedengaran bersahaja namun benar-benar memaksudkannya.
“You pun tahu I tak pandai bergurau. Especially when it’s about you,” tutur Nizar serius. Tidak lagi bersahaja seperti tadi.
Meledak tawa sinis di bibir Kamila. Tiada kata yang mampu diungkap ketika ini. Atau lebih tepat lagi tidak guna berbicara dengan lelaki yang sengaja ingin menghadirkan masalah di dalam hidupnya.
“Dinner dengan I malam ni. I datang ambil you. Wait for me,” ucap Nizar tenang. Ucapan yang berupa arahan.
“I…”
“You lebih suka I datang ofis you, hurm?” potong Nizar menghalang sebarang bantahan keluar dari bibir sang kekasih.
Kamila mendengus kasar. Terpaksa menelan kembali protes. Lelaki itu terlalu pandai mengugut!
“Wait for me, my queen,” bisik Nizar lembut bergemersik mengusik tasik hati sang permaisuri. Panggilan diputuskan tanpa menanti balasan.
Dia tidak perlukan balasan bila dia tahu yang Kamila akan menurut arahan. Wanita yang pernah bertakhta di hati tidak sukar untuk difahami.
Dia tahu Kamila akan memilih untuk makan malam dengannya dari membiarkannya muncul di syarikat. Tidak mahu timbul gosip panas.
Kamila merenung tajam telefon bimbit di tangan. Seolah membayangkan lelaki tinggi lampai itu yang berada di tangannya. Boleh dipicit dan dipenyek sesuka hati. Biar hilang amarah yang terasa menyesakkan dada.
Sesuka hati sahaja memberi arahan. Apa lelaki itu ingat dia akan mengikut arahan tanpa sebarang bantahan? In your dreams!
Siapa sudi makan malam bersama lelaki itu? Bermimpi di siang hari agaknya. Dia bukan patung yang akan mengikut perintah tuannya tanpa mampu berfikir.
Lelaki itu akan kecewa jika menyangka dia akan menurut. Dia bukan lembu yang telah dicucuk hidung. Menurut ke mana sahaja dibawa tuannya. Dia masih mampu membuat keputusan sendiri. Dan malam ini dia tidak akan menemani lelaki itu. Titik!
IMEJ di cermin diperhatikan lama. Menilik penampilan diri. Seolah mencari sebarang cela. Dia ingin kelihatan sempurna malam ini.
Dress hitam separas lutut menimbulkan kontras bila dikenakan di tubuh berkulit putih mulus. Mudah untuk menarik perhatian sesiapa yang memandang. Terutamanya mereka yang bergelar buaya tembaga. Pantang melihat gadis berdahi licin.
Rambut panjang hitam disanggul rapi. Memberi imej yang lebih matang. Nampak lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan ‘musuh’ yang tidak puas menyerang.
Senyuman manis dipasak di bibir. Menambah kesempurnaan pada imej yang mampu memukau pandangan.
Sekejapan senyuman yang manis berubah sinis. Mengejek diri yang seperti lembu dicucuk hidung. Tetap juga mengikut arahan walau sebelum ini bertegas tidak sudi.
“Stupid!” deramnya mengutuk diri.
Dia tahu bersetuju menemani lelaki itu hanya akan meletakkan diri dalam keadaan yang lebih bahaya. Berduaan dengan lelaki itu bukan langkah yang bijak. Malah dikhuatiri bakal memakan diri.
Lelaki itu mengugut untuk muncul di syarikat jika dia tidak sudi menemani malam ini. Hanya satu ugutan sudah membuatnya kalah. Bukannya dia tidak boleh menghalau lelaki itu pergi jika berani muncul di syarikatnya.
Namun memikirkan karakter lelaki itu buatnya nanar sendiri. Lelaki seperti Nizar Naail bolehkah dihalau pergi?
Dia bimbang lelaki itu tidak akan mengalah begitu sahaja. Sebaliknya tidak kisah mencipta drama di hadapan pekerja syarikatnya.
Andai itu yang berlaku, bagaimana dia mahu berdepan dengan pekerja sendiri? Pasti akan muncul gosip yang tidak enak tentangnya nanti.
Dia tidak peduli tentang mulut manusia lain. Cuma bila diri menjadi bahan gosip, rasa hormat terhadapnya sebagai majikan pasti mula berkurang.
Tanpa rasa hormat terhadap majikan, pekerja sukar untuk mendengar arahan. Dari perkara kecil tentu akan timbul perkara besar. Dia tidak mahu itu berlaku sedangkan syarikatnya baru sahaja bertapak.
Memikirkan kemungkinan itu buatnya memilih untuk berdepan dengan ‘musuh’ tanpa sesiapa memandang. Jika timbul masalah sekalipun hanya melibatkan mereka berdua.
Sekali lagi diperhatikan imej di cermin. Mata melirik pada jam di tangan. Sudah tiba masa. Lelaki itu sentiasa tiba tepat pada waktu yang dijanjikan.
Dia bingkas bangun menuju ke pintu. Mahu menanti lelaki itu di lobi. Mungkin malam ini mereka dapat berbicara dengan baik. Meminta lelaki itu tidak terus membelenggu hidupnya.
TIDAK lama untuk menanti lif tiba. Pintu terbuka luas menjemputnya melangkah masuk. Malangnnya hajat itu mati kala mata mendarat pada lelaki tinggi lampai yang bersandar selesa siap berpeluk tubuh.
Lelaki itu melempar senyuman paling manis buatnya. Namun senyuman itu tidak dapat menyembunyikan kemarahan yang bersinar marak di sepasang mata hitam itu.
Kemarahan itu menimbulkan gerun di hati. Buat kakinya dengan sendiri mengundur setapak. Lelaki tinggi lampai itu seperti tidak membenarkannya mencipta jurang. Melangkah menghampiri.
“Going somewhere?” soal Syakir lembut. Pun begitu sinisnya terasa menikam hati.
“Ke mana pun I pergi… bukan urusan you,” tingkah Kamila berhenti mengundur. Akal mula mengutuk diri.
Kenapa dia perlu berlagak seperti seorang isteri yang ditangkap suami ketika ingin keluar bersama lelaki lain?
Bodoh betul. Syakir bukan lagi suaminya!
“Bukan urusan I?” soal Syakir separuh berbisik.
Tangan terkepal kemas. Menahan amarah di dada. Dia cuba bersabar. Ingin memikat kembali hati si isteri. Tidak kisah berapa lama pun masa yang diperlukan. Dia sabar menanti.
Malangnya berita yang diterima hari ini buatnya hampir gagal mengawal amarah yang membuak di dada. Masakan tidak bila dia tahu ada lelaki lain kini sibuk mengejar isterinya.
Dia sama sekali tidak akan membenarkan isteri miliknya bersama lelaki lain. Kamila miliknya. Dulu atau sekarang tetap menjadli miliknya!
“Bukan urusan you,” tegas Kamila menentang sepasang mata hitam yang jelas berapi merenungnya.
“You’re mine, Mila. Setiap perkara yang you lakukan, perlukan kebenaran I,” deram Syakir seolah terlupa hakikat sebenar. Terlupa yang dia sendiri dengan rela melepaskan isterinya pergi.
Meledak tawa di bibir merah Kamila kala meendengar bicara yang dirasakan tidak masuk akal. Sukar untuk dicerna.
Mudah benar untuk lelaki itu lupa apa yang telah berlaku di antara mereka. Lelaki itu memilih untuk bersama perempuan lain setelah hampir dua tahun berkongsi hidup dengannya.
Mungkin sudah bosan menatap wajah isteri yang halal di sisi agama hingga lelaki yang disangka akan kekal setia mula berfoya-foya mencari kepuasan di luar. Tidak cukup dengan seorang isteri. Masih ingin melayan perempuan murahan di luar.
Mana mungkin dia dapat menerima kecurangan seorang suami. Sudah tentu perpisahan menjadi jawapan.
Dan kini lelaki itu seperti sudah lupa tentang apa yang berlaku. Tiba-tiba muncul kembali sejak 3 bulan yang lalu. Cuba memikat hati yang telah mati. Membuang masa.
“Am I? Yours?” soal Kamila separuh mengejek.
“You’re my wife,” deram Syakir bengang.
“Ex-wife,” tekan Kamila ingin memasak kenyataan itu di kepala bekas suami. Biar tidak terus hanyut dalam khayalan yang tidak akan menjadi realiti.
Jangan ingat hanya kerana lelaki itu baru tersedar kesilapan yang dilakukan dia akan kembali ke pangkuan bekas suami. Mustahil untuknya menjilat kembali ludah sendiri.
“I dengar you nak keluar dengan jantan lain,” tingkah Syakir. Tidak mempedulikan status yang diungkap Kamila.
Yang dia tahu Kamila pasti akan kembali padanya. Dia yakin mampu mendapatkan wanita itu semula walau terpaksa menggunakan apa sahaja cara sekalipun.
“Are you stalking me?” tuduh Kamila marah. Bengang bila privasinya diceroboh lelaki-lelaki yang tidak diingini.
“Siapa jantan tu, Mila? You lebih suka keluar dengan jantan tu dari suami you, huh?” deram Syakir diamuk cemburu kala kepala membayangkan Kamila di sisi lelaki lain.
Tangannya tanpa silu memaut pinggang ramping yang dulunya bisa disentuh tanpa sebarang halangan. Tubuh genit itu ditarik rapat ke dalam dakapannya.
Matanya mendarat pada bibir merah yang ingin menyatakan protes. Ingin didiamkan. Atau lebih tepat lagi ingin mengajar bibir itu menyeru namanya kembali.
Belum sempat dinikmati kemanisan bibir itu, tubuhnya tiba-tiba terdorong ke belakang. Wajahnya terasa berdenyut perit kala menerima tumbukan padu yang melayang tanpa sebarang amaran. Dan tubuh genit yang tadinya berada di dalam dakapan kini diheret pergi oleh lelaki lain.
Baru sahaja dia ingin mengejar, pintu lif ditutup laju. Dia hanya mampu memandang wanita kesayangannya dibawa pergi.
Kepala masih cuba memproses apa yang berlaku. Bagaimana lelaki itu muncul tanpa disedarinya?
Kala diri terbuai dengan keindahan di hadapan mata buatnya tidak dapat mengesan musuh yang menghampiri. Tangan terkepal kemas memikirkan kecuaian diri.
Dia tidak boleh cuai lagi. Jika tidak Kamila pasti terlepas dari genggaman. Terlefon bimbit dicapai. Lalu butang hijau ditekan mencari orang kanannya.
Dia perlukan maklumat tentang musuhnya secepat mungkin. Lelaki yang berani merampas Kamila dari dakapannya bukan musuh yang mudah untuk ditangani. Dia perlu berhati-hati.
KAMILA menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal amarah yang menjulang tinggi. Terasa diri menjadi barang permainan di tangan lelaki-lelaki yang tidak peduli tentang hati dan perasaannya.
Walau hati diamuk marah, dia tidak berani bersuara setelah tubuhnya diboloskan kasar ke dalam kereta. Diam tidak berkutik.
Aura hitam yang menyelubungi lelaki yang berada di tempat duduk pemandu tanpa sepatah kata itu buatnya turut mengunci bibir rapat. Rahang yang terketap kuat ketika ini sudah cukup untuknya mentafsir emosi lelaki di sisi. Marah!
Marah pada siapa? Kerana dia lewat turun dek dihalang Syakir? Atau cemburu kala melihatnya berada di dalam dakapan Syakir? Mustahil!
Dia tidak faham kenapa dia dikasari lelaki itu. Pergelangan tangannya yang menjadi mangsa cengkaman kuat lelaki itu masih terasa berdenyut sakit. Pasti biru esoknya!
Tidak cukup dengan Syakir yang sesuka hati mendakap tubuhnya, Nizar pula mengheretnya pergi tanpa meminta kebenarannya. Malah sepatah kata pun tidak keluar dari bibir lelaki itu.
Dia benar-benar terasa diri diperlakukan seperti patung tidak bernyawa. Tidak punya sebarang nilai di mata mereka. Seolah tidak punya hak untuk menentukan jalan hidup sendiri. Benar-benar mendatangkan marah.
Pun begitu, dia tahu ini bukan masa yang sesuai untuk menyatakan sebarang protes. Dia baru sahaja terlepas dari mulut buaya. Dan kini jika tidak tahu menjaga kata pasti bakal dibaham harimau pula.
Lalu dia hanya mampu memujuk hati sendiri. Membenamkan amarah jauh ke lubuk hati yang paling dalam. Menanti masa yang sesuai untuk dihamburkan semuanya.
STEAK di pinggan dipotong halus. Sehalus yang mungkin. Kalau diikutkan hati ingin dicincang halus.
Kala kepala membayangkan imej dua lelaki yang muncul malam ini, jemarinya tanpa sedar bertindak sendiri. Seolah cuba melepaskan amarah yang berbuku pada steak yang tidak bersalah.
Terlalu asyik dalam usahanya itu, langsung tidak sedar akan sepasang mata hitam yang merenung tajam. Menikam.
Tersugil senyuman sinis di bibir memahami apa yang bermain di kepala wanita yang tidak memanggung kepala sedari tadi. Seolah tidak sudi memandangnya.
Sudah melakukan kesalahan masih ingin menunjukkan protes lagi? Jika dia tidak muncul tepat pada waktunya, bibir merah itu pasti menjadi makanan lelaki lain.
Tangan terkepal erat kala imej sang kekasih yang berada di dalam pelukan lelaki lain kembali terlayar di mata. Menghantui ruang fikirannya. Memarakkan api yang sudah sedia marak.
Murah benarkah Kamila hingga membiarkan sahaja lelaki lain menyentuhnya begitu?
Soalan itu ingin diajukan menuntut jawapan. Malangnya situasi dan tempat tidak sesuai untuk memulakan penyiasatan. Bimbang jawapan yang diberikan buatnya gagal mengawal diri lalu menghukum wanita itu di hadapan ramai.
Maklumat yang diterima rupanya tidak lengkap. Jika tidak bagaimana boleh terlepas pandang soal lelaki yang ingin memonopoli wanita itu?
Dia akan menyiasat hingga ke akar umbi. Nur Kamila miliknya. Mana mungkin dibiarkan sekali lagi jatuh ke tangan lelaki lain.
Bagaikan tersedar ada yang memerhati, Kamila tiba-tiba mengangkat wajah. Diketap bibir kala mereka bertentang mata. Sepasang mata hitam itu masih berapi merenungnya.
Dia mendengus kasar. Apa hak lelaki itu untuk memarahinya? Mereka tak punya sebarang hubungan. Jauh sekali ikatan yang halal.
“Explain,” arah Nizar tegas.
Terletus tawa di bibir Kamila. Bukan main lagi mengarahkannya. Mahu dia menerangkan tentang apa?
“You have no right…”
“Really?” potong Nizar tidak ingin mendengar penolakan sang kekasih sedangkan dia tahu tidak lama lagi dia punya hak untuk menuntut segalanya daripada Nur Kamila. Segalanya!
Kamila tidak meneruskan bicara. Sebaliknya menyumbat potongan steak ke mulut. Ingin menghabiskan makanan secepat mungkin supaya dia boleh pulang ke kondominium miliknya.
Dia tidak betah terus berada di sini. Menemani lelaki yang suka benar menduga kesabaran. Bimbang kesabaran yang tipis buatnya menjerit di hadapan ramai.
Dia tidak sanggup dilabel gila hanya kerana seorang lelaki yang tidak penting dalam hidupnya. Lebih baik berlagak seperti lelaki itu tidak wujud di hadapan mata.
Nizar juga meneruskan suapan. Hanya matanya tidak lepas menikmati keindahan di hadapan mata. Wajah tanpa solekan tebal itu cukup memukau pandangan. Buatnya ingin terus memandang.
“I’m full,” ucap Kamila tidak lagi dapat menahan diri bila menjadi mangsa renungan lelaki itu sedari tadi. Rimas. Buat hatinya resah tanpa sebab yang pasti.
“I nak balik,” tekan Kamila bila tiada reaksi dari lelaki itu. Pekak ke apa ni?
Dia bingkas bangun bila lelaki itu masih statik tanpa kata. Baru sahaja ingin membuka langkah, pergelangan tangannya disambar lelaki itu.
Memikirkan pergelangan tangan yang hampir patah dikerjakan lelaki itu sebelum ini, dia tidak berani melangkah begitu sahaja. Takut pula pergelangan tangannya benar-benar patah jika dia berani melawan.
Lelaki itu langsung tidak tahu berlembut. Mana mungkin peduli jika dia menjerit sakit sekalipun. Malah mungkin sanggup menambah lagi kesakitan yang dialami. Humph!
“Duduk,” arah Nizar. Tegas. Tidak mahu mendengar protes terbit dari bibir merah itu.
Dia belum lagi selesai makan. Dan wanita itu sudah mahu meninggalkannya begitu sahaja. Heartless.
Mata Kamila mencerun tajam. Bengang bila diarah-arahkan begitu. Dia tidak terus menurut untuk kembali duduk. Tidak juga cuba melangkah pergi bila cengkaman di tangannya semakin erat.
“I belum habis makan,” tambah Nizar menarik Kamila duduk di sisinya. Tidak bertentangan dengannya seperti tadi.
Kamila terpaksa menurut bila tangannya terus dibuat harta lelaki itu. Bukan dia tidak cuba merentap tangannya. Cuma menambah sakit pada diri sahaja.
“I ajak you temankan I dinner. You can’t leave before that.”
Kamila tersenyum mengejek. Bagaimana mahu habiskan makanan bila sedari tadi hanya tahu merenungnya. Makan tidak juga.
Nizar tersenyum puas bila sang kekasih menurut kata. Obedience. Itu yang dimahukannya. Bukannya gadis yang sesenang hati memutuskan perhubungan mereka tanpa kebenaran.
Dia menyuap makanan ke mulut tanpa sepatah bicara. Namun matanya tetap melekat di wajah tanpa cela itu. Menghargai setiap garis dan lekuk indah ciptaan Dia.
Wanita yang dimahukannya cukup sempurna di mata. Sayang sekali punya hati yang kejam. Pakej yang sukar untuk diterima seadanya.
“Am I that pretty?” Sinis soalan yang dilemparkan.
Lemas dan rimas. Rasa mahu sahaja dicucuk sepasang mata hitam yang membuat wajahnya terasa berbahang.
“Beautiful.”
Pujian itu terang dan nyata. Tiada kepalsuan. Menyebabkan Kamila terdiam tanpa kata. Hanya wajah terasa semakin berbahang.
Menyesal mengusik lelaki yang terlalu selamba. Nyata memakan diri. Stupid.
“TAK perlu hantar I naik,” larang Kamila mahu lelaki itu cepat menghilang dari pandangan mata. Dia ingin menghalau lelaki itu pergi sepantas mungkin.
Sepanjang malam terpaksa menemani lelaki itu sudah cukup menguji. Tidak perlu menghantarnya sampai ke atas. Dia pandai naik sendiri.
“No,” bantah Nizar selamba meraih jemari runcing sang kekasih lalu ditarik menuju ke lif.
Kamila mengetap bibir menghalang diri dari menghamun lelaki itu. Hati mendongkol marah. Dihalau pun tetap tidak mahu pulang. Dasar tak faham bahasa!
Sebaik tiba di pintu kondo, Kamila pantas mencapai kunci di dalam tas tangan. Baru sahaja ingin memulas tombol pintu, sepasang tangan kekar tanpa silu membelit pinggangnya. Buatnya terkedu. Kejung di situ. Otak bagai gagal berfungsi buat seketika.
Tubuhnya ditarik rapat ke dada lebar lelaki yang suka benar mengambil kesempatan. Lelaki yang cuba menyapu kesan pelukan lelaki lain di tubuh genitnya.
Saat otak kembali berfungsi, Kamila pantas berpaling. Tangannya ringan naik ke wajah kacak yang tersenyum puas ketika ini. Suka dapat memperlakukannya sesuka hati.
“How dare you!” Melengking suara Kamila memecah keheningan malam. Tidak peduli jika ada yang mendengar.
“Why not?” ucap Nizar. Bersahaja nadanya. Malah tangan yang cuba naik ke wajah ditangkap mudah. Tidak membenarkan Kamila biadap dengannya.
“Lepaskan I,” deram Kamila cuba menarik tangannya kembali. Gagal. Lelaki itu dengan sengaja mengeratkan rangkulan di pinggangnyaa.
“Marah, hurm?”
“Lepaslah. I jerit nanti,” ugut Kamila garang.
“Jeritlah. I don’t mind,” balas Nizar.
Apa yang ditakutkannya? Dia boleh sahaja mengatakan ianya cuma salah faham di antara pasangan kekasih. Dan dia lebih dari sudi untuk ‘memujuk’ sang kekasih hingga ‘terubat’ hatinya.
“You!”
“I tak benarkan lelaki lain sentuh you, Mila. Tak ada lelaki lain berhak ke atas you. Faham?!” Keras suara garau itu memberi amaran. Tidak mahu melihat perkara yang sama berulang kembali.
Meledak tawa Kamila mendengar amaran itu. Tawa yang kedengaran mengejek di telinga yang mendengar.
“Isn’t it too late for that, huh?” balasnya sinis. Jelas mencabar lelaki yang ingin mengatur hidupnya.
Dia bukan si dara yang masih terpelihara. Bukan dara pingitan yang belum kenal tentang hubungan di antara suami dan isteri. Status sebagai janda sudah cukup untuk menjelaskan segalanya.
“Say it again,” deram Nizar keras mengugut sang kekasih agar mengulangi ayat yang nampak benar mahu memprovok.
Renungannya tajam menikam hingga ke dasar hati. Jika Kamila berani mengulangi ayat yang sama, dia tidak kisah untuk menghukum kekasih yang menyerahkan diri pada lelaki lain.
Kamila mengetap bibir geram. Renungan lelaki itu terasa menggerunkan. Dan dia yakin jika dia berani mengulangi soalan itu pasti dirinya tidak akan bernasib baik.
“Don’t let him touch you ever again!” Keras suara itu memberi amaran.
Kamila tidak membalas. Diam tidak bermakna setuju. Dia cuma tidak mahu api bertemu api. Dia hanya mahu Nizar meleraikan belitan di tubuhnya. Kemudian menghilang di sebalik pintu. Biar tidak perlu berhadapan dengan lelaki itu lagi. Sekurang-kurangnya untuk malam ini.
Berpuas hati dengan reaksi sang kekasih, dia melepaskan cengkaman di tubuh itu. Bimbang jika dia terus berlama di sini dia tidak dapat mengawal amarah yang marak membakar.
Laju kaki melangkah pergi. Meninggalkan wanita yang hanya tahu mendera jiwanya. Langsung tidak peduli akan sakit yang ditinggalkan. Heartless!
BANG! Pintu dihempas kuat. Menjadikan pintu yang tidak bersalah pengganti lelaki yang menyakitkan hati.
Tubuh dihenyakkan di sofa empuk. Wajah yang terasa berbahang diamuk emosi diraup berkali-kali.
Dia mungkin bukan lagi dara pingitan. Tidak bermakna dia akan membenarkan lelaki yang tidak punya ikatan menyentuhnya seperti perempuan murah.
“How dare him!” Jeritnya marah. Memecahkan kesepian rumah tanpa penghuni.
Tangan terkepal erat. Seolah bila-bila masa sahaja bersedia untuk dilayangkan ke wajah kacak lelaki yang sudah tiada di hadapan mata.
Kala berdepan dengan lelaki itu, dia jelas tidak berdaya. Tamparan yang cuba dihadiahkan ditangkap mudah. Malah tangannya pula yang menjadi mangsa.
Mata melirik pada pergelangan tangan yang kelihatan merah. Cengkaman lelaki itu nampak benar ingin menghukum. Sengaja meninggalkan kesan. Betapa lelaki itu tidak lagi punya belas untuknya.
Dahulu mana mungkin lelaki itu menyakitinya begini. Sentiasa cuba membuatnya tersenyum bahagia. Membuai hati dan jiwa.
Bibir bergetar tanpa kata mengenangkan kisah lama. Betapa indahnya saat cinta mewarnai hidupnya.
Malang sekali saat itu tidak kekal lama. Dan kini lelaki itu nekad mahu menghukumnya. Bolehkah dia menyalahkan lelaki itu sedangkan dia yang lebih dahulu menyakiti?
Dia mungkin berada di pihak yang salah. Tidak bermakna dia rela disakiti lelaki itu. Apatah lagi bila dia dapat membaca niat lelaki itu yang mahu merantai hidupnya.
“What should I do? What should I do?” Soalan itu terletus di bibir. Berulang-ulang tanpa jawapan yang pasti.
Sesungguhnya dia tidak pasti apa yang mampu dilakukannya untuk mengelak daripada lelaki itu. Kalau dahulu lelaki itu belum punya apa-apa. Tidak punya daya untuk menghalang mahupun membalas dendam.
Kini dia yang tidak punya daya untuk menghalang langkah lelaki itu. Biarpun dia ingin melawan namun dia tahu keupayaan sendiri.
“Can’t you leave me alone? Can’t you, Zar?” Soalan itu kedengaran separuh merayu. Malangnya lelaki yang dirayu tiada di hadapan mata.
Mana mungkin dia merayu di hadapan lelaki itu. Dia tidak selemah itu!
“JANGAN marah, bro. Kau cuma mintak aku siasat kisah silam dia. Bukan kisah sekarang. Aku cuma ikut arahan, bro,” ujar suara ceria di hujung talian. Langsung tidak terkesan dengan kemarahan si teman.
“Aku nak tahu semuanya,” arah Nizar tegas. Menyabarkan diri kala berurusan dengan teman yang jarang bersikap serius.
“Kenapa? Takut perempuan tu terlepas lagi dari genggaman kau?” soal Rusman separuh mengusik.
Orang lain mungkin tidak tahu apa yang berlaku pada temannya itu. Dia pula tahu segalanya. Segala rahsia Nizar dipegangnya.
Jika dia langsung tidak tahu bagaimana dia mahu mengaku diri sebagai penyiasat persendirian terhebat?
Maklumat tentang perempuan yang diingini Nizar segalanya diselidik dengan rapi. Mana mungkin dia tidak tahu tentang bekas suami yang kembali mengejar perempuan itu.
Dia cuma sengaja menyimpan maklumat itu dari pengetahun Nizar. Lebih baik Nizar tahu sendiri tentang pesaingnya. Ingin juga melihat temannya itu diamuk cemburu. Dan dari nada si teman ketika ini sudah tentu dibelit rasa yang satu itu.
“Takut?” Sinis nada yang menyoal kembali. “Aku cuma nak pastikan dia tak jatuh ke tangan lelaki lain kali ni,” tutur Nizar penuh dengan maksud mendalam.
Jika Kamila terlepas lagi, bagaimana dia mahu menjatuhkan hukuman?
“Oh, aku faham. Cinta lama susah nak lupa, kan? Bertahun berlalu pun belum tentu kau dapat buang dia dari hati kau. Lagi-lagi perempuan cantik macam si Kamila ni. She’s really not easy to forget,” sindir Rusman.
“Kau cuma perlu buat kerja kau.”
“Okey, bro. Kau jangan risau. Esok semua maklumat awek kesayangan kau tu akan sampai ke tangan kau. Kali ni genggam dia erat-erat. Jangan biar dia terlepas lagi. Aku takut kawan aku membujang sampai tua nanti,” balas Rusman tertawa mengejek.
“Get lost!” deram Nizar terus mematikan talian. Berurusan dengan teman seorang itu memang menguji kesabaran. Tak pernah serius.
“HAI, dapat keluar dating dengan teruna pujaan pun muka tu monyok lagi?” sindir Dahlia sebaik melabuhkan punggung di kerusi empuk bertentangan dengan Kamila.
Bukan main lagi Kamila berdating tanpa pengetahuannya. Suka sangat berahsia. Geram betul!
Bulat mata Kamila disindir begitu. Mana Dahlia tahu? Dia tidak memaklumkan sesiapapun yang dia akan keluar dengan Nizar semalam.
Takkanlah Dahlia juga seperti Syakir. Sibuk mengintip gerak gerinya. Dia tidak percaya Dahlia sanggup menceroboh privasinya.
Dahlia tidak perlu bertindak membelakangkannya. Lebih senang mengorek rahsia daripadanya sendiri.
“Kenapa? Pelik sebab aku tahu?” soal Dahlia menjongket kening.
Diusap-usap dagu licin tidak berjanggut. Mata mula menilik wajah cantik si teman yang kelihatan monyok pagi ini.
Apa yang berlaku semalam? Musykil.
“Sebab kau la pagi-pagi lagi aku dah kena kacau dengan bekas suami kau. Nak korek rahsia tentang Nizar. Dah tergugat bila tahu ada lelaki lain cuba nak goda kau,” jelas Dahlia menayang muka menyampah.
Dia cukup tidak suka diganggu lelaki curang. Lelaki itu ingat dia akan membuka rahsia kawan baik sendiri agaknya. Silap besar!
Dia tahu walaupun pada mulanya Kamila tidak mencintai Syakir, temannya itu tetap belajar untuk menerima. Belajar untuk mencintai suami sendiri.
Malang sekali niat yang suci dibalas dengan kecurangan. Syakir masih ingin mencari perempuan di luar. Mengecewakan Kamila yang ingin menjadi isteri yang baik.
Lelaki yang curang jangan ingat akan mendapat peluang kedua. Lainlah kalau Nizar yang cuba menghubunginya. Bertanya tentang Kamila. Dia lebih dari sudi untuk menghulurkan bantuan. Biar cepat sikit temannya itu ditawan.
Dia yakin Nizar mampu menjaga Kamila dengan baik. Tak ramai lelaki berani mendekati Ice Queen seperti Kamila. Jika dibiarkan sahaja, Kamila pasti akan terus menyendiri hingga ke hari tua. Sesuatu yang merugikan.
Wanita cantik seperti Kamila perlu dimiliki lelaki yang sama hebatnya. Perlu dihargai dan dikasihi. Bukan dibiarkan sepi sendiri.
“Macam mana semalam? Romantik tak Abang Nizar kau tu?” soal Dahlia ingin tahu bila Kamila terus membisukan diri.
“Kau ingat aku dengan dia bercinta ke?” tingkah Kamila akhirnya membuka mulut.
Romantik? Lucu benar mendengar soalan itu. Romantik apanya bila kemarahan yang menyelubungi suasana. Lagi pula bukannya dia rela menemani lelaki itu.
“Yup. Loving couple.” Dahlia mengangguk laju.
“Itu dulu. Not anymore.”
“Dulu dan sekarang apa bezanya? Yang penting orangnya tetap sama.”
“Terlalu banyak bezanya.”
“Apa yang berbeza sangat? Yang aku nampak dia masih berminat dengan kau. Kalau tak… dia tak ajak kau keluar semalam.”
“Yup. Dia memang berminat. Minat yang berbeza dari dulu,” balas Kamila tenang.
Dia menghulurkan proposal baru untuk disemak Dahlia. Tidak berminat untuk meneruskan bicara tentang lelaki yang merosakkan moodnya semalam.
“Produk baru? Bila launch?” soal Dahlia membelek proposal di tangan. Kurang berminat sebenarnya. Lebih suka membiarkan Kamila menguruskan segalanya.
“Coming soon.”
Walaupun dia tidak memerlukan Dahlia untuk membuat keputusan, setiap kali produk baru bakal dilancarkan, dia tetap memaksa Dahlia menyemak sebelum meneruskan perancangan.
Rakan kongsi perlu juga tahu apa yang berlaku di dalam syarikat mereka. Mana tahu nanti Dahlia tidak bersetuju pula.
“Next month?”
Kamila mengangguk mengiakan. Sebulan masa yang dirasakan terlalu singkat sebenarnya. Namun persediaan yang telah dibuat mampu melegakan hati.
“Apa kau nak buat dengan Syakir? Aku risaukan kau.”
Kamila tersenyum kelat. Hatinya juga berdetik risau. Syakir semakin melampau. Memasang pengintip menjejak segala gerak gerinya.
Kalau sebelum ini lelaki itu hanya muncul di lobi syarikat menantinya pulang, kini lelaki itu mengambil tahu semua maklumat yang berlaku terhadapnya. Mengganggu privasi.
“Apa aku boleh buat?” Soalan itu dilempar kembali pada si teman.
Bagaimana mahu menghalang Syakir dari terus mengintip privasinya? Melaporkan pada pihak polis? Tak membawa apa-apa faedah.
Dengan status yang dimiliki Syakir, mustahil untuknya disabitkan kesalahan hanya kerana mengganggu privasi bekas isteri. Silap hari bulan dia yang kerugian bila keluarga lelaki itu melibatkan diri.
Jika bekas keluarga mentua tahu Syakir ingin kembali bersamanya, mereka pasti menyokong kuat. Dia tidak mahu dipaksa berada di dalam keluarga itu lagi.
Keluarga Syakir melayannya dengan baik. Tidak bermakna dia dapat memaafkan kecurangan lelaki itu. Mereka menentang keras kala dia meminta perpisahan. Pun begitu dia tidak peduli. Lelaki itu yang bersalah. Bukan dia yang sengaja mencari punca.
“Kau boleh terima Nizar. Biar dia yang jaga kau. Syakir tak boleh buat apa-apa kalau kau dah ada suami baru,” usul Dahlia dengan mata bersinar galak. Teruja dengan idea yang datang.
Meledak tawa Kamila mendengar usul yang sukar diterima akal itu. Terlepas dari mulut buaya hanya untuk menyerah diri pada si harimau belang? Dia tak sebodoh itu.
“Kau tak ada usul lain yang tak melibatkan lelaki ke?” soal Kamila sinis.
Dia tidak perlu bergantung harap pada lelaki. Dia masih boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tidak perlu menyeksa diri di tangan Nizar.
Soal Syakir masih boleh dipandang sebelah mata. Dia hanya perlu menganggap Syakir ibarat langau di hutan. Memang mengganggu. Namun tidak mendatangkan sebarang bahaya.
Setelah dua tahun baru mahu menyesal dengan apa yang berlaku? Too late!
“Well, semua perempuan perlukan suami.”
“What about you?” Kamila menjongket kening. Mempersoalkan perempuan yang pandai sangai mencari jodoh untuk orang lain sedangkan diri sendiri masih sendiri.
“Aku? I’m still searching,” balas Dahlia tersengih menayang gusi.
“Same here,” balas Kamila bersahaja.
Dahlia mencebik tidak percaya. Mencari konon? Mati hidup semula pun dia tak percaya.
“Suit yourself. Kalau Syakir tu buat hal… jangan cari aku. Cari Abang Nizar kau tu lagi membantu,” tingkah Dahlia geram. Pun begitu tidak lupa menyelitkan tentang lelaki yang mendapat lampu hijau daripadanya.
Lelaki yang setia seperti Nizar patut menjadi pilihan. Bukan dipandang sebelah mata sahaja. Bukan senang tau nak dapat lelaki macam tu.
“Get lost,” halau Kamila. Tahu Dahlia tidak akan berlama di syarikat mereka. Gadis itu penuh dengan aktiviti harian. Berjoli menghabiskan masa muda.
“Bye. Aku nak mencari kekasih idaman ni. Wish me luck,” ucap Dahlia mencapai tas tangannya laju menghilangkan diri.
Kamila hanya mampu menggeleng dengan sikap teman baik seorang itu. Happy go lucky. Seolah hidup langsung tak punya sebarang masalah. Indah benar. Namun benarkah tiada?
TUBUH GENIT yang berada di dalam pelukan terasa tidak ingin dilepaskan. Ingin memastikan sentiasa kemas di dalam genggaman.
Jika sang kekasih tidak cuba melayangkan tangan ke wajahnya, saat itu pasti akan kekal lebih lama. Lebih bermakna.
Berada di dalam dakapannya mendatangkan amarah buat sang kekasih. Kala berada di dalam dakapan bekas suami tidak pula menunjukkan sebarang protes. Benar-benar menyakitkan mata memandang.
“Great,” ucapnya sinis. Menyapu pergi bayangan tubuh genit itu. Hati mendidih marah memikirkan pengkhianatan wanita itu.
Laporan yang dibacanya mampu membuat suhu bilik pejabatnya menurun mendadak. Tahap sejuk beku.
Mata tertunak pada gambar sang kekasih yang terselit dalam laporan yang dihantar padanya. Cantik dipandang. Memukau.
Jemarinya naik menyentuh wajah dingin sang kekasih. Tiada senyuman di bibir itu. Dingin dan beku. Namun tetap indah di mata.
“You ingat I akan benarkan you kembali bersama jantan tu, huh? Never. Not this time, Mila.”
Rancangan yang disusun rapi perlu dilaksanakan secepat yang mungkin. Sebelum ini dia tidak tahu tentang kewujudan pesaingnya. Dia tidak rasa tergugat. Sengaja mengambil masa untuk mendera sang kekasih sedikit demi sedikit.
Kini dia perlu bertindak segera agar Kamila tidak jatuh ke tangan lelaki yang sama. Selepas Kamila menjadi miliknya, dia boleh menghukum wanita itu perlahan-lahan. Biar akhirnya menyerah tanpa mampu melawan lagi.
Pesaingnya bukan sembarangan orang. Lelaki itu bekas suami Kamila sendiri. Bagaimana jika cinta lama membara kembali? Dia tidak akan membiarkan itu berlaku.
Status yang dimiliki lelaki itu buatnya perlu lebih berhati-hati. Tidak semudah itu untuk ditewaskan. Dia perlu memastikan Kamila sendiri yang memilihnya.
Jika Kamila mula memilih lelaki itu, sukar untuknya mengubah apa-apa. Selagi Kamila tidak menerima lelaki itu, dia masih punya peluang. Dia sama sekali tidak akan melepaskan peluang itu.
“KENAPA marah-marah ni?” soal Datin Maslina lembut. Pelik melihat si anak tunggal dengan muka merah padam begitu. Entah siapa yang menaikkan kemarahan anaknya itu pun dia tidak pasti.
Dia melabuhkan punggung di sofa empuk di sisi si anak. Mata melirik pada laporan di tangan Syakir. Ingin tahu apa yang berlaku.
“Mila dah ada jantan lain,” tingkah Syakir bengang. Laporan yang diterima hampir membuatnya diamuk taufan.
Kekasih lama? Dia tidak pernah pun tahu isterinya pernah bercinta sebelum ini. Bijak betul menyembunyikan rahsia.
Dan kini kekasih lama muncul semula. Meminta perhatian isterinya. Mengharap untuk kembali bersama. Mana boleh dibiarkan itu berlaku.
“Mila?” soal Datin Maslina terkejut mendengar nama bekas menantu. Tiba-tiba disebut kembali oleh si anak. Ada yang berlaku tanpa pengetahuannya?
“Khir contact Mila balik?”
“Khir nak Mila kembali hidup dengan Khir. Macam dulu, mummy,” ucap Syakir serius.
“Kenapa tiba-tiba aje Khir nak Mila balik? Dah lama tau Khir dengan dia berpisah. Baru sekarang Khir nak Mila balik?” soal Datin Maslina kurang berpuas hati.
Dia sukakan Kamila menjadi menantunya. Jika tidak dia tidak akan menerima usul dari keluarga Kamila untuk menyatukan dua buah keluarga.
Menantunya itu wanita yang bertanggungjawab. Melayan seorang suami dengan baik. Tiada langsung cela di mata.
Sayang sekali anak sendiri pula mencari masalah. Tidak cukup dengan seorang isteri. Mahu berfoya-foya dengan perempuan lain. Mana mungkin menantunya dapat menerima pengkhianatan seorang suami.
Puas dipujuk agar jangan memutuskan ikatan suci, Kamila tetap melangkah pergi. Syakir pula ketika itu langsung tidak peduli. Buta mata. Buta hati. Dan kini berani pula menyebut inginkan bekas isteri kembali.
“Khir baru sedar, mummy. Mila isteri terbaik untuk Khir,” ucap Syakir penuh kesal.
Ketika sang isteri masih di sisi, dia langsung tidak tahu menghargai. Bila mata tidak lagi buta menilai, terasa sukar untuk mendapatkan haknya kembali.
“Dah terlambat, Khir,” tutur Datin Maslina. Dia tidak mahu anaknya melakukan perkara sia-sia. Kamila takkan pulang ke pangkuan anaknya.
Dia kenal benar menantunya itu. Tak mungkin memaafkan setelah dikhianati. Walau dipujuk rayu tetap tidak akan mencair seperti lilin. Lebih baik dia menasihati Syakir agar berputus asa.
“Belum, mummy. Mila hak Khir. Khir takkan biarkan jantan lain rampas hak Khir,” deram Syakir marah.
“Khir dah tak ada hak ke atas Mila. Khir sendiri yang lepaskan dia bila dia berkeras nak pergi. Waktu tu senang aje Khir lepaskan dia. Macam tak ada langsung rasa sayang. Sibuk mengulit betina murah,” selar Datin Maslina pedih.
Dia bukan ibu yang mengikut sahaja keinginan si anak. Mungkin dia selalu memanjakan Syakir. Tidak bermakna dia akan menyakiti bekas menantunya.
“Khir tahu salah Khir. Khir akan ubatkan semula hati Mila. Khir hanya nakkan Mila. Takkan ada perempuan lain lagi, mummy.”
Kala sudah bosan berfoya-foya dengan perempuan yang langsung tidak membawa makna, baru dia tersedar betapa kosongnya hati tanpa kehadiran seorang isteri. Isteri yang setia. Sudi membuka pintu hati untuknya.
Dia bukan tidak menyayangi Mila. Namun perkahwinan di usia muda buatnya belum puas berhibur. Menyukarkannya untuk setia pada seorang isteri. Lalu kakinya ligat mencari pilihan yang berbeza.
“Mummy tak rasa Mila akan setuju.”
“Khir akan buat Mila setuju. Mila hanya boleh jadi isteri Khir. Bukan jantan tu,” deram Syakir nekad.
Sebelum ini dia cuba berlembut. Kehadiran kekasih lama buatnya perlu membuat tindakan drastik.
“Mummy tak suka kalau Khir cuma nak mainkan hati Mila.”
“Khir serius kali ni, mummy. I won’t hurt her again,” janji Syakir.
Datin Maslina tersenyum nipis. Tidak tahu perlu menghalang atau menyokong bila si anak beria-ia mahu membawa menantunya kembali.
Jika benar Syakir serius, mungkin dia patut menyokong. Lagi pula dia sukakan bekas menantunya itu. Hingga ke hari ini dia belum bertemu calon lain yang lebih layak untuk bersama anaknya.
“Okey. I believe you,” ucap Datin Maslina lembut. Menyokong. Jika Syakir mahukan Kamila, dia sanggup menghulurkan bantuan. Yang penting anak tunggalnya itu bahagia di sampi wanita tersayang.
“KERJA macam mana? Semua okey?” soal Puan Roziya prihatin. Bukan selalu dapat melihat wajah anak sulungnya itu.
“Tak lama lagi nak launch produk baru,” tutur Kamila tenang.
“Boleh bagi mama try sample dulu,” balas Puan Roziya teruja.
“Okey.”
“Mungkin sesuai dengan kulit mama.”
“Erm.”
Puan Kamila tersenyum nipis. Kamila jelas tidak berminat mahu meneruskan bicara. Hati seorang ibu terguris dengan kedinginan si anak.
Dahulu Kamila tidak dingin begini. Anak sulungnya itu walau serius orangnya masih tahu berbicara mesra dengan ibu sendiri.
Semua itu berubah bila dia dan suami mendesak Kamila menerima perkahwinan yang diatur di antara dua buah keluarga, hubungan ibu dan anak menjadi renggang. Apatah lagi bila perkahwinan yang disangka mampu membawa bahagia terputus di tengah jalan.
Dia tahu Kamila kecewa dengan ibu bapa sendiri. Mengorbankan anak demi legasi keluarga. Dan berakhir dengan kegagalan.
Dia sebagai ibu terasa malu untuk berdepan dengan Kamila. Malu kerana merosakkan bahagia si anak.
Bukan Kamila tidak memberitahu mereka tentang kewujudan kekasih hati. Mereka tetap ingin membutakan mata. Menolak si anak ke lembah derita.
Bagi mereka kekayaan bakal besan mampu membantu untuk mempertahankan syarikat keluarga. Dan lelaki yang akan menjadi suami cukup padan untuk Kamila. Tiada apa yang merugikan.
Kamila menyuap makanan ke dalam mulut. Tenang. Tidak beriak wajahnya. Seminggu sekali dia pasti pulang menayang muka di hadapan keluarga.
Selagi Puan Roziya mahupun Tuan Zawawi tidak membuka mulut tentang soal pengganti Syakir, dia masih sudi berkompromi. Masih menunjukkan rasa hormat pada ibu bapa yang melahirkan dan membesarkannya.
“Investor baru macam mana, papa?” soal Riiza serius. Soal pelabur baru menjadi isu utama syarikat ketika ini.
Kamila berpaling memandang adik keduanya. Tertarik dengan isu pelabur baru. Walaupun dia tidak menyentuh soal syarikat legasi keluarga, dia tetap tahu apa yang berlaku.
Pengorbanannya mengahwini lelaki bukan pilihan hati dirasakan tidak berbaloi. Pelaburan yang dibuat oleh keluarga Syakir tidak mampu membantu menaikkan keuntungan syarikat bila diuruskan oleh mereka yang tidak punya bakat dalam dunia perniagaan.
Bapa dan adiknya tidak sesuai mengendalikan syarikat.. Syarikat yang selama ini berdiri kukuh hampir tumbang di tangan Tuan Zawawi.
Disebabkan itu dia terpaksa mengorbankan cinta demi memastikan legasi keluarga mereka tidak hilang lenyap begitu sahaja. Malangnya setelah bantuan diberikan sekalipun, bapanya tetap tidak mampu menaikkan kembali prestij legasi keluarga mereka.
Syarikat sekadar mampu terus beroperasi. Tidak menguntungkan. Jika tersilap percaturan pasti ranap.
Dia pula tidak suka ikut campur soal syarikat keluarga kerana dia tahu bapanya tidak suka. Cuma anak lelaki dipandang untuk menguruskan syarikat.
Mungkin kerana ego seorang lelaki agaknya. Tidak mahu meminta bantuannya menguruskan syarikat sedangkan dia jauh lebih berbakat.
Lagi pula untuk apa dia menyibuk urusan bapa yang sanggup merugikan diri? Dia sudah belajar dari jalan yang pahit. Bapanya tidak perlu dibantu!
“Masih dalam perbincangan. Tapi papa rasa dia akan setuju dengan proposal kita,” balas Tuan Zawawi tersenyum lebar memikirkan tentang pelaburan yang bakal menguntungkan kedua belah pihak.
Kamila tersenyum sinis. Diam-diam dia mengutuk bakal pelabur baru di atas kebodohan diri. Memilih syarikat yang tidak mendatangkan hasil.
Jika mahu membuat pelaburan sekalipun, pelabur itu perlu mengkaji dahulu sama ada syarikat yang bakal dilaburkan berbaloi atau tidak. Bukan sesuka hati mencampak wang hanya kerana pelabur itu punya wang untuk melabur.
Dia berani memberi jaminan yang pelabur itu akan mengalami kerugian besar. Sia-sia sahaja. Pun begitu dia tidak dapat mengatakan apa-apa. Keputusan itu di tangan si pelabur sendiri. Simpati berbenih di hati di atas kebodohan diri.
KEMUNCULAN bekas ibu mentua buat hatinya digamit rasa tidak selesa. Membawa memori yang tidak ingin dikenang. Mengingatkan pada sebuah perkahwinan yang kecundang.
Walaupun tidak suka, dia tidak boleh menghalau wanita veteran yang masih anggun itu pergi. Bekas ibu mentuanya itu terlalu baik melayannya ketika dia bergelar menantu. Disebabkan itu juga dia mampu membuka hati untuk anak wanita veteran itu.
“Mila sihat?” soal Datin Maslina lembut. Mata meliar pada ruang tamu kondominium milik si menantu. Hiasan yang simple. Tapi cukup elegan. Jelas menceritakan tentang si pemiliknya.
“Sihat, mummy,” balas Kamila tenang. Walaupun hati sendiri agak berkocak. Dia tetap memanggil wanita veteran itu dengan gelaran yang sama. Tidak mahu dibebel Datin Maslina jika berani berlagak seperti orang asing di antara mereka.
Dia baru sahaja berkira-kira mahu ke pejabat walaupun di hari minggu. Namun kedatangan Datin Maslina membantutkan hajat itu.
Dapat dibaca tujuan lawatan bekas mentuanya itu. Kalau bukan disebabkan anak tunggal kesayangan, siapa lagi?
Nampaknya Syakir ingin mengambil tindakan lebih drastik. Kehadiran Nizar jelas membuatkan lelaki itu tidak senang duduk. Disebabkan itu, Syakir mula melibatkan Datin Maslina dalam rancangan untuk menawan bekas isteri. Damn him!
“Mila ada jumpa Khir ke?” soal Datin Maslina terus ke persoalan pokok.
Kamila tersenyum sinis. Dia kenal benar sikap bekas mentuanya. Tidak suka berselindung. Lebih senang melontarkan apa yang bermain di fikiran.
“Kenapa mummy tanya?”
Datin Maslina tersenyum sumbing. Rasa berat untuk memulakan bicara sedangkan anak sendiri yang bersalah hingga menyebabkan menantu kesayangannya melangkah pergi.
“Mila tak rindu mummy? Tak pernah datang rumah jenguk mummy,” tutur Datin Maslina lembut. Terselit nada rajuk di situ.
Kamila mengetap bibir berfikir sejenak cara terbaik untuk menangani wanita veteran seperti Datin Maslina. Tersilap kata bisa melukakan hati bekas mentua yang menganggapnya seperti anak sendiri. Terlepas kata bimbang dirinya yang terjerat.
Dia tidak mahu mengecewakan hati wanita veteran itu. Namun dia sama sekali tidak akan kembali bersama Syakir.
“Mummy,” seru Kamila lembut. Mendayu nadanya. Seperti mengandung luka lama.
Di hadapan Datin Maslina kedinginannya hilang. Menghargai perhatian yang diberikan bekas mentua. Terharu.
Mendengar suara yang kedengaran mendayu itu buat Datin Maslina mengeluh berat. Tidak sampai hati mahu mendesak.
Diraih jemari runcing bekas si menantu. Satu kerugian baginya kehilangan menantu sebaik Nur Kamila.
Digenggam lembut jemari runcing itu. Keluhan terus terletus di bibir. Dia tahu bukan senang wanita seperti Kamila untuk membuka hati buat makhluk bernama lelaki. Bila Kamila sudi, anaknya pula yang tak tahu menghargai.
“Mummy tahu.” Datin Maslina terangguk-angguk kecil.
Kamila tidak perlu menerangkan apa-apa. Dia sudah dapat membaca penolakan wanita muda itu. Jika dia menggunakan pengaruhnya untuk memaksa, hubungan yang wujud di antara mereka pasti berantakan.
“Sorry, mummy,” tutur Kamila lirih.
Dia tidak ingin mengecewakan. Malang sekali dia telah dikecewakan. Jika tidak dia pasti dapat bermanja dengan mentua yang baik hati.
Tak semua mentua dapat menerima menantu sendiri. Tak semua akan melayan seperti anak sendiri. Dan dia bertuah mendapat Datin Maslina sebagai mentua. Sayangnya suami sendiri pula buat onar.
“Bukan salah Mila. Cuma mummy tengok Khir…”
“Mummy…” Kamila menggeleng perlahan. Tidak mahu mendengar Datin Maslina berbicara tentang si anak tunggal.
Sekali lagi keluhan berat terletus di bibir. Datin Maslina mengangguk perlahan. Mematikan niat itu. Tidak lagi menyebut tentang anaknya.
“Thank you, mummy,” balas Kamila tersenyum manis.
“Mummy takkan tolong dia. Tapi Mila kena deal sendiri dengan Khir. Mummy takkan halang Khir pujuk Mila semula,” ujar Datin Maslina berkompromi.
Dia hanya akan memandang sebelah mata untuk melihat apa yang bakal berlaku. Dia tahu jika dia tidak campur tangan, Kamila mampu menangani anak tunggalnya itu.
“Mummy tak perlu risau. Mila cuma takut anak mummy tak mampu terima penolakan,” balas Kamila memberi amaran lembut agar bekas mentua bersedia untuk memujuk hati anak sendiri.
“Bab tu biar mummy yang handle,” balas Datin Maslina dapat membayangkan kekalahan anaknya tidak lama lagi.
Bukan dia tak tahu karakter si bekas menantu. Lagi-lagi bila dia mendapat tahu Kamila juga dikejar bekas kekasih.
Dia tersenyum sinis. Bekas kekasih dan bekas suami. Siapa yang bakal memiliki wanita cantik itu? Dia ingin melihat pemenangnya.
Wanita seperti Kamila bukan mudah untuk dimiliki. Dan anaknya begitu mudah melepaskan. Dia sudah mengagak yang sampai satu saat, Syakir akan tersedar juga kesilapan yang dilakukan. Ingin kembali bersama isteri yang dikhianati.
Dia menghela nafas berat. Terpaksa menerima kerugian kerana anak yang tidak puas berfoya-foya. Merosakkan rumah tangga sendiri. Bodoh!
LAPORAN di tangan dicengkam kasar. Tidak dapat mengawal amarah kala mengetahui pesaingnya menggunakan taktik kasih bekas mentua.
Memandangkan dia kini punya lawan yang tidak kurang hebatnya, setiap gerak geri sang kekasih sentiasa berada di dalam genggaman. Memastikan si lawan tidak bertindak lebih pantas daripadanya.
“Tak guna!” deram Nizar bengang tidak peduli pada Khairi yang tersengih memandang tingkahnya.
“Kenapa, bro?” soal Khairi teruja ingin tahu.
Walaupun Nizar tidak menceritakan apa yang berlaku kebelakangan ini, dia sudah tahu separuh kisah lelaki itu walau tidak dapat mengorek semua rahsia.
Mana mungkin dibiarkan diri ketinggalan bila dilihat si teman tidak lagi hanya fokus pada urusan syarikat. Temannya itu kini sudah pandai berdating.
Bertemu kekasih lama buat si teman ligat mengejar. Dulu tidak mahu mengaku masih tidak dapat melupakan Nur Kamila. Bila bertemu semula langsung tidak melepaskan peluang.
Khairi tergeleng-geleng sendiri. Dia sudah menatap gambar terkini wanita itu. Tidak hairan pun si sahabat mengejar bagai takut dirampas lelaki lain.
Nur Kamila cukup indah menawan. Bertubuh genit dengan lekuk yang sempurna. Hanya satu yang kurang. Senyuman di bibir.
Disebabkan itu, tidak ramai lelaki yang berani untuk dekat. Jika ada yang berani sekalipun, ditolak mentah-mentah oleh wanita itu. Too harsh!
“Kenapa dengan Kamila kau?” desak Khairi masih menanti jawapan. Tiada isu lain yang mampu menaikkan amarah si teman hingga merah padam wajah itu.
“Bekas mentua dia datang,” balas Nizar. Mendatar nadanya. Mengawal api yang menyala marak di hati.
Dia tahu tiada guna berahsia dengan Khairi yang sudah menyelidik sedikit sebanyak apa yang berlaku tentangnya. Jika Khairi tidak punya sumber sendiri, lelaki itu tidak layak berganding bahu dengannya dalam menongkah arus.
“Fuh! Pandai rival kau pakai taktik,” komen Khairi menjongket kening.
Mata mencerun marah pada sahabat yang memuji lawannya. Apa yang pandainya? Hanya tahu menggunakan pengaruh orang lain. Bukan berdiri di atas kaki sendiri. Lelaki seperti itu tidak layak untuk Kamilanya!
“Tapi kawan aku lagi hebat. Terus heret pergi dating. Rival kau pun belum dapat kesempatan tu tau,” tingkah Khairi cuba membodek si teman agar kemarahan tidak dilepaskan padanya.
Dia langsung tidak bersalah, okey. Dia cuma suka mendengar cerita tragis. Takkan itu pun salah?
Tersugil senyum sinis di bibir mendengar komen itu. Dia mampu melakukan lebih daripada itu. Mampu mengheret wanita itu ke pejabat agama untuk merantai Kamila selamanya.
“Tapi kalau rival kau tu terus guna pengaruh keluarga dia, aku takut…” Sengaja digantung ayat itu. Mendera sahabat yang sudah sememangnya keresahan.
“Kau ingat dia boleh kalahkan aku?” Sinis benar nada yang menyoal. Jelas tercabar.
“Aku tak cakap macam tu. Tapi kau kena faham. Kau cuma bekas kekasih. Jantan tu pulak bekas suami. Suami yang dah tidur sekatil sebantal,” ulas Khairi membentangkan realiti yang pahit untuk ditelan.
Perempuan mudah ditawan bila sudah disentuh suami. Jika tidak bagaimana Kamila sesenang itu belajar mencintai bekas suami sedangkan baru sahaja putus cinta.
“Isteri yang pernah disentuh…”
“Shut up!” Keras nada Nizar tidak sanggup mendengar realiti. Realiti yang membuatnya sukar untuk mengawal emosi.
Khairi mengeluh berat. Terlalu ramai perempuan di luar sana. Nizar tetap mahukan buah yang telah ditebuk tupai. Bukan semua lelaki sanggup menerima wanita yang bergelar janda.
Jika dia berada di tempat Nizar, belum tentu dia akan mengejar Kamila walau secantik mana pun wanita itu. Egonya menghalang. Ingin mencari perempuan suci.
Dia bingkas bangun tanpa perlu dihalau. Melihat wajah berguruh si teman lebih baik dibiarkan sendiri. Takut dirinya pula yang dibadai taufan.
Dia cuma mengharap Nizar dapat menerima realiti jika benar-benar ingin merantai Kamila seumur hidup. Jangan nanti hakikat yang satu itu merosakkan hubungan suami isteri bila sudah bersatu.
Nizar tidak menghalang Khairi pergi kala dia sememangnya memerlukan masa untuk memikirkan langkah seterusnya. Soal kesucian seorang gadis walaupun menjentik ego seorang lelaki masih dapat dipejamkan mata selagi isu itu tidak dibangkitkan di hadapannya.
Dia tidak akan menghina Kamila hanya kerana status yang dipegang wanita itu. Kamila bukan perempuan murah yang sewenang-wenangnya menyerahkan diri pada lelaki. Kamila cuma seorang isteri yang dikecewakan suami.
Salah Kamila hanya padanya. Bukan pada lelaki yang hanya tahu mengkhianati. Di matanya Kamila masih layak untuk menjadi sang permaisuri hati. Dan akan dipastikan itu yang berlaku tidak lama lagi.
“KAK FARISHA belum tahu lagi ke? Umi tak ada bagitahu apa-apa ke?” soal Syazza kurang senang. Mata mengecil memerhatikan gadis tinggi lampai yang tidak jemu menggoda abangnya.
Walaupun diberi layanan dingin atau sebenarnya langsung tidak dipandang si abang, Farisha tetap juga muncul tanpa diundang.
Oh, dia terlupa. Umi selalu menjemput Farisha datang dengan harapan dapat mengubat hati si abang. Malang sekali gadis itu seperti tidak wujud di mata Nizar.
Syazza tersenyum lebar mengenangkan hakikat yang satu itu. Dia tidak suka mana-mana gadis mendekati Nizar kecuali jika Nizar sendiri yang mahukan gadis itu datang.
Mungkin kerana dia cuma punya seorang abang buatnya terlalu mempertahankan keinginan Nizar. Apa yang Nizar suka, dia juga akan jatuh suka. Yang mana Nizar butakan mata, dia pasti ingin menghalau pergi.
‘I’m such a good sister.’ Syazza tidak silu memuji diri.
“Hurm? Tahu tentang apa?” soal Farisha lembut. Biarpun jelas tidak disukai Syazza, dia tetap melayan baik gadis remaja itu demi mengambil hati Nizar.
Nizar lelaki yang terlalu hebat untuk dilepaskan begitu sahaja. Walaupun usahanya setahun ini masih belum membuahkan hasil, sokongan daripada Puan Warda buatnya tidak ingin melepaskan peluang.
Bukan mudah untuk mendekati Nizar Naail. Jika Puan Warda tidak memberi lampu hijau, sedari awal tentu sahaja dia tidak akan dibenarkan melangkah melalui pintu utama banglo 3 tingkat milik lelaki itu.
Dia beruntung kerana menjadi anak kawan baik Puan Warda. Lalu peluang yang ada mana mungkin dibiarkan untuk memikat teruna idaman Malaya.
“Abang Syazz tu dah ada kekasih hati. So, Kak Farisha dah tak payah datang tunjuk muka kat depan dia lagi. Dah setahun dah. Tak ada hasil pun. You should give up,” tingkah Syazza pedih. Langsung tidak berlapik.
Berubah wajah Farisha saat mendengar berita itu. Dia tidak peduli tentang mulut laser bakal adik iparnya itu. Yang meresahkan hati cuma kesahihan berita itu.
Mustahil. Siapa yang mampu memikat hati beku lelaki itu? Siapa yang berani merampas lelaki miliknya? Siapa?!
“Dah boleh balik dah. Abang Nizar tak sudi pun jumpa Kak Farisha,” halau Syazza. Tidak menganggap Farisha sebagai tetamu.
“Nurul Syazza!” Lantang suara Puan Warda memekik kala mendengar si anak bongsu menghalau tetamunya.
Mata mencerun marah pada Syazza yang jelas tidak sukakan Farisha. Dipiat telinga Syazza geram.
Syazza tak pernah selantang ini. Mentang-mentanglah sudah tahu si abang punya kekasih hati lalu dihalau pula tetamu yang datang.
Apa tanggapan kawan baiknya nanti bila Farisha pulang mengadu tentang layanan kasar yang diterima gadis itu?
“Adoi. Sakitlah umi.” Syazza mengaduh sakit. Cuba melepaskan telinganya dari kekejaman tangan Puan Warda.
“Nak umi cili mulut tu ke?” sergah Puan Warda siap bercekak pinggang. Tidak suka jika anaknya digelar tiada budi bahasa.
“Umi… Syazz budak lagi. Fari okey,” tutur Farisha lembut menyentuh tangan Puan Warda yang masih memiat telinga si bongsu.
“Tengok. Kak Fari kamu bukan main baik lagi layan kamu. Kamu aje tak tahu nak layan tetamu. Biadap,” tempelak Puan Warda garang. Telinga Syazza dilepaskan walau hati masih mendongkol dengan sikap anak sendiri.
Syazza mencebik menyampah dengan lakonan Farisha. Nak ambil hati bakal mentua memanglah bukan main lemah lembut begitu.
“Fake,” selar Syazza pedih.
Dia pantas menjarakkan diri daripada Puan Warda. Risau telinganya menjadi mangsa sekali lagi. Bibir tersenyum mengejek pada Farisha yang jelas sukar mengawal riak marah di wajah.
Puan Warda mungkin boleh tertipu dengan lakonan Farisha. Dia sedari awal sudah dapat membaca apa yang bermain di fikiran perempuan tidak tahu malu itu.
Ramai gadis cuba mendekati abangnya kerana kemewahan yang dimiliki. Dahulu sebelum abangnya berjaya, tiada pula seramai ini yang hadir mendekat. Kini semuanya sanggup menyerahkan diri demi ingin menempel pada kekayaan yang jelas terpampang di hadapan mata. Murah benar!
“Panggilkan abang kamu tu. Fari datang ni,” arah Puan Warda.
Syazza tertawa galak mendengar arahan itu. Satu kerja yang sia-sia. Sejak bila pula si abang sanggup melangkah keluar dari bilik bacaan hanya untuk perempuan yang tidak langsung wujud di mata?
“Umi panggil la sendiri. Syazz tak nak buang masa buat benda sia-sia,” tingkah Syazza melangkah meninggalkan ruang tamu menuju ke bilik tidur. Dengar lagu sambil tengok facebook lagi bagus.
Malas melayan umi yang buta ketika bertemu Farisha. Dengan perempuan fake macam tu pon senang kena tipu. Humph!
“Ish, budak ni,” deram Puan Warda mendengus kasar dengan sikap si anak.
Syazza cuma biadap di hadapannya bila Farisha muncul. Sungguh dia tidak faham kenapa anaknya itu langsung tidak suka pada Farisha yang cukup lembut di matanya. Pelik.
“Nizar ada dalam bilik bacaan tu. Fari masuk dulu. Nanti umi bawakan air,” ucap Puan Warda tersenyum manis.
“Tak kacau Abang Zar ke?”
“Humph. Anak umi tu kalau tak kacau dia buat kerja langsung tak ingat benda lain. Elok la Fari datang. Boleh jugak tambah seri.”
Farisha tersenyum simpul mendengar bicara bakal mentua. Dia melangkah ke bilik bacaan. Mencari mangsa yang telah lama diburu.
PINTU diketuk perlahan sebelum memulas tombol pintu. Dia tidak menanti kebenaran untuk masuk kerana dia tahu lelaki itu tidak akan memberi sebarang reaksi. Setahun cuba memikat, dia sudah faham benar sikap lelaki itu.
Malangnya lelaki itu masih belum sudi memandang ke arahnya hingga ke hari ini. Dan kini lelaki itu diam-diam sudah memiliki kekasih hati. Mana mungkin dibiarkan itu berlaku.
Dia melangkah merapati. Mata berlabuh pada wajah kacak yang mampu membuat ramai gadis tertawan walau tanpa kemewahan yang ada sekalipun.
“Abang Zar,” seru Farisha lembut mendayu. Meminta perhatian daripada lelaki yang sibuk menatap komputer riba. Tidak terjejas dengan kehadirannya.
Seperti biasa tiada reaksi yang diterima. Farisha menarik nafas dalam-dalam. Menyabarkan diri kala berhadapan dengan lelaki kayu seperti Nizar.
Jika bukan kerana kemewahan lelaki itu, wajah yang kacak belum cukup untuk membuatnya memburu lelaki itu setahun lamanya. Dia bukan tiada rupa. Bukan juga tiada lelaki yang menginginkannya. Ramai.
Malang sekali lelaki-lelaki itu tidak sehebat Nizar. Kekayaan Nizar jauh mendahului lelaki lain. Farisha tentunya mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Lalu dia masih setia di sini. Mengharap Nizar berlembut hati. Menerimanya suatu hari nanti.
“Abang Zar,” seru Farisha tanpa jemu.
Dia melabuhkan punggung di kerusi bertentangan lelaki itu. Tangan menongkat dagu. Merenung manja lelaki yang leka bekerja.
“Syazz cakap Abang Zar dah ada kekasih. It’s not true, right?” soal Farisha merisik kebenaran.
Dia bimbang Syazza sekadar ingin menghalangnya dari mengganggu si abang dengan menyebar berita palsu. Baginya hati Nizar terlalu sukar digugat. Takkanlah tiba-tiba sahaja sudah punya kekasih hati.
“It’s true,” ucap Nizar tanpa memandang ke arah langau yang mengacau.
Bila soal kekasih hati yang disebut, bibirnya ringan untuk menjawab. Jika tidak jangan harap dia sudi membuka mulut.
Bertaut kening Farisha mendengar pengakuan itu. Nizar tidak pernah menggunakan alasan sudah punya kekasih hati untuk menghalang perempuan dekat sebelum ini. Lalu tidak mungkin lelaki itu menipu.
“Really?” Lirih kedengaran suara kecewa si gadis.
“Fari tak percaya. Abang Zar tak semudah tu jatuh cinta. Tak ada perempuan yang mampu…”
“She’s the only one,” potong Nizar laju.
“Siapa?” soal Farisha ingin tahu lawan yang telah mencuri hati beku yang disangka tidak akan mencair.
“My queen,” balas Nizar bersahaja. Terlorek senyuman di bibir kala membayangkan wajah terkejut wanita itu saat dia muncul sekali lagi.
Farisha mengetap bibir kuat menahan api cemburu yang mula menguasai diri melihat wajah bahagia Nizar kala berbicara tentang sang kekasih hati. Seolah dirinya yang setia menanti langsung tidak punya harga. Tak guna!
Dia bingkas bangun. Walaupun dia terasa mahu menyapu bahagia di wajah itu, dia sedar ini bukan waktunya. Dia perlu merancang dengan lebih baik supaya lelaki itu tetap menjadi miliknya.
Laju kaki melangkah ke pintu. Sepantas kilat menghilang dari pandangan. Tidak sabar untuk pulang melampiaskan sakit di hati.
Nizar mengangkat wajah setelah pintu kembali tertutup rapat. Bibir tersugil senyuman paling sinis. Gadis seperti itu mahu menjadi suri hidupnya?
Dia masih pandai menilai antara kaca dan pertama. Dan permata di mata hanya si anggun Nur Kamila. Tiada yang lain.
“MISSING me?” Suara garau di hujung talian terasa bergemersik di pendengaran. Ada nada sensual di situ. Mampu mengusik iman seorang wanita.
Ish, lelaki ni. Menggoda pula dia!
Hati berdesis tidak enak. Dia terlupa tentang kisah lama. Lelaki itu sememangnya bijak menggoda. Jika tidak bagaimana dia boleh terpedaya. Jatuh ke dalam genggaman Nizar Naail.
Jangan ingat dia mudah menerima cinta seorang lelaki. Dia yang tidak mengambil pusing tentang lelaki hanya peduli tentang keputusan cemerlang.
Kehadiran Nizar membawa kemanisan yang tidak pernah diduga. Hebat memasang jerat demi jerat agar dirinya tewas dalam perangkap cinta.
Mujur sahaja perangkap itu dipasang oleh lelaki yang benar-benar serius mahukannya. Sayang sekali dia terpaksa memutuskan hubungan yang ada. Meninggalkan luka yang dalam di hati lelaki itu. Dan kini lelaki itu mahu memerangkapnya sekali lagi.
“Nope,” balas Kamila tenang.
Entah kenapa tangan ringan menekan butang hijau kala telefon berdering nyaring membingitkan telinga. Mungkin kerana tidak mahu lelaki itu muncul di syarikat jika dia tidak sudi menjawab panggilan.
“But I miss you, Mila,” bisik Nizar syahdu.
Kamila tersenyum sumbing. Rindu? Rindu mahu menyakitinya, huh?
“I don’t believe you,” balas Kamila bersahaja.
“You should, darling. I tak pernah lupakan you, Nur Kamila.”
Kamila tersenyum penuh makna. Dia bingkas bangun dari birai katil menuju ke balkoni. Membiarkan angin malam menyapu lembut seluruh tubuhnya. Dingin.
“Dah lama, Zar. Dah terlalu lama. Can you forgive and forget?” Lembut suaranya meminta pengertian lelaki itu.
Dia percaya Nizar tak pernah lupa. Andai lelaki itu mampu melupakan, apa perlunya lelaki itu sibuk ingin membalas dendam?
Hanya hati yang masih berdenyut sakit menyimpan dendam terhadapnya. Lelaki yang bahagia tidak akan membuang masa untuk mendapatkan kekasih yang mengkhianati janji.
Seperti dia yang tidak peduli tentang Syakir. Tiada sebarang rasa mahu membalas rasa sakit yang sama. Sebaliknya Syakir pula yang tiba-tiba muncul kembali.
“Forgive and forget?” Tawa sinis bergema di hujung talian membiratkan hati yang mendengar.
“It’s not that easy, darling. You patut bersedia, Mila.”
“Bersedia untuk apa?”
“Untuk jadi milik I.”
“You boleh mencuba. Jangan salahkan I bila you gagal dapat apa yang you nak.”
“Dulu I pernah gagal, Mila. Sekali dah cukup. I tak mungkin gagal lagi.”
“Yakin benar.”
“I’m willing to do anything to get you.”
“But I’m not willing to be with you.”
“It doesn’t matter,” balas Nizar tenang.
Kamila tersenyum pahit. Nizar jelas tidak kisah tentang kemahuannya. Yang penting hajat lelaki itu tercapai. Kenyataan itu menyesakkan dadanya.
Tiada siapa peduli apa yang dimahukannya. Tiada siapa menghormati keinginannya. Mereka hanya tahu mendesak dan memaksa. Tiada yang cuba memahami apa yang bermain di hati.
Dia hanya mampu berdiri di atas kaki sendiri. Mempertahankan apa yang dimahukannya. Dan saat ini dia hanya inginkan kebebasan untuk membuat keputusan. Bebas dari cengkaman manusia lain. Bebas dari sebarang desakan.
Ditarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal emosi yang mula berkecamuk ketika ini.
“Good night, Mr. Nizar,” ucapnya lirih mematikan talian. Bimbang jika perbualan mereka diteruskan, emosinya dapat dibaca lelaki itu.
Lelaki yang tidak akan memahami tidak perlu tahu apa yang bermain di hatinya. Biar disimpan segalanya sendiri.
Baru sahaja talian dimatikan, telefon bimbitnya berdering lagi. Kali ini Puan Roziya pula yang mengganggu.
“Mila,” seru Puan Roziya lembut.
“Kenapa mama call?”
“Salah ke?” balas Puan Roziya agak berkecil hati dengan layanan dingin si anak.
Kamila tertawa kecil. Dia tidak marah. Bukan juga tidak suka. Cuma dia tahu Puan Roziya tidak akan menghubunginya malam-malam begini tanpa tujuan yang pasti.
“Just tell me, mama.”
Puan Roziya mengeluh kecil. Berat mahu menyatakan hasrat di hati. Takut mendapat penolakan si anak.
“Esok dinner dengan mama dan papa.”
“Siapa nak datang?” soal Kamila menebak tepat pada sasaran. Hati berbisik tidak enak.
Jika tiada sesuatu yang diinginkan, Puan Roziya tidak akan memintanya pulang sedangkan dia baru sahaja pulang tempoh hari.
“Mila balik tau. Esok malam dinner dengan mama dan papa,” tekan Puan Roziya separuh merayu. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan pada Kamila.
“Okey,” balas Kamila tidak sanggup mendengar rayuan seorang ibu. Lagi pula dia ingin melihat siapa gerangan yang datang hinggakan dia turut disuruh pulang.
Puan Roziya menarik nafas lega mendengar jawapan itu. Jika Kamila tidak bersetuju untuk makan malam bersama, Tuan Zawawi pasti akan mendesak dengan cara yang lebih keras.
Dia tidak mahu itu berlaku. Meretakkan lagi hubungan yang sudah sedia retak. Biar dia sahaja yang memujuk Kamila untuk berkompromi.
“Mama tunggu Mila,” ucap Puan Roziya segera mematikan talian sebelum si anak berubah fikiran.
Kamila tergeleng-geleng sendiri dengan tingkah si mama. Takut benar dia tidak muncul esok malam. Masakan dia tidak muncul bila tetamu yang datang memerlukan kehadirannya.
“MILA setuju?” soal Tuan Zawawi sebaik si isteri kembali duduk di birai katil. Dibalas dengan anggukan lemah sang isteri.
“Kenapa kena libatkan Mila?” soal Puan Roziya kurang senang. Dia tidak mahu Kamila menyalahkannya sekali lagi.
“Saya tak suka kalau awak nak paksa Mila lagi,” tekan Puan Roziya.
“Saya takkan paksa Mila. Saya cuma nak kenalkan Mila dengan budak muda tu. Budak tu muda-muda lagi dah pandai bisnes. Kalau kita dapat menantu macam budak tu, syarikat kita takkan terus macam sekarang ni,” ujar Tuan Zawawi memasang niat.
“Awak jangan nak ulang macam dengan Syakir dulu. Tengok apa jadi lepas tu?” tingkah Puan Roziya mula berapi.
“Saya bukan nak paksa. Saya cuma nak kenalkan. Lagipun budak tu sendiri cakap nak kenal Mila. Takkan saya nak tolak? Budak tu bukan sembarangan orang. Salah ke saya nak kenalkan anak kita dengan lelaki yang baik?” tutur Tuan Zawawi. Serius nadanya. Seolah dia cukup prihatin perihal si anak.
Mencerun mata Puan Roziya memandang si suami yang jelas punya niat tersembunyi. Masih ingin menggunakan Kamila demi kepentingan syarikat.
“Kalau awak takut sangat syarikat awak tu lingkup… kenapa awak tak mintak bantuan Mila aje? Mila lebih berbakat dari Riiza. Mila boleh bantu awak…”
“Soal syarikat awak tak payah campur. Biar saya dengan Riiza uruskan,” potong Tuan Zawawi jelas tidak suka.
Puan Roziya merengus kasar. Dia faham benar ego seorang lelaki yang memandang perempuan hanya selayaknya duduk di dapur. Tidak dapat menerima hakikat yang perempuan juga mampu berdiri sama tinggi.
“Dah cukup kalau suami Mila dapat bantu syarikat kita. Tak perlu Mila masuk campur sekali.”
Dahulu Syakir ada juga membantu sedikit sebanyak di syarikat mereka. Malangnya perkahwinan yang singkat buat mereka hilang penasihat yang baik.
Puan Roziya tertawa sinis. Tidak dapat menerima bicara suami sendiri. Masih memasang niat untuk menggunakan Kamila.
“Awak jangan nak memandai buat keputusan sendiri. Saya tak nak tengok Mila terkorban sekali lagi,” tegas Puan Roziya memberi amaran pada si suami.
“He’s a good man. Lelaki yang hebat untuk anak awak. Awak nak tengok Mila terus menjanda sampai tua ke?”
Puan Roziya terdiam lama mendengar kenyataan yang merisaukan hatinya. Dia tidak mahu melihat Kamila sendirian sampai ke hujung usia. Kamila berhak merasa bahagia.
“Cuma lelaki macam budak tu aje mampu pikat hati anak awak. Awak ingat hati anak awak tu mudah nak digugat? Saya cuma risaukan Mila. Saya nak tengok Mila bersama suami yang terbaik,” ucap Tuan Zawawi mendatar nadanya.
Dia sememangnya mementingkan syarikat. Namun dia tidak akan menjodohkan Kamila dengan lelaki yang tidak sepadan.
Lelaki yang dipilih tentunya perlu setaraf atau lebih hebat daripada anak sulungnya itu. Dan hanya lelaki seperti itu mampu menundukkan anaknya.
“Terpulang pada awaklah. Apa-apa yang jadi… awak tanggung sorang,” tingkah Puan Roziya tidak mahu dipersalahkan di kemudian hari. Biar si suami yang menanggung risiko itu.
“NAK jumpa siapa? Bukan main lagi bergaya?” soal Syazza menilik si abang dari atas ke bawah. Dari bawah ke atas. Handsome benar.
Siapa gerangan yang membuatkan abangnya bersiap dengan lebih rapi seolah mahu bertemu sang puteri kayangan pula ni?
Diusap-usap dagu licin tidak berjanggut. Cuba meneka gadis ayu mana yang dapat menawan hati si abang. Gadis yang mampu menangkap perhatian si abang tentu sahaja luar biasa orangnya.
Hati berdetik teruja. Tidak sabar mahu bertemu bakal kakak ipar. Gadis yang dimahukan si abang pastinya akan disambut dengan tangan terbuka. Yang tidak dipandang si abang terus sahaja mahu dihalau sepantas kilat.
“Bila Syazz nak dapat jumpa ni?” soal Syazza mendesak mahukan jawapan yang pasti.
“Kakak ipar Syaz belum terjerat lagi. Perlukan masa untuk terperangkap selamanya,” balas Nizar tenang menyisir rapi rambutnya. Memastikan penampilannya sempurna demi sang kekasih.
Karismanya tidak boleh berkurang kala berhadapan dengan sang kekasih yang tidak jemu menolak niat baiknya. Tersugil senyuman sinis di bibir.
Biar berapa kali pun Kamila menolak, dia tetap tidak akan berganjak. Malah akan terus melangkah maju hingga wanita itu mengalah sepenuhnya.
“What?” soal Syazza sukar mahu percaya.
Hebat. Cukup hebat. Selalunya si abang yang dikejar perempuan. Kali ini lain pula ceritanya. Si kakak ipar belum menyerah sepenuhnya. Patutlah si abang tidak dapat membawa pulang ke rumah.
Jika sudah mendapat lampu hijau, mustahil untuk si abang tunggu lebih lama. Pastinya majlis diadakan segera demi memastikan kakak iparnya tidak dapat mengubah fikiran lagi.
Hati semakin kuat berdetik teruja. Mahu bertemu bakal kakak ipar yang mampu menolak abangnya yang menjadi idaman ramai.
Butakah? Atau punya citarasa yang terlalu tinggi? Langsung tidak terlintas di fikirannya yang si abang mungkin ingin meraih cinta lama.
“Abang yakin ke bakal kakak ipar Syaz tu akan terjerat?” soal Syazza sengaja menyatakan ragu.
Manalah tahu kebal benar hati si kakak ipar. Sampai sudah pun tetap tidak mahu mengalah. Apa akan jadi dengan abangnya nanti?
Sudahlah sebelum ini pernah dikecewakan. Biarpun Nizar tidak menangis atau menyatakan apa-apa di hadapan keluarga, perubahan sikap yang drastik si abang buat mereka tahu betapa dalam luka yang ditinggalkan.
Mujur sahaja perubahan itu masih membawa kebaikan. Bukan menuju jalan kehancuran.
“Tak yakin dengan abang Syazz?” soal Nizar bersahaja.
“Never,” balas Syazza tersenyum lebar. Dia cukup yakin dengan abang sendiri. Kalau si kakak ipar tidak mahu mengalah sekalipun, tetap terpaksa kalah juga akhirnya.
“Abang pergi dulu,” ucap Nizar sempat menggosok mesra kepala si adik sebelum menuju ke destinasi seterusnya. Memberi kejutan pada sang kekasih.
‘I’m coming, Mil,’ desis hati teruja. Tidak sabar menanti saat sang kekasih menjadi miliknya.
DERAP langkah yang menghampiri membuat Kamila mengangkat wajah dari menatap skrin telefon bimbit. Sedari tadi khusyuk membaca emel yang dihantar oleh pengurus bahagian jualan.
Tawa sinis hampir terletus di bibir kala mata tertancap pada wajah kacak yang sangat dikenali. Tetamu yang ditunggu-tunggu keluarganya. Tetamu merangkap pelabur baru syarikat keluarga.
Tangan terkepal kemas saat hati mendidih memikirkan motif lelaki itu. Dan dia tahu benar motif itu berkait rapat dengannya.
“Mila, sini papa kenalkan,” seru Tuan Zawawi menggamit Kamila datang.
Dipasak senyuman paling manis di bibir buat si tetamu. Ternyata plastik. Dia melangkah merapati lelaki itu. Akal bertingkah sendiri. Mahu berpura-pura atau lebih senang membuka cerita sebenar.
“Nizar ni pelabur baru syarikat papa. Mila kena layan Nizar baik-baik,” ujar Tuan Zawawi penuh makna.
“Nak layan bekas kekasih anak papa baik-baik? Kekasih yang Mila tinggalkan demi pilihan papa?” soal Kamila dengan suara dilunakkan manja. Namun mampu membuatkan si papa yang mendengar terpukul dengan rasa bersalah.
“Kak Mila cakap apa ni?” tingkah Riiza keliru bila papa dan mama terkedu tidak mampu bersuara.
Rahsia yang diungkap si kakak terlalu mengejutkan. Tidak menduga pelabur syarikat mereka bekas kekasih si kakak.
“The truth,” balas Kamila bersahaja. Dia tidak menunggu lama di ruang tamu. Hanya memberi isyarat pada Nizar untuk mengikutnya ke ruang makan di mana makanan sudah sedia terhidang menanti tetamu.
Dia tidak akan membiarkan Nizar menggunakan keluarganya. Lalu dia membuka cerita biar papa dan mama tahu apa yang berlaku. Jangan pula pandai-pandai merancang mahu menjodohkannya dengan lelaki itu.
“Please have a sit, my family investor,” pelawa Kamila dengan senyuman tidak lekang di bibir. Hanya matanya mengkhianati reaksi di wajah. Jelas berapi ingin membakar lelaki tidak tahu malu itu.
Nizar menyambut pelawaan itu. Tidak memberi sebarang komen bila Kamila membuka rahsia tentang hubungan mereka. Lagi mudah sebenarnya untuk dia bertindak bebas selepas ini.
Mata mengecil memandang lelaki veteran yang bakal bergelar bapa mentua. Jika bukan kerana lelaki yang tidak punya keupayaan membawa legasi keluarga, Kamila tidak akan meninggalkannya begitu sahaja.
Tuan Zawawi memaksa senyum di bibir. Kekok untuk berhadapan dengan bekas kekasih si anak. Masakan tidak bila dia sendiri yang mendesak Kamila memutuskan hubungan itu.
Ditelan liur yang terasa berpasir. Tidak faham apa yang dimahukan lelaki muda itu dengan melabur di dalam syarikatnya. Mahu membalas dendam mungkin?
“Kenapa tak makan? Let’s eat,” ucap Kamila berlagak menjadi tuan rumah kala ahli keluarganya yang lain dibelenggu rasa kekok. Tidak tahu bagaimana mahu berbicara dengan bekas kekasihnya.
Tersugil senyuman mengejek di bibir. Bila sudah tahu kisah sebenar barulah papa dan mama tahu pelabur yang dipuji-puji membawa agenda tersembunyi. Takut, huh?
Kehadiran lelaki itu di rumah keluarganya menghadirkan rasa bahaya di hati. Seolah langkah lelaki itu semakin rapat dan dekat hingga dia terperangkap di penjuru tanpa dapat melarikan diri lagi. Trap in a corner.
Dia cuma berlagak tenang di hadapan lelaki itu sedangkan hati berdetik resah walau diburu amarah. Selepas ini dia perlu mengambil tahu nilai pelaburan yang dibuat lelaki itu.
Lelaki itu tidak akan sewenang-wenangnya melabur tanpa mendapat sebarang pulangan. Dia sama sekali tidak mahu menjadi ‘keuntungan’ pelaburan lelaki itu.
Nizar sengaja menangguk di air yang keruh. Apa lelaki itu ingat dia akan mengorbankan diri untuk kali kedua?
Cukuplah sekali. Jika perkara yang sama berlaku lagi, dia hanya akan memandang sebelah mata. Tidak mahu melibatkan diri.
“Sedap?” soal Kamila memecahkan keheningan suasana di meja makan. Tiada siapa sudi membuka mulut. Masing-masing seperti ada ketulan emas di kerongkong.
“Tasty,” balas Nizar senada. Dia tahu Kamila sengaja berlagak ceria bila yang lain kehilangan kata.
“Bukan I yang masak,” balas Kamila tersenyum mengejek.
“Tapi I tahu you pandai masak,” tingkah Nizar bersahaja.
Dia pernah merasa air tangan Kamila ketika zaman belajar dulu. Sedap. Buatnya tidak sabar menyunting sang kekasih sebagai permaisuri hidup.
“I dah lama tak masak. Skill yang dah berkarat.”
“You boleh asah skill you semula. Masakkan untuk I.”
“Untuk you?” soal Kamila menjongket kening. Bukan main lagi permintaan lelaki itu.
“Yup. For your man.”
“No way.” Kamila laju menggeleng tidak sudi. Siapa mahu masakkan untuk lelaki asing? Dia belum cukup rajin untuk membuang masa begitu sahaja.
Melihat si anak dan tetamu mereka bertingkah mesra buat Puan Roziya dan Tuan Zawawi berpandangan sesama sendiri. Masing-masing menahan senyuman di bibir.
“Why not?”
“You’re not my man,” deram Kamila bengang. Nizar langsung tidak malu mengaku begitu di hadapan keluarganya. Urgh!
“Are you sure about that, darling?” soal Nizar lembut. Mata melirik pada bakal mentuanya. Ingin melihat reaksi mereka.
Jika Kamila tidak kisah membuka kisah lama, dia lagi suka dapat menyatakan hajat sebenar. Biar mudah mendapat kerjasama bakal mentua.
“He’s not my man,” tingkah Kamila bila mata mendarat pada senyuman di bibir papa dan mama. Papa dan mama nampak benar mula memikirkan yang bukan-bukan.
“You’re my woman,” tutur Nizar bersahaja. Suka dapat menduga hati wanita itu. Wajah yang mula memerah marah terasa indah di mata. Buatnya ingin terus mengusik.
Kamila mendengus kasar. Tiada guna berbicara dengan lelaki yang suka menguji kesabaran.
Dia yang cuba berlagak ceria dengan mudah dikoyakkan topeng oleh lelaki itu. Lebih baik mendiamkan diri dari terus-terusan diusik begitu.
Meledak tawa Nizar kala sang kekasih terdiam kerananya. Bibir merah sang kekasih tidak lagi sudi bertingkah dengannya. Too bad!
“Orang tua-tua cakap… diam tanda setuju.”
Ditarik nafas dalam-dalam cuba memekakkan telinga dari mendengar provakasi lelaki itu. Lebih baik mendiamkan diri menghabiskan makanan di pinggan dari melayan lelaki yang tidak segan walau di hadapan keluarganya. Terlalu selamba.
“What do you think, Tuan Zawawi?” Kini bakal bapa mentua pula yang menjadi sasaran.
Walaupun wujud amarah di hati kerana lelaki veteran itu memisahkannya dari Kamila, ketika ini dia perlukan kerjasama Tuan Zawawi. Dia mahu Tuan Zawawi memberi tekanan pada Kamila.
“Uncle tak boleh campur urusan orang muda. Kalau Kamila suka, uncle lagi suka,” tutur Tuan Zawawi kini menggunakan panggilan mesra. Beruncle pula. Tidak lagi formal.
Walaupun dia sangat bersetuju jika Nizar berminat dengan Kamila, dia tidak boleh membuat keputusan untuk anaknya itu sekali lagi. Dia tidak mahu Kamila memutuskan hubungan bapa dan anak jika dia berani memaksa Kamila seperti dulu.
“Kalau uncle setuju… tak susah nak buat Mila setuju,” ucap Nizar penuh makna mendalam.
Dia tidak mahu ada yang menjadi batu penghalang di antaranya dan Kamila seperti dulu. Mendesak Kamila meninggalkannya.
Kamila yang menjadi sebutan kedua-dua lelaki itu tidak sudi bersuara lagi. Biarkan sahaja mereka berbicara sendiri. Tiada siapa boleh memaksanya!
DALAM terpaksa, Kamila tetap menghantar tetamu hingga ke laman rumah di mana Bentley sport hitam setia menanti si pemiliknya. Papa dan mama bukan main lagi berpakat mendesaknya menemani lelaki itu. Membiarkannya bersendirian dengan lelaki itu.
Tidak mengapa. Lelaki itu cuma datang sekali. Bukannya boleh muncul setiap hari. Lagi pula dia bukannya tinggal di sini. Tidak salah memberi layanan baik sebagai anak tuan rumah.
“You tak patut datang,” ucap Kamila dingin. Baginya cubaan lelaki itu tidak membawa sebarang hasil.
Jika mahu melobi sekalipun perlu juga melihat siapa yang sudi menerima. Papa dan mama tidak lagi punya kuasa untuk menentukan jalan hidupnya.
“I perlu datang berjumpa dengan bakal mentua I,” balas Nizar tenang.
Sememangnya itu hajat sebenar dia datang melawat. Untuk memastikan keluarga wanita itu tidak menyatakan sebarang bantahan. Dan tentunya ingin menatap wajah cantik yang tidak pernah membuatnya jemu.
“Delusional,” selar Kamila bengang. Tidak tahu malu. Perasan!
“We will see about that, darling,” balas Nizar cukup yakin menghadirkan kebimbangan di hati sang kekasih.
“Risau, huh?”
“Get lost!” deram Kamila terus melangkah meninggalkan lelaki itu. Menuju masuk ke dalam rumah. Jika terus di sini, hati sendiri yang bakal dibadai ribut.
Belum sempat dia menjauh, pinggangnya menjadi mangsa pautan lengan kekar lelaki itu. Tubuhnya terdorong ke belakang hingga belakang tubuhnya melekap di dada lebar lelaki itu.
How dare him!
“Kalau you berani menjerit… I takut famili you makin suka tengok you dalam dakapan I,” ucap Nizar jelas mengugut. Tidak mahu Kamila merosakkan saat mereka berdua.
Dia belum puas menghabiskan masa bersama sang kekasih hati. Ingin berdua-duaan walau sebentar.
Kamila menarik nafas dalam-dalam. Menahan diri dari menjerit memarahi lelaki yang seronok mengambil kesempatan.
Dia tidak mahu keluarganya keluar melihat betapa mesranya kedudukan mereka. Boleh menyebabkan keluarganya salah sangka.
“I tak suka you buat I macam ni,” deram Kamila menahan nada dari melengking memecahkan keheningan malam. Jemarinya ligat berusaha merungkai pautan erat di pinggang. Gagal.
“Buat you macam mana, Mila? Dakap you macam ni, hurm? Dulu you tak kisah pun, sayang,” bisik Nizar nakal.
Kamila terdiam tanpa kata. Memang benar. Dulu saat hati dibuai rindu yang sarat, dia membiarkan sahaja Nizar menarik tubuhnya ke dalam dakapan.
Bercinta adakalanya membuat dia lupa dan alpa. Membiarkan lelaki yang tidak punya sebarang ikatan halal mendakap mesra tubuhnya. Semua itu atas nama cinta.
Itu dulu. Waktu cinta masih segar mewangi. Saat ini lelaki itu tidak punya sebarang status di dalam hidupnya. Untuk apa dia membiarkan lelaki itu terus mendakapnya begini.
“Kenapa you perlu hidup dalam kisah silam?” soal Kamila lirih.
Dia tidak faham. Susah benarkah untuk lelaki itu melupakannya?
Dia bukannya takut dengan pembalasan dendam lelaki itu. Dia cuma tidak mahu Nizar membuang masa dengan mengejarnya sedangkan terlalu ramai lagi pilihan di luar sana.
Perlukah Nizar membalas dendam sedangkan lebih mudah meneruskan hidup tanpa berpaling ke belakang lagi? Untuk apa sibuk menghukumnya sedangkan lelaki itu boleh menikmati waktu bahagia bersama gadis yang lebih baik?
“Because of you.”
Kamila tertawa kecil. Mengejek diri. Hanya kerana dia berada di dalam kisah silam mereka lelaki itu masih tidak mahu memadam memori lalu.
“Buka mata you, Zar. I’m not your girl anymore. I dengan you punya jalan hidup berbeza,” tingkah Kamila berapi.
“You will be my girl… again. Dan jalan kita masih sama, sayang. That’s why I’m here,” tegas Nizar tidak membenarkan sebarang bantahan.
“I’m tired,” tutur Kamila lemah mengharap lelaki itu melepaskan pautan di pinggangnya. Tiada apa lagi untuk dibicarakan malam ini.
Nizar masih ingin mendesaknya. Dan dia tidak sudi berkompromi. Kembali bersama? Never!
Mendengar suara yang kedengaran tidak bermaya buatnya meleraikan pautan di tubuh genit itu. Memberi peluang untuk Kamila berehat setelah ‘didera’ olehnya malam ini.
Kamila masih belum halal untuknya. Biarpun hati ingin sahaja mengheret Kamila pulang, niat itu perlu ditangguhkan hingga tiba waktu yang sesuai. Sabar itu ada manisnya. Dan dia akan meneguk kemanisan itu sepuas hati setelah sang kekasih dimiliki.
“Jaga diri you untuk I. I will see you again, my queen,” ucap Nizar selamba meraih jemari runcing sang kekasih lalu dihadiahkan kucupan hangat.
Laju Kamila menarik kembali tangannya. Seperti terkena renjatan elektrik. Di tempat di mana bibir lelaki itu mendarat terasa berdenyut panas.
Dia merengus tidak puas hati. Namun bibir tidak mengungkap sepatah kata. Tahu tiada guna membuang air liur bila si pendengar lebih senang bertindak sesuka hati tanpa meminta kebenaran.
Dia tidak menunggu lelaki itu masuk ke dalam kereta. Sebaliknya laju kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Takut-takut lelaki itu kembali memenjarakan tubuhnya seperti tadi.
ANGIN malam bertiup lembut menyapu tubuh. Menghilangkan kehangatan yang ditinggalkan lelaki miang.
Seluruh tubuhnya terasa panas kala ingatan kembali terlayar pada drama sebabak bersama Nizar tadi. Jantung seolah memahami. Memainkan rentak yang tidak selari. Berdegup laju tidak seperti biasa.
Terletus keluhan berat di bibir. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan lelaki itu tidak terus mengejarnya begini.
Tidak lama selepas lelaki itu pulang, dia kembali ke kediaman sendiri. Tidak berniat mahu bermalam di banglo mewah keluarganya. Lebih selesa menyendiri merencana langkah yang patut diambil.
Sampai sahaja di rumah, balkoni menjadi tempat persinggahan. Cuba menghilangkan kehangatan yang ditinggalkan lelaki itu. Biar kepala dapat berfikir dengan rasional.
Dia tidak mahu kehangatan lelaki itu membuatnya lupa tentang motif sebenar Nizar Naail. Andai dia berani lupa, sengsaralah hidupnya.
Kepala disandarkan di kerusi empuk di luar balkoni. Tangan memicit dahi yang terasa berdenyut kala tiada solusi yang mampu difikirkan ketika ini.
Hati dibalut resah. Jiwa diusik gundah. Sukar untuk membuang rasa itu. Lagi-lagi bila memikirkan tentang karakter itu.
Nizar Naail ketika hanya seorang pelajar, belum punya apa-apa tetap berani mendekatinya walaupun tahu keluarga mereka tidak setaraf. Lelaki itu tanpa rasa rendah diri mengatur strategi untuk menawan hati anak gadis Tuan Zawawi.
Setiap strategi yang digunakan mampu menimbulkan getar di hati Nur Kamila. Hingga akhirnya nama lelaki itu tersemat di hati. Sukar untuk dibuang lagi.
Tanpa sedar tersugil senyuman di bibir mengenang memori semalam. Memori di mana dirinya dianggap begitu berharga di mata seorang lelaki.
“BERANI sangat,” komen si gadis ni. Mata menjeling tajam sang jejaka yang tidak jemu muncul di hadapannya. Mujur sahaja wajah itu sedap dipandang mata. Tidaklah terdera sangat walau terpaksa menatap wajah itu hampir setiap hari.
“For you… I will brave the world,” ucap si jejaka tenang. Seolah tiada apa mampu menggugat niat di hati.
Sekali hati sudah terpaut, hingga ke hujung dunia pun dia sanggup mengejar. Dia mahukan sekeping hati Nur Kamila.
Walau si gadis masih bersikap dingin, dia tidak peduli. Dia mampu menghangatkan hari si gadis dengan bicara cinta di hati. Mencairkan ais yang menyelubungi.
“You tahu status kita berbeza, kan?” soal si gadis bersahaja nadanya. Tiada niat untuk menghina. Cuma ingin menduga.
“Status kita mungkin berbeza. Hati kita tetap punya rentak yang sama.”
“Really? Hati you dengan I sama?” soal si gadis terasa lucu.
Sejak bila pula hati mereka punya rentak yang sama ni? Kenapa dia langsung tak tahu?
“Not now. But soon,” tutur si jejaka membetulkan kenyataan itu.
Terletus tawa dari bibir merah si gadis. Lucu dengan bicara si jejaka yang kelihatan cukup bersahaja. Bicara si jejaka walaupun menggunakan ayat yang sama seperti buaya tembaga namun kedengaran cukup berbeza di telinganya. Seolah bicara itu terungkap dari hati yang ikhlas menginginkannya.
“How soon?”
“Do you really want to know?” soal si jejaka dengan senyuman misteri.
Si gadis mengangguk sekilas. Dia memang ingin tahu berapa cepat lelaki itu dapat menawan hatinya.
“You akan tahu bila hati you dah jadi milik I, Nur Kamila,” bisik lelaki itu syahdu. Bergemersik lembut mengusik tasik hati.
SENYUMAN terlukis di bibir mengenangkan betapa cepat lelaki itu menawan hatinya. Memori sememangnya indah untuk dikenang.
Lelaki itu punya keyakinan yang tinggi. Apa yang dikata pasti dikota. Tidak akan berbicara kosong.
Apa yang diungkap dipastikan menjadi realiti. Mana mungkin hati tidak berdetik resah saat lelaki itu kembali memburunya seperti dulu.
Kalau dulu niat lelaki itu untuk membahagiakan. Hari ini mana mungkin punya niat yang sama. Andai dia berada di tempat Nizar pun dia akan melakukan perkara yang sama. Lalu apa yang patut dilakukannya? Dia nanar sendiri.
“WHAT are you thinking?!” Suara yang memekik di pagi hari buat dahi Kamila bertaut rapat. Mata yang terpejam kini perlahan-lahan terbuka menayang mata merah tidak bermaya.
Dahlia menghela nafas berat. Tangan mula bercekak di pinggang. Bengang dengan sahabat yang tidak tahu menjaga diri.
Ada ke patut tidur di luar balkoni macam ni. Tak peduli pada kesihatan tubuh. Bermandi embun di malam hari. Kalau sakit siapa yang menanggung?
“Kenapa ni, babe? Kat dalam dah tak boleh tidur ke sampai kat luar ni jadi tempat kau membuta,” tingkah Dahlia garang.
Jemarinya mendarat di dahi licin yang kini berkerut. Panas!
“Betul-betul cari masalah kau ni, kan? Masalah besar macam mana pun tak perlu sampai dera diri kau,” bebel Dahlia sudah seperti mak joyah.
Kamila mengeluh kecil. Suara Dahlia terasa bingit di pendengaran. Buat kepalanya mula berdenyut sakit.
Dia cuba bangun. Mahu melangkah ke katil. Seluruh tubuh terasa lemah tidak bermaya. Ingin berbaring di tilam empuk. Kembali memejamkan mata.
Baru selangkah dia menapak, tubuh mula melayah ke lantai. Mujur Dahlia cepat bertindak. Memaut tubuhnya lalu dibawa ke katil.
“Nampak tu. Pandai betul cari pasal nak sakit. Geram aku,” selar Dahlia risau melihat temannya begitu.
Dia membaringkan Kamila di katil. Menarik selimut menutupi sekujur tubuh itu sebelum berlalu ke dapur.
Soal ke klinik langsung tidak diusulkan. Sudah terlalu lama kenal Kamila. Selagi tidak cedera parah, jangan harap dapat mengheret si teman berjumpa doktor. Degil.
Dari dia membuang masa, buang air liur mahupun buang tenaga bertingkah dengan Kamila, lebih balik dia sendiri yang menjaga si teman. Dia mencari tuala kecil untuk dibasahkan. Mengisi air di dalam bekas. Berniat mengurangkan panas di tubuh si teman.
Tangan Dahlia laju bekerja. Membasahkan tuala lalu ditekap di dahi Kamila yang panas berbahang.
Sesekali kepala tergeleng kala erangan kecil terbit di bibir si teman. Jelas tidak selesa dengan suhu badan sendiri.
Dahlia kembali ke dapur. Memasak bubur untuk Kamila sementara menanti suhu tubuh wanita itu menurun ke paras normal.
Walaupun Dahlia merupakan anak manja Tuan Marzuki, dia tetap biasa menghabiskan waktu di dapur. Ketiadaan ibu di sisi buatnya lebih berdikari. Hakikat sebenar tidak sama seperti luaran yang ditonjolkan pada ramai.
Setiap manusia punya waktu suka dan duka. Mustahil untuk seorang Dahlia ceria sepanjang masa. Saat hati terluka, senyuman tetap sukar untuk terbentuk di bibir.
“DIA datang semalam,” beritahu Kamila mendatar nadanya. Entah kenapa tengah hari ini ringan pula bibirnya membuka cerita.
Tubuhnya terasa lebih bertenaga setelah melicinkan semangkuk kecil bubur yang dimasak Dahlia. Sedap.
Mereka punya bakat yang sama. Walau jarang ke dapur tetap boleh menghasilkan hidangan yang menyelerakan.
“Really? Datang mana?” soal Dahlia teruja ingin tahu.
Berbaloi juga dia menjaga Kamila. Dapat pula mendengar gosip panas. Telinga dipasang tidak mahu terlepas walau sebaris ayat.
Tangan tidak lupa menyentuh dahi Kamila. Tidak sepanas tadi. Tidak lagi membimbangkan hati. Baru selesa mahu mendengar gosip.
“Rumah parents aku.”
“What?!” Lantang suara Dahlia terkejut dengan berita yang disampaikan. Belum apa-apa lagi sudah datang ke rumah keluarga Kamila. Laju!
“Dia betul-betul serius nakkan kau,” komen Dahlia membuat spekulasi. Mata bersinar galak membayangkan kisah romantis si sahabat.
Bukan mudah untuk mendapat lelaki yang setia. Walaupun Kamila sudah bergelar janda, Nizar tetap sudi menerima.
“Kau ingat dia buat semua ni sebab cintakan aku ke? No, Lia. Dia tak cintakan aku. Dia cuma nak mainkan hati aku. Nak tundukkan aku. Nak balas apa yang aku pernah buat kat dia!” tingkah Kamila sayu.
Dahlia terdiam lama. Tidak tahu apa yang patut diungkap ketika ini. Benarkah begitu? Sanggupkah seorang lelaki memperjudikan perkahwinan sendiri hanya kerana dendam?
Kamila cuma memutuskan hubungan. Bukannya membunuh ahli keluarga lelaki itu. Bukan juga menyebabkan keluarga Nizar jatuh muflis seperti kisah-kisah di dalam novel.
Dia tidak percaya Nizar sanggup membuang masa demi dendam yang terlalu kecil. Lelaki hebat seperti Nizar punya visi dan misi yang cukup besar.
Jika Nizar terlalu peduli tentang dendam semalam, mana mungkin lelaki itu mampu berdiri di puncak seperti hari ini? Di matanya, dendam itu cuma dijadikan alasan untuk menghampiri Kamila. Tidak lebih daripada itu.
Walaupun dia punya pandangan berbeza, kali ini dia tidak cuba berbetah. Biarkan sahaja Kamila dengan teori yang tidak matang itu.
Dia sebagai sahabat hanya ingin melihat Kamila menggapai bahagia. Diam-diam dia pasti akan membantu Nizar meraih hati seorang Kamila.
“Aku tak pasti apa niat Abang Nizar kau tu. Yang aku tahu… kau kena pandai jaga kesihatan diri. Kalau kau runsing sekalipun jangan sampai cari penyakit. Tidur kat luar balkoni macam tu. Nasib baik aku datang tau,” tingkah Dahlia mengalihkan topik biar Kamila tidak terus memberi tekanan pada diri.
Mujur pagi ini dia ringan kaki mahu menjenguk Kamila setelah berkali-kali panggilannya langsung tidak berjawab. Sebagai teman baik, dia punya kunci rumah Kamila. Selalu datang melepak bila bosan di rumah sendiri.
“Aku tertidur,” tutur Kamila cuba membela diri. Terlalu memikirkan tentang lelaki itu hinggakan terlelap sampai ke pagi.
“Stupid,” kutuk Dahlia geram.
Kamila mencebik tidak suka digelar begitu walaupun diri terasa bodoh terlalu memikirkan tentang lelaki itu hingga membawa bahana kepada diri. Stupid, Kamila!
MATA mencerun tajam pada Dahlia yang menayang wajah tidak bersalah. Seolah tindakan membenarkan lelaki asing masuk ke biliknya itu perkara biasa.
“Tetamu datang. Mesti jemput masuk. Adab orang kita kena layan tetamu baik-baik. Tak boleh halau,” ujar Dahlia bersahaja nadanya.
Tidak tahan menjadi mangsa kemarahan si pesakit, dia bergegas ke dapur. Membancuh air untuk kekasih si pesakit.
Kamila mendengus halus. Mata dipejam rapat. Tidak sudi memandang ke arah lelaki yang merenungnya tajam. Seolah dia ada melakukan kesalahan terhadap lelaki itu.
“Why are you so weak, hurm?”
Mata yang terpejam kembali celik bila dituduh begitu. Tercabar ego dipandang lemah oleh lelaki yang menyebabkannya tersadai di katil begini.
“Go away,” deram Kamila bengang. Suaranya hampir tidak kedengaran. Jelas tidak bermaya.
Nizar menghela nafas berat. Tangan menyentuh dahi licin sang kekasih. Memastikan suhu tubuh genit itu tidak berada di paras bahaya.
“Kalau you tak mampu melawan… you patut tahu menyerah kalah, sayang,” ucap Nizar menyebak perlahan rambut yang hampir menutup mata bundar sang kekasih.
Kamila hanya mampu membiarkan Nizar menyentuhnya tanpa halangan. Tubuh yang lemah tidak punya tenaga untuk menepis tangan Nizar.
“Sediakan diri you untuk majlis kita.”
“Delusional,” selar Kamila geram. Kehadiran lelaki itu mampu menambah sakit yang sudah sedia ada. Sakit hati!
Mahukannya bersedia untuk majlis apa? Berada di alam mimpikah lelaki itu? Cubalah berpijak pada realiti.
“I akan hantar rombongan untuk jumpa keluarga you. Soon…”
“No!” tolak Kamila keras.
Dah gila agaknya. Dia langsung tidak bersetuju. Tiba-tiba sahaja mahu menghantar rombongan.
“Oh, I terlupa. You sepatutnya jumpa keluarga I dulu. I akan bagitahu umi dan abah I. Minggu depan freekan masa you untuk jumpa keluarga I.”
Siapa mahu bertemu keluarga lelaki itu? Dia langsung tidak sudi. Tiada keluarga yang mahu bertemu wanita berstatus janda untuk dipadankan dengan anak mereka.
Dia tidak bodoh untuk membiarkan diri dihina keluarga Nizar. Dia masih punya harga diri. Tidak perlu dinilai oleh sesiapapun.
“They will love you,” tambah Nizar tersenyum lebar. Suka melihat reaksi terdera di wajah itu. Pun begitu simpati tetap berbenih di hati.
Tipu! Mana mungkin keluarga Nizar akan suka padanya. Sudahlah dia pernah meninggalkan anak mereka. Kini dia memegang status janda. Tentu sahaja bukan calon menantu yang diinginkan.
Kepalanya terasa berdenyut sakit. Bicara lelaki itu buat ketenangan yang cuba diraih tenggelam begitu sahaja. Yang tinggal cuma masalah demi masalah menjadi sogokan lelaki itu.
“I will love to have you as my wife,” ucap Nizar lembut. Sinisnya tetap bergema.
“Can’t you please stop?!” Tinggi suara Kamila tidak dapat mengawal emosi terus-terusan diasak lelaki itu.
Mata terasa panas berkaca merenung tajam lelaki yang kelihatan tenang tanpa rasa bersalah. Dalam keadaannya begini pun tiada simpati untuknya di hati lelaki itu. Masih ingin menduga dan mendera.
“Have a good rest,” ucap Nizar senada. Tidak lagi terus mendera.
Dia bingkas bangun seraya menundukkan wajah. Bibir tanpa silu mendarat di dahi licin yang masih tinggi suhu dari normal.
“You!”
Kamila pantas menyapu dahi yang bertambah panas dek ciuman lelaki itu. Seolah cuba menghilangkan bekas bibir yang tidak kelihatan di mata kasar.
Nizar tertawa kecil sebelum melangkah pergi. Sempat lagi dia berpesan pada Dahlia agar menjaga bakal isterinya sebaik mungkin. Dia tidak mahu Kamila sakit berpanjangan menghalang hubungan mereka diteruskan.
“So sweet,” komen Dahlia yang sempat menonton babak Nizar mencium dahi Kamila begitu mesra. Penuh kasih.
“Kalau kau biarkan dia masuk sekali lagi… kita putus kawan,” ugut Kamila bengang.
Kalau bukan kerana sahabat yang selamba mengkhianati, lelaki itu tidak akan muncul di hadapan mata menyakitkan hati dalam keadaannya lemah begini.
“Too harsh, babe,” komen Dahlia tidak puas hati. Dia cuma berniat baik. Malangnya si teman tidak menghargai. Haish.
“Leave me alone,” tingkah Kamila menarik comforter menutupi seluruh tubuhnya. Ingin bersendirian menenangkan hati. Serabut kerana lelaki itu.
“Okey,” balas Dahlia akur.
Dia tidak mahu usikannya menyebabkan Kamila bertambah sakit. Walaupun dia suka mengusik, keadaan Kamila yang memerlukan rehat buatnya mematikan niat itu. Bimbang sakit yang sedikit, melarat pula kerana emosi si teman yang tidak stabil.
“MUMMY tak nak tolong Khir,” tuduh Syakir kecewa dengan Datin Maslina yang tidak berpihak padanya. Tempoh hari Datin Maslina bersetuju untuk membantunya. Kini wanita veteran itu jelas menarik diri.
Dia mengharapkan pertolongan seorang ibu untuk mempengaruhi keputusan Kamila. Malang sekali Datin Maslina memilih untuk berpeluk tubuh memandang tanpa menghulurkan bantuan.
Dia tahu masa yang dimiliki kian suntuk bila lawannya lebih hebat menebar jerat. Dia tahu tentang pelaburan yang dibuat lawannya. Mengambil hati keluarga Kamila demi memerangkap wanita itu.
“Sorry, Khir. Mummy tak sanggup paksa Mila,” balas Datin Maslina dibelit rasa bersalah tidak dapat membantu si anak.
“Kamu jangan nak pandai-pandai salahkan mummy kamu,” tingkah Dato’ Saufi tidak membenarkan si anak meletakkan kesalahan itu ke atas isteri kesayangannya.
Dia yang baru melangkah keluar dari bilik bacaan sempat menangkap tuduhan si anak. Syakir sendiri yang tidak tahu menghargai isteri yang baik. Ada hati mahu menyalahkan isterinya.
Dato’ Saufi melabuhkan punggung di sisi Datin Maslina. Dipaut pinggang sang isteri yang masih dijaga rapi. Dijeling si anak yang mengecewakan amanah mereka.
Dia dan isteri memilih Kamila untuk anak tunggal mereka. Gadis yang baik dan bertanggungjawab. Sayangnya Syakir mungkin terlalu muda untuk berfikir panjang sebelum bertindak mencurangi Kamila.
“Kamu yang tak pandai jaga amanah. Isteri itu amanah untuk kamu jaga. Bukan untuk kamu sakitkan hati dia,” tempelak Dato’ Saufi kecewa.
Dia punya rumah tangga yang bahagia. Dia mengharap Syakir juga dapat merasa bahagia yang sama. Sayangnya, harapan cuma tinggal harapan.
“Khir…” Syakir kehilangan kata ditempelak begitu. Hati dihenyak rasa bersalah. Namun dia tidak mahu mengalah.
Dia inginkan Kamila di sisi. Jika diberi peluang kedua, dia akan menatang Kamila di atas dulang emas. Akan dibahagiakan sampai ke hujung nyawa.
“Lupakan Mila. Biarkan dia pilih jalan hidup dia. Daddy tak suka kamu ganggu hidup Mila,” larang Dato’ Saufi keras.
Dia tahu Syakir sibuk mengejar kembali bekas menantunya itu. Dan dia juga tahu Kamila langsung tidak memberi muka pada bekas suami.
Jika Syakir terus mengejar begini hanya akan menjatuhkan air muka keluarga mereka. Lebih baik berhenti meminta daripada yang tidak sudi.
Dia tidak menyalahkan Kamila. Dia cuma tidak mahu melihat anaknya merayu pada yang tidak sudi. Walaupun anaknya yang bersalah, nilai anaknya masih tinggi di mata keluarga lain.
Dia boleh mencari isteri yang lebih baik untuk Syakir. Tidak perlu mengejar bekas isteri yang sukar untuk dicairkan.
“Khir cuma nak Mila,” tegas Syakir berdegil.
“Ramai lagi perempuan kat luar sana.”
“Perempuan memang ramai, daddy. Tapi Mila cuma seorang!”
Dia mungkin buta sebelum ini. Kini matanya terbuka luas. Dia tetap mahukan Nur Kamila.
Syakir bingkas bangun. Meninggalkan mummy dan daddy yang tidak menyokong tindakannya. Ingin mencari wanita yang bertakhta di hati. Memujuk hingga akhirnya sudi kembali ke sisi.
“YOU yang rosakkan hubungan kita. Jangan berani letakkan salah tu pada I!” Tinggi suara Kamila tidak peduli jika pekerja bawahannya mendengar sekalipun. Menyinga.
Dadanya terasa sesak ketika ini. Satu per satu lelaki datang mengganggu. Menyemakkan hidup yang sebelum ini tenang.
Dia tidak mahu terus diburu sebagai mangsa. Kesabaran yang semakin tipis buatnya tidak mampu berbicara secara baik dengan bekas suami yang tidak faham bahasa.
Dia sudah cuba berlembut. Cuba untuk membuat lelaki itu faham. Namun lelaki itu masih ingin mendesak.
Menyesal di kemudian hari nyata tiada gunanya. Belajarlah menghargai ketika masih memiliki. Bukan cuba meraih sesuatu yang sudah terlepas dari genggaman.
“Stop pestering me. Damn you!”
“I mungkin bersalah, sayang. Tapi I takkan berganjak sampai you setuju balik dengan I. I takkan benarkan you bersama dengan jantan tu.”
Kamila terasa mahu menjerit ketika ini. Melepaskan tekanan yang semakin hari semakin mendera.
Mata mencerlung tajam pada lelaki yang selesa duduk berpeluk tubuh di hadapannya. Tidak tahu bagaimana lagi mahu menghalau lelaki itu pergi.
Kepala mula berdenyut sakit. Demam yang baru kebah menyebabkan tubuhnya tidak bermaya. Pun begitu dia tetap memaksa diri ke pejabat. Bosan berada di rumah tanpa melakukan apa-apa. Siapa sangka Syakir akan datang mengganggu.
“I takkan terima you mahupun dia. I cuma nak hidup dengan tenang. Tanpa you. Tanpa dia. Just leave me alone,” tutur Kamila mengawal nada. Cuba berlembut.
Dengan kepala yang terasa pusing, berdenyut meminta perhatian, jika dia meninggikan suara bakal menambah sakit yang menyeksa. Lalu dia cuba menyabarkan diri.
“I can’t,” balas Syakir tidak dapat menerima permintaan itu.
Kamila mengetap bibir kuat menghalang hamunan terbit dari bibir. Dia bingkas bangun. Tidak kuasa melayan lelaki itu.
Kalau Syakir tidak mahu keluar, biar dia sahaja yang pergi. Yang penting dia tidak perlu menatap wajah lelaki itu.
Belum sempat dia melangkah ke pintu, pergelangan tangannya disambar lelaki itu. Menghalangnya pergi.
“Jangan tinggalkan I, sayang,” pinta Syakir lembut.
“I’m sorry. I tak patut khianati kepercayaan you. I salah, Mila. Bagi I peluang untuk betulkan salah I, sayang.” Syahdu suara itu penuh pengharapan
Kamila tersenyum kelat. Kalau dahulu Syakir menghalangnya begini, mungkin dia akan cuba memaafkan. Mungkin.
Sayangnya lelaki itu ego. Atau lebih tepat lagi tidak peduli kala perempuan lain lebih bermakna di mata.
Sudah terlalu lambat untuk memujuk hatinya. 2 tahun masa yang cukup lama untuk memadam rasa cinta yang bersisa di hati.
Biar betapa lembut pun pujukan Syakir, dia tidak mampu menghidupkan rasa di hati. Segalanya sudah berakhir. Syakir perlu menerima hakikat itu.
Kamila merentap kasar tangannya berlalu tanpa sepatah kata. Laju membuka langkah menuju entah ke mana. Yang penting jauh dari lelaki itu biarpun untuk seketika cuma.
PEDAL minyak ditekan rapat melajukan larian kereta yang sudah sedia laju. Memandu tanpa tujuan jarang sekali dilakukannya.
Fikirannya benar-benar berserabut ketika ini. Menerima tekanan dari kedua-dua lelaki buatnya nanar sendiri. Buntu untuk mencari jalan penyelesaian bila kedua-duanya bukan lelaki yang mudah untuk ditolak begitu sahaja.
Seorang merupakan bekas suami yang mencuranginya. Dan seorang lagi bekas kekasih yang telah dilukai. Kedua-dua lelaki itu punya kuasa untuk merosakkan hidupnya.
Dia mungkin terlalu kerdil di mata mereka. Disebabkan itu masing-masing tidak kisah mahu mendesaknya begini.
Nizar dan Syakir memaksanya untuk memilih. Masing-masing ingin menjeratnya. Tidak membenarkan dia melangkah bebas.
Dihela nafas berat. Perlukah dia membuat pilihan? Perlukah dia mengikut rentak lelaki-lelaki yang tidak peduli tentang apa yang diinginkannya?
Dia tidak mungkin memilih lelaki yang pernah curang. Lalu patutkah dia memilih lelaki yang hanya ingin menyeksa hidupnya?
Bibir tersenyum sayu. Beginikah nasib hidupnya? Berakhir di tangan lelaki yang hanya tahu mendera hati?
Dia tidak meminta banyak. Cuma ingin hidup tenang tanpa gangguan sesiapa. Tidak perlu suami yang mencintai. Cukup jika berdiri di atas kaki sendiri.
Berdosa sangatkah dia? Hanya kerana dia memutuskan cinta di antara mereka, perlukah lelaki itu berdendam hingga ke hari ini?
Perlukah lelaki itu mengheretnya ke alam perkahwinan hanya kerana ingin menghadiahkan sebuah derita? Puaskah hati lelaki itu bila melihatnya merana?
Jauh di sudut hati dia sedar dia tidak punya pilihan. Namun dia tidak mahu mengalah sebelum berjuang.
Selagi dia masih mampu mengorak langkah, bibirnya tidak akan menyatakan persetujuan. Jangan ingat semudah itu dia akan membiarkan lelaki itu menang.
Lelaki itu ingin mendesaknya, bukan? Ingin menghukum seorang pesalah. Ingin menyeksa sepuas hati.
Lelaki itu bebas berbuat begitu. Tiada siapa mampu menghalang Nizar Naail. Dia juga ingin melihat sejauh mana lelaki itu mampu berbuat begitu.
PULANGNYA sudah ada yang menanti di lobi dengan wajah keruh mengandung guruh. Dia tidak tahu mahu marah atau ketawa ketika ini. Mereka langsung tidak memberinya ruang untuk bertenang.
Suka benar jika dapat memprovok. Dia melangkah menuju ke lif tanpa sepatah kata. Tidak mempedulikan lelaki tinggi lampai yang membuntuti langkahnya.
Tidak lama untuk lif tiba. Dia melangkah masuk diikuti lelaki itu. Sebaik pintu lif tertutup, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan hangat lelaki itu. Buatnya terkedu seketika.
“Don’t ever do that again.” Suara garau itu memberi amaran keras. Seolah risau andai sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya. Terasa diri seolah masih disayangi lelaki itu.
Kamila mengelipkan mata berkali-kali. Memastikan diri tidak bermimpi. Dia tentunya bermimpi di siang hari. Jika tidak mana mungkin dia punya tanggapan begitu.
Sayang? Jauh sekali untuk perasaan itu wujud di hati Nizar Naail. Setelah apa yang berlaku rasa kasih untuknya pasti sudah lama padam.
Cinta yang sudah bertahun-tahun berlalu mustahil untuk kekal bertakhta di hati lelaki itu. Dia sendiri tidak lagi punya sebarang rasa untuk Syakir, bekas suami yang berkongsi hubungan intim.
Dia bukan terlalu istimewa hinggakan Nizar tidak mampu melupakannya. Dengan kekayaan lelaki itu sekarang, terlalu ramai perempuan yang mampu dijadikan pilihan. Tidak perlu menagih kasih pada yang tak sudi.
Dia perlu berpijak di bumi nyata. Menggenggam realiti agar tidak tertipu dengan bicara seorang lelaki.
“Lepaskan I. Orang nampak nanti,” desis Kamila mula meronta. Tidak mahu tenggelam dalam dakapan hangat lelaki itu. Buatnya lupa pada realiti sebenar.
Pintu lif sudah lama terbuka, hampir tertutup kembali. Tangan pantas menahan agar dia tidak perlu berdua-duaan dengan lelaki itu lagi.
Malangnya Nizar lebih pantas menghalang. Membiarkan pintu lif terus tertutup. Masih ingin menikmati masa berdua.
“I tak benarkan you kembali bersama jantan tu. Tempat you di sisi I, Mila,” tegas Nizar memaut kasar dagu runcing sang kekasih agar memandang tepat ke arahnya.
Hilang sudah nada risau. Yang tinggal hanya amarah kala mengenangkan tentang lelaki yang begitu berani menemui kekasihnya. Jika tidak memikirkan status yang dimiliki Syakir, dia tidak kisah cuba melenyapkan lelaki itu dari muka bumi ini. Biar tidak terus mengganggu Kamila.
“Kalau dia pun I takkan kembali, untuk apa I kembali bersama you?” tingkah Kamila berang bila privasinya terus-terusan dicabul.
Lelaki itu jelas menghantar orang bawahan menjejak setiap langkahnya. Tahu tentang segala yang berlaku.
“Untuk terima hukuman, sayang.”
“If I don’t?” Kamila menjongket kening mencabar.
“You will, darling. You can’t escape from your punishment,” bisik Nizar lembut bergemersik mengocak tasik hati.
“I perlukan masa.” Masa untuk berfikir. Berfikir bagaimana mahu melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu.
Hakikatnya, dia cuma memberi alasan agar lelaki itu membenarkannya keluar dari lif. Tidak betah terus berada di dalam dakapan lelaki itu. Lagi-lagi jika dibiarkan pasti terserempak dengan penghuni lain.
Nizar tidak membantah. Dilepaskan tubuh genit itu biarpun hati terasa berat. Kamila mahukan masa? Dia boleh memberi Kamila masa. Namun sekejap cuma.
“Minggu depan… jumpa parents I,” putus Nizar. Tegas.
Kamila tidak menggeleng mahupun mengangguk. Dia membuka langkah seribu. Menyelamatkan diri menjadi misi utama.
“AKU tahu kau pening. Sorang bekas suami. Anak Dato’ Saufi. Bukan lelaki yang kau boleh pandang remeh. Seorang lagi anak orang biasa. Tapi pencapaian luar biasa. Bekas kekasih hati. Masih setia hingga kini.”
Dahlia tersenyum penuh makna kala menganalisa kelebihan lelaki-lelaki yang tidak jemu mengatur strategi untuk memiliki teman baiknya. Kedua-duanya lelaki yang hebat. Punya nilai tinggi.
Namun dia lebih suka jika Nizar yang menjadi pilihan Kamila. Nizar tidak melakukan kesalahan terhadap temannya itu. Sebaliknya, Kamila yang ‘berhutang’ dengan lelaki itu.
“Kau nak pilih yang mana satu?” soal Dahlia mencapai potato chip di atas meja lalu disumbat ke mulut. Nyummy.
“Dua-dua aku tak nak,” balas Kamila senada. Bosan.
“Aku ada cadangan yang bernas untuk kau,” tutur Dahlia berpaling ke arah Kamila. Kartun di kaca tv tidak lagi menarik minat.
“What is it?” soal Kamila acuh tidak acuh. Dapat diagak tiada usul yang bernas bakal terbit dari mulut Dahlia. Lebih baik jangan berharap.
Mata masih sibuk meneliti laporan daripada kilang tentang perubahan yang dibuat pada sample baru. Syarikatnya sentiasa cuba untuk memperbaiki kualiti produk yang dikeluarkan. Menambah baik kualiti dari semasa ke semasa.
“Kau cari lagi seorang calon. Kau tak nak bekas kau ludah, kan? Kau boleh cari yang fresh dari ladang gandum. Settle masalah,” usul Dahlia menjongket kening. Bangga dengan idea yang terbit dari bibirnya.
Kamila menarik nafas dalam-dalam. Menahan diri dari menjerit pada sahabat baik sendiri yang memberi usul tidak masuk akal.
“Tak boleh ke kalau aku cuma nak fokus pada syarikat kita? Hidup tanpa lelaki. Enjoy my own journey.”
“You can’t be serious.”
“I’m dead serious.”
“But…”
“Aku dah pernah bercinta. Pernah berkasih. Pernah bersuami. Pengalaman tu dah cukup untuk buat aku rasa aku tak perlukan semua tu lagi, Lia. Aku cuma nak jalani hidup aku sendiri. Salah ke?”
“Tak salah, babe. Logiknya kau boleh hidup sendiri. You’re an independent woman. Tapi pernah tak kau terfikir tentang ketentuan Dia?” soal Dahlia lembut.
Manusia dijadikan berpasangan. Dia percaya Kamila tidak ditakdirkan untuk hidup sendiri sampai ke hari tua. Terlalu merugikan jika itu yang berlaku.
“Dia mungkin nak kau berpasangan. Dia lebih tahu jauh di sudut hati kau… kau sebenarnya perlukan pasangan hidup. Lelaki yang akan membawa bahagia untuk Nur Kamila.”
Kamila tersenyum nipis mendengar bicara sahabat yang mengheret soal ketentuan Tuhan. Dia tidak memandang enteng bicara gadis itu.
Dahlia mungkin gadis seksi dan suka bertukar-tukar pasangan. Namun gadis seksi yang suka berjoli itu sebenarnya menjaga waktu solat.
Dahlia cuma belum mampu untuk membetulkan diri dari segi aurat. Sama sepertinya yang masih belum kuat untuk berubah.
Manusia itu lemah di hadapan Sang Pencipta. Tidak tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Hanya Dia yang lebih tahu. Dia yang lebih mengenal hambaNya.
“Jangan tolak ketentuan Dia sedangkan kau belum tahu jalan sebenar untuk kau lalu.”
“Aku tak tolak semua tu. Cuma…”
“Kau rasa Nizar bukan orangnya, kan? Kau ingat dia cuma nak balas dendam, kan? Kau takut nak letak percaya kau pada dia.”
“Macam mana aku nak percayakan lelaki yang aku sendiri pernah sakitkan?”
“Kau tak tahu hati dia. Tak tahu pun yang dia mungkin masih sayangkan kau. Masih tak boleh lupa. Waktu mata tak nampak… dia mungkin tak mencari. Bila terjadi pertemuan semula, cinta yang dah lama dikekang, tak mustahil membara kembali,” ucap Dahlia serius.
Kamila mengeluh kecil. Sukar untuk menidakkan bicara si teman. Lagi sukar untuk meletakkan rasa percaya.
“Bagi diri kau peluang, Mil,” sogok Dahlia. Dia percaya Nizar tidak akan menghampakan temannya.
Peluang? Dia pernah memberi peluang pada Syakir. Namun apa balasan yang diterima? Cuma luka di hati. Andai diberikan peluang itu pada Nizar pula, pasti hancur lumat dikerjakan lelaki itu.
TUAN ZAWAWI memandang wajah bekas menantu tanpa sedikitpun simpati. Jika bukan kerana lelaki muda itu tidak tahu menilai permata di hadapan mata, mana mungkin Kamila menyalahkannya di atas perkahwinan yang gagal.
Memang benar dia menggunakan Kamila demi menyelamatkan legasi keluarga, tidak bermakna dia suka melihat anak sulungnya itu menderita.
Dia memilih Syakir kerana menyangka lelaki itu yang terbaik untuk Kamila. Bukan lelaki muda yang belum punya apa-apa.
Siapa sangka lelaki muda yang tidak punya apa-apa dalam sekelip mata mampu membuktikan yang tanggapannya salah. Orang muda nyata lebih berbakat. Tidak perlukan sokongan keluarga untuk maju ke hadapan.
“Keluarga uncle dah tak perlukan bantuan kamu,” tutur Tuan Zawawi tenang.
Dengan pelaburan lumayan daripada Nizar, syarikatnya mampu kembali bernafas bebas. Tidak lagi dibelenggu kemelut kewangan.
“Sebab jantan tu?” tuduh Syakir berang.
“Jantan yang kamu sebut tu tahu menilai permata. Bukan macam kamu, Khir. Mengecewakan Mila.”
“Berapa banyak pun jantan tu bayar… Khir boleh bagi lebih lagi. Just name the price!”
“Mila bukan barang untuk dijual!” Tinggi suara Tuan Zawawi mula menyinga. Lelaki muda itu berbicara seolah dia bapa ayam yang sanggup menjual anak sendiri.
“Dulu papa tak kisah pun jual Mila…”
“Diam!” Jerkah Tuan Zawawi dengan wajah merah padam.
“Aku tak jual Mila pada kau. Aku pilih kau sebab aku ingat kau calon yang baik untuk anak aku. Tapi kau cuma pandang anak aku sebelah mata. Kau tak layak untuk Mila,” deram Tuan Zawawi bengang.
“Kau keluar sekarang. Aku tak nak tengok muka kau. Dan aku tak nak kau ganggu Mila lagi. Berambus!”
Butang interkom ditekan. Memanggil pengawal untuk menghalau bekas menantu yang sudah menjadi ‘hantu’. Berani benar menuduhnya begitu. Tak guna!
Syakir tidak menunggu pengawal datang menghalaunya seperti pengemis. Dia menyangka bekas bapa mentuanya senang untuk dilobi. Rupanya lelaki veteran itu sudah memilih calon lain untuk dijadikan menantu.
Tidak mengapa. Dia akan buat lelaki veteran itu menyesal tidak memilihnya. Mila miliknya. Selamanya akan kekal begitu.
SEMAKIN dibaca semakin hebat kerutan yang muncul di dahi. Perjanjian dibuat ternyata berat sebelah. Andai tersilap langkah, saham legasi keluarga pasti berubah tangan.
Licik. Terlalu licik. Lelaki seperti ini mahu diberikan kepercayaan untuk menjaga hatinya? Dia tidak sebodoh itu.
Dicampak salinan perjanjian di tangan ke atas meja kaca. Hati mendidih dengan sikap papa sendiri. Begitu mudah menurunkan tandatangan walaupun perjanjian itu jelas berat sebelah.
Si papa langsung tidak sedar yang legasi keluarga bakal tergadai. Dengan kekurangan si papa sebagai peneraju syarikat, dia berani memberi jaminan yang tidak lama lagi Nizar pasti bersorak gembira.
Syarikat keluarga mereka bukan syarikat kecil. Punya sejarah bertahun-tahun lamanya. Malang sekali datuknya meninggalkan dunia ketika papanya masih kecil. Lalu tanggungjawab itu jatuh ke tangan nenek.
Dari situ bermulanya penurunan dalam prestasi syarikat yang sepatutnya berkembang pesat. Syarikat yang berdiri kukuh sedikit demi sedikit mula goyah.
Tuan Zawawi pula nyata tidak punya bakat untuk mengembalikan prestij yang pernah dimiliki. Malah acap kali melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.
Riiza juga tidak mampu menjadi pembantu yang baik. Lalu pelaburan yang dibuat Dato’ Saufi, bekas besan Tuan Zawawi tidak membawa apa-apa perubahan pada nasib syarikat yang menanti waktu untuk ranap.
Kini hadir pula Nizar meminjamkan nyawa agar syarikat mampu terus bernafas. Tetapi lelaki itu meletakkan syarat yang pastinya tidak merugikan lelaki itu. Too cunning!
Kamila memicit dahi yang berdenyut pening. Pening memikirkan sikap si papa yang mengambil mudah dalam membuat keputusan.
Dia tidak mahu mengambil peduli sebenarnya. Pun begitu dia tidak sanggup melihat syarikat keluarganya bertukar tangan. Lagi-lagi ke tangan lelaki yang sengaja ingin memerangkapnya.
“Urgh!”
Dia bingkas bangun. Nampaknya dia perlu berbicara dengan Tuan Zawawi sebelum perkara buruk melanda syarikat keluarga. Sebelum pelaburan lelaki itu habis digunakan Tuan Zawawi tanpa mampu memberi sebarang pulangan.
Dia tahu itu yang diharapkan Nizar. Memastikan pelaburan itu tidak membawa hasil supaya lelaki itu boleh menuntut ganti rugi.
Dia tidak akan membenarkan itu berlaku. Lelaki itu boleh menarik kembali pelaburan yang ada. Biar mereka langsung tidak punya sebarang kaitan.
“MACAM mana papa boleh setuju dengan terms macam ni?” soal Kamila terus memaku Tuan Zawawi.
“Apa maksud Mila?” Mengecil mata Tuan Zawawi bila dipersoalkan begitu.
Kamila menyerahkan salinan perjanjian yang dibuat Tuan Zawawi di atas meja. Telunjuknya mendarat pada terma dan syarat yang buat matanya sakit memandang.
“Papa perlukan pelabur. Kekasih Mila aje yang sudi melabur dalam syarikat papa,” tingkah Tuan Zawawi membela diri.
Dia bukan tidak sedar yang perjanjian itu berat sebelah. Mampu membuatnya kehilangan syarikat legasi keluarga. Namun dia yakin projek baru yang sudah bermula akan memberi keuntungan berlipat kali ganda.
Bertaut dahi Kamila bila lelaki itu disebut sebagai kekasihnya oleh si papa. Nyata tidak suka dikaitkan begitu.
“Macam mana kalau papa tak dapat bayar?”
“Projek baru papa takkan gagal,” bidas Tuan Zawawi yakin.
Terletus tawa di bibir Kamila. Tawa yang kedengaran mengejek. Dahulu pun Tuan Zawawi berkata begitu.
Takkan gagal? Bukankah sudah berkali-kali gagal hingga syarikat beroperasi dalam kerugian? Masih mahu lagi mengambil risiko. Siapa yang bakal menanggung semua ini?
“Mila tak setuju. Lagi baik papa pulangkan balik duit dia. Jangan buat keputusan yang merugikan syarikat,” bantah Kamila keras.
“Pulangkan?” soal Tuan Zawawi hampir tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Bukan sikit pelaburan yang diberikan Nizar. Puluhan juta. Bagaimana mahu memulangkan wang yang sudah separuh digunakan?
“Projek… dah mula?” soal Kamila gusar.
Kenapa cepat benar? Belum sempat dia menghalang, mereka lebih cepat memutuskan segalanya.
“Papa tak boleh pulangkan duit yang tak ada. Mila tak perlu risau. Projek ni takkan gagal,” tutur Tuan Zawawi cuba meyakinkan si anak.
Dia tidak boleh memarahi si anak biarpun tindakannya dipersoalkan. Pelaburnya terang-terangan menunjukkan minat pada Kamila. Dia tidak mahu membuatkan anak muda itu tidak berpuas hati jika dia berani menyakiti hati Kamila.
Kamila terdiam lama. Kepala ligat berfikir mencari jalan untuk mengembalikan pelaburan Nizar. Namun tiada satu pun jalan yang kelihatan.
Syarikatnya yang baru setahun jagung tidak mampu membantu di dalam hal ini. Terlalu jauh untuk menggapai nilai pelaburan lelaki itu. Dia perlukan masa yang lebih lama sebelum mampu mencapai amaun sebanyak itu.
“Kalau jadi apa-apa kali ni… Mila takkan bertanggungjawab,” tingkah Kamila setelah terdiam lama. Sesungguhnya dia tidak mahu peduli lagi.
Dia melangkah keluar dari pejabat Tuan Zawawi. Langkahnya terhenti kala bertembung dengan si adik yang ingin menemui papa mereka dengan fail di tangan.
Mata mencerun tajam pada si adik yang mengecewakan. Apa guna menjadi pewaris syarikat jika tidak bijak membuat keputusan?
“Kak Mila buat apa kat sini?” soal Riiza kurang senang. Tempat ini tidak sesuai untuk si kakak.
“Kenapa? Takut aku rampas syarikat ni dari kau?” tingkah Kamila garang.
Dia tahu Riiza takut dia mencampuri urusan syarikat. Gusar jika merampas gelaran pewaris yang dipegang si adik.
“Kalau kau tak suka aku campur tangan… jangan babitkan aku bila syarikat ada masalah. Faham?” Ditujal dada lebar si adik yang dirasakan tidak matang. Jika matang pasti lebih bijak membantu papa mereka membuat keputusan.
Mereka mungkin berkongsi darah yang sama. Malangnya hubungan kakak dan adik terasa dingin dengan sikap si papa yang terlalu sayangkan anak lelaki.
“Kak Mila tak perlu risau. Aku dengan papa masih boleh uruskan syarikat.”
Kamila tertawa lucu. Masih ingin mendabik dada? Dia tergeleng-geleng sendiri sebelum mengorak langkah pulang ke syarikat sendiri.
Dia tidak perlu ambil tahu lagi. Dia telah cuba menghalang. Sayangnya, Tuan Zawawi terlalu cepat bertindak menggunakan wang pelaburan Nizar.
Dia tidak punya solusi lain melainkan memejam sebelah mata. Apa nak jadi, jadilah. Dia tidak peduli lagi.
SEMINGGU. Tiada panggilan yang diterima. Tiada juga bayangan lelaki itu. Seolah gangguan yang diterima sebelum ini cuma mimpi ngeri seorang Nur Kamila.
Bibir tersugil senyuman. Sayu kelihatan jika ada yang memandang. Mana mungkin dia hanya bermimpi. Dia tahu lelaki itu sekadar menanti waktu. Menanti untuknya muncul sendiri. Menyerah lalu mengangkat bendera putih.
Lelaki itu cukup bijak mengatur segalanya. Namun perlukah dia menelan umpan yang diberikan? Perlukah dia peduli sedangkan yang melakukan kesilapan bukan dirinya?
Kenapa setiap kali keluarganya gagal mempertahankan syarikat, dia perlu menelan segala akibat?
‘Cukuplah sekali, Kamila. Pejamkan mata. Pura-pura buta.’ Hati memujuk akal yang berdegil masih mahu menggalas tanggungjawab.
Sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab itu memaksanya menggalas beban membetulkan kesilapan keluarga walau hati tidak rela. Hati pula mendesaknya memikirkan kepentingan diri. Bukan keluarga yang memerlukan.
‘Mereka bukan budak kecil yang kau perlu jaga setiap waktu,’ desis hati menghasut akal agar jangan berlembut lagi.
Diraup wajah berkali-kali. Cuba menyapu gusar yang menyelubungi. Dia tahu dia perlu bertindak secepat mungkin sebelum lelaki itu melakukan sesuatu pada projek Tuan Zawawi.
Mustahil untuk Nizar melihat sahaja pelaburan syarikat membawa hasil kerana dia tahu apa hasil sebenar yang dimahukan lelaki itu. Jika dia tidak muncul, syarikat Tuan Zawawi pasti akan mengalami kerugian besar.
Andai itu yang berlaku, mustahil juga untuknya berdiam diri. Sebagai anak, dia terpaksa menerima kelemahan papa sendiri. Apakan daya, dia tidak boleh menukar papa kandungnya. Tidak punya pilihan lain.
Tidak mengapa. Jika lelaki itu mahu dia muncul, dia akan memunculkan diri. Tidak gentar dengan cabaran yang terbentang di hadapan mata.
Direnung siling putih lama. Fikiran mula melayang entah ke mana. Hingga mata terpejam rapat. Melupakan seketika masalah yang menghantui.
“MANA ni?” soal Syazza tidak kurang senang. Puas dinanti. Entah bila bakal kakak ipar akan timbul. Masih menjadi misteri hingga ke hari ini.
Benarkah wujud? Atau sekadar mainan mata? Dia tak mungkin salah. Si abang yang terlebih bijak menyorokkan kekasih hati. Kedekut benar untuk dikenalkan pada keluarga yang semakin hilang sabar.
“Weekend ni,” janji Nizar memahami apa yang bermain di kepala si adik. Muncung yang panjang sedepa ditarik geram.
“Ouch.” Syazza mengaduh sakit. Digosok muncung bibir yang ‘cedera’ dek kekasaran si abang. Jelingan maut dihadiahkan buat si abang.
“Weekend ni?” soal Syazza kembali fokus pada maklumat yang disampaikan. Muncung yang ‘cedera’ tidak lagi dipedulikan. Mata bersinar galak ingin mengorek maklumat lanjut.
“Weekend ni,” ulang Nizar senada. Bibir tersugil senyuman lebar. Dia tahu gadis itu sendiri akan datang menemuinya. Menuntut penjelasan.
“Oh, abang dah dapat tawan kakak ipar Syazz ke?” soal Syazza membuntangkan mata.
“Soon.”
Bertaut dahi Syazza mendengar komen itu. Sudah ditawan atau baru mahu ditawan? Kurang faham maksud si abang.
Tapi bila difikirkan balik, mustahil si abang tidak dapat menawan gadis yang dimahukan. Dengan rupa dan status yang dimiliki, perempuan mana yang sanggup menolak. Mahu tidak mahu mesti mencair juga.
“Urgh, tak sabar. Mesti cantik macam Syazz, kan?” tingkah Syazza tidak silu mengangkat bakul.
Eh, dia berhak perasan tau. Si abang begitu kacak memukau ramai gadis. Takkanlah si adik anak itik hodoh pula.
Ramai tau si jejaka di sekolah sibuk cuba menjadikannya awek mereka. Cuma dia yang memandang sebelah mata.
Tiada seorang pun yang mampu melawan kekacakan abangnya. Tidak punya karisma yang dimiliki Nizar. Mana mungkin dapat menembusi tembok yang sengaja dicipta.
Menjadikan si abang sebagai sandaran, dia menginginkan lelaki yang matang. Lelaki yang sudah punya kerjaya. Lelaki yang tahu apa yang dimahukannya.
Setakat budak hingusan, silalah pergi main jauh-jauh. Sungguh dia tidak berminat.
“Aduh!” Bibir mengaduh sakit bila dahinya tiba-tiba sahaja dijentik si abang. Bibir mula memuncung protes. Pantang nampak dia ‘hilang’, si abang mesti menjatuhkan hukum.
“Berangan,” selar Nizar dengan nada jelas memberi amaran. Tidak suka jika si adik berfikir tentang lelaki.
“Sesekali,” bidas Syazza menjelirkan lidah mengejek.
Sekali lagi dahinya menjadi mangsa. Digosok-gosok perlahan menyapu pedih yang mendera. Kejam!
Dia mahu menyatakan protes. Namun renungan tajam si abang yang jelas mula menyala api buatnya mengunci bibir. Dia tahu jika dia berani membidas, pasti nasibnya berakhir dengan derita. Sampai hati.
Dia bingkas bangun menuju ke dapur mencari umi. Lagi bagus menolong umi di dapur dari didera si abang di bilik bacaan. Humph!
“YOU dah tahu, hurm?” Soalan itu sekadar menyatakan. Bukan ingin mencari jawapan.
Pagi-pagi lagi sang kekasih sudah terpacak di pejabatnya menuntut jawapan. Jawapan yang sudah diketahui cuma enggan diakui.
“You nak apa sebenarnya?” bentak Kamila bengang. Walaupun dia sudah tahu, bibir masih ingin menyoal. Mengharap jawapan yang diterima berbeza dari sangkaannya.
“You tahu apa yang I nak, sayang.”
“I tak tahu.”
Mata sengaja diliarkan pada susun atur bilik lelaki itu. Tidak sudi memandang wajah kacak yang tentu ingin mempersendakannya.
Diam-diam dia mengagumi pencapaian lelaki itu. Wisma yang dimiliki lelaki itu kelihatan cukup megah untuk lelaki muda seperti Nizar Naail.
Staf bawahan lelaki itu juga kelihatan profesional. Masing-masing menunduk memandang skrin komputer menyiapkan tugasan yang diberikan. Fokus benar.
“Tak tahu atau tak nak ambil tahu, hurm?”
“I don’t care,” bidas Kamila kasar. Bicara yang jelas bertentangan dengan tindakan. Jika dia benar-benar tidak peduli, kenapa sanggup melangkah ke syarikat lelaki itu tanpa dijemput?
“Really? Macam mana kalau I ambil alih syarikat papa you? What do you think? Should I do that?” Soalan itu kedengaran terlalu bersahaja. Mendidihkan darah sang kekasih.
“Don’t you dare!”
“I thought you don’t care,” tutur Nizar tersenyum kemenangan. Dia tahu Kamila akan mengalah. Hanya bibir cuba menidakkan sedangkan wanita itu tahu tiada pilihan lain yang akan diberikan.
“You tak boleh buat I macam ni,” tingkah Kamila resah. Masih mengharap lelaki itu menarik kembali niat yang satu itu.
Mana mungkin dia tidak peduli. Syarikat itu merupakan legasi keluarga mereka. Dia mungkin tidak terlibat dalam urusan syarikat namun dia tetap tidak sanggup melihat syarikat keluarga jatuh ke tangan orang asing.
“I boleh buat apa yang mahu, sayang. Dan you tak punya hak untuk menolak,” balas Nizar lembut.
Pihak yang kalah hanya mampu menerima nasib yang ditentukan si pemenang. Adatlah yang menang itu raja. Yang kalah itu hamba.
“You!”
Nizar bingkas bangun. Merapati mangsa yang sudah pun terjerat. Jemarinya tanpa silu menyentuh wajah mulus itu. Cuba menyapu kesayuan yang jelas tertera mencela wajah.
“You tahu apa yang I mahukan daripada you, Mila. Just give yourself to me. Dan I takkan sentuh syarikat keluarga you. Malah I sanggup bantu syarikat keluarga you untuk kembali mengaut keuntungan tanpa sebarang kerugian,” ucap Nizar separuh berbisik. Bisikan yang cuba mempengaruhi fikiran sang kekasih. Umpama bisikan syaitan yang ingin memerangkap manusia ke lembah kejahatan.
Kamila terdiam tanpa kata. Bisikan halus lelaki itu memenuhi ruang fikirannya. Mendesaknya untuk menerima tawaran lelaki itu. Menyambut huluran tangan yang pasti ingin merantai hidupnya.
Jika dia berani menerima, dia pasti terikat selamanya. Kebebasan cukup mustahil untuk diraih kembali.
“You boleh biarkan syarikat keluarga you jatuh ke tangan I. Atau parents you mungkin akan gunakan adik you untuk gantikan tempat…”
“How dare you!” deram Kamila marah. Berapi kala adik bongsunya, Khalila dibabitkan dalam hal ini.
Tangan ringan melayang ke wajah lelaki itu. Benar-benar marah bila lelaki itu berani menyebut tentang si adik bongsu yang baru berusia 20 tahun. Terlalu muda untuk diserahkan pada lelaki licik seperti Nizar.
Tangan yang cuba melekap di wajah ditangkap mudah. Ditarik kasar hingga tubuh genit itu terdorong ke dalam dakapannya.
Tidak lama lagi tubuh genit itu mampu disentuh sepuas hati tanpa sebarang halangan lagi. Dan dia akan memastikan tubuh itu tidak mampu menolak haknya sama sekali.
“I tak mahukan adik you. I cuma mahukan Nur Kamila. Will you surrender yourself to me, my queen?”
Bergetar bibir merah sang kekasih tanpa kata. Mungkin tidak tahu apa yang perlu diungkap ketika ini. Atau cuba menahan diri dari menghamunnya.
Namun reaksi itu buat hatinya berbunga-bunga kala sang kekasih tidak lagi berdaya. Tentu sahaja bakal menyerah padanya.
Dia tahu tiada jawapan lain yang bakal diterima. Dia yang mengatur langkah demi langkah untuk mendengar persetujuan terbit dari bibir merah itu.
“Stop this, will you? I’m sorry for leaving you. I’m so sorry. Please don’t do this. Don’t…”
Saat ini dia rela membuang harga diri. Merayu agar dilepaskan dari cengkaman lelaki itu. Dia tahu Nizar langsung tidak berminat dengan syarikat Tuan Zawawi.
Jika bukan kerana mahu menghukumnya, Nizar tidak akan membuang wang pada syarikat yang hampir bungkus. Dia mengharap Nizar mengubah fikiran. Lelaki itu tidak perlu memperjudikan bahagia sendiri hanya kerana dendam yang tidak membawa makna.
“Too late to plead with me, darling. You boleh terima lelaki asing dalam hidup demi harta, kan? Why not someone you love before, hurm? I can pay you more…”
“You!”
Bibir bergetar hiba. Merah matanya merenung tajam lelaki yang begitu kejam. Begitu murahkah dia di mata lelaki itu? Menjual diri demi wang ringgit.
Saat ini dia ingin menghamburkan tawa. Mentertawakan diri yang dianggap murah. Semuanya kerana keluarga sendiri. Menjualnya demi legasi keluarga.
Kini dia sendiri mengambil inisiatif. Bukan kerana mahu menjual diri. Cuma terpaksa bertanggungjawab bila tindakan lelaki itu berpunca daripadanya.
Ya, dia perlu bertanggungjawab kerana menarik perhatian Nizar Naail hingga menyebabkan lelaki itu menyerang legasi keluarganya.
Ditarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal emosi yang hampir bertaburan di hadapan lelaki itu. Tidak mahu kelihatan lemah tidak berdaya.
Cukup sekali dia cuba merayu. Rayuan yang tidak dilayan lelaki itu. Gagal. Lalu dia hanya mampu merempuh halangan di hadapan mata. Melangkah dan terus melangkah selagi mampu.
“Fine. I will marry you!” putus Kamila senada sebelum mengangkat kaki membawa hati yang terhiris pedih. Tidak peduli pada lelaki yang masih ingin menyeru namanya.
Selagi kaki belum terikat mati, dia ingin mencipta jurang di antara mereka. Lagi pula hati yang berantakan perlu ditenangkan tanpa kewujudan lelaki itu.
“KAU serius? Secepat ni?” soal Dahlia teruja. Dia mengorek telinga memastikan tidak tersumbat. Takut tersalah dengar. Perkembangan hubungan si sahabat bersama lelaki tinggi lampai itu terasa begitu cepat.
Dia menyangka Nizar terpaksa mengambil masa lebih lama untuk mencairkan Kamila. Siapa sangka belum pun 2 bulan berlalu sudah mahu mengikat pertalian suci. Laju.
Dia tahu tentu ada sesuatu yang belaku hingga menyebabkan Kamila membuat keputusan sepantas ini. Jika Nizar tidak bermain taktik kotor, setahun lagi baru mencair hati temannya itu.
“Dia buat apa kat kau sampai kau setuju ni?” soal Dahlia ragu.
Berita panas dia tidak boleh ketinggalan. Mesti korek sampai ke lubang cacing. Dia menongkat dagu di meja kerja Kamila. Jemari menari-nari mencipta irama menanti penuh sabar.
Kamila tersenyum sinis. Namun bibir ringan membuka cerita. Tiada apa yang perlu disembunyikan. Biar Dahlia tahu tentang kekejaman lelaki itu.
Suka benar menyokong sebelum ini, kan? Tengoklah apa yang dilakukan lelaki itu sekarang. Memeras ugut demi mendapatkan apa yang dimahukan.
“So sweet,” ucap Dahlia ceria. Di telinganya tindakan Nizar itu cukup dominan. Posesif. Romantis.
Dia mengagumi lelaki yang berani seperti Nizar. Berani melakukan apa sahaja demi sang kekasih yang bertakhta di hati.
Macam ni baru dinamakan lelaki. Sanggup memburu walaupun menerima penolakan demi penolakan. Tapi mestilah melihat cermin terlebih dahulu. Perlu sedar mangsa yang dikejar sesuai atau tidak dipadankan bersama.
Jangan pula lelaki itu berani mengejar sang puteri sedangkan diri cuma pengemis tanpa apa-apa kelayakan. Sudah tentu itu dinamakan delusi. Jauh sekali romantis.
Dia bukan ingin mengeji. Cuma biarlah pasangan itu sama cantik sama padan. Barulah senang menggapai bahagia.
“Untung kau. Abang Nizar kau tu romantik sangat,” puji Dahlia melambung. Pura-pura tidak perasan akan jelingan maut yang dihadiahkan si teman.
Kamila mendengus kasar. Jika dia tahu begini reaksi Dahlia, lebih baik dia tidak membuka cerita. Menyakitkan hati sahaja.
Gadis itu lebih senang berpihak pada musuh bukannya teman baik sendiri. Pengkhianat!
“Jangan marah, babe. Aku cuma rasa dia ikhlas mahukan kau dalam hidup dia. Apa kata kau cuba buka mata dan hati kau untuk terima dia. Lupakan apa yang kau dah buat pada dia sebelum ni…”
“Dia boleh lupa ke?” potong Kamila bengang.
Dia dilabel murah oleh lelaki itu. Dianggap boleh dibeli dengan wang ringgit. Dilayan seperti perempuan mata duitan.
Bagaimana dia boleh lupakan penghinaan yang diterima daripada lelaki itu? Bagaimana pula lelaki itu mampu melupakan kepedihan semalam?
“Mungkin sekarang tak. Tugas kau untuk buat dia lupa. Buat dia bahagia sampai sakit yang dia rasa semalam hilang sepenuhnya.”
“Tugas aku?” Kamila menjongket kening mempersoalkan kenyataan itu. Sejak bila pula menjadi tugasnya mengubati hati lelaki itu?
“Kau isteri. Takkan kau tak nak jalankan tugas kau sebagai isteri?”
Soalan itu buat Kamila terpaku lama. Soalan yang buat hatinya diburu resah. Saat dia menyatakan persetujuan, soal tugas seorang isteri langsung tidak terlintas di kepala.
Ditelan liur yang terasa kesat. Mustahil untuk Nizar membiarkannya tanpa menuntut apa-apa. Perlukah dia melaksanakan tugas seorang isteri? Hati langsung tidak rela.
“Dia bukan nak seorang isteri, Lia. Dia cuma nak banduan untuk dihukum atas kesilapan lalu.”
“Banduan secantik kau? Macam mana dia nak hukum kau? By loving you, huh?” sogok Dahlia mula membayangkan imej pasangan yang pasti dipenuhi aura pink. Mesra dan intim.
Saat itu Nizar mana mungkin masih ingat tentang hukuman yang ingin dijatuhkan. Hanya mahu bermanja di sisi sang permaisuri.
“Kau tak faham, Lia. Kau tak kenal dia. Kau tak ada kat tempat aku,” bentak Kamila bengang. Buang masa berbicara dengan pembela lelaki itu.
“Kadang-kadang orang yang tak ada kat tempat kau boleh nampak dengan lebih jelas.”
“Kalau kau nak bela dia…”
“Aku bukan nak bela bakal suami kau. Aku cuma nak kau buka mata kau. It’s not that bad. Once he got you… aku tak rasa dia mampu nak terus menghukum kau,” potong Dahlia pantas.
Kamila terlalu sibuk memikirkan segala kemungkinan negatif. Langsung tidak cuba berfikir yang baik-baik.
“Sekarang dia mungkin masih simpan dendam. Dendam sebab dia tak dapat jadikan kau isteri…”
“Bila dah dapat… dendam yang ada akan terlerai. Dan dia akan buang aku macam sampah tak berharga.” Kali ini giliran Kamila pula memotong bicara. Menyambung pengakhiran yang tragis.
Dahlia mengeluh berat. Tiada guna cuba mengubah pemikiran Kamila jika hanya yang buruk-buruk sahaja yang bermain di kepala temannya itu.
Simpati berbenih di hati buat bakal suami Kamila. Nampaknya jalan cerita bakal suami isteri itu pasti penuh dengan liku. Dia cuma mampu berdoa agar Nizar bersabar untuk meraih cinta seorang Kamila.
Melihat Dahlia terdiam tanpa kata, Kamila tersenyum mengejek. Bukan dia tidak mahu berfikir yang baik-baik. Namun layanan kasar lelaki itu sudah cukup untuk mendinginkan hati.
Dia tidak akan meletakkan sebarang harapan. Perkahwinan bukan untuk membahagiakan. Hanya mengandung duka berpanjangan. Baik Syakir mahupun Nizar, hanya ingin mendera jiwanya.
WAJAH berseri-seri Tuan Zawawi buat darahnya menggelegak di malam yang dingin. Tangan yang menggenggam sudu terkepal kemas. Cuba menahan amukan di hati.
Nizar begitu pantas bertindak. Belum apa-apa lagi sudah memaklumkan berita pada Tuan Zawawi. Kalau boleh mahu dihebohkan pada satu dunia agaknya.
Lelaki veteran itu begitu gembira bakal menerima menantu. Masakan tidak bila projek yang baru diusahakan pasti mendapat bantuan si menantu.
Dengan adanya sokongan daripada Nizar, projek itu pasti membawa keuntungan. Mustahil untuk rugi.
Kamila tersenyum pahit. Patutkah dia menumpang gembira di atas berita itu? Sekurang-kurangnya syarikat keluarga mereka terselamat. Hanya dirinya yang sentiasa terkorban.
Dia tertawa bisu. Terasa hidupnya terlalu menyedihkan. Kebebasannya selalu dipertaruhkan. Jalan hidupnya sukar untuk dikawal oleh tangan sendiri.
“Kenapa Mila tak makan?” soal Puan Roziya prihatin bila melihat Kamila tidak lagi menyuap makanan. Nasi di pinggan juga tidak luak.
“Tak selera, mama,” balas Kamila jujur.
Puan Roziya tersenyum sayu. Simpati bercambah di hati seorang ibu. Dia tahu Kamila terpaksa berkorban lagi kali ini.
Walaupun Kamila sendiri yang membuat keputusan itu tanpa desakan sesiapa, namun dia tahu kekurangan Tuan Zawawi yang memaksa Kamila memilih jalan itu. Biar betapa keras pun hati seorang Kamila, anaknya itu tetap tidak sanggup melihat legasi keluarga musnah begitu sahaja.
“Mama…” Bicara Puan Roziya terlekat di kerongkong. Tidak tahu apa yang patut diungkap untuk memujuk hati si anak.
Walaupun kelihatan beku, dia tahu jauh di sudut hati ada darah merah yang mengalir tanpa henti. Hati si anak penuh dengan luka.
“Abang Nizar cakap minggu depan dia hantar rombongan untuk Kak Mila. Kan, papa?” tutur Riiza melirik pada si kakak ingin melihat reaksi di wajah itu.
“Betul. Sebelum tu dia nak bawak Mila jumpa keluarga dia dulu,” sahut Tuan Zawawi ceria.
“Bila?” sela Puan Roziya prihatin. Mata tidak lepas memandang wajah cantik si anak yang sedari tadi tidak berubah riak. Serius sahaja. Tiada kesayuan di situ.
“Esok,” balas Kamila tanpa emosi.
Lelaki itu sudah memaklumkan padanya petang tadi. Tidak sabar mahu mengheretnya berjumpa dengan bakal mentua yang pasti membenci.
Jika perempuan lain mungkin teruja mahu bertemu keluarga bakal suami. Dia jauh sekali. Masakan teruja bila dia dapat mengagak layanan yang bakal diterima.
Kalau diikutkan hati dia tidak mahu mengikut sebarang protokol. Ingin ke pejabat kadi sahaja merantai hubungan di antara mereka. Tidak perlu majlis raja sehari sedangkan dia sudah melalui fasa itu.
Malangnya Nizar tak mungkin bersetuju. Lelaki itu punya status. Tentu sahaja majlis yang diadakan perlu meriah. Lelaki itu juga merupakan anak sulung. Mustahil untuk ibu bapa Nizar melepaskan peluang mengadakan majlis besar-besaran.
“Papa akan discuss dengan Nizar nanti untuk majlis Mila.”
“Tak perlu. Cukup sebelah dia aje,” bantah Kamila keras. Satu majlis pun dah cukup.
“Papa tak rasa Nizar akan setuju.”
Kamila mengetap bibir geram. Dia tahu bicara Tuan Zawawi ada benarnya. Nizar tidak akan bersetuju. Dia cukup kenal karakter lelaki itu.
Nizar pastinya ingin mengadakan majlis yang lebih hebat dari majlis yang pernah diadakan untuknya dan Syakir. Lelaki itu akan memastikan nama Syakir terpadam selamanya. Biar tiada siapa yang tahu dia pernah menjadi milik lelaki lain.
“Mila boleh tanya Nizar dulu,” usul Puan Roziya lembut.
Kamila sekadar mengangguk tanpa kata. Perlukah dia bertanya dan meminta kebenaran lelaki itu?
Segalanya perlu mengikut rentak lelaki itu. Lalu di mana haknya sebagai manusia? Dia langsung tidak boleh menentukan apa yang dimahukannya. Perlu menerima segala aturan lelaki itu sahajakah?
Terasa diri terlalu lemah jika dia menurut tanpa sebarang bantahan. Seperti tidak punya daya untuk melawan. Selemah itukah seorang Nur Kamila?
No!
Walaupun dia bersetuju untuk bersama lelaki itu, tidak bermakna dia perlu menunduk di hadapan lelaki itu. Dia masih punya harga diri. Dia tidak akan membenarkan lelaki itu mengatur hidupnya. Ada masa dia terpaksa mengalah. Bukan setiap waktu.
BIBIR yang lebar dengan senyuman kala menanti bakal menantu sekelip mata berubah keruh sebaik wajah cantik wanita muda yang dibawa Nizar terlayar di mata.
Mengecil mata Puan Warda cuba memastikan dia tidak salah melihat. Wanita itu pernah dilihatnya. Berkali-kali sebenarnya. Mana mungkin dia lupa.
Wajah wanita muda itu sama dengan gadis pingitan di dalam gambar yang menjadi simpanan si anak sulung. Sang kekasih yang tega meninggalkan anaknya hingga mengubah personaliti Nizar.
Saat ini bibir terketap kuat. Menahan bibir dari menghalau tetamu yang dibawa Nizar. Tidak mahu mengecilkan hati si anak.
Hati mendidih marah bila si anak rupanya masih menginginkan kekasih yang sama. Sanggup mengutip kembali perempuan yang sudah menjadi isteri orang. Macam tak ada perempuan lain!
“Masuklah. Jangan malu-malu Kak Mila,” pelawa Syazza mesra. Teruja dengan kehadiran tetamu. Mata meliar pada wajah cantik bakal kakak ipar. Bibir tersenyum penuh makna.
Mana mungkin dia tidak tahu siapa yang dibawa pulang oleh si abang. Namun berbeza dengan si umi, dia menerima dengan hati terbuka selagi si abang suka.
Patutlah tidak dilayan dara pingitan. Rupanya si abang berminat dengan janda yang masih bergetah.
Walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, dia tahu si abang tidak akan membawa pulang isteri orang. Jika belum diceraikan suami, mustahil wanita muda itu sanggup muncul di sini.
Kamila tersenyum manis buat bakal adik ipar. Dahulu Nizar selalu menceritakan tentang adik bongsu kesayangan lelaki itu. Gadis remaja yang ceria orangnya. Buatnya ingin bertemu empat mata. Baru hari ini punya peluang untuk bertemu.
“UMI tak suka!” Lantang suara Puan Warda memecahkan keheningan malam. Dia sabar menanti hingga Nizar pulang mahu membuat perhitungan dengan si anak.
Dia mahu Nizar tahu yang tidak akan menerima perempuan mata duitan itu ke dalam keluarga mereka. Perempuan seperti itu tidak mampu membahagiakan anaknya.
“Bukan umi yang nak kahwin,” omel Syazza yang turut menanti tidak mahu terlepas drama sebabak keluarga mereka.
Mata Puan Warda mencerun tajam pada si anak gadis yang sibuk membela orang luar. Mendidih darahnya memikirkan hanya dia seorang yang membantah pilihan Nizar. Suami dan anak bongsunya masing-masing jelas setuju.
“Mila bukan macam yang umi sangka,” ucap Nizar tenang membela bakal isteri.
Dia tidak mahu Puan Warda menyimpan rasa tidak benci terhadap Kamila. Tidak mahu wujud ketegangan di antara mentua dan menantu.
“Bukan perempuan mata duitan? Bukan perempuan yang tinggalkan Zar dulu sebab dia pilih lelaki kaya berharta? Bukan perempuan yang kejam dengan anak umi ke?”
Melengking suara Puan Warda tidak dapat mengawal amarah bila si anak kesayangan membela perempuan lain. Perempuan yang mengubah karakter Nizar.
“Benda dah lepas kenapa nak ungkit lagi? Yang penting anak awak tu nakkan budak tu,” sela Encik Malik tidak setuju dengan sikap Puan Warda.
Dia tidak pernah menduga si isteri akan menjadi mentua yang dingin. Tidak sukakan menantu sendiri.
“Benda memang dah lepas. Saya tak kisah kalau perempuan tu tak jadi menantu saya. Tapi bila anak awak bawak perempuan macam tu datang… saya tak boleh pandang sebelah mata!”
“Awak ni…” Encik Malik tidak tahu bagaimana mahu memujuk. Isterinya bertegas benar tidak sukakan bakal menantu mereka.
“Umi tak suka, Zar,” tegas Puan Warda. Mahu si anak mengubah keputusan.
Dia sama sekali tidak akan menerima Kamila sebagai menantu. Dia tidak akan membenarkan Nizar memilih perempuan itu.
Terlalu ramai perempuan di luar sana untuk dijadikan pilihan. Terlalu ramai yang lebih baik. Apa yang dilihat pada perempuan yang sudah ditebuk tupai?
Macam tak ada perempuan lain!
“Zar suka,” balas Nizar senada.
“Perempuan tu janda. Dah jadi bekas orang. Perempuan macam tu pun Zar masih nak lagi ke?” tingkah Puan Warda bengang.
Nizar mengetap rahang mengawal emosi kala status sang kekasih diungkit si umi. Status itu tidak menjadi isu jika tidak disebut. Bila sudah disebut, hatinya dihenyak rasa tidak enak. Egonya pula bagai dipalu.
Dia tidak suka diingatkan tentang status Kamila. Dia hanya ingin memejamkan mata. Menganggap tiada sebarang perbezaan.
Baginya status itu menjadi lambang pengkhianatan Kamila terhadapnya. Menyerahkan diri pada lelaki lain selain dirinya. Sukar untuk menerima kenyataan itu.
“Kenapa diam? Tak suka dengar kebenaran? Ramai lagi anak dara kat luar sana, Zar. Umi boleh cari yang baik-baik. Yang lemah lembut. Yang belum disentuh…”
“Umi!” Agak keras suara Nizar mematikan bicara Puan Warda. Tidak sanggup mendengar Puan Warda terus-terusan memprovoknya begitu.
Benar. Di luar sana terlalu ramai perempuan lain. Yang baik-baik. Yang masih dara. Namun Nur Kamila Zawawi hanya seorang. Tiada lain di dunia ini. Dan Kamilanya bukan tidak cukup baik.
“Zar tetap dengan keputusan Zar. Zar cuma akan kahwin dengan Mila,” putus Nizar tegas tidak berganjak.
Dia bingkas bangun. Berlalu menuju ke bilik bacaan. Masih punya urusan yang memerlukan perhatian dari mendengar bantahan Puan Warda.
“Zar!” Panggilan Puan Warda tidak diendahkan.
Encik Malik tergeleng-geleng dengan tingkah sang isteri. Ditarik tangan sang isteri menuju ke bilik mereka.
“Salahkah saya?” soal Puan Warda kecewa. Kecewa bila si anak tidak mendengar kata.
“Zar dah besar. Dia dah cukup matang dalam buat keputusan. Dia tahu apa yang dia nak. Awak sebagai uminya patut beri sokongan. Bukan halang dia macam ni,” tegur Encik Malik serius.
Dia tidak mahu hubungan ibu dan anak berantakan kerana berbeza pendapat. Sudahlah si anak begitu tegas dalam membuat keputusan. Jika si ibu terus mendesak begini, bimbang Nizar semakin jauh daripada mereka.
Puan Warda mengeluh berat. Masih tidak dapat menerima kenyataan. Perempuan seperti Kamila tidak layak untuk anaknya!
“KENAPA umi nak halang abang? Bukan senang abang nak bawak balik menantu untuk umi. Lagi baik umi terima Kak Mila dari abang Syazz tu terus membujang sampai tua,” tutur Syazza lembut.
Dia faham kenapa Puan Warda menentang. Bagi Puan Warda, Kamila tidak cukup baik untuk Nizar.
Malangnya si abang tetap berkeras mahukan Kamila. Dia sebagai adik langsung tidak punya halangan. Malah sukakan wanita itu walaupun baru pertama kali bertemu.
Di matanya, Kamila bukan perempuan fake seperti Farisha. Tidak memandang harta Nizar. Lagi pula dari cerita si abang, bakal kakak iparnya itu punya syarikat kosmetik sendiri. Wow!
Biarpun ada sejarah yang kurang enak didengar di antara pasangan itu, selagi si abang bertegas dengan kemahuan sendiri, tiada sebab untuk mereka menghalang.
Setelah lebih 4 tahun berlalu, si abang tetap memilih perempuan yang sama. Nampak benar betapa setianya si abang.
“Apa yang kamu tahu? Perempuan macam tu kamu sokong jadi isteri abang kamu?”
“Abang yang pilih sendiri. Tak ada siapa yang paksa pun, umi,” betah Syazza.
Lagi pula dari bicara si abang, dia dapat meneka bukan bakal kakak iparnya yang memilih untuk kembali. Sebaliknya si abang yang sibuk menjerat.
Dia tidak akan memberitahu Puan Warda tentang itu. Bimbang Puan Warda bertambah bengang nanti.
“Itu sebab abang kamu buta. Entah apa yang perempuan tu dah sogokkan.”
Syazza menghela nafas berat. Jika tidak suka, segala yang buruk sahaja bermain di fikiran si umi.
“Suka hati umilah. Abang Syazz tu takkan berubah fikiran. Lagi elok umi aje yang terima kenyataan,” tingkah Syazza terus mengangkat kaki meninggalkan laman.
Biar si umi terus merosakkan pokok bunga sendiri dek geram dengan bakal menantu. Dia pula lebih senang memerap di bilik melayan drama Korea. Lagi best. Humph!
KAMILA melemparkan senyuman manis buat bekas bapa mentua. Keliru sebenarnya. Untuk apa dia dipanggil menghadap lelaki veteran itu di syarikat. Bimbang terserempak dengan Syakir pula nanti.
Dato’ Saufi tersenyum senang melihat penampilan wanita muda di hadapannya. Kelihatan cukup profesional dengan pakaian dan tingkah laku wanita itu. Jelas pandai membawa diri.
Menantu pilihannya itu tidak pernah mengecewakan. Malang sekali anak sendiri pula yang membuat onar.
Dia sebenarnya mengharap Kamila masih punya walau sekelumit rasa buat Syakir. Namun melihat riak di wajah cantik itu, dia bijak membuang harapan itu.
Paksaan tidak akan membawa kemanisan. Lagi pula Syakir yang bersalah di dalam hal ini. Terlalu lambat untuk menyesal di kemudian hari.
“Mila takkan kembali pada Syakir?” soal Dato’ Saufi tidak ingin membuang masa. Terus ke persoalan pokok.
Sebaik mendengar berita tentang rombongan yang bakal dihantar ke rumah bekas besannya, dia menjemput wanita muda itu ke mari. Mahu tahu perasaan sebenar Kamila.
Anak tunggalnya pula awal-awal lagi sudah dihantar ke luar negara menguruskan anak syarikat yang baru dibuka.
Orang bawahan Syakir disogok agar tidak menyampaikan berita tentang Kamila kepada anaknya itu. Dia tidak mahu kerana perempuan Syakir hilang fokus pada syarikat.
Syakir punya tanggungjawab yang besar. Masa anaknya tidak perlu dihabiskan dengan mengikuti perkembangan perempuan yang jelas tidak sudi.
“Daddy lebih suka Mila berterus-terang,” tutur Dato’ Saufi lembut.
Kamila tersenyum tawar. Digeleng kepala sekilas. Tidak gentar memberikan jawapan jujur.
“Syakir tak pandai menilai. Terlalu muda untuk menilai permata kat depan mata,” komen Dato’ Saufi.
Kamila tertawa bisu. Tidak tahu apa yang perlu diungkap di hadapan lelaki veteran yang cukup licik.
Diam-diam dia sebenarnya mengagumi lelaki veteran itu. Mampu setia walau memiliki status yang membolehkan lelaki itu punya ramai perempuan di sisi. Datin Maslina cukup bertuah memiliki hati Dato’ Saufi.
Melihat pasangan ideal itu buatnya mudah membuka hati untuk Syakir walau hati ketika itu sudah dimiliki Nizar.
Dia belajar untuk menerima suratan. Apa salahnya menyayangi suami sendiri? Mungkin bahagianya bersama Syakir. Bukan Nizar.
Malangnya rumah tangga yang harmoni tidak kekal lama. Syakir belum puas berjoli. Seorang isteri tidak cukup untuk memuaskan hati lelaki itu.
“Mila sukakan budak tu?”
Terkebil-kebil matanya seketika sebaik mendengar soalan itu. Rasa kekok disoal bekas mentua begitu.
“Tak suka? Nak daddy tolong?”
Dia tahu apa yang berlaku di sebalik persetujuan yang diberikan Kamila. Tidak susah untuk lelaki yang berpengaruh sepertinya mengorek maklumat yang dimahukan. Dia punya sumber tersendiri.
Kamila pantas menggeleng. Walaupun hati tidak rela, dia tidak mahu melihat Nizar dijatuhkan oleh Dato’ Saufi.
Nizar sememangnya tidak akan kalah dengan Syakir. Namun jika Dato’ Saufi mula masuk campur, pasti Nizar akan mengalami kerugian besar.
Lelaki veteran itu sudah lama bertapak. Punya pengaruh yang luas. Mana mungkin Nizar mampu menjadi lawan lelaki veteran itu.
“Okey. Daddy faham,” tutur Dato’ Saufi tersenyum simpul. Memahami apa yang bermain di hati bekas menantu.
Bibir sahaja menyatakan tidak suka. Sedangkan hati tidak rela melihat lelaki kesayangan hancur di tangannya.
“Daddy doakan Mila bahagia. Berkekalan sampai ke hujung usia. Jangan risau tentang Syakir. Daddy dah hantar dia ke luar negara. Dia takkan ganggu Mila lagi,” ucap Dato’ Saufi mengharap Syakir berputus asa selepas Mila menjadi isteri orang.
“Thank you, daddy,” tutur Kamila benar-benar terharu dengan pertolongan yang diberikan.
Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menatap wajah Syakir buat sementara ini. Hilang satu beban di bahu. Lega.
Dia cuma perlu berhadapan dengan Nizar sahaja selepas ini. Kalaulah Nizar juga punya bapa seperti Dato’ Saufi, tidaklah dia menjadi mangsa lelaki itu.
Hati menggerutu menyalahkan Encik Malik yang tidak tahu mengawal anak sendiri. Sepatutnya dilarang keras dari mengganggu perempuan yang tidak sudi. Urgh.
KOTAK berbaldu merah kecil dan jambakan ros merah di atas meja dipandang sepi. Tidak bernafsu untuk melihat isi di dalam kotak itu. Lagi-lagi dari lelaki yang suka mendesak.
Mata mendarat pada kad kecil yang juga berwarna merah. Tulisan cantik yang tertera di situ terasa menyakitkan mata. Mahu sahaja dikeronyok lalu dibuang ke bakul sampah.
Wear it!
Diktator benar arahan itu. Walaupun tuannya tiada di depan mata, tetap ingin mengarahkannya.
“Pandang aje tak guna,” usik Dahlia selamba mencapai kotak berbaldu merah yang tidak mahu disentuh si teman. Tidak sukar untuk meneka apa di dalamnya.
Perlahan-lahan dibuka tanpa meminta kebenaran. Terserlah indah cincin bermata satu memukau pandangan. Tanda cinta bakal suami.
Dikerling si teman yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Suka, gembira mahupun jelek langsung tidak dapat dibaca di wajah itu. Serius tanpa kata.
Diraih jemari runcing Kamila. Lalu dengan selambah disarungkan cincin bermata satu itu di jari manis si teman. Padan benar dengan pemiliknya.
“Will you marry me?” soal Dahlia dengan suara yang sengaja digaraukan. Membayangkan diri sebagai Nizar.
Sepatutnya lelaki itu yang muncul di hadapan Kamila. Menyarungkan sendiri cincin di jari manis itu. Menanda Kamila sebagai hak milik kekal. Barulah wujud kemanisan di antara pasangan itu. Bukan sekadar memberi arahan begini.
Haish. Dia tidak faham apa yang berada di fikiran pasangan ideal itu. Masing-masing ingin mengikut kepala sendiri. Dia yang melihat terasa pusing.
“What are you doing here?” soal Kamila menjongket kening. Cincin di jari manis dibiarkan sahaja. Tidak cuba menolak walau hati tidak rela mengikut arahan.
“Aku? Salah ke aku kat sini?” Soalan dibalas dengan soalan. Bibir mencebik tidak suka.
“Bukan kau cakap daddy kau ajak kau ke airport?”
“Humph! Daddy aku sengaja nak trick aku,” tingkah Dahlia menghenyak tubuh di sofa panjang di sudut bilik kerja Kamila. Siap berpeluk tubuh. Hati mendongkol marah pada bapa sendiri. Berani betul membuat helah.
“Tell me,” arah Kamila ingin mendengar kisah Dahlia pula. Sudah bosan melayan kisah sendiri yang menyakitkan hati.
“He’s back!” deram Dahlia benci.
“Hurm? Siapa?”
“Siapa lagi kalau bukan mamat tu.” Benci benar dia dengan lelaki itu hingga tidak sudi pun menyebut nama.
“He’s back?” soal Kamila tersenyum lebar. Jarang dapat melihat Dahlia diamuk marah begini. Selalu suka benar menyakat orang lain.
“Benci aku.”
“Masih benci? Dah 6 tahun kau tak jumpa dia, kan?”
“Sekali aku dah benci… selamanya perasaan aku tak berubah tau.”
“Are you sure? He’s your childhood sweetheart.”
“Kau cakap sekali lagi,” deram Dahlia melenting tiba-tiba.
Mahukan tidak bila diingatkan tentang lelaki yang memaksanya menjadi isteri olok-olok ketika dia masih kecil. Benci!
Meledak tawa Kamila melihat hidung Dahlia kembang kempis diamuk marah. Bukan main lagi suka mengusiknya sebelum ini. Diri sendiri pun tidak dapat menerima lelaki yang jelas menunjukkan rasa suka.
“Aku cakap… dia tu kekasih zaman kau budak hingusan,” tekan Kamila tidak terkesan pun melihat si teman diamuk marah.
“Ish!”
“Daddy kau ambil dia kat airport ke? Dah tu kau nak lepak kat ofis ni sampai malam ke?”
“Lepak rumah kau la.”
“Tak takut daddy kau bising?”
“Yang penting aku tak perlu hadap muka dia tu.”
“Hurm… agak-agak macam mana rupa abang sepupu kau tu sekarang? Dulu pun boleh tahan handsome. Sekarang mesti lagi handsome. Sesuai sangat kalau nak dipadankan…”
“Nur Kamila!” Tinggi suara Dahlia tidak sudi mendengar si teman menghabiskan kata.
Mahu memadankannya dengan lelaki itu? Kirim salam!
“Marah?”
“Bengang,” deram Dahlia. Namanya dan lelaki itu jangan sesekali dikaitkan bersama. Sungguh dia jelek.
“Oh, pandai pulak kau nak marah. Kalau hal aku bukan main lagi kau, kan?”
Dahlia mendengus kasar. Geram dengan si sahabat yang suka benar memulangkan paku buah keras. Halnya dan Kamila jauh berbeza tahu. Langsung tak sama.
“Bila rombongan Nizar datang?”
“Sabtu.”
“Sabtu ni?”
Kamila mengangguk sekilas. Bila topik berubah ke arah perkahwinannya, hilang terus mood mahu bersenda.
“Laju betul suami kau buat kerja. Takut kau lari la tu.”
“Bakal,” tekan Kamila. Lari? Jika boleh mahu juga dia melarikan diri. Malangnya Nur Kamila tidak pernah lari daripada masalahnya.
Masalah untuk dihadapi dengan berani. Bukan mengelak tanpa mendapat jalan penyelesaian.
Masalah yang datang walau berat hanya bersifat sementara. Bukan selamanya akan kekal begitu. Dia yakin ada sinar di hujung jalan.
Selagi manusia itu masih bernafas bebas, selagi itu wujud satu harapan. Dan dia tahu dia tidak akan berhenti berharap yang mungkin suatu hari nanti Nizar akan memaafkannya. Lalu memulangkan kembali kebebasannya.
“Tak lama dah pun. Agak-agak bila majlisnya?”
“Mana aku tahu,” bidas Kamila acuh tak acuh.
Dia tidak bertanya. Dan lelaki itu juga tidak memberitahu apa-apa. Tapi dia tahu lelaki itu tidak sudi menunggu lama.
“Tak sabar aku nak makan nasi minyak.”
“Aku pun tak sabar nak jumpa abang sepupu kau tu. Jangan lupa bawa dia datang majlis aku nanti,” tukas Kamila bersahaja.
“Kau nak cari gaduh, kan? Aku dengan dia tak ada apa-apa tahu.”
“Hurm? Aku tak maksudkan apa-apa pun. Kau dengan dia kan sepupu. Kenapa serius sangat ni?” balas Kamila dengan wajah tidak bersalah. Sesekali mengenakan Dahlia buat harinya terasa ceria.
“Sudahlah. Malas cakap dengan kau. Baik aku balik dari layan kau.”
“Oh, dah nak balik? Tak sabar nak jumpa dia ke? Mesti dia dah tunggu dengan daddy kau.”
“Urgh!” Dahlia bingkas bangun. Sepantas kilat menghilang dari pandangan. Tidak mahu terjadi tragedi mencekik sahabat baik sendiri kerana sakit hati. Damn!
Kamila tertawa lepas. Bebas. Mood yang ribut kerana bakal suami kini berubah ceria. Fokusnya kembali pada kerja. Melupakan soal lelaki yang selalu memikirkan tentangnya.
“BOLEH. Dengan syarat,” putus Puan Warda tegas. Dia sudah berkompromi. Nizar pula perlu mendengar permintaannya.
“Syarat apa, umi?” celah Syazza bila si abang tidak cuba membuka mulut.
“Lepas kahwin… umi nak Zar dengan perempuan tu tinggal kat sini.”
“No.” Laju sahaja bantahan diberikan.
Tinggal bersama Puan Warda? Bukan dia tidak tahu niat si umi mahu mendera menantu. Dia tidak akan memberikan peluang untuk Puan Warda merosakkan rumah tangganya.
“Bukan selamanya. Umi cuma nak Zar dengan perempuan tu tinggal sini selama 6 bulan aje. Lepas tu Zar boleh bawak perempuan tu tinggal kat mana pun Zar suka.” Keras suara Puan Warda menahan sakit di dada.
Si anak langsung tidak peduli dengan permintaannya. Dia baru sahaja membuka mulut terus dibantah tanpa berfikir panjang. Seolah dia langsung tidak punya tempat di hati si anak.
“Umi nak pastikan perempuan tu tahu jaga anak umi. Salah ke?” Kali ini suara Puan Warda berubah sayu bila Nizar tidak sudi memberi jawapan.
“Zar anak umi. Umi nak tengok anak umi bahagia. Umi bukan nak rosakkan rumah tangga Zar. Umi cuma nak pastikan perempuan tu mampu bahagiakan anak umi. Besar sangat ke permintaan umi ni, Zar?”
Makin mendayu suara Puan Warda mengharap si anak berlembut hati. Jika perempuan itu mahu menjadi menantunya, dia perlu ‘mendidik’ perempuan itu agar tahu menjaga dan menghormati anaknya.
“Umi tak ada niat nak buli Kak Mila ke?” Si bongsu sekali lagi menjadi pengantara. Dia tahu apa yang mahu disoal si abang.
“Kenapa umi nak buli perempuan tu pulak? Umi cuma nak pastikan dia mampu jaga anak umi. Baru hati umi senang. Tak lama pun. 6 bulan aje. Bukan selamanya.”
Nizar memandang riak di wajah Puan Warda. Jika dia bersetuju pasti Kamila akan terseksa.
Terkenangkan wajah yang dibelit sayu tempoh hari buatnya sukar untuk melelapkan mata malam itu. Jika setiap hari Kamila perlu berdepan dengan Puan Warda, dia bimbang Kamila akan diamuk marah. Merosakkan harmoni di dalam rumah tangga mereka.
“Kalau permintaan ni pun Zar tak sudi tunaikan… jangan minta restu daripada umi,” ucap Puan Warda sayu. Dia bingkas bangun. Membuka langkah mahu kembali ke dapur.
“Okey,” putus Nizar serius.
Restu seorang ibu tetap diperlukannya. Walaupun dia berkeras mahu Kamila menjadi isteri, seboleh mungkin dia mahu perkahwinan mereka mendapat restu Puan Warda.
“Betul ni?” soal Puan Warda dengan senyuman lebar. Suka bila jeratnya mengena.
Mahu menjadi menjadi menantu rumah ini perlu menunduk hormat di hadapannya dulu. Dia akan memastikan perempuan itu ‘belajar’ untuk menjadi isteri yang baik.
“6 bulan, umi. Tak lebih daripada tu. Kalau umi sengaja buli isteri Zar… Zar takkan tunggu lagi kat rumah ni,” pesan Nizar memberi amaran. Dia tidak mahu Puan Warda melakukan sesuatu yang mendatangkan kesal di hati.
Dia melangkah menuju ke tangga. Naik ke bilik untuk berehat. Seharian di tempat kerja melesukan tubuh. Ditambah lagi dengan persediaan yang perlu dilakukan demi menyambut wanita itu di dalam hidupnya. Lesu.
MASA berlalu begitu pantas. Atau sebenarnya lelaki itu yang bertindak terlalu cepat. Memastikan hubungan mereka termeterai sepantas yang mungkin. Nyata tidak punya kesabaran yang tinggi.
Seminggu selepas rombongan peminangan dihantar, majlis pertunangan pula diraikan. Dan selepas 3 minggu, dia pasti dirantai kemas dalam ikatan yang mengikat kebebasannya.
Dipandang lelaki berbaju melayu hijau muda yang berdiri di hadapannya. Wajah yang selalu serius kelihatan ceria dengan senyuman manis.
Gembirakah lelaki itu? Gembira kerana tidak lama lagi dapat menghukumnya sepuas hati.
Dipasakkan senyuman manis di bibir. Mempamerkan riak yang sama di wajah di hadapan tetamu yang hadir.
Tiada siapa perlu tahu perasaan sebenar di hati. Di hadapan khalayak lebih baik tidak cuba menimbulkan gosip panas.
Pertunangan sama suka sama cinta disambut dengan ucapan tahniah. Pertunangan tanpa rela pasti dipandang dengan tanda tanya. Ingin tahu tentang cerita di sebaliknya.
“Tahniah Abang Zar,” ucap Farisha tersenyum penuh makna. Dia tidak ketinggalan menghadiri majlis pertunangan bakal suaminya.
Lelaki itu baru bertunang. Belum pun menikah. Andai menikah sekalipun bukannya tidak boleh berpisah.
Tengoklah tunangan lelaki itu. Janda. Jauh sekali dara. Dia tidak kisah menerima duda sebagai suami. Malah dia sanggup menanti hingga Nizar jatuh ke tangannya.
Kamila memandang gadis yang tidak lepas merenung suaminya. Terlorek senyum sinis di bibir dapat meneka hajat di hati si gadis. Peminat Nizar.
“Fari doakan hubungan Abang Zar dengan tunang berkekalan. Jangan lupa jempu Fari tau majlis besar nanti.”
“Thanks.” Orang berbudi kita berbahasa. Di hadapan ramai Nizar perlu juga berterima kasih di atas ucapan yang manis kedengaran di telinga walaupun doa itu mustahil untuk datang dari hati.
“Ini ke jandanya?” soal wanita separuh abad memakai turban hitam. Lagak ibu-ibu moden. Namun soalan yang keluar langsung tidak sesuai.
“Ibu…” Bertaut dahi Farisha mendengar soalan itu. Dia tersenyum malu di hadapan Nizar. Seolah tidak setuju dengan mulut lepas ibunya.
Kamila tertawa lucu. Janda? Kini statusnya mula menjadi sebutan. Dikerling tunangan di sisi. Lelaki yang menjadi punca dia diserang tiba-tiba.
Senyuman di bibir lelaki itu lesap begitu sahaja. Jelas tidak suka mendengar gelaran itu. Kenapa? Jijik, huh?
“Cantik jandanya. Patutlah anak ibu pun kalah. Tak mampu nak lawan. Pandai betul menggoda,” komen wanita berturban itu memandang Kamila dari atas ke bawah. Bawah ke atas. Seolah Kamila cuma objek untuk dinilaikan.
“Menggoda? Goda siapa?” tingkah Kamila. Bersahaja nadanya.
Dia, Nur Kamila tidak pernah menggoda sesiapa. Dilabel sebagai wanita penggoda tiba-tiba buat bibirnya ringan membidas.
“Goda siapa lagi? Zar ni la. Kalau bukan sebab perempuan penggoda macam kamu ni… Fari takkan diketepikan Zar. Setahun Fari menunggu. Sia-sia aje,” tingkah Puan Farida berapi.
Anak gadisnya tiada apa pun yang kurang. Bagaimana boleh kalah dengan janda bekas isteri orang? Dia sebagai ibu tidak boleh menerima kekalahan itu.
“Oh, anak puan bercinta dengan Zar? Kenapa I tak tahu pun? Zar… you dengan anak puan ni ada hubungan ke? Kalau betul, I tak kisah…” Sengaja Kamila menggantung ayat.
Bicara wanita veteran itu seolah menuduhnya menjadi perampas pula. Di kala majlis masih berlangsung, wanita veteran itu mahu menyerang demi menjatuhkan air mukanya.
Bicara wanita veteran itu mula menarik perhatian tetamu yang lain. Dengan suara yang sengaja dilantangkan biar semua mendengar. Masakan semua ini tidak dilakukan dengan niat mahu memalukannya.
“Puan Fareeda kawan baik umi. Farisha selalu datang rumah I jumpa umi. That’s all, darling. Hati I cuma ada you, Nur Kamila,” ucap Nizar bersahaja.
Mahu membusukkan nama tunangannya? Silap orang. Dia tidak akan membenarkan sesiapapun mencela nama Kamila. Lagi-lagi bila si tunang pantang benar mendapat peluang untuk mengundur diri.
“Datang jumpa umi you atau goda you?” Mata memandang Farisha dari atas ke bawah. Dari bawah ke atas. Seolah cuba menilai gadis di hadapan mata. Layak atau tidak bersama tunangannya.
Farisha mengetap bibir geram bila dirinya pula yang menjadi mangsa penilaian wanita itu. Dia memaut lengan ibunya. Meminta pertolongan.
“Fari lebih layak dari perempuan macam kau ni. Janda tak sedar diri.”
“Soal layak atau tak… better puan tanya tunang I ni. Dia yang buat pilihan,” balas Kamila lembut menikam sanubari.
“Kalau dia rasa anak puan ni layak…” Kamila sengaja menggantung ayat. Biar mereka yang mendengar mencipta jawapan sendiri.
Mahu menentukan sama ada dia layak atau tidak bukan di tangan Puan Fareeda. Walauapapun sebab Nizar memilihnya, yang penting bukan Farisha berdiri di sisi lelaki itu.
“Kenapa ni, Zar?” Puan Warda yang tadinya berbicara ramah dengan tetamu yang hadir mula ingin turut serta. Lagi-lagi bila bila melihat sahabat baik sendiri yang dibuli tunang si anak.
“Umi… Mila dah penat layan tetamu. Zar bawak Mila rehat dulu,” ucap Nizar menarik Kamila jauh daripada gangguan manusia lain.
Majlis pertunangan mereka sudah hampir selesai. Tidak perlu lagi menayang muka pada tetamu. Dia ingin masa berdua bersama tunangannya.
“EAT something,” arah Nizar sebaik mereka tiba di bilik kecil yang disediakan untuk mereka berehat. Bilik yang memberi privasi. Namun tidak tertutup sepenuhnya.
Bilik itu disediakan khas buat pasangan untuk berdua tanpa gangguan. Cuma masih menjaga batasan pasangan yang belum halal.
“Why do you care?” tingkah Kamila pelik.
Kenapa Nizar perlu membawanya ke sini? Kenapa tidak membiarkan sahaja Puan Warda membedilnya?
“Kenapa? Terharu, hurm?”
“Terharu sebab umi you yang sukakan sangat tunang you ni?” sindir Kamila pedas.
Perlukah rasa itu hadir bila ibu lelaki itu sendiri yang sibuk mahu menyerangnya? Tidak.
“Heartless,” komen Nizar senada.
Bukan sahaja tunangannya tidak terharu. Malah jelas meletakkan salah itu padanya. Wanita itu langsung tidak sedar salah sendiri.
“I tak perlukan majlis persandingan,” ucap Kamila mengubah topik pada isu yang sudah lama ingin diutarakan.
Mengecil sepasang mata hitam itu mendengar permintaan yang tidak masuk akal itu. Tidak sudi bersanding dengannya, huh?
“Maksud I… sebelah keluarga I. Don’t bother,” tokok Kamila bila melihat wajah kacak itu berubah keruh. Jelas mengandung guruh yang bakal berdentum jika dia tidak menjelaskan dengan lebih terperinci.
“No,” tolak Nizar keras.
“Cukup majlis di pihak you. Keluarga I tak perlukan…”
Dipaut dagu runcing si tunang. Menghalang wanita itu meneruskan bicara. Sepasang mata hitam merenung tepat hingga ke dasar hati si pemilik sepasang mata hazel. Cuba membaca apa yang bermain di hati itu.
Dia mahukan majlis yang lebih meriah daripada perkahwinan pertama Kamila. Mahu memastikan semua tahu yang Kamila isteri kepada Nizar Naail. Ingin menenggelamkan nama bekas suami wanita itu biar tiada siapa mampu ingat kembali.
“I said… no,” tekan Nizar tegas.
“You’re hurting,” deram Kamila bila dagunya hampir patah dikerjakan lelaki itu yang bagai sengaja menguatkan cengkaman.
Tahulah tidak puas hati. Tidak perlu menyeksa dagunya begitu. Kalau berbekas 5 jari bagaimana?
Menyedari tindakannya buat Nizar melepaskan cengkaman. Walau hati mendongkol marah, dia belum sampai mahu menyakitkan wanita itu dengan tangannya.
“You setuju atau tak… I tetap dengan pendirian I. Tak perlu majlis persandingan di pihak keluarga I.”
“I tak setuju…”
“Kalau you tetap nak paksa I, jangan salahkan I kalau I tak muncul hari persandingan tu nanti,” ugut Kamila berani.
Dia tidak mahu terus-terusan ditindas lelaki itu tanpa sedikit daya pun untuk melawan. Dia tidak boleh kalah setiap kali berdepan dengan lelaki itu. Perlu memasakkan di benak lelaki itu yang dia punya pendirian dan mampu mempertahankan hak yang diinginkan.
“Nur Kamila!” Tinggi suara Nizar diugut begini. Merah matanya memandang wajah cantik tunangan di hadapan mata.
Kali ini bukan dagu runcing itu yang menjadi mangsa. Sebaliknya seluruh tubuh itu ditarik ke dalam dakapan.
Dia mahu Kamila tahu yang wanita itu tidak akan terlepas daripadanya. Tidak mahu muncul di majlis persandingan mereka, huh? Jika Kamila cukup berani, silalah mencuba nasib.
“You!”
“You nak cancel majlis kita, huh?” Suara yang berbisik lembut di telinga sang kekasih namun jelas bersulam amaran yang menggerunkan.
Mata mencerun tajam pada bibir merah yang begitu berani mengutarakan sesuatu yang tidak dapat diterimanya. Jika Kamila berani mengiakan soalan yang dilontarkan, dia tidak akan teragak-agak untuk menghukum bibir itu ketika ini juga.
“I…” Renungan berapi lelaki itu buat bibirnya berat untuk memberi jawapan.
“Tell me, Mila,” pujuk Nizar lembut. Kelembutan yang mendera wanita di dalam dakapannya.
“Kalau you ikut permintaan I… I takkan cancel majlis kita. Tak perlu majlis di pihak keluarga I.”
“Kalau I tak setuju?”
Kamila meneguk liur yang terasa berpasir. Dia tahu jika dia tersalah jawapan, bibirnya pasti menjadi mangsa lelaki itu. Renungan berapi Nizar menjelaskan segalanya.
“Please,” pinta Kamila separuh merayu. Berlembut kala lelaki itu mula berkeras.
“You tak sudi bersanding dengan I, huh?”
Perlukah bertanya lagi bila lelaki itu sendiri tahu jawapannya?
“Please. Just one reception is enough.”
Nizar terdiam lama. Menilik setiap inci riak di wajah itu. Mencari-cari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.
Dia menghela nafas berat. Selagi Kamila tidak cuba membatalkan majlis perkahwinan mereka, dia masih boleh berkompromi.
“Fine,” putus Nizar akhirnya. Tidak mahu membesarkan isu itu. Jika Kamila hanya mahu sebuah majlis resepsi, dia perlu memastikan majlis itu benar-benar berprestij. Biar semua tahu Kamila kini miliknya.
Mendengar jawapan itu Kamila tersenyum manis. Manisnya kala dapat memenangi sesuatu daripada lelaki itu. Dia tidak rela sentiasa kalah dengan lelaki itu.
“Thank you. You dah boleh lepaskan I,” ucap Kamila serius. Wajahnya terasa berbahang tiba-tiba bila mengenangkan betapa selesanya dia berada di dalam dakapan lelaki itu. Langsung tidak cuba meronta. Ish!
“Should I?” soal Nizar tersenyum nakal. Berat hati mahu melepaskan tubuh genit yang terasa sempurna di dalam dakapannya. Seolah tubuh itu sememangnya diciptakan untuknya.
“You should. I belum halal untuk you,” deram Kamila geram.
“Kalau dah halal…” Sengaja ayat itu digantung membiarkan imaginasi sang kekasih meliar jauh. Memikirkan apa yang bakal berlaku saat Nur Kamila menjadi milik Nizar Naail sepenuhnya. Waktu itu dia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengajar wanita itu secukupnya.
MATA tertumpu pada skrin telefon bimbit yang berkelip-kelip di malam hari. Nama yang tertera di skrin menghadirkan konflik di wajah. Perlu diangkat atau dibiarkan sahaja?
Lebih sebulan mereka tidak bertemu. Dato’ Saufi benar-benar mengotakan kata. Memastikan Syakir tidak lagi mengganggunya. Hanya sesekali telefon bimbitnya bergema. Langsung tidak dilayan.
Malam ini, hati berbisik tidak enak. Jika dia tetap tidak menjawab panggilan Syakir, dia bimbang lelaki itu akan hilang sabar lalu pulang sendiri bertemu dengannya.
Apa salahnya melayan bicara lelaki itu buat kali terakhir. Cuma seminggu sahaja lagi. Selepas ini Nizar akan menjadi tembok pertahanannya dari diganggu bekas suami. Nizar lebih dari sudi untuk menghalau lelaki itu jauh daripadanya.
Lambat-lambat ditekan butang hijau lalu ditekapkan ke telinga. Suara teruja di hujung talian buat senyuman sinis tersugil di bibir.
“I miss you, Mila. I miss you so much.”
Rindu? Manusia sememangnya makhluk yang pelik. Ketika punya hak untuk merindu, tidak pula tahu berbicara begitu. Saat hak itu sudah tiada, sibuk melafazkan kata-kata manis.
Malang sekali kata-kata manis itu tidak mampu membuai jiwa. Tidak kena pada orangnya. Andai dia masih bergelar isteri lelaki itu, hatinya tentu mudah dibeli dengan rindu seorang suami. Kini kala mendengar rindu yang diungkap, hati setenang air di tasik. Langsung tidak terusik.
“Mila… I akan pulang tak lama lagi. After that… I will marry you again. Wait for me,” ucap suara di hujung talian serius memaksudkan setiap kata.
Dia sudah merancang semuanya. Lagi sebulan dia pasti dapat menyiapkan tugasan yang diserahkan Dato’ Saufi. Dan selepas itu dia akan mengahwini Kamila semula.
“I takkan tunggu you,” ucap Kamila senada.
“Apa maksud you?” Suara di hujung talian mula bersulam marah.
“I takkan tunggu you, Khir.”
“You nak bersama jantan tu, kan?” deram Syakir bengang. Dia tahu peluangnya semakin menipis sebaik Dato’ Saufi menghantarnya ke luar negara. Namun dia tidak akan mengalah begitu sahaja.
Setakat ini, orang bawahannya tidak melaporkan apa-apa berita tentang Kamila dan jantan itu. Bukan tiada ragu di hati. Cuma dia percaya Kamila tidak mudah untuk ditawan.
“Leave me alone, Khir. I takkan tunggu sesiapapun. Not you. Not him. Nobody,” balas Kamila menafikan.
Mana mungkin dia memberitahu kebenaran. Dia bimbang Syakir akan terus pulang sebaik tahu berita sebenar. Merosakkan segala rancangan. Dia tidak mahu menambah konflik yang sudah cukup rumit.
“You better wait for me, Mila. I akan pastikan you menyesal kalau you berani pilih dia. I takkan benarkan you bahagia bersama dia,” deram Syakir memberi amaran.
Talian diputuskan begitu sahaja. Kamila tertawa sinis. Menyesal? Apa yang perlu disesalkan? Salah itu bukan terletak di tangannya. Lalu kenapa lelaki itu cuba untuk membuatnya rasa bersalah?
Lelaki mudah benar meletakkan salah pada perempuan. Langsung tidak tahu melihat cermin. Menilik kekurangan pada diri.
Dia tergeleng sendiri. Mencampak telefon bimbit di meja kecil di tepi katil sebelum memejamkan mata. Membuang soal bekas suami jauh dari fikiran.
SYAKIR tidak senang duduk. Entah kenapa hati berbisik tidak enak. Berita tentang Kamila dan lelaki itu langsung tiada perubahan. Masakan lelaki itu sanggup melepaskan peluang untuk merampas Kamila daripadanya.
Setenang air di tasik pasti punya bahaya yang menanti. Dia bimbang dia tertipu dengan orang bawahan sendiri. Tidak mustahil Dato’ Saufi mula mencampuri urusannya.
Tak boleh jadi!
Dia perlukan maklumat sebenar. Lalu nombor orang kanannya didail laju. Orang kanan yang pasti tidak akan mengkhianatinya.
Tidak lama untuk panggilan bersambung. Dan dia mula menghujani orang kanannya dengan pelbagai soalan.
“Are you sure?” soal Syakir mahukan kepastian. Bimbang dia tersalah dengar.
Jawapan yang diterima sama dengan laporan yang diberikan orang bawahan yang diarahkan untuk mengekori Kamila. Bermakna tiada siapa cuba mengkhianati arahan daripadanya.
“Update aku kalau ada berita pasal isteri aku,” tegas Syakir menghela nafas lega. Lega bila firasatnya salah.
Dia cuma bimbang Dato’ Saufi bermain taktik kotor. Menghalang orang bawahannya dari melaporkan perkara sebenar.
Malang sekali dia tidak meragui orang kanan sendiri. Jika tidak, dia pasti pulang ke Malaysia saat ini juga. Menghalang Kamila dari menjadi isteri lelaki lain.
“KENAPA mama datang?” soal Kamila agak terkejut dengan kedatangan Puan Roziya. Jarang sekali Puan Roziya menjejakkan kaki di syarikat kecilnya.
Puan Roziya melemparkan senyuman manis. Rasa bersalah membawanya ke mari. Bersalah pada si anak yang sentiasa perlu berkorban untuk mereka.
“Duduklah, mama,” ucap Kamila bila melihat Puan Roziya teragak-agak untuk duduk bertentangan dengannya. Seolah takut benar dia tidak menerima kedatangan wanita veteran itu.
Dia menghela nafas kecil. Faham sangat apa yang bermain di kepala Puan Roziya.
“Mila, mama…”
Serba salah Puan Roziya mahu membuka mulut. Ditelan mati emak. Diluah mati bapa. Dia tidak tahu apa pilihan yang patut dibuat.
Jika dia memilih Kamila, syarikat keluarga perlu dilepaskan. Jika dia memilih syarikat, dia takut Kamila kecewa sekali lagi.
“Mama nak cakap apa?” soal Kamila lembut. Melihat riak di wajah Puan Roziya buatnya tidak sanggup untuk melayan dingin seperti selalu.
Bukan dia tidak tahu wanita veteran itu sering diasak rasa bersalah. Bersalah kerana membiarkannya didesak Tuan Zawawi. Tidak membela walau hati anak sendiri terluka.
Puan Roziya menarik nafas dalam-dalam. Nekad memutuskan pilihan. Ditenung ke dalam mata hazel si anak. Bibir dipasak senyuman manis.
“Kalau Mila tak sudi kahwin dengan Nizar… Mila masih boleh putuskan pertunangan Mila dengan dia. Biar mama tanggung semuanya. Mila tak perlu paksa diri untuk berkorban demi keluarga kita lagi, sayang,” ucap Puan Roziya serius.
Kali ini dia mahu melihat anak sulungnya bahagia. Tidak peduli jika syarikat keluarga muflis sekalipun. Kamila anak yang dikandung selama 9 bulan. Dijaga dan dikasihi sehingga 27 tahun lamanya.
Kenapa setiap kali hanya Kamila yang perlu berkorban? Dia dan suami sebenarnya yang gagal menjadi ibu dan bapa yang baik untuk Kamila. Gagal memberi bahagia buat anak mereka.
“Mama cakap apa ni?” soal Kamila senada.
Puan Roziya mahu menanggung semuanya? Kalaulah mamanya mampu berbuat begitu, dia tidak akan bersetuju untuk jatuh ke dalam perangkap Nizar.
Malangnya Puan Roziya sendiri tidak berdaya mengubah apa-apa. Lalu dia terpaksa memikul beban sekali lagi.
“Mama nak tengok Mila happy. Mama tak nak tengok anak mama macam ni lagi,” ucap Puan Roziya lirih.
Kamila tersenyum pahit. Walaupun jauh di sudut hati dia menyalahkan mama dan papa yang tidak mampu bertanggungjawab, dia tidak sampai hati membuang keluarga sendiri.
Andai dia membiarkan sahaja keluarganya jatuh muflis, dia tetap tidak mampu tersenyum bahagia kala melihat keluarga sendiri terabai.
“Mama tak perlu risau. Mila okey. Mama tak perlu rasa bersalah. Kali ni… Mila sendiri yang pilih jalan ni,” tutur Kamila lembut. Cuba menyapu rasa bersalah di hati si ibu.
“Jangan tipu mama. Mila…”
“Mila okey. Mama tak perlu risau,” potong Kamila laju. Nadanya kedengaran tegas. Menghalang Puan Roziya dari terus bersuara.
Dia tidak mahu berbicara panjang lebar tentang hal yang sudah pun diputuskan. Dia sudah berjanji dengan Nizar. Dia tidak akan memungkiri janji sekali lagi.
Segala persiapan sudah dibuat dengan rapi. Jika dia tiba-tiba mengundur diri, air muka Nizar tentu sahaja dipijak-pijak di lantai. Dia belum cukup kejam untuk melayan Nizar begitu.
“Mama cuma nak tengok Mila happy,” ucap Puan Roziya sayu.
“Nizar lelaki yang baik. Dia akan bahagiakan Mila. Mama tak perlu risau.” Bibir lancar berbohong di hadapan Puan Roziya. Sedangkan hati jauh sekali mahu percaya.
Puan Roziya hanya mampu mengangguk lemah. Sedikit lega bila melihat keyakinan di wajah ayu si anak. Mungkin Nizar lelaki terbaik untuk Kamila. Mungkin Nizar mampu membahagiakan. Siapa tahu?
Dia sebagai ibu hanya mampu memanjatkan doa. Moga Kamila bertemu bahagia kali ini. Dia mahu melihat senyuman bahagia di bibir si anak supaya hatinya tidak terus diasak rasa bersalah.
“SEJUK tangan kau,” komen Dahlia tersenyum penuh makna. Masakan tidak sejuk bila malam ini menjadi malam terakhir sahabatnya itu tidur bersendirian di katil. Esok malam sudah berdua.
“It’s okay. Malam esok ada yang sudi panaskan untuk kau. Bukan takat malam esok. Setiap malam aku rasa dia takkan lepaskan peluang. Bukan sekejap dia tunggu. Lebih 4 tahun,” tambah Dahlia terus menyogok.
Dia mencapai inai untuk dilukiskan di tangan Kamila. Malam berinai. Dia menawarkan diri untuk melakukannya. Bakat terpendam. Sekadar hobi ketika menemani teman-teman yang ingin menjadi ratu sehari.
“Oh, tak lama lagi mungkin giliran kau pulak, kan? Abang sepupu kau makin hebat mengejar,” tukas Kamila menghadiahkan jelingan maut buat Dahlia.
Berubah wajah ceria Dahlia sebaik mendengar si abang sepupu disebut-sebut. Menyampah!
Lelaki itu puas dihalau pun tidak mahu pergi. Setiap hari sibuk menayang wajah di hadapan mata. Mujur kacak orangnya. Jika tidak mahu muntah hijau.
“Daddy kau pun suka dia, kan?”
Kamila tersenyum simpul. Tidak lama lagi dia pula akan dapat merasa nasi minyak Dahlia. Mata fokus melirik pada inai yang mula terlukis di jemarinya. Sedikit demi sedikit hingga terbentuk cantik.
“Entah apa mamat tu sogokkan pun aku tak tahu la. Macam dia pulak anak daddy aku. Aku ni dah jadi anak tiri,” adu Dahlia bengang.
Daddy kesayangannya telah dirampas lelaki keji. Setiap waktu lelaki itu mahu berkepit dengan daddynya. Dia sendiri terasa dipinggirkan.
“Itu namanya menantu kesayangan.”
“Kau kalau bab aku bukan main laju mulut tu, kan? Bercakap pasal Abang Nizar kau tu… nak keluar sepatah ayat punya seksa,” dengus Dahlia mencebikkan bibir.
“Aku mengadu dengan Abang Nizar karang. Biar dia ajar sikit bibir isteri dia ni,” ugut Dahlia geram.
“Buatlah kalau berani,” deram Kamila bengang. Wajahnya terasa berbahang tiba-tiba.
Masa berlalu begitu pantas. Tidak menunggu manusia yang alpa. Esok merupakan permulaan hidup baru bersama lelaki itu.
Segala persiapan majlis dilakukan oleh Nizar. Dia tidak berminat untuk melibatkan diri. Dia hanya diheret bila mahu mencuba ukuran baju ratu sehari.
Memandangkan dia tidak mahu mengadakan majlis di pihaknya, Nizar menggabungkan jemputan di dalam satu majlis. Pasti meriah.
Malangnya majlis yang meriah tidak dapat menceriakan hatinya kala memikirkan masa depan yang terasa kelam.
Dia bukan berkahwin dengan lelaki yang mencintainya. Dia terpaksa menyerah diri pada lelaki yang ingin menyakitinya. Bagaimana hatinya tidak dibadai ombak?
“Esok jangan lupa bawak abang sepupu kau datang sekali. Aku nak jumpa bakal suami best friend aku.”
“Kau jangan sampai aku cap inai ni kat bibir kau tu. Ish, sakit hati aku,” bentak Dahlia marah.
Pantang benar jika lelaki itu dipadankan dengannya. Dibuatnya menjadi realiti bagaimana? Argh, sungguh dia tidak sanggup!
Kamila tertawa lepas. Bebas. Mengusik Dahlia mampu membuatnya lupa seketika tentang masalah yang membelenggu diri. Lupa pada kehidupan yang perlu diredah selepas ini.
“KAKAK Lila cantik sangat,” puji si adik bongsu melambung. Dia baru sahaja menjejakkan kaki di tanah air yang dirindui malam tadi demi menghadiri majlis kakak sulung.
Mujur sahaja peperiksaannya sempat tamat sebelum majlis si kakak. Jika tidak dia pasti ketinggalan. Walaupun majlis kali ini merupakan kali kedua, dia tetap tidak mahu terlepas berkongsi saat bahagia si kakak.
Namun riak di wajah si kakak tiada seri bahagia. Sebaliknya senyuman di bibir bagai dipaksa-paksa.
Mustahil si kakak dipaksa sekali lagi. Kali kedua sepatutnya membawa makna. Bukan derita.
Solekan di wajah walaupun memberikan imej sempurna ratu sehari, tidak dapat menipu seorang adik yang kenal hati kakak sendiri.
“You’re not happy,” komen Khalila lirih.
Kamila tersenyum lebar. Cuba menutup badai di hati. Sudah dipraktis di hadapan cermin berkali-kali agar imejnya kelihatan sempurna di mata tetamu yang datang. Bahagia dengan suami ‘tersayang’.
Siapa sangka si adik masih dapat menangkap apa yang bermain di hatinya. Sukar untuk menyembunyikan rahsia daripada adik sendiri.
“Kenapa Kak Mila paksa diri macam ni?” soal Khalila keliru.
Dia tidak tahu apa yang berlaku. Pun begitu dia tidak setuju jika Kamila terus-terusan menyeksa diri.
Perkahwinan bukan satu ikatan yang boleh dibuat main. Setiap pasangan berkahwin demi mencipta bahagia. Kakaknya pula nampak benar tidak rela.
“Lila…” Diraih jemari Khalila. Digenggam erat. Dia menggeleng sekilas. Tidak mahu Khalila berfikir yang bukan-bukan.
Adiknya itu tidak perlu tahu tentang apa yang berlaku. Biar nampak yang indah-indah sahaja. Dia ingin melindungi Khalila. Biar tidak disakiti sesiapapun. Tidak perlu berkorban sepertinya.
Bahagianya tidak penting. Dia cuma mengharap Khalila dapat berkahwin dengan pilihan hati. Meraih bahagia tanpa campur tangan Tuan Zawawi.
“Lila tak sabar nak kenal dengan abang ipar Lila,” ucap Khalila tidak cuba mengorek rahsia. Jika si kakak mahu berahsia, dia sebagai adik tidak akan mendesak.
“Sekejap lagi dia muncul la tu,” celah Dahlia ceria.
Majlis akad nikah diadakan di rumah Tuan Zawawi. Majlis resepsi pula diadakan di dewan yang serba mewah.
“Handsome tak?”
“Mesti la. Kalau tak handsome ingat Kak Lia bagi lampu hijau ke? Kak Lia jadi benteng paling depan tau,” tingkah Dahlia mendabik dada.
Jika dia merasakan Nizar tidak sesuai dengan Kamila, mustahil untuknya memejamkan mata. Pasti awal lagi dihalau lelaki itu jauh-jauh.
Khalila menjongket kening. Reaksi yang berbeza yang diterima. Kawan baik si kakak seperti suka dengan penyatuan ini. Kakak sendiri pula bagai orang bakal menghadapi hukuman gantung.
Siapa yang berada di pihak yang benar ni? Musykil.
“Tak payah fikir sangat. Ada orang tu buta. Tak nampak isi hati sebenar suami dia. Yang si suami pula belum dapat lepaskan dendam lama. Padahal dalam hati masing-masing…”
“Nur Dahlia!” deram Kamila bengang. Tidak suka Dahlia menyogok cerita palsu pada Khalila.
“Tengok tu. Dah kena marah. Tak sanggup dengar kebenaran memang macam tu la.”
Khalila tertawa lucu. Tergeleng-geleng menahan tawa meledak kuat. Sedikit sebanyak dia memahami apa yang cuba disampaikan. Hati yang gusar melihat si kakak kembali tenang.
“Nanti Lila jumpa sendiri abang ipar Lila, mesti dapat baca drama suami isteri ni. Tragis sangat. Tragis sebab masing-masing degil orangnya. Anak sulung memang macam tu.”
“Mana abang sepupu kau? Aku belum nampak bayang pun lagi,” soal Kamila sinis.
Terdiam Dahlia sebaik soal si abang sepupu disebut Kamila. Siapa kata tak nampak bayang? Kalau bukan sebab dia melarikan diri ke bilik Kamila, mana mungkin dapat berenggang daripada lelaki itu. Bengang betul!
“Kenapa kau sibuk? Tak payah fikir pasal dia. Kau patut fikir pasal lelaki yang akan jadi suami kau sekejap aje lagi.”
“Nak fikir apa lagi tentang dia?”
“Fikir betapa sweetnya dia akan layan kau malam ni,” usik Dahlia tersenyum miang.
“Abang Muiz,” seru Kamila melirik ke pintu bilik.
Mendengar nama si abang sepupu disebut, Dahlia pantas berpaling ke pintu. Takut benar jika lelaki itu benar-benar muncul. Dia bersedia mahu terjun keluar jendela.
“Mana dia? Kau tipu aku, kan?” bentak Dahlia bengang. Mati-mati dia ingat lelaki itu datang mengheretnya keluar. Grrr…
Meledak tawa Khalila dengan gelagat mereka. Masing-masing sibuk mengenakan antara satu sama lain.
“Lila keluar dulu. Nak pastikan abang ipar Lila dah sampai,” ujar Khalila mengundur diri sebentar.
“Dah sampai bagitahu Kak Lia sepantas kilat. Senang nak heret pengantin turun.” Sempat lagi Dahlia berpesan. Tidak sabar mahu melihat ijab dan kabul termeterai di antara pasangan itu. Pasti indah momen itu.
“Kau ingat aku nak lari ke?” selar Kamila garang walaupun itu hakikat sebenar.
Hati memujuknya untuk lari. Tidak perlu menghadap semua ini. Menyeksa diri. Akal pula seperti biasa meletakkan tanggungjawab di bahu sendiri.
“Kau lebih tahu apa yang kau rasa, Mila,” balas Dahlia tersenyum penuh makna. Memahami apa yang bermain di hati sahabat baiknya.
Kalau dia dipaksa berkahwin dengan lelaki bukan pilihan hati pun dia pasti melarikan diri. Dia tidak sebaik Kamila. Mustahil untuk menurut sahaja.
Hanya Kamila yang terlalu baik hati. Menerima suratan takdir. Mujurlah pilihan kali ini memuaskan hati. Dia tahu bahagia itu tidak jauh untuk digapai si teman.
SUATU ketika dahulu dia pernah membayangkan betapa kacaknya lelaki itu saat melafazkan ijab kabul merantai hubungan suci di antara mereka. Dan kini bayangan itu menjadi realiti.
Malangnya hati tidak terbuai indah. Sebaliknya diburu resah. Meletakkan diri di tangan lelaki yang tidak berjanji untuk menjaganya bukan sesuatu yang membahagiakan.
Dengan sekali lafaz sahaja dia kini menjadi hak milik mutlak seorang Nizar Naail. Menyandang gelaran seorang isteri buat kali kedua.
Direnung lelaki yang kini menghampirinya. Merapatkan jurang di antara mereka. Jemarinya diraih. Lalu jari manisnya kini terhias dengan cincin yang lebih unik hiasannya. Lebih bernilai di mata. Berbeza dengan cincin yang diberikan sebelum ini.
“Now… you’re totally mine, Nur Kamila,” bisik lelaki itu syahdu. Bibir yang berbisik lembut melekap seketika di dahinya. Menghadiahkan kucupan hangat buat sang isteri.
Riuh usikan di sekeliling bila sang suami mengucup dahinya bagai tidak kedengaran di telinga. Hanya bisikan lelaki itu membelenggu fikiran.
“…you’re totally mine, Nur Kamila.”
Sebaris ayat itu menjadi irama di hati. Diulang-ulang tanpa jemu. Menghadirkan rasa yang sukar untuk ditafsir.
Rasa itu hadir mungkin kerana dia pernah mengharap untuk mendengar bisikan itu. Kala diri masih terlalu mentah. Memuja sang kekasih sepenuh hati. Mendambakan panas berpanjangan. Bukan dibadai hujan di pertengahan jalan.
Nizar merenung redup ke wajah yang kelihatan sempurna di mata. Nur Kamila kini berada di dalam genggamannya. Rasa puas menguasai hati. Puas kerana memiliki wanita yang diinginkan sedari dulu. Wanita yang tidak pernah mampu dilupakan.
“TAHNIAH, babe. Moga cinta kau dengan dia berkekalan sampai ke anak cucu,” ucap Dahlia ikhlas dari hati. Dia benar-benar berharap perkahwinan kali ini berpanjangan untuk Kamila.
Kamila tersenyum sumbing. Cinta? Dari mana datangnya perasaan itu? Dahlia terlupa agaknya. Tiada cinta yang bersisa di antara dia dan suami. Hanya dendam yang melata di hati lelaki itu.
Berkekalan? Dia cuma mengharap saat Nizar sudah puas menyakiti, dia akan dibebaskan lelaki itu. Itu sudah cukup.
“Mana Abang Muiz kau?” soal Kamila meliarkan pandangan.
Dia belum berpeluang untuk bertemu lelaki yang tua 5 tahun daripada mereka. Lelaki yang suka membuli sahabat baiknya.
Ingin juga melihat perubahan pada lelaki yang sudah lama tidak menunjukkan muka di hadapan Dahlia.
“Boleh tak jangan sebut pasal dia? Dia tu dah macam sumpahan untuk aku kau tahu. Sebut aje nama dia mesti dia muncul,” deram Dahlia mengawal nada.
Sebaik tugasnya sebagai pengapit pengantin selesai, lelaki itu terus menempel di sisinya. Tidak membiarkannya mengelakkan diri.
Puas dia mencari akal, kini baru terlepas. Kamila pula sibuk menyebut tentang lelaki itu. Langsung tidak mengerti kepayahannya untuk melepaskan diri. Damn!
“Sumpahan?” Suara garau yang cukup dikenali bergema rapat di telinga si gadis seksi. Buat wajah si gadis berubah mendung. Jemari si gadis diraih lalu digenggam erat. Memastikan si gadis tidak lagi dapat lari.
Dahlia menghadiahkan jelingan tajam buat ratu sehari. Jelas menyalahkan Kamila kerana menyebut tentang ‘sumpahannya’.
“You’re beautiful today, Mila.” Pujian itu sesuai untuk ratu sehari.
“Thank you. I’m the bride,” balas Kamila bersahaja. Memasakkan senyuman manis buat lelaki yang kini nampak matang dan penuh karisma.
Mata melirik pada Dahlia yang diam membatu di sisi lelaki tinggi lampai itu. Kelihatan seperti isteri yang taat setia pada seorang suami.
Di hadapan lelaki itu, Dahlia berubah menjadi pendiam dan sopan. Hanya lelaki itu mampu mengawal langkah Dahlia.
“Can I bring her home now?” soal Muiz mahu mengheret gadis di sisinya pulang. Sepanjang hari dia menanti si gadis mengapit ratu sehari. Sudah tiba masa untuk si gadis menghabiskan masa bersamanya.
“Semestinya, Abang Muiz,” balas Kamila mesra. Dia tidak kisah melepaskan Dahlia pulang ke pangkuan bakal suami.
“Thank you. Abang akan jemput Mila datang majlis Lia nanti,” balas lelaki itu selamba.
“I can’t wait,” ucap Kamila tersenyum lebar. Mata melirik pada Dahlia yang mencebik tidak setuju. Namun tiada suara yang terbit dari bibir itu. Gadis itu hanya mampu merelakan bila Muiz mengheretnya pulang. Tiada protes yang terungkap. Taat benar.
“Abang Muiz?” Suara garau sang suami menyapa rapat di telinga. Sepasang mata hitam itu mencerun tajam padanya. Ada api yang menyala di situ. Api cemburukah?
Dipaut dagu runcing sang isteri. Mata merenung tajam bibir merah yang begitu berani memanggil nama lelaki lain begitu mesra. Memanggil namanya pun tidak semesra itu.
Malam ini, bibir merah yang sudah lama ingin dihukum pasti akan dikerjakan sepuas hati. Biar hanya tahu memanggil namanya. Bukan nama lelaki lain.
Kamila meneguk liur yang terasa berpasir. Renungan lelaki itu jelas beralun penuh nafsu buat hatinya gerun menanti malam tiba.
Dia ingin sahaja membuka langkah seribu. Malangnya kaki terus terpacak kemas di lantai. Bagai digam kuat.
Jantung berdegup laju. Lari dari ritma biasa. Baru direnung begitu, hati mula menjerit resah. Bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki itu bila malam menjelma?
Dia tahu nasibnya malam ini tidak akan berakhir dengan baik. Pasti didera dan terdera. Lelaki itu tidak akan membiarkan peluang untuk menyakitinya terlepas begitu sahaja.
“I can’t wait, darling. Should we…”
“No!” Laju Kamila memotong.
Hari masih cerah. Tetamu pun masih belum pulang walaupun jam sudah menjejak angka 5. Lelaki itu pula berniat mahu mengheretnya pulang meninggalkan dewan yang masih meriah. Dah gila agaknya!
“Why not?” soal Nizar tersenyum nakal. Suka dapat merenung wajah resah sang isteri. Buatnya ingin terus mendera wanita miliknya.
“I… I…” Kamila mencari-cari alasan yang munasabah. Bimbang jika alasan tidak cukup kuat lelaki itu terus mengheretnya pulang. Lelaki itu bukannya peduli tentang pandangan orang.
“What is it, darling?”
“Lepas ni kita ada photoshoot,” tingkah Kamila sebaik mata mendarat pada jurugambar yang sedang merakam gambar tetamu yang hadir. Memastikan segala momen indah raja sehari terakam selamanya.
Selepas ini mereka akan keluar untuk mengambil gambar dan video di luar pula. Alasan itu dirasakan cukup kukuh untuk menghalang niat miang lelaki itu.
“We can do that next time,” balas Nizar bersahaja. Bergambar di luar boleh dilakukan bila-bila masa sahaja jika dia mahu.
Kamila hanya mampu menggeleng protes bila tangannya ditarik lelaki itu meninggalkan dewan tanpa peduli dengan mata-mata yang memandang ke arah mereka.
Majlis berakhir tepat pukul 6. Jika pasangan pengantin mahu meninggalkan dewan sebelum waktu itu, tiada siapa akan menghalang.
“You tak boleh buat macam ni,” tingkah Kamila saat dirinya diboloskan di dalam perut Bentley milik lelaki itu.
“You dah jadi isteri I, sayang. I boleh buat apa sahaja yang I mahukan dengan isteri I,” balas Nizar tenang.
Mata meliar ke seraut wajah indah di sisinya. Tidak sabar ingin melihat keindahan lain yang disembunyikan daripada pandangan matanya.
Dia suami yang tahu menghargai keindahan isteri. Sekejap lagi pasti akan dinikmati sepenuhnya akses seorang suami.
“You…”
“Sekali lagi I dengar protes dari bibir you… jangan salahkan I bila I mula menghukum.”
Ugutan itu membuatkan Kamila mengunci bibir rapat. Tidak berani lagi membuka mulut kala mereka berdua-duaan begini. Dia sendiri yang akan kerugian andai berani melawan.
Lelaki itu kini punya hak ke atasnya. Biar dia menjerit marah sekalipun, tiada siapa dapat menghalang lelaki itu dari menikmati hak yang dimiliki.
Saat ini, dia terasa tidak berdaya untuk berhadapan dengan lelaki yang punya kuasa ke atas dirinya. Tidak mampu melawan walau hati tidak rela.
Perlukah dia menyerah begitu sahaja?
Soalan itu menyerang benak buatnya nanar sendiri. Dia tidak mahu menyerah kalah. Namun dia tahu salah jika dia melawan suami sendiri.
“You tak perlu fikir apa-apa, sayang. Just let me do everything for you,” bisik Nizar lembut bagai tahu apa yang bermain di fikiran sang isteri. Lalu dia mula menghasut agar Kamila menyerahkan seluruh jiwa dan raga sepenuhnya kepada seorang suami. Rela dengan apa yang akan berlaku.
‘Just let him do everything for you.’ Akal turut bekerjasama dengan lelaki itu. Menghasutnya untuk menyerahkan diri di tangan seorang suami.
“YOU’RE crazy!” Tinggi suara Kamila bila tubuhnya diheret masuk ke bilik air. Belum apa-apa lagi Nizar ingin menuntut hak seorang suami.
Dia cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Ingin menyelamatkan diri sebelum dirinya dibaham serigala jadian. Malang sekali tindakannya itu membuatkan pinggangnya pula menjadi mangsa lengan lelaki itu. Dipaut kemas.
“Zar… please,” ucap Kamila separuh merayu. Mengharap Nizar bersimpati dengannya.
Dia bukan tidak tahu apa yang akan berlaku. Dia cuma perlukan sedikit masa untuk bersedia. Menenangkan diri sebelum melayan suami. Bukannya terus diterkam begini.
“Feeling shy, hurm?” soal Nizar tersenyum nakal. Sepasang mata hitam beralun kala melihat wajah sang isteri memerah malu.
Tanpa silu pipi mulus sang isteri menjadi mangsa kucupannya. Bertalu-talu. Seolah tidak puas.
Bibir Kamila terketap kuat menghalang diri menghamun lelaki yang begitu seronok mengambil kesempatan ke atasnya.
Walaupun dia bukan lagi dara pingitan, dia juga bukan perempuan murahan. Malu itu tetap menebal di dalam diri. Disentuh sang suami buat wajahnya panas berbahang.
“You… tak boleh buat macam ni,” tingkah Kamila masih cuba menolak.
“Tak boleh? Should I remind you, darling? You isteri I, Mila. Semuanya dah halal untuk I, sayang.”
Nizar menjongket kening. Sepasang mata hitam tidak lepas meneliti wajah yang disolek indah. Biarpun seharian terpaksa melayan tetamu, wajah itu kekal indah di mata. Solekan sang isteri sedikit pun tidak terjejas.
Puas meneliti wajah, matanya mula meliar ke leher jinjang yang menggodanya untuk membenamkan wajah di situ. Ingin ditanda biar semua tahu siapa pemiliknya.
Direnung oleh sang suami yang hampir bertukar menjadi serigala jadian buat seluruh tubuh terasa lemah. Kamila menelan liur berkali-kali.
Dia tidak cuba meronta. Bimbang rontaannya menambahkan rasa ingin mendominasi lelaki itu. Dia tidak mahu itu berlaku. Masih mengharap diri terselamat biarpun hanya untuk seketika.
Malam belum pun menjelma. Mentari baru sahaja mula terbenam. Menghadirkan senja nan merah. Dia tidak mahu menjadi mangsa usikan keluarga sang suami jika mereka tahu betapa tidak sabarnya Nizar.
“Let’s take a bath… together,” ucap Nizar separuh berbisik. Tangan meliar nakal mencari zip di dress putih yang dipakai sang isteri.
“Zar… you…”
Kamila tidak sempat menyatakan protes bila dress di tubuhnya mula melorot ke lantai. Membuatkan roma di tubuhnya meremang kala tangan lebar sang suami menyentuh kulit.
“Sekali lagi I dengar protes dari bibir you… I will do more than this,” ugut sang suami mencabar bibir merah itu untuk terus menafikan haknya.
Dia belum berniat untuk membaham tubuh yang begitu ‘menyelerakan’ di hadapan mata. Dia cuma ingin membuka balutan ‘hadiah’ sebelum menikmati keindahan itu kala malam menjelma.
Kamila mengetap bibir kuat. Memaksa diri mengikut sahaja rentak suami. Seluruh tubuhnya terasa panas berbahang. Dia menundukkan wajah. Tidak berani menentang renungan sepasang mata hitam yang jelas beralun menuntut hak yang satu itu.
“MACAM mana boleh terselamat ni?” soal Syazza keliru sebaik melihat pasangan pengantin baru menuruni tangga bersama. Tiada sebarang perbezaan yang kelihatan di wajah si kakak ipar kecuali pipi yang merah bagai disapu blusher.
Hurm, musykil ni. Takkan si abang tiada selera mahu menyelesaikan misi malam pertama? Mustahil. Sangat mustahil.
Sepasang mata milik si abang tidak lepas memandang sang isteri. Bagai serigala lapar yang belum dapat menyantap hidangan di hadapan mata.
“Apa yang kamu fikir sampai tercegat kat sini? Tak nak makan?” tingkah Encik Malik menjentik dahi licin si anak. Tercegat di ruang tamu. Bukannya tahu mahu menolong si umi di dapur.
Saudara-mara terdekat mereka masih ramai bertamu di rumah setelah pulang dari majlis persandingan di dewan. Bukan selalu dapat berkumpul meriah begini.
“Sakitlah, bah,” adu Syazza mencebik geram. Digosok dahi yang terasa pedih.
“Ingatkan pengantin dah tak tahu nak turun. Dah selamat…”
“Kamu ingat pengantin tak tahu lapar? Kalau lapar…” Bicara Encik Malik terhenti di situ. Tidak sesuai berbicara dengan anak bawah umur seperti Syazza soal kisah malam pengantin.
Walaupun Nizar mengheret menantunya pulang, dia tahu Nizar tidak segelojoh itu. Malam pertama detik yang perlu dirai dan dihargai. Perlu dinikmati sepenuhnya tanpa gangguan. Bukan bertindak mengikut nafsu semata.
Nizar menarik tangan sang isteri ke meja makan. Dia perlu memastikan sang isteri punya tenaga yang cukup demi malam yang panjang.
Kamila di sisi menurut tanpa bantahan. Dia masih tidak dapat melupakan insiden di bilik air tadi. Masih gugup untuk berbicara dengan lelaki itu.
Walaupun Nizar belum menakluk seluruh tubuhnya, sepasang mata hitam itu sudah melihat segala yang patut dilihat. Tiada apa lagi dapat disembunyikan di hadapan lelaki itu.
“Haaa, tahu pun turun makan. Ingatkan dah tak nak turun-turun,” usik salah seorang ibu saudara pengantin lelaki.
“Kalau tak makan dulu karang tak ada tenaga,” sela si bapa saudara pula.
“Tak ada tenaga macam mana nak bagi isteri puas hati,” sampuk yang lain pula.
Masing-masing tidak melepaskan peluang sebaik pasangan pengantin menunjukkan muka. Mengusik dan menyakat hingga merah benar wajah di pengantin perempuan.
Si pengantin lelaki pula kelihatan begitu selamba. Seolah yang diusik itu bukan dirinya. Nasi dan lauk diceduk ke pinggan sang isteri.
“Makan, sayang,” arah Nizar tenang.
Kamila mengetap bibir geram dengan keselambaan lelaki itu. Dia yang diusik terasa panas punggung. Mana ada selera mahu menjamah makanan.
“Nak I suapkan, hurm?” soal Nizar lembut. Namun jelas berbau ugutan.
Kamila mendengus halus. Memaksa diri menyuap makanan ke dalam mulut. Lagi haru jika Nizar benar-benar menyuapkannya di hadapan saudara-mara yang tidak berhenti menyakat.
Melihat pinggan sang isteri yang sudah lama licin, Nizar tahu sudah tiba masa untuk mereka kembali ke bilik. Menikmati saat berdua menjadi pasangan suami isteri. Mengenali sang isteri dari hujung rambut ke hujung kaki. Biar tiada apa pun terlepas dari pandangan mata.
“Done?” soal Nizar tersenyum penuh makna buat sang isteri meneguk liur berkali-kali.
Kamila menggeleng lemah. Lebih rela disakat saudara-mara lelaki itu dari ‘ditelan’ hidup-hidup oleh sang suami.
“You cuba nak lengahkan masa, hurm?” bisik Nizar rapat di telinga Kamila. Memahami taktik sang isteri.
Isterinya begitu naif. Menyangka diri akan terlepas jika terus berada di meja makan. Jika Kamila tidak mahu kembali ke bilik mereka menggunakan kaki sendiri, dia lebih dari sudi mencempung tubuh genit itu.
“Ahhh…” Terjerit kecil Kamila saat tubuhnya tiba-tiba sahaja berada di dalam rangkulan lelaki itu.
Bulat matanya memandang sang suami yang begitu bersahaja. Sorakan saudara-mara sang suami buatnya automatik membenamkan wajah di dada lebar itu. Tidak sanggup menayang muka di hadapan mereka yang giat mengusik.
TUBUH genit di dalam rangkulan dibaringkan di tilam empuk. Belum sempat si isteri cuba berganjak, tubuh genit itu dipaku tanpa belas. Malah kedua-dua tangan sang isteri dicengkam kemas lalu dipasak di atas paras kepala sang isteri.
“You…”
Kamila meneguk liur berkali-kali. Tekaknya terasa haus ketika ini. Wajahnya usah ditanya. Panas seolah diserang demam panas. Seluruh tubuhnya terasa panas.
Jantung melantun kencang saat sang suami mula menunjukkan taring. Jelas mahu bertukar menjadi serigala jadian.
Dia tahu dia tidak mungkin selamat lagi. Blaus putih yang dipakainya mula terselak dek tangan sang suami yang mula meliar nakal.
“I have been waiting for this moment, my queen.” Suara Nizar berbisik lembut bergemersik mengocak tasik hati yang sudah sememangnya beralun hebat.
“Waiting… for what?” soal Kamila resah. Dia memberanikan diri menentang sepasang mata hitam yang beralun jelas menginginkannya.
“To love you, Mila,” ucap sang suami syahdu.
Kamila kelu seribu bahasa. Ucapan sang suami buatnya terpana. Mustahil untuk lelaki itu mencintainya lagi. Dia tidak percaya. Dan dia tidak akan terpedaya.
Sepasang bibir merah yang membisu disambar tanpa sebarang amaran. Bibir yang sudah lama menjadi sasarannya. Bibir yang begitu selamba mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Dan bibir itu juga pernah suatu ketika dulu menyatakan cinta padanya.
Kemanisan bibir sang isteri sukar untuk ditafsir. Kenapa bibir semanis ini mampu menyakiti hatinya? Dia akan memastikan hanya yang manis-manis sahaja terbit dari bibir merah itu. Akan diajar untuk patuh dan taat pada seorang suami.
“Urm… Zar…” Kamila cuba memalingkan wajah agar bibirnya tidak terus didera. Dadanya berombak hebat kehilangan nafas dek serangan sang suami. Malang sekali tangan lebar sang suami dengan mudah menyambar dagunya memastikan dia kekal tidak berganjak.
“I want you, Mila. I have always wanted you,” bisik sang suami meneruskan serangan demi serangan sehingga sang isteri tewas di tangannya. Tidak berdaya mengungkap sebarang protes. Hanya mampu berserah. Tenggelam dalam kemanisan yang dihadiahkan seorang suami.
SAKIT matanya melihat imej sendiri di cermin yang tergantung di dinding bilik air. Kelihatan seperti mangsa dera. Atau lebih tepat lagi mangsa serangan binatang buas.
Seluruh tubuhnya penuh dengan warna. Biru dan merah mencorakkan kulit putih yang sebelum ini cukup bersih tanpa sebarang cela.
Bertaut kening yang terbentuk indah kala imej rakus lelaki itu terlayar di mata. Lelaki itu kelihatan seperti musafir haus yang sudah terlalu lama terperangkap di gurun gersang.
Beginikah hukuman Nizar terhadapnya? Seluruh tubuhnya dipastikan tidak terlepas dari sentuhan lelaki itu. Mendominasi setiap inci. Sehingga dia sendiri malu untuk melihat hasil kerja terperinci lelaki itu.
Lehernya paling ketara. Penuh dengan warna. Langsung tidak mampu disembunyikan daripada pandangan mata kasar.
Si suami bagai sengaja mahu memalukannya. Mahu semua orang nampak apa yang berlaku kepadanya. Benarkah begitu?
Dia melangkah keluar dari bilik air setelah menyarung baju ke tubuh. Tidak berani keluar dengan bertuala semata memandangkan serigala lapar masih berada di dalam bilik menantinya.
Renungan sang suami yang jelas belum puas meneguk madunya buat Kamila memastikan setiap tindak tanduk yang dilakukan tidak memberikan ekpresi menggoda. Dia tidak mahu bergelut dengan suami sendiri di atas katil di pagi hari.
“Macam mana I nak keluar jumpa keluarga you?” tingkah Kamila menghadiahkan jelingan maut pada sang suami sebaik melabuhkan punggung di meja solek.
Tangan mencapai sikat lalu menyisir rambut agar kelihatan rapi. Mata melekap pada imej di cermin. Leher menjadi fokus utama.
Dia mendengus geram. Macam tak ada tempat lain nak tinggalkan tanda!
Sang suami bukan sahaja tidak terkesan dengan amarahnya. Malah tersenyum kemenangan pula.
“Like this.” Ditarik tangan sang isteri seraya melangkah keluar dari bilik tidur mereka.
Bulat mata Kamila dengan tindakan selamba lelaki itu. Dia hanya ingin melepaskan marah. Bukan bermakna dia tidak punya cara untuk menutup segala tanda yang dihasilkan lelaki itu.
Dia masih boleh menggunakan foundation untuk menghilangkan sebarang tanda walaupun hanya untuk sementara.
“Stop,” pinta Kamila kalut.
Dia cuba merentap tangannya dari genggaman sang suami. Kepala tergeleng-geleng mengharap lelaki itu berhenti melangkah.
“No,” balas Nizar tenang. Bibir tersenyum nakal melihat kekalutan sang isteri.
Mahu mengamuk di hadapannya, huh? Kamila nyata belum cukup kenal suami sendiri.
“Zar, please. I nak pakai foundation,” tekan Kamila mengawal nada. Tangan kiri yang bebas memaut railing tangga. Cuba menahan lelaki itu dari mengheretnya turun.
“No need.”
Makin bulat mata Kamila dengan jawapan itu. Nizar langsung tidak peduli orang lain tahu. Nizar mungkin tidak tahu malu. Dia pula sebaliknya.
“Zar… I tak nak…”
“You nak I darling carry you macam semalam, hurm?” ugut Nizar tersenyum penuh makna. Senyuman yang menghadirkan gerun di hati sang isteri. Senyuman yang menyatakan ugutan itu bukan mainan.
Kamila menelan liur yang terasa berpasir. Merelakan sahaja Nizar mengheretnya turun tanpa mampu menutup tanda di leher. Menayang pada semua bukti ‘cinta’ lelaki itu.
‘I hate you!’ Hati menjerit marah. Sakit hati dengan tingkah lelaki itu yang terlalu selamba. Mendera hati dan jiwanya.
SEBAIK dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan, si adik ipar mula melemparkan senyuman penuh makna. Malah dari riak wajah itu jelas menunjukkan gadis remaja itu sedang menahan tawa.
Mata si adik ipar pula merayap di lehernya yang tidak sempat disapu foundation untuk menutup kesan yang ditinggalkan ‘serigala jadian’ malam tadi.
Eh, bukan sahaja malam tadi, sebelum subuh sempat lagi mengulang babak semalam. Menambah tanda yang sudah sedia bertaburan di tubuhnya. Ish!
“Syazz tak tahu pulak bilik pengantin banyak nyamuk besar. Kalau Syazz tahu Syazz halaukan dulu untuk Kak Mila,” tingkah Syazza mengerling ke arah si abang yang berlagak biasa. Wajah si kakak ipar pula mula memerah tidak tahan usikan.
“Habis biru-biru leher kakak ipar Syazz. Scary betul. Nak Syazz belikan ridsect ke? Halau nyamuk besar tu,” tambah Syazza menggiat.
Suka benar dapat melihat wajah merah si kakak ipar. Cantik dipandang. Tidak jemu untuk ditatap. Tidak hairanlah si abang sanggup mengheret pulang sebaik tahu sudah berpisah dengan bekas suami.
“Kat dapur tu dah ada ridsect. Nanti Syazz tolong halaukan nyamuk tu. Kesian menantu abah,” celah Encik Malik selamba. Tidak mahu ketinggalan.
Bertambah merah wajah si menantu bila diusik bapa mentua sendiri. Dijeling suami di sisi yang menjadi punca.
Jika si suami tidak mengheretnya turun, dia masih sempat menutup segala kesan biar tiada siapa yang tahu. Si suami macam sengaja mahu menayang di hadapan semua. Biar mereka tahu apa yang telah dilakukan si suami terhadapnya. Urgh!
“Kejap lagi Syazz sembur ridsect kat bilik tu. Harap-harap esok tak makin bertambah biru kat body Kak Mila,” sahut Syazza ceria.
Kulit putih si kakak ipar begitu kontras dengan tanda merah biru yang mencela. Seolah menjadi mangsa dera pula.
Ganas betul teruna yang hampir menjejak angka 30an itu. Sepatutnya awal lagi diberikan isteri. Tidaklah mengganas seperti ini.
Haish, apakan daya. Sang permaisuri yang dimahukan menjadi milik lelaki lain terlebih dahulu. Mujur sahaja tidak kekal lama. Jika tidak entah sampai bila si abang akan membujang.
“Sembur lebih sikit,” ujar Encik Malik memberi arahan. “Takut orang lain ingat ada yang mendera menantu abah ni,” tokok Encik Malik tersenyum lebar.
Kamila mula menghamun di dalam hati. Keluarga ini seperti sengaja mahu membulinya. Si anak lelaki sibuk meninggalkan tanda. Si adik dan si abah kuat mengusik. Si ibu pula masih tidak habis-habis merenung benci.
Bukan dia tidak perasan dengan renungan dan jelingan maut yang dihadiahkan oleh Puan Warda kepadanya. Hanya dia yang berpura-pura seperti wanita veteran itu tidak wujud.
Dia tidak mencari pasal. Dia juga tidak cuba menegur. Lebih baik buat hal sendiri. Dia bukanlah sebaik mana. Jika ibu mentuanya tidak sudi menerima, dia lebih lagi tidak peduli.
Mahukan dia cuba meraih perhatian wanita veteran itu? Maaf. Dia tidak punya masa untuk itu. Dia lebih senang mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa.
Diam lebih baik dari berbicara menyakitkan hati. Bukankah begitu?
“Tak perlu prihatin sangat pasal perempuan ni. Bukan dia ambil tahu pun pasal keluarga kita,” selar Puan Warda tidak dapat menahan diri dari membedil si menantu.
Dia sememangnya tidak suka sedari awal. Tingkah si menantu yang menganggapnya tidak wujud menambah sakit di hati. Biadap!
“Awak cakap apa ni?” tegur Encik Malik lembut.
“Perempuan ni tak ada langsung ciri isteri yang baik. Bangun pun lewat. Bukannya tahu menolong kat dapur,” tingkah Puan Warda tidak puas hati.
Dia menanti juga si menantu turun di awal pagi membantu di dapur. Atau lebih tepat lagi dia mahu membuli si menantu agar bekerja keras di dapur.
Kamila tersenyum nipis. Menjeling tajam suami di sisi yang membuatnya kembali melelapkan mata selepas subuh tadi.
Seluruh tubuhnya terasa lesu terpaksa melayan keinginan suami. Mana mungkin punya tenaga untuk membantu di dapur. Kalau mahu menyalahkannya, silalah salahkan anak sendiri dahulu.
“Menantu awak ni baru aje tinggal sehari dengan kita. Awak dah nak cari salah dia,” tingkah Encik Malik kurang senang.
Dia tahu isterinya sengaja mahu mengeruhkan keadaan. Menantu yang hadir tidak sudi diterima dengan baik. Sebaliknya ingin mencipta masalah.
“Sehari pun dah macam ni. Lagi lama dia tinggal dengan kita lagi naik lemak dia,” tukas Puan Warda tidak ingin kalah.
“Umi,” tegur Nizar senada. Sedari tadi dia diam tidak membuka mulut. Nampaknya Puan Warda tidak berpuas hati jika dia tidak masuk campur.
“Salah ke apa umi cakap ni? Kalau sehari pun dah macam ni perangai dia… macam mana lagi 6 bulan?”
Bertaut kening Kamila keliru dengan bicara wanita veteran itu. 6 bulan? Dikerling sang suami yang kelihatan serius. Dapat ditangkap apa yang berlaku.
Kamila tertawa bisu. 6 bulan? Dia perlu tinggal di sini bersama keluarga mentua selama 6 bulan? Perlu mendengar Puan Warda menghinanya selama 6 bulan?
Dia tidak menyangka ini akan berlaku. Dia tidak pernah berbincang soal tempat tinggal mereka dengan Nizar. Menyangka Nizar sukakan privasi.
Dia terlupa. Tersilap perkiraan sebenarnya. Dia di sini hanya untuk menerima hukuman. Tentu sahaja Nizar ingin melihatnya didera oleh ibu mentua. Menambah sakit di hati. Terseksa.
Mustahil untuk Nizar mahu melihatnya tersenyum. Nizar lebih suka melihat air matanya mengalir. Malang sekali dia tidak berminat untuk memuaskan hati lelaki itu.
Kamila bingkas bangun. Memasak senyuman di bibir buat si bapa mentua. Bapa mentua yang sudi membelanya.
“Mila naik dulu,” ucapnya lembut. Mengawal nada agar tidak melengking marah. Marah pada lelaki yang hanya tahu mendera.
Nizar tersenyum sinis. Memandang Puan Warda tanpa kata sebelum membuntuti langkah sang isteri.
“YOU nak I tinggal kat sini? Sebumbung dengan umi you yang langsung tak sukakan I, huh?” tingkah Kamila tertawa sinis. Hati mendidih marah. Berapi.
Mata mencerun tajam pada lelaki yang selesa bersandar di pintu siap berpeluk tubuh. Seolah kemarahannya tidak membawa kesan terhadap lelaki itu.
“What’s so wrong about that?” soal Nizar tenang.
Walaupun dia tidak bersetuju dengan layanan Puan Warda, tidak bermakna dia akan membiarkan Kamila mempertikaikan keputusannya.
Puan Warda merupakan ibu mentua Kamila. Ibu mentua yang perlu dihormati biarpun diberikan layanan dingin.
“What so wrong…” Soalan itu ingin dilempar kembali pada lelaki itu. Namun dia tahu tiada gunanya dia berkata apa-apa sedangkan lelaki itu jelas tidak berada di pihaknya.
“You patut hormat umi I. Umi I… ibu mentua you,” tegas Nizar ingin memasak kenyataan itu di benak sang isteri. Biar Kamila faham. Walauapapun yang berlaku uminya tetap perlu dihormati.
Melihat wajah tidak puas hati sang isteri buatnya menghampiri. Dengan dua kali langkah, dia sudah merapatkan jurang yang ada.
“Kalau bukan sebab you…”
“Sebab I?” soal Nizar tidak menanti bicara sang isteri selesai. Disambar dagu runcing sang isteri. Mencabar sang isteri menentang renungannya.
Kamila tersenyum sinis. Jika bukan kerana Nizar memaksanya menjadi isteri, dia tidak perlu berada di sini. Berhadapan dengan ibu mentua yang membenci.
“You force me…”
“I did. You’re already mine. Isteri milik Nizar Naail. Menantu mama I. Dan jangan lupa, sayang. You sendiri yang buat pilihan ni,” potong Nizar tidak menanti Kamila menghabiskan bicara.
Mahu meletakkan kesalahan itu di bahunya? Dia langsung tidak kisah. Yang penting Nur Kamila sudah menjadi permasurinya.
“Kalau bukan sebab keluarga I, I takkan buat pilihan ni,” deram Kamila bengang.
“Walau apa pun alasan you… you dah buat pilihan untuk bersama I. Demi keluarga you, kan?” tutur Nizar sinis.
Hati terasa dicengkam perit bila wanita di hadapan matanya tetap meletakkan keluarga di tangga teratas. Sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga yang tidak bijak menyelesaikan masalah sendiri.
Dia pula dipinggirkan begitu sahaja. Seolah cinta yang dianyam tidak membawa sebarang makna. Nyata tidak penting di mata wanita itu.
“They are my family,” tekan Kamila.
Salahkah dia berkorban demi keluarga? Mama dan papa yang membesarkannya. Walau dia ingin memejamkan sebelah mata, dia tetap tidak sampai hati.
“What about me?”
“You’re just a history. Sejarah yang tak patut diulang kembali,” balas Kamila tanpa emosi.
Meledak tawa di bibir sang suami mendengar betapa dirinya langsung tidak dianggap penting. Kenyataan yang sukar untuk diterima lelaki sepertinya.
“That’s where you are wrong, Mila. I’m your past… and your future. You patut pasakkan kenyataan ni dalam kepala dan hati you,” tegas Nizar tersenyum sinis.
“Why should…”
Belum sempat Kamila membalas, bibirnya sudah menjadi mangsa sang suami. Mendominasi setiap inci. Tidak ingin mendengar bantahan daripadanya. Mahu memasakkan kenyataan itu di benak dan di hati seorang isteri. Biar tahu siapa yang patut diberi perhatian sepenuhnya. Bukan keluarga mahupun bekas suami.
“Erm…”
Nafasnya hampir terputus bila sang suami jelas tidak ingin melepaskan. Saat seluruh tubuhnya terasa lembik, dia diheret ke katil lalu dibaringkan ke tilam empuk. Menghangatkan hari yang masih cerah.
“We should continue our loving session, Mila,” bisik sang suami tersenyum nakal.
Bibir yang tega menyakiti hati seorang suami sekali lagi dihukum. Biar sang isteri lebih berhati-hati dalam berbicara. Biar tahu menjaga perasaan suami. Bukan bercakap tanpa emosi hingga mendidihkan darahnya.
“You… tak boleh…” Laju protes terbit dari bibir merah sang isteri sebaik dilepaskan.
“Kenapa tak boleh?” soal Nizar menjongket kening.
“Belum malam…”
“Oh, I cuma boleh sentuh isteri I waktu malam aje, hurm?” potong Nizar.
Kamila mengetap bibir geram. Bibir yang kini terasa bengkak dikerjakan lelaki itu. Baru hari kedua bibirnya sudah banyak kali dihukum lelaki itu. Tersilap kata sahaja pasti bibirnya bernasib tidak baik.
“Kenapa diam? Salah apa yang I cakap, huh?”
Kamila menggeleng kepala perlahan. Diteguk liur yang terasa kesat. Dia sendiri tidak pasti apa yang digelengkan. Mengiakan atau menidakkan. Yang dia pasti dia ingin melepaskan diri.
Tanda semalam belum pun surut. Jika dibiarkan lelaki itu meneruskan niat di hati, selepas ini kulitnya pasti tiada tempat yang terselamat lagi. Dia tidak mahu itu berlaku.
“You patut tahu tanggungjawab you, Mila. Tanggungjawab you bukan lagi pada family you. Tapi pada I. Suami you,” tegas Nizar. Nadanya kedengaran cukup bersahaja. Namun mampu menikam sang isteri yang tidak berdaya.
Wajahnya dibenamkan ke leher jinjang sang isteri. Menghirup haruman tubuh itu. Tenggelam dalam kemanisan berumah tangga.
Wanita di dalam dakapan kini sudah menjadi hak yang halal untuknya. Dia tidak akan membenarkan Kamila menolak hak yang satu itu. Lalu tubuh sang isteri dibaham tanpa belas. Mendominasi segenap ruang hidup Nur Kamila.
MENCERUN mata sang isteri jelas diamuk marah. Masakan tidak bila seluruh tubuh terasa lembik dikerjakannya. Bukan tiada simpati yang berdetik di hati. Malangnya bersama permaisuri yang memukau mata memandang buatnya hilang kawalan.
“Marah, hurm?” soal Nizar lembut. Jemarinya melata di wajah mulus sang isteri. Membelai lembut.
Amarah yang sudah lama menjadi barah di dalam hati terasa hilang begitu sahaja setelah memiliki Nur Kamila. Dia kini boleh memaafkan sang permaisuri hati.
Dia hanya mahukan Kamila di sisi. Pengkhianatan yang pernah dilakukan boleh dipadam jika Kamila setia bersamanya. Menunaikan tanggungjawab dan mencintainya sepenuh hati.
Sesungguhnya dia hanya mahukan seorang Nur Kamila. Tidak pernah terdetik nama lain jauh di sudut hati. Hanya Nur Kamila. Selamanya Nur Kamila.
“Puas hati you?” deram Kamila bengang. Dia memejamkan mata rapat. Tidak cuba menepis jemari yang membelai lembut wajahnya. Tiada tenaga untuk melawan.
“Puas?” soal Nizar tersenyum nakal. Sudah tentu jawapannya belum.
Baru semalam dapat menikmati kemanisan madu seorang isteri. Sampai bila-bila pun dia tidak akan puas selagi Kamila menjadi isterinya.
Bibir merah yang memuncung marah dipagutnya geram. Makin panjang muncung di bibir sang isteri. Jelas ingin mengungkap protes. Namun takut dihukum sang suami yang suka benar mengambil kesempatan.
“Beautiful.” Pujian terletus di bibir Nizar. Menghargai keindahan di hadapan mata.
Kamila mendengus bengang. Beautiful? Memuji dirinya atau tanda yang ditinggalkan pada tubuhnya.
Dia tidak perlu melihat sendiri di hadapan cermin untuk tahu betapa terperinci lelaki itu mendominasi tubuhnya. Bagai serigala lapar. Tak puas membaham!
Dia tidak tahu apa yang dimahukan lelaki itu. Ingin menghukumnya dengan cara begini sahajakah? Atau punya cara lain yang lebih ekstrim?
Argh, tidak perlu difikirkan tentang itu semua. Dia sudah pun menjadi isteri lelaki itu. Tidak mampu menghalang jika lelaki itu mahukan haknya. Hanya mampu merelakan sentuhan seorang suami.
Tubuh yang lemah buat kantuk dengan mudah datang menjemput. Membawanya pergi ke alam mimpi. Mimpi yang jarang sekali indah.
“YOU tak sudi? It’s fine. You cuma perlu ikut I ke mana sahaja I pergi selama seminggu ni,” putus Nizar bila soal berbulan madu ditolak bulat-bulat oleh sang isteri.
Dia tidak kisah. Di mana pun mereka boleh berbulan madu. Yang penting Kamila sentiasa berada di sisi selama tempoh bulan madu mereka.
Lagi pula dia tidak mahu Kamila terkenangkan bekas suami jika dia membawa wanita itu berbulan madu di luar negara. Dia tahu Syakir membawa Kamila menjelajah Eropah sebagai destinasi bulan madu.
Dia ingin mencipta memori yang jauh berbeza. Tidak ingin mencetus memori lama di hati sang isteri. Biar memori baru menguasai hidup Kamila.
“You nak I ikut you ke mana?” soal Kamila ingin tahu.
Nizar tidak kisah mereka tidak berbulan madu. Dia sendiri lagi tidak sudi. Perkahwinan ini bukan atas dasar cinta. Tidak perlu mencari kemanisan yang tiada.
“We will see. Let’s go,” ucap Nizar tersenyum penuh misteri.
Tangan sang isteri diraih lalu diheret meninggalkan bilik tidur mereka. Kepala merangka destinasi yang bakal dituju.
Kamila mengetap bibir. Menuruti langkah suami yang sentiasa menggunakan kuasa veto. Tahu tiada guna dia menyatakan protes bila akhirnya dia tetap terpaksa menurut.
“Nak ke mana tu?” soal Puan Warda menjeling benci pada menantu yang sibuk mengikut langkah anaknya. Tidak suka benar bila si anak melebihkan isteri.
“Keluar,” tutur Nizar senada.
“Tak perlu bawak isteri Zar ni. Biar dia tolong umi kat dapur. Boleh umi ajarkan apa yang patut. Nanti tak tahu pula cara yang betul layan suami. Sebab tu dulu diceraikan suami lama,” selar Puan Warda pedih.
Kamila tersenyum kelat. Bicara Puan Warda seolah meletakkan kesalahan itu di bahunya. Seolah dia yang menjadi punca keretakan rumah tangga yang lalu. Macamlah dia tidak tahu menjaga suami.
Mungkin benar. Salahnya kerana tidak mampu membuat Syakir setia. Namun dia sudah mencuba untuk menjadi seorang isteri. Malangnya usaha itu tidak membawa hasil.
Disebabkan itu, kali ini dia tidak berniat untuk mencuba mahupun berusaha. Tiada guna menyakiti hati sendiri sedangkan tiada siapa tahu menilai dan menghargai.
Pengalaman lalu cukup untuk membuatnya sedar tentang hakikat itu. Dia cuma perlu meneruskan langkah walau penuh dengan liku. Tiada pengharapan yang diletakkan supaya tiada kekecewaan di kemudian hari.
“Tak perlu, umi. Mila cuma perlu ada di sisi Zar untuk buat anak umi bahagia. Betul, sayang?”
Dikerling sang isteri di sisi. Wajah cantik itu jelas keruh dibedil mentua. Lagi-lagi bila diingatkan tentang bekas suami. Mungkin masih tidak dapat melupakan.
Genggamannya dikejapkan. Hingga sang isteri menyeringai menahan sakit. Mahu mengingatkan status yang dipegang sang isteri. Jangan sesekali terlupa siapa yang patut diletakkan di hati.
Kamila mendengus halus. Mengangguk perlahan mengiakan soalan sang suami.
Mengecil mata Puan Warda memandang gelagat menantunya itu. Sepasang mata hazel si menantu tidak menunjukkan sinar kasih buat seorang suami. Buat hati berdetik curiga.
Mungkinkah si menantu tidak rela menjadi isteri si anak? Jika tidak kenapa tiada sinar bahagia di wajah itu? Seolah perkahwinan ini cuma satu paksaan?
“Umi tahu Zar nak isteri Zar selalu ada dengan Zar. Tapi umi nak dia tahu macam mana nak jaga anak umi ni. Jadi isteri bukan takat tahu berkepit dengan suami aje. Banyak lagi benda kena ambil tahu. Jangan sampai kali kedua kahwin pun masih gagal lagi,” tingkah Puan Warda tetap ingin menghalang.
Dia tidak suka melihat Nizar sentiasa berkepit 24 jam dengan si menantu. 2 hari mengikat hubungan suci, matanya sudah bernanah melihat kemesraan di hadapan mata. Bila hati sudah tidak suka, begitulah jadinya.
“Umi jangan risau. Zar tak bodoh macam jantan tu. Zar tak semudah tu nak lepaskan Mila,” balas Nizar bersahaja seraya mengheret sang isteri meninggalkan Puan Warda.
Perkahwinan gagal? Perkara itu tidak mungkin berlaku bila melibatkan bahagianya.
GLOBAL WORKS. Kamila menjongket kening saat kaki menapak di syarikat milik sang suami. Berbulan madu di syarikat? Lelaki itu sesuai benar menjadi peneraju Global Works. Workaholic!
“Kenapa? Kecewa, huh?” soal Nizar sinis cuba mentafsir riak di wajah sang isteri.
Mungkin Kamila menyangka dia akan membawa mereka ke tempat yang lebih romantis. Bukan syarikat di mana dia menghabiskan masa tanpa mengira siang atau malam.
Kamila menggeleng sekilas. Jika syarikat menjadi pilihan Nizar, lebih baik dia menghabiskan waktu di syarikat sendiri. Tidak perlu mengikut suami.
Dia juga punya kerja yang menuntut masanya. Timbunan kerja di atas meja pasti mendera sebaik pulang ke syarikat nanti.
“Nak ke syarikat you?” Sang suami bijak membaca apa yang bermain di fikiran sang isteri.
“Tak boleh, sayang. You cuma boleh ikut ke syarikat I. You boleh kembali ke syarikat you lepas seminggu bersama suami you. For now… you akan ikut I ke mana pun I pergi,” putus Nizar sebelum Kamila sempat menyuarakan hajat.
“I tak punya hak untuk buat keputusan, huh? Semuanya kena ikut you!” tingkah Kamila sinis. Sabarnya kian menipis.
Semua keputusan dibuat lelaki itu terasa menyesakkan dada. Seolah dia tidak mampu membuat apa-apa keputusan. Perlu menurut sentiasa.
“You’re right. You tak punya hak untuk putuskan jalan hidup you. Hanya I boleh buat keputusan tu untuk you. You dah hilang hak tu, sayang,” bisik Nizar rapat di telinga sang isteri.
Dia menarik tangan Kamila sebaik pintu lif terbuka. Melangkah menuju ke biliknya. Tidak peduli pada mata-mata pekerja bawahan yang sibuk mencuri pandang pada majikan yang sengaja ingin menunjukkan kemanisan berumah tangga pada semua.
Tahulah sudah beristeri. Tidak perlu berpegangan tangan di hadapan mereka yang masih membujang.
KALI kedua menjejakkan kaki di syarikat milik Nizar buatnya lebih kagum. Kagum dengan kehebatan lelaki yang mampu membina empayar dalam waktu yang cukup singkat.
Bukan jalan yang mudah. Bukan juga mustahil untuk dicapai. Dia tahu Nizar berkorban masa dan tenaga berkali ganda daripada orang lain untuk memastikan mampu berdiri di tahap ini.
Kamila menghenyak tubuh di sofa panjang di sudut bilik sang suami. Tidak tahu apa yang patut dilakukan ketika ini.
Sesekali mata melirik pada suami yang kini fokus pada skrin komputer riba. Begitu khusyuk.
Terlorek senyuman di bibir. Entah kenapa imej sang suami yang sibuk bekerja memukaunya untuk terus memandang. Karisma lelaki itu terserlah menjadi bonus tambahan. Tidak jemu mata menjamu selera.
Sepasang mata hazel terus tertancap pada imej yang mampu membuatkan ramai gadis kehilangan hati. Asyik. Lagi-lagi bila sang suami langsung tidak menyedari perlakuannya.
Tidak salah merenung suami sendiri, bukan? Hati berdesis lembut.
Nizar tersenyum lebar. Bukan dia tidak perasan akan sepasang mata yang leka merenungnya. Sengaja dibiarkan sang isteri menikmati kekacakan suami sendiri.
Bukan selalu Kamila sudi merenungnya begitu. Lalu dia meneruskan kerja tanpa sepatah kata. Tidak mahu merosakan pemandangan seorang isteri yang terpukau dengan suami sendiri.
Bila mata sang isteri terpejam rapat, baru dia menghentikan segala kerja. Merapati sang isteri yang tersandar lesu di sofa empuk. Masakan tidak lesu bila dia sentiasa tidak dapat menahan diri.
“My queen,” bisiknya lembut. Jemari membelai lembut wajah yang kelihatan tenang dalam lena.
Tubuh yang tersandar di sofa dibaringkan penuh hati-hati. Dicapai selimut yang tersimpan di dalam laci. Memastikan sang isteri tidak kesejukan.
Bibir merah sang isteri dipagut lembut. Tidak mahu mengganggu lena Kamila. Namun tidak dapat menahan diri kala mata tertancap pada bibir yang kelihatan begitu menggoda.
Dehaman kecil yang tiba-tiba menyapa telinga mengganggu keasyikan terhadap isteri sendiri. Dia pantas berpaling. Mata mencerun tajam pada gerangan yang tidak dijemput.
“Look at you,” ucap Khairi bersahaja. Nadanya diperlahankan. Bimbang isteri si teman terjaga.
Dia bersandar selesa di pintu. Tangan mengusap dagu yang tidak berjanggut. Menilik sikap si teman yang jelas menyeksa diri. Berlembut saat sang isteri memejamkan mata. Dingin kala bertentang mata.
“Get out,” desis Nizar laju menghalau.
“Kenapa kau tak beritahu dia perkara sebenar? Yang kau sebenarnya masih cinta. Masih sayangkan dia.”
“Nonsense!”
“Berhenti seksa diri kau, bro. Kau ingat aku tak tahu, huh? Kau buat semua ni untuk dia, kan? Kau bina syarikat ni untuk buktikan pada dia yang kau pun mampu berikan apa yang dia nak,” tingkah Khairi serius.
Tangan menggawang pada bilik pejabat mewah milik Nizar. Betapa sahabatnya itu bekerja keras lebih dari insan lain untuk berdiri di puncak hari ini. Dia tahu tentang pengorbanan Nizar. Bukan mudah jalan yang dilalui lelaki itu.
Bukan tidak pernah jatuh tergolek. Mustahil untuk terus berjaya saat mula mengorak langkah. Ada masa terduduk kala diuji kegagalan. Yang penting Nizar tidak gentar untuk bangun semula. Dan menambah usaha hingga akhirnya memiliki semua ini. Semuanya untuk kekasih yang meninggalkan lelaki itu demi harta.
“Kau tak pernah dapat lupakan dia. Kau tahu kalau kau tak kerja keras, kau takkan setaraf dengan dia. Bila kau tahu dia dah bercerai… kau langsung tak dapat tahan diri untuk dapatkan kekasih kau semula. You’re hopeless, bro. Falling too deep,” ulas Khairi tenang.
Simpati bercambah buat sahabat yang sukar melepaskan cinta pertama. Jarang untuk bertemu lelaki seperti Nizar. Masih ingin meraih cinta biarpun pernah dikhianati.
Nizar tertawa sinis. Setiap bicara Khairi tidak mampu dinafikan. Kebenaran walau cuba ditutup tetap akan terbongkar juga.
“Dia anak yang baik. Sanggup pilih keluarga daripada lelaki yang dia baru kenal,” tambah Khairi.
Baru hari ketiga menjadi suami, Nizar sudah mengheret si isteri ke syarikat. Menayang pada semua siapa sebenarnya kekasih hati. Berjalan siap berpegangan tangan.
Bukan dia tidak mendengar gosip-gosip yang mula bermain di bibir staf bawahan Nizar. Semua menyebut tentang wajah bahagia si majikan. Tidak nampak serius seperti selalu. Bersinar dan bercahaya.
“Apa kau nak cakap sebenarnya?” soal Nizar senada.
“Aku cuma tak nak kawan baik aku ni seksa diri. Dari kau layan dia dingin lebih baik kau beritahu dia yang kau masih cintakan dia. Masih sayang. Dia pun takkan cuba cipta benteng antara kau dengan dia,” balas Khairi tenang.
Bukan dia tidak tahu bagaimana layanan Nizar pada wanita itu. Kalau bukan menggunakan ugutan pasti bicara sinis yang kedengaran. Berlembut? Jauh sekali.
“Dia dah pun jadi isteri kau. Tak mungkin dapat tinggalkan kau lagi.”
Nizar tidak membalas. Sebaliknya merenung wanita yang masih tenang dalam lena. Tidak terganggu dengan perbincangan hangat tentang dirinya.
Terlorek senyuman di bibir. Senyuman manis buat seorang isteri. Benar kata Khairi. Kamila sudah pun menjadi isterinya. Tiada siapa mampu memisahkan mereka lagi. Not now. Not ever!
BENARKAH? Dipandang lama wajah kacak yang dibuai lena di sisinya. Disapu peluh yang merenik di dahi sang suami. Hasil kerja keras mendominasinya tanpa jemu.
Jemarinya terasa gatal mahu melata di wajah itu. Menilik setiap garis. Menyapu setiap kerutan.
Wajah lelaki itu biarpun tidak kelihatan tua, tetap menunjukkan kematangan sebelum usia. Kematangan yang diraih kerana terpaksa membuktikan kemampuan diri.
Benarkah?
Soalan itu terus meniti di benak. Bicara Khairi masih terngiang-ngiang di pendengaran. Saat Nizar memagut bibirnya, kantuknya hilang begitu sahaja.
Dia sengaja tidak mahu membuka mata. Membiarkan sahaja Nizar melakukan apa yang dimahukan.
Siapa sangka tiba-tiba Khairi pula muncul tanpa mengetuk terlebih dahulu. Lalu segala perbualan di antara kedua-dua lelaki itu menjadi halwa telinganya.
Benarkah Nizar masih cinta? Benarkah kasih itu masih wujud untuknya?
Dia tahu Nizar tak pernah lupa. Namun cinta mampu bertukar menjadi benci. Benci mampu menghadirkan dendam di hati. Dan dia tidak tahu perasaan sebenar Nizar terhadapnya ketika ini. Cintakah? Kasihkah? Atau sekadar ingin membalas dendam.
Entah kenapa hati terasa berbunga memikirkan kemungkinan itu. Berbenih harapan di hati. Harapan yang tidak sepatutnya wujud.
Dia tergeleng kecil. Cuba menidakkan kenyataan itu. Hanya Khairi yang membuat telahan sendiri. Nizar tidak memberi sebarang jawapan. Mengiakan pun tidak. Menidakkan jauh sekali.
“Zar… should I belive in you?” soal Kamila lembut.
Jemarinya mendarat pada kening hitam sang suami. Meniti kening yang terbentuk tajam menunjukkan betapa lelaki itu mampu mendominasi sesiapa sahaja yang dimahukan.
Kemudian jemarinya turun ke hidung, seterusnya ke bibir. Bibir yang belum menyatakan cinta buatnya. Mungkinkah?
Tersugil senyuman sayu di bibir. Dibenamkan harapan yang baru berputik di hati. Selagi bibir sang suami tidak meluahkan rasa, dia sama sekali tidak akan membenarkan hatinya terbuai dengan ilusi.
“Will you love me again? Should I love you again?” Soalan itu terlontar di bibir. Soalan tanpa jawapan di kala malam semakin lewat menabiri alam.
“I don’t think so,” ucapnya lirih.
Perlahan-lahan dipejamkan mata yang masih segar. Memaksa untuk melupakan soalan yang hanya menyeksa diri.
“TAK ada tempat lain you nak bawa I ke?” tingkah Kamila menghenyak tubuh di kerusi empuk bertentangan Nizar. Berpeluk tubuh menyoal niat lelaki itu.
Walaupun dia tidak mahu mengikut suami berbulan madu, tidak bermakna dia suka melepak di syarikat lelaki itu. Lebih baik menghabiskan masa di syarikat sendiri dari menjadi ‘perhiasan’ di bilik suami.
“Kat sini dah cukup,” balas Nizar tenang. Dia membuka komputer riba. Memulakan hari dengan laporan kewangan.
Kamila bingkas bangun. Tidak mahu membuang masa menjadi ‘perhiasan’ di pejabat sang suami. Terasa membuang masa. Bosan tanpa melakukan apa-apa.
Belum sempat dia membuka langkah, tangannya lebih dahulu disambar Nizar.
“Ah!”
Sekelip kata tubuhnya diheret lalu didudukkan di atas ribaan sang suami.
“You’re not going anywhere,” bisik Nizar dengan nada diktator disulam senyuman nakal. Bibirnya mendarat di leher jinjang sang isteri buat Kamila kejung sesaat. Nafasnya berdesah lembut meremangkan roma di leher jinjang itu.
“You…”
“I will kiss you if…” Sengaja digantung ayat itu sebagai amaran buat sang isteri. Andai Kamila berdegil, dia lebih dari sudi untuk mengajar sang isteri tentang ketaatan terhadap suami.
Kamila mendengus halus. Bengang diugut begitu. Namun dia tidak punya pilihan selain kejung di ribaan suami.
Dia tahu jika dia berdegil, Nizar mampu bertindak lebih jauh. Dia baru ingin melangkah pergi sudah ditarik ke ribaan. Jika dia terus menguji kesabaran lelaki itu, nasibnya pasti akan lebih ‘tragis’.
Pun begitu, berada di ribaan suami buatnya tidak senang duduk. Bagaimana jika setiausaha Nizar masuk melaporkan sesuatu? Bagaimana pula dengan Khairi yang sesuka hati sahaja menerjah tanpa mengira privasi bos besar syarikat?
Mana mahu diletakkan muka jika mereka melihatnya berada di ribaan lelaki itu? Wajahnya terasa berbahang memikirkan kemungkinan seperti itu.
Sesungguhnya dia tidak sanggup dilihat orang kala berada di atas ribaan suami. Terasa diri seperti anak kecil yang dimanjakan. Tidak sesuai langsung dengan imej yang dibawanya.
“Ah!” Terjerit kecil Kamila kala cuping telinganya menjadi mangsa pagutan Nizar. Dijeling sang suami geram. Tangan laju menekup telinga menyelamatkan dari terus menjadi mangsa lelaki itu.
“You fikirkan apa, hurm?” soal Nizar lembut. Dipaut dagu sang isteri agar berpaling ke arahnya.
Wajah sang isteri yang tiba-tiba sahaja memerah indah buatnya ingin mengusik. Entah apa yang bermain di fikiran sang isteri. Memikirkan kehangatan malam-malam mereka mungkin?
Melebar senyuman di bibir. Jika itu yang dimahukan Kamila, dia lebih dari sudi menunaikan keinginan sang isteri.
“Jangan nak fikir bukan-bukan,” tingkah Kamila kalut sebaik melihat senyuman miang yang tersugil di bibir suami. Tahu sangat apa yang bermain di kepala lelaki itu. Gatal!
“Turunkan I,” desis Kamila. Dia mula meronta.
“No,” balas Nizar bersahaja. Pautan di pinggang Kamila dikejapkan. Memberi amaran agar sang isteri diam di ribaannya.
“Ni pejabat you. Bukan bilik…”
“Kalau di bilik, you takkan berada di ribaan I. I akan buat lebih…”
“Nizar Naail!” deram Kamila geram. Jemarinya pantas menekup bibir yang suka benar berbicara yang bukan-bukan. Buat telinganya yang mendengar terasa panas.
Terletus tawa di bibir sang suami. Jemari yang berani melekap di bibir digigit halus. Laju sahaja sang isteri menarik kembali jemarinya. Bagai terkena renjatan elektrik.
“Marah?” soal Nizar lembut. Dagu sang isteri didekatkan. Lalu bibir merah itu dipagut lama.
“Erm…”
Tercungap-cungap Kamila kala bibir terlepas dari cengkaman sang suami. Begitu lama hingga nafasnya hampir terhenti.
Di pejabat sudah begini. Di rumah lagi teruk dia dibuli. Sepasang mata hitam yang beralun penuh nafsu buat hati berdetik gerun. Bimbang lelaki itu bertindak lebih jauh sedangkan mereka bukan berada di bilik tidur.
“Don’t move. Or I will do more than this,” ucap Nizar memberi amaran.
Tubuh genit sang isteri dipaku di ribaan. Jemarinya mula menaip di komputer riba. Dagunya pula ditongkat di bahu Kamila. Membiarkan desah nafasnya mengusik leher jinjang sang isteri. Dan haruman sang isteri menjadi wangian yang mengasyikkan buat seorang suami.
Kamila meneguk liur berkali-kali. Tidak lagi berani bersuara. Kejung di ribaan suami. Pasrah dengan nasib sendiri bila menjadi isteri lelaki yang suka benar mengugut.
MATA-MATA yang memandang buat Kamila kurang selesa. Dikerling pada tangan kirinya yang kemas di dalam genggaman suami. Tidak mahu dilepaskan sedari tadi.
Sanggup pula menyuap makanan menggunakan tangan kiri dari melepaskan tangan isteri. Macam takut sangat isteri lari.
“Tangan I, please,” tingkah Kamila separuh berbisik. Dia cuba merentap perlahan agar tidak menarik perhatian mata-mata yang memandang.
Dia tidak faham kenapa Nizar perlu memilih untuk makan tengah hari di kafeteria syarikat sedangkan lelaki itu tentu jarang menjejakkan kaki di sini. Melihat kejutan di wajah pekerja bawahan lelaki itu pun dia sudah tahu jawapannya.
“Behave, darling,” ucap Nizar senada. Genggamannya sengaja dikejapkan sebagai amaran.
“Kenapa kat sini?” soal Kamila tidak berpuas hati.
Dia tidak suka menarik perhatian ramai. Bukan tiada tempat lain yang mampu memberikan privasi buat mereka. Tidak perlu menunjukkan ‘kemesraan’ di antara mereka.
“Kenapa tak boleh kat sini? You nakkan privasi, hurm?” soal Nizar menjongket kening. Bibir tersenyum penuh makna. Jika mereka berada di tempat yang memberikan privasi, bukan makanan di pinggan menjadi santapan.
Kamila mendengus halus. Dari berbicara dengan lelaki miang, lebih baik dia menghabiskan makanan di pinggan.
“Hello, brother.” Suara garau yang menerpa gegendang telinga buat Kamila mengangkat wajah. Wajah ceria Khairi terlayar di mata. Sahabat baik Nizar yang sibuk mengusiknya di majlis resepsi beberapa hari yang lalu.
“Sister in law,” sapa Khairi selamba.
Kamila sekadar melemparkan senyuman plastik buat lelaki ceria itu.
“Makan kat sini aje?” soal Khairi mengerling pada sahabat di hadapan mata.
“Tak boleh?” bidas Nizar.
“Show off,” kutuk Khairi.
Faham benar apa yang cuba dilakukan temannya itu. Mahu menayang isteri yang cantik di hadapan ramai. Biar semua tahu yang Nur Kamila milik Nizar Naail. Dominan sangat.
“Salah?”
Meledak tawa Khairi mendengar balasan itu. Terasa si teman kurang matang bila melibatkan soal perempuan. Siapa sangka peneraju Global Works suka mendabik dada di hadapan ramai?
“Nampak tak betapa suami you sayangkan you? Bukan senang nak nampak dia makan kat sini. Kalau I tak nampak dengan mata kepala sendiri, jangan harap I nak percaya,” tutur Khairi tersengih panjang.
Bila ditanya pada setiausaha Nizar di mana lelaki itu berada, dia terus menapak ke kafeteria mahu membuktikan dia tidak punya masalah pendengaran.
“Bawa I makan kat sini tanda sayang?” soal Kamila menjongket kening mempersoalkan kenyataan itu. Apa kaitan, huh?
“You tahu kenapa kawan I ni bawa you makan kat sini?”
Kamila menggeleng sekilas. Sungguh dia tidak faham.
“Dia nak satu dunia tahu yang you dah jadi milik dia. Nak pastikan tak ada lelaki lain berani dekati you. Too much, right?”
Meledak tawa di bibir Kamila. Lepas dan bebas. Menjadi irama yang menenangkan buat sesiapa yang mendengar.
Lucu dengan logik yang cuba disampaikan Khairi. Dia tergeleng kecil. Menidakkan.
“Tak percaya?” soal Nizar lembut. Dipaut dagu runcing Kamila agar memandang ke arahnya. Buat wajah ayu itu berubah resah.
Kamila meneguk liur berkali-kali. Soalan itu seolah membenarkan telahan Khairi. Buat jantungnya berdegup laju. Hati pula usah ditanya. Bagai disalut dengan gula. Manisnya cukup terasa.
“I nak satu dunia tahu… Nur Kamila hanya milik Nizar Naail,” bisik Nizar syahdu. Lembut menusuk kalbu. Membuai hati yang sang permaisuri.
“MENGELAK?” Tersugil senyuman di bibir bila sang isteri berusaha mengelak dari bertentang mata dengannya. Mungkin takut untuk berdepan dengan kebenaran. Atau ragu dengan keikhlasan hatinya.
Dia tahu Kamila sengaja mencipta benteng di antara mereka. Takut untuk kembali cinta. Lagi-lagi untuk percaya.
Dan dia sendiri juga yang menjadi punca. Dia yang hanya tahu mengugut dan memaksa. Tidak cuba berlembut dalam meraih hati wanita kesayangannya.
Pun begitu dia tahu jika sedari awal lagi dia cuba berlembut, mustahil untuk Kamila berada di sisinya ketika ini. Kedegilan Kamila sukar untuk ditundukkan.
Hati sendiri yang sakit pula sememangnya ingin mendera kekasih yang mengkhianati cinta mereka. Ingin menghukum. Lalu tidak membenarkannya menunjukkan apa sebenarnya bermain di hati.
Benar kata Khairi. Dia tidak pernah mampu lupa. Lebih mudah menenggelamkan diri di dalam timbunan kerja demi mencapai status yang dimiliki hari ini dari melupakan wanita yang pernah meninggalkan jejak di hati.
Dia tidak pasti kenapa sukar benar membuang nama Nur Kamila yang bertapak di hati. Perempuan bukan seorang. Terlalu ramai di luar sana. Malah tentunya wujud yang lebih baik daripada Kamila.
Malangnya, sekali hati sudah diberikan, mustahil untuk diminta kembali. Hatinya sedari dulu lagi sudah menjadi milik Kamila. Bagaimana mahu memandang perempuan lain sedangkan dia cuma punya seketul hati? Tiada yang kedua untuk diberikan pada yang lain.
“Come here.” Suara yang bernada diktator bergema. Memanggil sang isteri agar mampir.
Kamila yang kononnya terlalu fokus menyisir rapi rambut panjang hitam di cermin meja solek terasa kejung sesaat. Suara yang memanggil nyata tidak membenarkan bantahan.
“Come here, Mila.”
Suara garau itu bergema lagi buat Kamila mengetap bibir kuat. Bimbang hamunan terletus di bibir dengan sikap diktator sang suami.
Tidak suka diri dikawal begitu. Sentiasa perlu mengikut rentak suami. Seolah dia tidak punya kebebasan membuat pilihan.
“Jangan tunggu I yang datang, sayang,” tambah Nizar menyatakan ugutan.
Sepasang mata hitam mula beralun kala mata mendarat pada susuk tubuh genit yang dibalut pijama pink lembut.
Walaupun pijama yang tersarung di tubuh kelihatan sopan, material yang digunakan mampu membangunkan nasfu untuknya meneroka apa yang disembunyikan di sebalik material itu.
Bila sang isteri masih diam tidak berkutik di hadapan meja solek, sang suami tidak menunggu lama untuk membuka langkah. Sekejapan tubuh genit sang isteri sudah berada di dalam rangkulannya.
“You!” Bulat mata Kamila memandang lelaki tidak tahu malu itu.
Dia bagaikan anak kecil, seringkali menjadi mangsa cempungan lelaki itu. Seolah tidak tahu berjalan sendiri. Bengang betul!
Wajah putih bersih sang isteri mula memerah panas. Dibenamkan wajah di bahu suami. Menyembunyikan wajah di situ. Tidak suka melihat senyuman nakal di bibir Nizar yang jelas mengejeknya.
“Zar…” Suara yang bergema tenggelam begitu sahaja bila bibir dipagut sang suami sebaik tubuhnya direbahkan ke katil.
“I akan buat you percaya, sayang,” bisik Nizar lembut. Ingin menembus benteng pertahanan sang isteri.
Dia tidak mahu membuang masa. Lebih 4 tahun masa mereka terbuang. Tidak perlu bermain tarik tali sedangkan Kamila sudah bergelar isterinya. Selamanya akan kekal begitu.
“Kenapa I perlu percaya?” bidas Kamila hampir tidak kedengaran. Keliru dengan tingkah lelaki itu.
Nizar mahu memaksanya untuk percaya. Malang sekali dia belum mampu untuk membuang curiga di hati.
Jika benar Nizar masih cinta, kenapa Nizar perlu mengugut dan memaksanya? Kenapa perlu menyakiti hatinya?
Jauh di sudut hati bukan itu soalan yang hebat menghujam. Dia sebenarnya meragui diri. Apa yang terlalu istimewa pada diri hinggakan Nizar masih menginginkannya?
Dia cuma perempuan biasa. Tiada apa yang hebat. Jauh sekali istimewa. Jika dia masih belum disentuh sesiapa, mungkin logik untuk Nizar memaafkannya. Malangnya dia seorang janda. Perempuan yang sudah disentuh lelaki lain.
Terlalu ramai pilihan yang lebih baik di luar sana. Gadis yang masih dara. Belum disentuh sesiapa. Isteri yang akan menjadi milik Nizar Naail sepenuhnya. Tidak punya memori semalam yang mampu menyakiti lelaki itu.
Sesungguhnya dia tidak faham. Dan itu membuatnya terus berusaha untuk menguatkan benteng agar hati tidak mudah mencair di tangan sang suami. Suami yang bijak membuai hati. Membuatnya terasa diperlukan dan diinginkan seorang suami.
Mungkin Nizar mahu dia kembali cinta. Kemudian dengan kejam memijak perasaannya tanpa belas. Meninggalkannya sepertimana dia meninggalkan lelaki itu dulu.
Tak mustahil, bukan?
Tersugil senyuman sayu di bibir mengenangkan kemungkinan itu. Walaupun perkara itu belum berlaku, hati sudah dicengkam kesakitan yang sukar untuk ditafsir,
“Fikiran you tak patut melayang ke tempat lain, sayang. Your focus should be on me,” deram Nizar tidak berpuas hati bila perasan fokus Kamilanya bukan pada suami yang cuba mendominasi.
Senyuman yang bermain di bibir merah sang isteri buat hatinya turut sama berdenyut sakit. Entah apa yang difikirkan sang isteri ketika ini.
Jemarinya melata di bibir itu. Cuba menyapu kesayuan yang tertera di situ. Dia hanya ingin melihat senyuman manis terpasak kemas di situ. Bukan kesayuan yang mampu menjerut hatinya.
“You perlu percayakan suami you. I punya masa yang panjang untuk buat you percayakan I, Mila,” bisik Nizar syahdu.
“If I don’t?” soal Kamila menduga.
“You will, darling. You will,” balas Nizar yakin. Dia punya seumur hidup ini untuk menyakinkan Kamila. Mana mungkin dia tidak dapat menembusi benteng pertahanan sang isteri. Dia cuma perlukan sedikit masa.
“Yakin benar?”
“Dulu pun I mampu buat you percaya. Sekarang… I lebih dari mampu, Mila.”
“Why…”
“I’m your husband, Mila. Suami yang perlu you taati dan hormati. Suami yang perlu you kasihi. Suami tempat you serahkan diri. Jiwa dan raga.”
Bisikan syahdu lelaki itu buat bibir Kamila terkunci rapat. Tidak mampu menidakkan hakikat yang satu itu. Nizar Naail, suami Nur Kamila. Suami untuk ditaati, dihormati dan dikasihi. Benar.
Tangan yang mula meliar menyelak pijama yang dipakainya buat soal itu berterbangan lari. Mata mencerun tajam pada sang suami yang mula menuntut hak yang satu itu.
“You!”
“I tengah berusaha, sayang,” ucap Nizar tersenyum nakal. Tangannya semakin hebat meliar. Berusaha sungguh.
“Zar…”
“I sanggup bekerja keras untuk isteri I. Untuk pastikan rahim you berisi secepat mungkin,” tukas Nizar bersahaja.
“Nizar Naail!” deram Kamila geram. Wajahnya terasa bagai dipanggang ketika ini. Panas!
“Kenapa? Tak sanggup lahirkan anak untuk I, hurm?” soal Nizar serius.
Kamila mengetap bibir rapat. Sesungguhnya soal anak tidak pernah terlintas di fikirannya. Baik bersama Syakir dulu mahupun ketika ini bersama Nizar.
Dia tidak pernah membayangkan diri mengandungkan amanah yang berat untuk dipikul. Amanah yang cukup manis untuk wanita bernama isteri.
“We will get one. As soon as possible,” putus Nizar tersenyum penuh makna meneruskan usaha untuk mendapatkan zuriat memeriahkan hari-hari mereka. Apatah lagi bila usaha itu memberinya peluang untuk meneguk madu sang isteri. Takkan dilepaskan sama sekali.
“KAU lari sampai ke sini?” soal Kamila separuh mengejek. Berpeluk tubuh merenung wajah teman yang kelihatan cukup keruh. Entah apa yang berlaku hingga sanggup menjejakkan kaki di rumah suaminya.
“Tak boleh ke? Ganggu orang berbulan madu ke?” balas Dahlia sinis. Turut berpeluk tubuh. Bibir memuncung. Panjang sedepa. Ingin menyatakan protes entah pada siapa.
“Bulan madu? Siapa?” tingkah Kamila tertawa lucu.
Bila masa pula dia pergi berbulan madu? Berbulan madu bersama mentua ke?
Jika dia tahu dia akan tinggal bersama mentua, lebih baik dia meminta Nizar membawanya jauh ke luar negara. Sekurang-kurangnya tidak perlu setiap hari mendengar sindiran pedas Puan Warda.
Selama 5 hari dia menjadi menantu, Puan Warda tidak pernah lupa cuba membuat telinganya berdesing. Jika tidak menyindir pasti memuji perempuan lain yang lebih baik untuk anaknya. Macamlah dia yang merayu pada Nizar untuk menjadi isteri.
Biarpun dia cuba berlagak seperti bicara si mentua tidak memberi kesan padanya, hati tetap sedikit terusik. Kerana apa yang dikata ada benarnya. Dia tidak layak bersama Nizar!
“Kau la. Siapa lagi? Kat mana pun kau berada… yang penting suami kau ada kat sisi kau. Sentiasa memanaskan malam-malam kau,” desis Dahlia kurang senang.
Kamila mendengus halus. Tidak dapat menyangkal tuduhan itu. Sememangnya Nizar tidak lupa memanaskan malam mereka. Ish, miang!
“Kau ni tak puas hati dengan siapa? Muiz?” tebak Kamila menjongket kening mempersoalkan si sahabat yang sudah hilang wajah ceria. Sebaliknya diarak awan mendung.
“Siapa lagi kalau bukan dia?!” deram Dahlia bengang.
Dia benar-benar tidak puas hati. Langkahnya kini terkongkong. Lelaki itu memastikannya tidak dapat bergerak bebas. Dia langsung tidak dibenarkan mencari kekasih baru.
Dia hanya dibenarkan memandang wajah beku Muiz sahaja. Kalau boleh 24 jam lelaki itu mahu menayang wajah di hadapannya. Macamlah lelaki itu suaminya.
“Oh, dia dah mula tuntut hak dia,” komen Kamila tersenyum penuh makna.
“Tuntut hak apa? Dia tak ada hak ke atas aku tau!” Laju Dahlia menafikan.
“Itu kata kau. Bukan dia.”
“Aku tak datang sini nak dengar kau berpihak dengan dia. Aku datang sini nak bergosip dengan kawan baik aku,” deram Dahlia bengang.
Dia menerjah ke sini demi melepaskan diri daripada lelaki itu. Bukan untuk bercerita tentang lelaki itu. Bosan!
“Kau apa cerita? Macam mana Abang Nizar layan kau? Loving? Caring?” soal Dahlia pantas bertukar wajah. Keruh di wajah hilang begitu sahaja. Mata bersinar galak teruja mahu tahu perkembangan sahabat baik.
Tangan menongkat dagu di meja batu. Mata meliar sejenak di segenap ruang taman mini yang menenangkan mata memandang. Memastikan tiada siapa mengganggu mereka berdua. Bersedia memasang telinga agar tidak terlepas satu pun cerita panas rumah tangga orang.
Sejak mendirikan rumah tangga, Kamila langsung tidak menghubunginya. Tahulah masih dalam fasa berbulan madu. Tapi jangan dilupakan terus kawan baik sendiri.
“Yup. Loving. Caring,” akui Kamila tanpa berselindung. Sememangnya itu yang berlaku. Dia tidak perlu menafikan.
“What?!” Hampir terjerit Dahlia mendengar jawapan selamba itu.
“I told you,” tutur Dahlia mendabik dada.
“But I don’t trust him,” tutur Kamila tanpa emosi.
“Kau baru aje jadi isteri dia. Ambil masa kau untuk percayakan dia,” balas Dahlia tenang.
Segalanya perlukan masa. Yang penting Kamila sanggup membuka ruang untuk suami membuktikan keikhlasan hati.
Kamila tertawa kecil. Positif benar jawapan Dahlia. Sama seperti Nizar yang sanggup memberikannya masa.
“Dia nak aku percayakan dia. Percaya pada lelaki yang aku sendiri khianati. I don’t think I can.”
“Kau takut dikecewakan. Kau tak boleh samakan dia dengan Syakir. Tak adil untuk dia.”
“Aku tahu.”
“Syakir tu memang dari awal lagi playboy besar. Tak mudah untuk lelaki macam tu berubah. Tapi suami kau lain. Jauh berbeza. Seumur hidup dia… hanya kau satu-satunya perempuan yang dia sayang.”
Kamila terdiam lama bila dipasakkan dengan hakikat itu. Hakikat yang mampu mengusik seribu satu rasa.
“Dia cuma mahukan kau. Dari dulu… sampaikan ke hari ni. Kau patut percayakan suami kau,” ucap Dahlia menghasut si teman supaya mudah menerima lelaki yang jarang wujud di dunia ini.
Sukar untuk mencari lelaki yang setia. Lebih sukar lagi untuk mencari lelaki yang masih setia walaupun pernah dikhianati.
Baginya Kamila cukup bertuah memiliki suami seperti Nizar. Menerima Kamila seadanya. Tidak mempertikaikan status janda yang dipegang biarpun lelaki itu punya pilihan yang lebih baik.
“Aku tahu.” Hanya itu yang mampu terluah di bibir. Hati hebat diasak pelbagai rasa. Akal keliru untuk membuat keputusan.
“He’s here,” ucap Kamila setelah lama membisu tanpa kata. Mata tertunak pada lelaki tinggi lampai yang sibuk merenung buruan yang berani menghilang dari pandangan.
Dia agak terkejut sebenarnya dengan kemunculan lelaki itu. Pasti Nizar yang membenarkan lelaki tinggi lampai itu mencari buruan hingga ke taman mini di mana mereka bersantai.
Sepasang tangan lebar mendarat di bahu Dahlia. Buat gadis itu kejung tanpa kata. Hanya sepasang mata memandang Kamila mengharap simpati. Jelas meminta Kamila menghalau tetamu tidak diundang.
“Be a good girl, Lia. Go home with me.”
Suara bernada diktator itu buat Kamila tidak berniat untuk membantu. Tiada guna menghulurkan bantuan sedangkan Dahlia tetap akan diheret pulang.
Dia tahu lelaki itu pasti mendapat kebenaran Tuan Marzuki sendiri. Jika tidak mana mungkin Muiz dapat ‘membuli’ anak gadis kesayangan lelaki berpengaruh itu.
“Help me, Mil,” ucap Dahlia separuh merayu. Wajah yang tadinya ceria sekelip mata berubah mendung.
Kamila menahan tawa dari meledak. Simpati bercambah di hati. Simpati pada teman yang sebelum ini bebas kini terkongkong dek lelaki diktator.
Salah Dahlia sendiri kerana mampu mencuri hati lelaki seperti Muiz. Jika takut dibadai ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika tidak mahu diburu pemangsa, jangan sesekali menjadi mangsa.
“Mila tak boleh tolong you.”
Suara garau yang bergema mematikan harapan Dahlia. Suami Kamila jelas mahu menghalaunya pulang.
Sia-sia sahaja dia membela lelaki itu di hadapan Kamila. Lain kali akan dihasut Kamila agar tidak mudah percaya pada suami sendiri. Humph!
“I rasa dah cukup lama I biarkan you pinjam isteri I. I want her back,” ucap Nizar bersahaja.
Bulat mata Dahlia mendengar tuduhan itu. Cukup lama? Mata mengerling pada jam di tangan. Baru sejam dia berborak dengan Kamila. Kedekut benar!
“Mila… jangan mudah percaya dengan lelaki yang kedekut,” tingkah Dahlia mula menghasut. Bengang.
Bukannya mahu bersimpati. Malah jelas menghalaunya pergi. Entah-entah kemunculan Muiz disebabkan Nizar memberitahu yang dia berada di sini. Tak mustahil.
“Okey. Aku takkan mudah percaya,” sokong Kamila menahan tawa dari tersembur.
Tadi bukan main lagi Dahlia membela. Kini sibuk menghasut hanya kerana dihalau Nizar. Baru padan muka.
“What are saying, hurm?” soal Nizar mula mengugut. Tubuh yang selesa duduk bersandar di kerusi batu dengan mudah ditarik ke dalam dakapan.
Dagu runcing sang isteri dipaut memaksa memandang ke arahnya. Bibir yang bersetuju dengan bicara Dahlia dipicit geram.
“Ouch!” Kamila mengaduh sakit bila bibirnya menjadi mangsa jemari lelaki itu.
“I tak suka you sokong orang luar,” deram Nizar memberi amaran. Jika bukan di hadapan tetamu, sudah lama dipagut bibir itu. Menghukum sepuas hati.
“Orang luar?” tingkah Dahlia terkebil-kebil memandang lelaki yang tidak tahu kenang budi. Sakit betul hati bila jasa yang ditabur langsung tidak berbalas. Sebaliknya dirinya dianggap seperti orang luar.
“Damn it!”
Sebaik Dahlia menyumpah lelaki itu, bibirnya pula menjadi mangsa tangan lebar Muiz. Lelaki dominan yang sedari tadi membisu tanpa mencelah kini mula bertindak. Tidak suka mendengar gadisnya menghamun mahupun menyumpah.
“What are you doing here?!” tingkah Dahlia menepis tangan lebar lelaki itu.
Dia bingkas bangun. Menjarakkan diri dari lelaki yang cuba merantai kakinya. Tidak sudi mengikut lelaki itu pulang.
“You patut tahu jawapannya,” balas Muiz tenang. Selangkah dia merapatkan jarak di antara mereka lalu pinggang ramping Dahlia dipaut selamba.
“Let go of me!” deram Dahlia cuba meleraikan pautan tangan kekar di pinggangnya. Hanya lelaki itu begitu berani mendominasinya begini. Tiada lelaki lain yang berani menyentuh tanpa kebenaran.
“You cuma ada 2 pilihan, Lia. You boleh berjalan gunakan kaki you sendiri atau…” Ayat itu sengaja digantung membiarkan si gadis membayangkan sendiri apa yang akan berlaku jika memilih pilihan kedua.
Dahlia mendengus kasar. Diteguk liur yang terasa berpasir. Dia tahu Muiz akan mengotakan apa yang dikata. Jika dia tidak menggunakan kaki sendiri, dia tahu lelaki itu tetap akan mengheretnya pulang dengan cara berbeza.
“I will walk,” putus Dahlia pasrah dengan suratan takdir.
“Thank you,” ucap Muiz pada Nizar yang sudi memulangkan gadisnya.
Nizar sekadar mengangguk sekilas. Fokusnya tertumpu pada sang isteri yang bakal dihukum sekejap lagi. Tidak peduli pada jelingan maut yang sempat dihadiahkan oleh Dahlia. Menuduhnya sebagai pemberi maklumat.
Sememangnya dia yang mengkhabarkan pada Muiz tentang ‘banduan’ yang terlepas. Segala yang berkait rapat dengan isterinya pasti diambil tahu. Dan dia tahu betapa Muiz mahukan Dahlia sebagai isteri. Dia lebih dari sudi untuk membantu demi mengurangkan masa sang isteri bersama gadis itu.
“You tak patut buat macam tu,” tutur Kamila kurang setuju setelah pasangan merpati sejoli itu hilang dari pandangan mata.
“Really? You tak perlu fikir pasal kawan baik you. You patut fikir tentang hukuman you, sayang,” balas Nizar bersahaja. Mengheret sang isteri ke bilik mereka walau mentari masih terlalu cerah menerangi alam. Tidak peduli pada protes yang terbit dari bibir merah yang bakal dihukum sepuas hati.
Tidak mahu percaya padanya? Dia akan mengajar bibir itu agar tahu menyebut sendiri perkataan itu. Pasti!
“SUAMI kau kejam!” kutuk Dahlia menderam di hujung talian kala mentari masih malu-malu untuk menampakkan diri. Awal pula gadis itu mencelikkan mata.
“Bukan kau suka sangat jadi pembela dia ke?” bidas Kamila sinis.
Bukan sahaja Nizar berlaku kejam dengan Dahlia. Dia sendiri turut menjadi mangsa kekejaman lelaki itu. Pagi ini bibirnya terasa bengkak. Berdenyut-denyut dek kerakusan seorang suami.
“No more,” deram Dahlia menyatakan protes.
Dia tidak akan membela lelaki tidak mengenang budi itu lagi selepas ini. Biarkan Kamila meninggalkan lelaki itu. Jangan percaya pada bicara manis. Mencurigakan. Humph!
Terletus tawa di bibir Kamila mendengar azam si teman. Baru tahu mahu berpihak padanya. Dia tergeleng-geleng sendiri. Lucu.
“Kau kena tolong aku, Mil,” pinta Dahlia separuh merayu.
“Tolong apa?” Kamila menjongket kening.
“Tolong aku lari. Aku tak boleh hidup macam ni. Tak ada kebebasan. Bosan!” adu Dahlia bengang.
Ke mana sahaja dia pergi pasti diekori pengawal keselamatan yang diarahkan Muiz. Bukannya dia dalam keadaan berbahaya hingga memerlukan perlindungan pengawal. Cuma lelaki itu mahu mengawasi setiap pergerakannya. Tidak membenarkan dia mencari kekasih baru. Damn him!
“Kau rasa aku boleh tolong kau ke?” soal Kamila sinis.
Kakinya sendiri sudah tidak sebebas dulu. Seminggu menjadi isteri, dia diheret ke mana sahaja oleh sang suami. Tidak diberi peluang untuk menyendiri.
Mahu menjenguk syarikat sendiri juga tidak dibenarkan selagi fasa bulan madu belum berakhir. Ke syarikat lelaki itu boleh pula. Suka benar menggunakan kuasa veto. Tidak adil.
“Sampai hati kau,” tingkah Dahlia kononnya kecewa. Dia tidak menyalahkan Kamila. Dia cuma mahukan tempat mengadu.
“Daddy kau macam mana?”
“Daddy aku? Humph!”
“Kenapa dengan daddy kau?” Kamila menahan tawa mendengar protes si teman. Macam anak kecil.
“Kau ingat kalau bukan sebab daddy berkomplot dengan mamat tu dia boleh halang langkah aku ke? Daddy aku dah tak sayang anak dia ni,” adu Dahlia sayu.
Bukan sahaja langkahnya terikat, batang hidung Tuan Marzuki juga tidak kelihatan di hadapan mata. Bercuti ke luar negara tanpa pengetahuannya. Meninggalkannya sendiri dengan lelaki diktator seperti Hitler. Kejam benar!
Kamila tertawa kecil. Dapat dibayangkan wajah si teman ketika ini. Pasti seperti ayam berak kapur. Simpati bercambah di hati. Pun begitu dia pasti Muiz dapat memenangi hati temannya itu.
“My condolences,” ucap Kamila serius.
“Kamila!” Geram pula mendengar ucapan itu. Kamila jelas mempersendakannya. Dasar kawan tak membantu langsung.
“Aku kena turun dulu, Lia. Nak sediakan sarapan. Takut nanti mulut mentua aku mula membedil di pagi hari,” ucap Kamila menamatkan perbualan. Jeritan Dahlia yang belum puas melepaskan geram tidak dipedulikan.
Pagi ini dia sengaja mahu menjejakkan kaki di dapur. Bukan cuba mengambil hati. Cuma tidak mahu dilabel sebagai menantu pemalas. Sesekali perlu juga merajinkan diri.
GELAK TAWA di pagi hari memeriahkan suasana. Suara ceria si gadis yang kedengaran begitu lembut buat kening Kamila terjongket. Ingin tahu siapa gerangan yang datang.
Syazza tidak mungkin berbicara selembut itu. Si adik ipar ceria dan lantang orangnya. Tapi tidak selemah dan selembut suara yang menyapa gegendang telinga.
Mentari baru sahaja sudi menonjolkan diri. Sudah ada tetamu yang tidak silu mengganggu penghuni banglo 3 tingkat ini. Siapa?
Senyuman sinis tersugil di bibir kala mata mendarat pada gadis yang sibuk menolong Puan Warda di dapur. Berlagak seolah gadis itu pula menantu keluarga ini.
Kamila berpeluk tubuh. Menjongket kening mempersoalkan niat si gadis manis datang tanpa diundang. Tentu sahaja mahu merampas Nizar daripadanya.
Tidak cukup dengan sindiran dan kata-kata berbisa dari si mentua. Kini ingin menayang di hadapannya calon menantu pilihan pula. Mungkin mahu dijadikan madunya selepas ini.
Hah! Jangan harap itu mungkin berlaku. Jika Nizar mahukan gadis itu, dia lebih dari sudi mengundurkan diri. Tidak perlu dia diheret ke dalam perkahwinan yang tidak diingini. Berdepan dengan mentua yang tidak silu menunjukkan benci.
“Menantu umi tak bangun lagi ke?” soal si gadis dengan nada cukup prihatin.
“Perempuan tu?” soal Puan Warda sinis. Si gadis mengangguk perlahan.
“Selagi matahari tak terpacak kat atas kepala ni… jangan harap nak nampak muka. Bukannya tahu nak tolong umi kat dapur ni. Kalau bukan sebab Zar, dah lama umi halau perempuan tu dari rumah ni!” deram Puan Warda tidak dapat mengawal amarah sebaik menyebut tentang menantu yang dibenci.
Masakan tidak bila setiap bicaranya seperti angin lalu sahaja di telinga perempuan itu. Si anak pula sibuk membela. Sudah seminggu dan dia masih belum dapat membuli menantu di dapur lagi.
“Mungkin sebab dia letih sangat kot, umi. Abang Zar kan pengantin baru. Mesti…” Ayat itu sengaja digantung membiarkan fikiran Puan Warda meliar sendiri.
“Dasar perempuan jalang. Tahu menggoda jantan aje. Sebab tu Zar langsung tak nak dengar cakap umi. Kalau dah janda memang macam tu,” selar Puan Warda pedih.
Kamila yang menjadi penonton bisu tersenyum pahit diselar begitu. Di mata wanita veteran itu dia kelihatan seperti perempuan murah. Hanya tahu menggoda lelaki.
Hanya kerana status yang dipegangnya, Puan Warda sanggup melabelnya begitu. Dia yang tidak pernah mengganggu mana-mana lelaki dikatakan jalang. Lucu benar.
Hati tetap berdenyut sakit biarpun dia tahu dirinya bukan seperti yang dituduh. Tiada siapa suka digelar begitu.
“Tak baik umi tuduh dia macam tu. Abang Zar takkan suka perempuan macam tu. Pilihan Abang Zar mesti dah cukup baik untuk dia. Fari aje yang tak berjodoh dengan Abang Zar,” tutur Farisha sayu. Jelas kecewa bila tidak menjadi pilihan Nizar.
“Fari apa tahu? Jantan ni bila dah nampak betina kadang-kadang boleh buta. Tak nampak dah baik atau buruk kat depan mata,” tingkah Puan Warda tidak bersetuju.
Kalau Nizar tahu membuat pilihan, kenapa perlu membawa pulang janda sebagai menantunya? Sudahlah perempuan itu juga yang meninggalkan Nizar dulu.
Kalau Nizar tidak memilih Farisha sekalipun, biarlah pilihan yang dibuat yang terbaik. Yang masih dara. Punya personaliti yang baik. Dia pasti tidak akan menghalang. Yang penting bukan Kamila!
“Abang Zar dah pun pilih dia jadi menantu umi. Umi kena belajar terima dia. Fari tak nak tengok umi berperang dingin dengan Abang Zar sebab menantu umi tu.”
“Humph! Nak terima dia? Sampai kiamat pun belum tentu aku boleh terima!” Lantang suara Puan Warda bergema memenuhi ruang dapur.
“Kalau umi tak boleh terima… Zar macam mana?” soal Kamila senada. Mencelah perbualan yang semakin lama semakin kurang enak didengarnya.
“Kau buat apa kat sini?” tempik Puan Warda menyinga. Mendidih darahnya bila tahu perbualannya dicuri dengar oleh si menantu hantu.
“Nak masuk dapur pun salah?” soal Kamila bersahaja. Berlagak seperti bicara Puan Warda tidak memberi kesan padanya.
Dia melangkah ke peti sejuk. Mencapai jus oren yang sentiasa tersimpan di situ. Gelas di kabinet dicapai lalu dituangkan jus oren sebelum diteguk menghilangkan rasa haus.
“Tak salah masuk ke dapur, Kak Mila. Yang salah bila mencuri dengar perbualan orang lain,” ucap Farisha menegur lembut. Usianya yang jauh lebih muda membenarkannya memanggil lawannya kakak.
Kamila tertawa sinis. Dia menyimpan kembali jus oren ke dalam peti ais sebelum melangkah ke sinki untuk membasuh gelas kotor.
“Kalau takut orang dengar… lain kali berbisik aje. Jangan bersuara sampai semua orang boleh dengar,” balas Kamila tenang.
“Kurang ajar!” tempik Puan Warda marah. Terasa dirinya disindir si menantu. Suaranya yang sedari tadi begitu lantang. Bukan Farisha.
“Kenapa umi marah sangat? Salah ke apa yang Mila cakap?” Dipasak senyuman manis di bibir. Sengaja memprovok si mentua. Tahu semakin manis senyuman di bibirnya, semakin hebat menyala amarah wanita veteran itu.
“Kau ingat aku tak tahu, hah? Kau tu dah la janda. Ada hati lagi nak memilih. Anak aku sanggup pilih kau pun dah cukup baik kau tahu. Kalau bukan anak aku yang sudi… tak ada jantan lain yang mahukan perempuan macam kau ni!” Tinggi suara Puan Warda hampir menggegarkan dapur yang luas.
Dada Puan Warda berombak hebat. Semalam bukan dia tidak mendengar bicara perempuan itu bersama si kawan baik.
Dari bicara mereka jelas menyatakan Nizar yang terlalu inginkan Kamila. Bukan Kamila yang sudi menerima anaknya. Hakikat itu membuat hatinya mendongkol marah. Tidak faham apa yang dilihat Nizar sampaikan masih mahu mengheret perempuan yang tidak sudi untuk dijadikan isteri.
Dia yang meletakkan salah pada Kamila yang disangka menggoda Nizar langsung tidak dapat menerima hakikat itu. Kenapa anaknya yang cukup hebat, sempurna di mata ramai perlu meminta pada yang tak sudi?!
“Kalaupun tak ada jantan lain yang sudi, tak semestinya Mila perlu pilih anak u…”
“Nur Kamila!”
Suara garau yang tiba-tiba mencelah buat Kamila terkedu sejenak. Dia berpaling mencari gerangan suami yang entah bila turun ke dapur.
Wajah merah sang suami jelas menunjukkan amarah yang menyala di hati. Sepasang mata hitam itu marak dengan api.
Marahkan siapa? Marah padanya yang hanya ingin menyebut tentang kebenaran? Marah hanya kerana dia ingin mempertahankan diri?
Bagaimana dengan Puan Warda yang tidak puas-puas menyelarnya? Tidak perlu dipersalahkan? Hanya dia sebagai menantu mudah dipersalahkan?
Kamila tersenyum sinis. Dia membuka langkah. Mahu meninggalkan dapur di mana kehadirannya tidak dialukan.
Sebaik langkahnya cuba melepasi sang suami, tangannya disambar lalu dicengkam erat. Menghalangnya dari terus melangkah.
Kamila mengangkat wajah. Berani menentang renungan sang suami. Tidak gerun. Hati mendongkol marah dengan layanan lelaki itu yang jelas berat sebelah.
Hajat untuk berbuat baik menyediakan sarapan buat suami hanya membawa masalah pada diri. Langsung tidak berbaloi.
“Umi,” panggil Nizar senada.
Puan Warda mengecilkan mata. Memandang si anak dan menantu yang suka benar berkepit di hadapannya. Menjelakkan mata memandang.
“Mila… isteri Zar. Bukan perempuan ni,” ucap Nizar tegas. Dia membuka langkah menuju ke bilik mereka, mengheret sang isteri agar membuntuti langkahnya.
PINTU bilik ditutup rapat. Mata mencerun tajam pada wanita yang tidak sudi berpaling memandangnya. Lebih suka membuang pandang ke dinding putih daripada berbicara dengan suami sendiri.
Amarah yang menyala di dada kian marak dengan sikap sang isteri. Marah pada wanita yang langsung tidak meletakkannya di hati.
Marah yang hadir bukan kerana Kamila melawan cakap Puan Warda. Sebaliknya ayat terakhir yang diucap sang isteri buat hati mendidih tanpa dapat dikawal.
“Kalaupun tak ada jantan lain yang sudi, tak semestinya Mila perlu pilih anak u…”
Sebaris ayat yang dipotong separuh jalan tetap dapat ditebak isinya. Kamilanya memang kejam. Berani berbicara begitu di hadapan Puan Warda. Langsung tidak meletakkannya di mata. Seolah hanya dia yang merayu mahukan wanita itu.
Kalau dia tidak muncul, entah apa lagi yang bakal keluar dari bibir sang isteri. Bibir yang berbicara tanpa memikirkan hati seorang suami.
Di mata Kamila dia masih lagi tidak membawa sebarang makna. Hanya lelaki yang mengheret wanita itu ke dalam perkahwinan yang tidak diingini.
Bukan dia tidak mendengar bicara Puan Warda yang menyelar Kamila tanpa belas. Bukan tiada ralat di hati dengan sikap umi sendiri. Tidak bermakna Kamila boleh berbicara tanpa memikirkan maruah seorang suami. Menyatakan yang dia bukan pilihan hati di hadapan Puan Warda sendiri.
Walaupun apa yang diucapkan itu benar, namun bicara Kamila jelas menunjukkan tiada rasa hormat padanya di hati seorang isteri. Tiada tempat selayaknya untuk seorang suami.
“Marah? Tak suka I menjawab depan umi you?” tingkah Kamila memecahkan kebisuan yang terasa mencengkam di antara mereka. Kebisuan yang buatnya terasa seperti seorang pesalah menanti hukuman.
Direnung tajam oleh sang suami buat hatinya cukup tidak selesa. Buatnya ingin cabut lari. Malang sekali tangannya masih kemas di dalam cengkaman lelaki itu.
Meledak tawa sinis di bibir sang suami. Dagu Kamila disambar kasar. Bibir merah yang berbicara sesedap rasa dipagut dan dihukum tanpa belas.
Bulat mata Kamila tiba-tiba diserang begitu. Sang suami lebih suka bertindak dari berbicara. Menghukum bibirnya tanpa sebarang perbicaraan. Apa salahnya?!
Ditolak dada lebar itu cuba menyelamatkan bibir yang terasa bengkak dikerjakan lelaki itu. Mata mencerun marah bila diri dihukum sedangkan tidak bersalah.
Salahkah dia melawan bicara Puan Warda? Dia sekadar membalas sinis. Bukan menghamun wanita veteran itu. Kenapa Nizar kelihatan begitu marah?
Perlukah dia menerima sahaja segala selaran dari Puan Warda? Menelan tanpa melawan. Baru puas hati agaknya bila melihat hatinya dihiris-hiris dengan tuduhan si mentua yang hanya ingin menyakitinya.
“Lepaskan I!” deram Kamila bengang. Bibir yang baru dilepaskan sang suami dikesat berkali-kali. Seolah jijik dengan sentuhan suami.
Amarah yang menyala di hati buatnya tidak sudi menerima sentuhan lelaki itu. Ingin menyapu pergi segala kesan. Tidak peduli tindakannya itu mampu menambah amarah di hati suami.
“Kenapa you nak hukum I? Salah sangat ke apa yang I balas depan umi you? Dia boleh selar I macam-macam. I langsung tak boleh balas. Perlu terima semuanya. Perlu dihukum selamanya. Macam tu baru you puas hati, kan?” tingkah Kamila marah.
Dada berombak menahan emosi yang bergolak ketika ini. Terasa tiada keadilan di dalam dunia ini.
Kenapa hanya dia yang perlu berkorban? Kenapa hanya dia yang perlu dihukum?
Dia tidak pernah meminta segalanya diberikan di atas dulang emas. Dia sanggup bekerja keras untuk mencapai impian. Menjadi pelajar cemerlang. Membina perniagaan sendiri.
Jangan ingat hanya kerana dia lahir di dalam keluarga yang punya legasi, hidupnya ditatang seperti puteri. Apa yang boleh diharapkan pada syarikat yang hampir lingkup?
Soal cinta pula hadir tanpa dipinta. Dan dia menghargai setiap detik manis di antara mereka. Malangnya cinta yang hadir tidak dapat diteruskan. Dia terpaksa memilih keluarga yang melahirkan dan membesarkannya sedari kecil lagi.
Salah sangat ke?!
“Bukan I yang nak kahwin dengan you. Kalau bukan sebab you yang paksa I, you ingat I perlu hadap mama…”
“Nur Kamila!” Melengking suara sang suami gagal menahan amarah. Sekali langkah tubuh sang isteri sudah dipaku ke dinding. Kemarahan membuak di dada.
“Memang I paksa you kahwin dengan I. Paksa you jadi isteri I. Salah, huh?” deram Nizar garang. Jemari sudah menyambar kasar bibir yang berbicara kejam. Melata di situ. Mata menikam dalam hingga ke dasar hati.
“You…”
“Waktu you kena paksa kahwin dengan jantan tu… you senang-senang terima takdir you, kan? Semudah tu you lupakan tentang I. Terima jantan yang you tak pernah kenal dalam hidup you.”
Bibir Kamila terketap rapat. Tiada kata yang mampu terbit di bibir kala menerima tuduhan berat dari lelaki yang dulu menjadi pilihannya sendiri.
Hati dibelit rasa bersalah memikirkan penerimaan yang berbeza diberikan terhadap Nizar. Sesungguhnya dia tidak cuba untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Menutup segala ruang. Mencipta tembok batu. Biar lelaki itu tidak mampu menyentuh hatinya sekali lagi.
“Bila I paksa you jadi isteri I… macam ni layanan you pada I? Pada lelaki yang sentiasa mencintai you. Dari dulu… sampai ke hari ni, Mila. Forever.” Lirih bicara seorang suami. Kecewa dengan isteri yang masih tidak dapat menerima perkahwinan mereka.
Kamila terkedu tanpa kata. Tidak mampu membidas bicara yang kedengaran ikhlas dari hati. Bukan kata-kata palsu dari lelaki yang cuba membalas dendam padanya.
“Siapa I di mata you, Mila? Am I that worthless?” soal Nizar lirih. Tersugil senyuman sayu di bibir. Senyuman yang jelas mempersendakan diri.
Tubuh genit yang dipaku ke dinding dilepaskan begitu sahaja. Bibir yang kaku tanpa jawapan buatnya mengangkat kaki. Mencipta jarak di antara mereka. Bimbang dia tidak dapat mengawal diri tetap ingin memaksa sang isteri menerimanya.
Tanpa sepatah kata, dia berlalu pergi. Membiarkan sang isteri merenung sayu tanpa mampu menghalang.
“PADA lelaki yang sentiasa mencintai you. Dari dulu… sampai ke hari ni, Mila. Forever.”
Suara itu terus terngiang-ngiang di gegendang telinga. Bagai cuba memasak kemas kenyataan yang satu itu di benak. Biar dia tidak lupa. Tidak ragu yang lelaki itu masih mencintainya. Dari dulu lagi. Hinggalah ke saat ini.
Bibir tersenyum pilu. Hati dibuai seribu satu rasa. Manis bergula, marah, kecewa, takut, simpati, belas dan rasa bersalah. Terlalu sukar untuk menentukan rasa yang mana lebih mendominasi.
Sukar sebenarnya mahu percaya yang lelaki itu masih cinta. Namun ucapan yang terbit dari hati lebih sukar untuk diragui. Lagi-lagi bila hati sendiri ingin meletakkan kepercayaan pada seorang suami.
Nizar Naail masih cinta. Perasaan yang wujud sekian lama belum berubah hingga ke hari. Masih menginginkannya. Bukan mengahwininya kerana dendam yang beraja.
Dia menghela nafas berat. Kenapa perlu mengugut dan memaksa sedangkan lelaki itu cuma perlu meluahkan rasa? Kenapa membuatnya salah sangka yang lelaki itu hanya ingin menyakitinya?
Keliru. Musykil. Timbul kerutan di dahi tercari-cari jawapan pada persoalan yang tidak henti menyerang benak.
Mata melirik pada jam di dinding bilik. Sudah menunjukkan angka 1. Kemudian kembali tertunak pada siling putih. Memandang kosong kala fikiran hebat terganggu.
Nizar belum pulang walau hari sudah lewat. Entah ke mana lelaki itu pergi? Membawa hati yang kecewa agaknya. Kecewa dengan isteri yang tidak bijak menebak cinta seorang suami.
Terletus tawa di bibir. Kedengaran sayu di pendengaran sesiapa yang mendengar. Sayang sekali tiada siapa bersamanya ketika ini.
Fasa bulan madu belum pun tamat dan mereka sudah memulakan perang dingin. Sang suami tidak sudi pulang ke rumah. Menghangatkan malam mereka seperti malam-malam sebelumnya.
Entah kenapa hati bagai terjerut sakit. Dipandang di sisi yang terasa kosong. Tangan membelai lembut mencari kehangatan yang tiada.
Tiada bisikan nakal yang sentiasa mampu membahangkan wajahnya. Memanaskan seluruh tubuhnya. Segalanya terasa sejuk dan beku. Dingin. Sedingin hatinya saat ini.
Terletus keluhan kecil di bibir. Dipejamkan mata cuba membuang segala kekusutan di hati. Entah bila lena datang menjemput. Membawanya menikmati mimpi yang indah.
“BARU jadi isteri… suami pun dah lari,” selar Puan Warda sebaik melihat kelibat si menantu menuruni tangga siap berkemeja pink dipadankan dengan skirt merah separas lutut.
Mahu ke pejabat agaknya. Bergaya bukan main lagi. Nak menggoda jantan dengan penampilan begitu? Jalang!
“Kalau tak tahu jaga suami, kenapa pandai-pandai goda anak aku?” tingkah Puan Warda masih ingin memprovok si menantu.
Langkah Kamila terhenti. Dia merenung tajam si mentua yang masih ingin menyerangnya. Dia tahu andai mahu menggapai bahagia, dia perlukan restu seorang mentua.
Jika tidak merestui sekalipun, cukuplah jika tidak terus-terusan diserang Puan Warda. Sekurang-kurangnya tidak perlu peduli tentang urusan mereka suami isteri.
“Umi… Mila tahu umi tak sukakan Mila. Sebab Mila janda, kan?” soal Kamila tenang.
“Janda? Kau ingat sebab tu ke?” bidas Puan Warda sinis. Siap bercekak pinggang.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau perempuan mata duitan. Waktu anak aku tak punya harta, kau tinggalkan dia macam tu aje. Ikut jantan yang lebih kaya. Jantan yang mampu bagi kau hidup mewah. Bila anak aku dah ada status, dah ada harta, baru kau sudi terima dia. Semua sebab harta, kan? Perempuan macam kau ni tak layak untuk anak aku!”
Kamila tertawa lucu. Jika dia benar seperti tuduhan Puan Warda, kenapa dia sanggup menerima Nizar ketika lelaki itu tidak punya apa-apa?
Walaupun syarikat keluarganya hampir ranap ketika itu, statusnya tetap melebihi Nizar ketika itu. Jika disamakan mereka seperti enggang dengan pipit juga tidak salah.
“Kalau Mila cuma nampak wang dengan harta… dari awal lagi Zar tak mungkin dapat tawan hati Mila,” balas Kamila tenang.
“Kau…”
“Memang salah Mila tinggalkan anak umi dulu. Tapi kalau Mila seburuk yang umi sangka… Zar takkan jadikan Mila isteri dia walaupun Mila pernah tinggalkan dia,” potong Kamila laju.
“Humph! Kau pandai goda dia. Sebab tu…”
“Anak umi tu belum buta lagi. Kalaupun umi tak percayakan Mila… umi patut percayakan pilihan anak umi. Nizar lelaki yang hebat. Mampu capai apa yang tak ramai orang boleh capai. Tak mungkin lelaki sehebat anak umi boleh termakan pujuk rayu perempuan bermata duitan,” tingkah Kamila memasakkan kenyataan itu di benak Puan Warda.
Lelaki seperti Nizar yang mampu membawa syarikat ke puncak tidak mudah untuk termakan pujuk rayu seorang perempuan. Jika Nizar selemah itu, mustahil untuk lelaki itu mencapai kedudukan yang dimiliki hari ini.
Puan Warda mendengus kasar. Tidak mahu menerima kebenaran dari menantu yang tidak disukai. Namun tidak juga dapat menidakkan bicara wanita muda itu.
Anak yang dibanggakannya sudah tentu tidak buta menilai. Hanya dia yang ingin membutakan mata. Tidak sudi menerima perempuan seperti Kamila sebagai menantu.
“Mila rasa umi lebih kenal anak umi. Nizar takkan buat pilihan yang salah,” ucap Kamila seraya melangkah keluar ingin menuju ke syarikat.
Dia sudah menyatakan apa yang patut dikata. Terpulang pada Puan Warda untuk menilai baik dan buruk di hadapan mata.
Jika Puan Warda masih ingin memburukkannya, dia tidak berdaya untuk mengubah persepsi manusia lain. Puan Warda punya mulut. Boleh berkata apa sahaja. Dia pula boleh memilih untuk memekakkan telinga. Tidak perlu peduli dengan bicara palsu manusia lain.
“BARU sekejap masuk pejabat macam dah mula merindu?” usik Aisya. Berani mengganggu majikan yang jelas tidak berada di pejabat ketika ini. Hanya jasad yang kelihatan. Fikiran sudah melayang mencari sang suami yang baru dikahwini.
“Pandai mengusik, huh?” tingkah Kamila mencerun tajam pada setiausaha yang tersengih-sengih memandangnya.
Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengembalikan fokus pada laporan yang bertimbun di atas meja.
Sukar untuk fokus kala fikiran dipenuhi si suami yang langsung tidak menghubunginya.
Merajukkah lelaki itu hingga tidak pulang semalam? Sudah tidak sudi memandang wajah isterinya lagikah?
“Bos, kalau dah rindu apa kata pergi aje jumpa orangnya. Kerja kat pejabat ni boleh tunggu,” sogok Aisya seronok menggiat.
Bukan selalu dapat melihat si majikan diusik rindu. Pertama kali sebenarnya. Selalu dingin macam tak ada perasaan.
“Oh, should I?” soal Kamila tersenyum sinis. Dicapai tas tangan di atas meja lalu dia bingkas bangun. Melangkah meninggalkan pejabat tanpa sepatah kata.
Dari menanti orang yang tidak kunjung tiba, lebih baik dia sendiri yang pergi mencari. Memastikan sang suami tidak dicuri perempuan lain.
Dia tidak akan membenarkan lelaki yang sudah membuai hatinya mengelakkan diri. Bukan Nur Kamila namanya jika lari dari masalah.
Melopong si setiausaha melihat betapa pantasnya tindakan si majikan. Dia cuma memberi usul. Siapa sangka si majikan begitu cepat menyambar peluang.
Perempuan kalau dah mula cinta, karakter pun mudah untuk bertukar. Lain macam. Ish!
“WHY are you here?” soal Nizar tanpa emosi. Kedatangan sang isteri memberi kejutan sebenarnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang riak di wajah. Malah memandang pun tidak sudi.
“You tak balik semalam,” komen Kamila senada. Direnung sang suami yang masih setia menatap skrin komputer riba seolah dia tidak wujud di hadapan mata lelaki itu.
“Do you even care?” soal Nizar sinis mengangkat wajah menentang renungan sang isteri. Isteri yang dirindu walau sekejap cuma tidak bertemu.
“I do,” balas Kamila jujur.
Dia melangkah menghampiri sang suami. Dipaut dagu sang suami tanpa silu. Meniru cara lelaki itu selalu mendominasinya.
Bibir yang terbuka mahu mempersoalkan niatnya dipagut tanpa sebarang amaran. Mendominasi lelaki yang selalu berlagak diktator di hadapannya. Menikmati kemanisan lelaki yang bergelar suami. Tidak malu menuntut hak seorang isteri.
Nizar terkedu sesaat dengan keberanian Kamilanya. Kamilanya yang tidak gentar menyatakan rasa hati. Membentangkan jiwa dan raga di hadapannya. Dan dia tahu apa yang cuba disampaikan dengan ciuman yang mengasyikkan dari wanita itu.
“Do you trust me now?” soal Nizar serius. Menuntut jawapan dari bibir merah yang masih ingin dinikmatinya.
Kamila mengangguk sekilas. Sepasang mata hazel bersinar galak menunjukkan betapa dia mempercayai lelaki di hadapan mata. Dia tidak bodoh untuk mempersoalkan lagi cinta di hati lelaki itu. Cinta yang selamanya menjadi milik Nur Kamila.
Lebar senyuman yang tersugil di bibir sebaik menerima jawapan itu. Ditarik tubuh genit itu ke dalam dakapannya. Wajah dibenamkan di leher jinjang sang isteri menghirup haruman tubuh itu. Haruman yang mampu menenangkan jiwa seorang suami.
“I love you. Always, Mila. Always,” ucap Nizar syahdu. Menyatakan cinta yang tak pernah padam.
“I tahu,” balas Kamila lirih. Rasa bersalah menikam hati. Bersalah kerana pernah mengecewakan lelaki itu. Lelaki yang langsung tidak bersalah.
“I’m sorry,” pinta Kamila separuh merayu. Nadanya kedengaran cukup sayu.
“Bukan salah you, sayang. I tak mampu berikan you apa yang you perlukan waktu tu. I yang tak…”
Bicaranya terhenti di situ bila bibirnya sekali lagi dipagut sang isteri. Tidak membenarkannya menyalahkan diri.
Kamila menggeleng perlahan. Menghalang Nizar meletakkan salah itu di bahu sendiri. Nizar cuma mangsa keadaan. Jauh sekali untuk menjadi seorang pesalah.
“Will you love me again, hurm?” soal Nizar mengharap cinta di hati sang isteri.
Kamila tersenyum manis. Mengangguk berkali-kali. Ingin menunaikan semua permintaan lelaki itu. Lelaki yang sanggup menunggunya bertahun-tahun lamanya. Menanti tanpa syarat.
“I takkan benarkan you berkorban demi keluarga you lagi. I takkan biarkan you kekurangan apa pun, sayang. I akan berikan you segala yang you mahukan…”
“I cuma perlukan suami I, Zar. Suami yang mencintai I sepenuh hati. Suami yang mampu setia sampai I menghembuskan nafas terakhir. Itu dah cukup,” potong Kamila lembut.
Dia tahu Nizar mampu memberikan segala kemewahan jika itu yang dipintanya. Lelaki itu membina empayar kerana mahu berdiri sama tinggi dengannya. Bukan lagi pipit yang cuba menawan enggang. Sebaliknya menjadi helang yang begitu mudah mendominasi.
Namun bukan harta yang dimahukannya. Dia inginkan kehangatan kasih seorang suami. Mahukan kehadiran suami yang mencintai dan menghargainya. Dan dia tahu Nizar akan pastikan dia mendapat apa yang dihajatinya.
Saat ini bahagia itu terasa begitu dekat untuk digapai. Bukan lagi satu perkara yang mustahil untuknya. Bibir merekah dengan senyuman manis. Senyuman yang mampu menceriakan hari sesiapa yang memandang.
“I’m all yours, Mila,” ucap Nizar tersenyum puas. Puas bila wanita yang ditunggu-tunggu kini membalas rasa yang sama. Buat hatinya yang sudah lama terluka terubat sekelip mata.
“LAIN macam aura orang bahagia ni. Rasa macam rumah ni penuh bubble cinta,” komen Syazza tersenyum meleret. Dapat dirasakan kelainan pasangan di hadapan mata sejak 5 hari lalu.
Sekilas ikan di air dia sudah dapat membaca perubahan yang berlaku. Sebelum ini si kakak ipar tidak melayan si abang begini mesra. Serius sahaja kelihatan di mata.
Sekarang bukan main lagi. Servis yang diberikan cukup tip top. Air dan makanan disediakan tanpa perlu diminta. Berbicara sentiasa lembut dan penuh hormat. Benar-benar menjadi calon isteri mithali.
Si abang pula sentiasa merenung sang isteri bagai tidak puas-puas. Seolah mahu menelan si isteri biar menjadi satu. Satu tubuh satu jiwa. Biar tiada jurang di antara mereka.
Ish, apa yang berlaku sebenarnya? Dia baru ke Penang bercuti dengan kawan baik selama tiga hari. Berjoli tidak ingat dunia. Pulangnya dihidangkan dengan kemanisan rumah tangga si abang dan kakak ipar. Musykil.
Wajah masing-masing bersinar menyilaukan pandangan remaja single sepertinya. Cubalah bersimpati sedikit.
“Orang bujang apa tahu,” celah Encik Malik tersenyum senang. Dia juga perasan tentang perubahan pasangan merpati sejoli di hadapan mata. Semakin intim dan mesra.
Kalau sebelum ini nampak si menantu seperti dipaksa-paksa. Kini jelas merelakan segalanya.
“Alah, abah ni. Apa pulak tak tahu. Jangan ingat Syazz ni bujang sembarangan. Bujang pun ada ilmu tau,” tukas Syazza mendabik dada.
“Ilmu apa?” Si abang mula menyoal ingin tahu. Ada nada bahaya di situ. Mempersoalkan ilmu yang dimaksudkan si adik.
“Abang Zar fikir apa, eh? Ilmu cinta la. Salah ke?” tingkah Syazza memicingkan mata. Tentu si abang berfikir yang bukan-bukan. Eh, fikirannya masih suci tahu!
Nizar tidak terus menyoal. Mata melirik pada sang isteri di sisi yang tekun menyuap nasi. Diceduk asam pedas ikan pari ke pinggan Kamila menambah lauk untuk sang isteri. Prihatin.
“Haish, tak ada siapa pun sudi cedukkan lauk untuk Syazz ni,” tutur Syazza menayang wajah sedih.
“Untung betul jadi isteri abang Syazz ni, kan Kak Mila?” usik Syazza menjongket kening.
Kamila yang lebih senang mendiamkan diri mengangkat wajah bila namanya dipetik. Dia melempar senyuman manis. Memukau pandangan mereka yang berada di meja makan.
“Untung,” akui Kamila tanpa silu. Jujur.
“Tapi Syazz rasa Abang Zar lagi untung,” betah Syazza kini memahami kenapa si abang betul-betul tangkap cintan.
Si kakak ipar yang dingin beku, selalu kelihatan serius rupanya bila tersenyum ikhlas dari hati mampu memukau pandangan manusia lain. Tidak mustahil Nizar merupakan salah seorang mangsa pukauan si kakak ipar.
Nizar tersenyum lebar mendengar kenyataan itu. Sememangnya dia cukup beruntung. Jika tidak untuk apa dia memaksa Kamila kembali bersamanya?
“Bila Syazz boleh peluk anak saudara ni?” soal Syazza masih belum puas mengusik. Dikerling pada si kakak ipar yang mula merona merah wajahnya.
“Masih berusaha,” balas Nizar selamba. Tangan lebarnya mendarat di perut kempis sang isteri tanpa silu.
Bulat mata Kamila dengan tingkah suami di hadapan keluarga mentua. Mata melirik pada Puan Warda yang mencebik tanpa sepatah kata.
Puan Warda kini lebih senang membisu. Tidak lagi menyerangnya seperti dulu walau masih tidak menyukainya. Sentiasa menayang wajah ketat. Pun begitu dia bersyukur. Sekurang-kurangnya telinganya tidak lagi berdesing dek selaran ibu mentua.
“Fighting, Kak Mila,” ucap Syazza memberi sokongan padu. Tidak sabar melihat hasilnya nanti.
Ish, budak ni. Kamila mendengus halus. Menjadi mangsa usikan si adik ipar buatnya panas punggung. Belum dikira dengan gangguan dari si abang yang sentiasa berusaha keras kala malam menjelma. Tidak sabar mahu menatang zuriat sendiri katanya.
Humph! Pandai betul memberi alasan. Padahal hanya mahu diberikan layanan eksklusif dari seorang isteri.
“YOU nak bawa I ke mana?” soal Kamila resah. Masakan tidak bila matanya ditutup rapat dengan selendang merah memastikan dia tidak dapat melihat apa yang berlaku di hadapan mata.
Yang dia tahu Nizar mengheretnya ke dalam perut kereta sebelum menutup matanya dengan selendang kecil. Suara diktator sang suami yang melarangnya merentap selendang itu buatnya kaku di tempat duduk pemandu.
“You akan tahu sekejap lagi. We are almost there,” balas Nizar tenang. Wajah resah sang isteri dibelai lembut. Cuba menyapu keresahan itu.
Kamila menghela nafas kecil. Cuba menenangkan hati. Tidak pasti apa kejutan yang bakal diberikan oleh sang suami. Terpaksa mengikut rentak lelaki itu.
Tidak lama untuk mereka tiba di destinasi. Tangannya ditarik Nizar memboloskan diri keluar dari perut kereta. Perlahan-lahan menapak menuju ke destinasi yang ingin dituju lelaki itu.
Kaki memijak lantai marmar sebelum dibawa memanjat anak tangga. Semuanya dilakukan penuh hati-hati kala mata terhalang fungsinya.
Kedengaran pintu bilik dikuak perlahan dan tubuhnya ditarik ke dalam dakapan hangat sang suami. Selendang merah yang menutup mata terlerai dari ikatan. Buat matanya terasa silau dipanah cahaya di siang hari.
Terkebil-kebil sejenak mata Kamila sebelum tertunak pada ruang bilik kecil yang dipenuhi dengan memori. Memori pasangan berkasih. Memori sejak pertama kali mereka bertentang mata.
Hati bergolak hebat kala memikirkan betapa sang suami menghargai setiap detik mereka bersama. Tidak pernah cuba membuang lembaran semalam biarpun dia tega melangkah pergi.
Mata terasa panas tiba-tiba. Rasa terharu mengasak dada. Kenapa Nizar masih terlalu cinta sedangkan dia sanggup mengkhianati cinta mereka?
Dia langsung tidak menyangka Nizar masih menyimpan bukti cinta mereka. Dia sendiri sudah membuang segala tanda sebelum bergelar isteri lelaki lain.
“I masih simpan semuanya, sayang,” ucap Nizar lembut. Mata meliar pada setiap satu gambar dan hadiah pemberian sang kekasih. Bibir tersenyum puas dapat menghasilkan galeri cinta mereka.
Segala gambar dan tanda bukti cinta mereka tidak pernah dibuang sebelum ini. Tersimpan kemas tanpa disentuh. Tiada siapa yang tahu.
Dia tidak mahu menyelak kembali memori saat sang kekasih menjadi isteri lelaki lain. Apa haknya untuk merenung isteri orang walau hanya di dalam sekeping gambar yang tidak bernyawa?
“I love you, Zar. I love you so much,” ucap Kamila syahdu meluahkan rasa hati.
Tidak susah untuk jatuh cinta kembali pada lelaki yang hebat membuai hati. Lelaki yang tidak jemu menyatakan cinta padanya. Lelaki yang menatangnya seperti permata berharga.
Ucapan yang ditunggu-tunggu akhirnya bergema menyapa pendengarannya. Bibir sang isteri dipagut tanpa belas.
“Say it again,” arah Nizar mahu mendengar suara lembut sang isteri membisikkan cinta di hati.
Kamila mendengus halus. Bicara cintanya dibalas dengan kerakusan lelaki itu. Seolah mahu menghukum bibirnya. Sepatutnya lebih dihargai.
“Itu hukuman untuk you. Buat I tunggu terlalu lama,” ucap Nizar tanpa rasa bersalah. Menghukum wanita di dalam dakapannya sudah menjadi satu kepakaran.
Kamila mencengkam abdomen berketak sang suami melepaskan geram. Lelaki itu terlalu bijak mencari alasan untuk menghukumnya. Pembalasan dendam Nizar nyata belum berakhir.
Seumur hidup ini pasti dia akan terus-terusan dihukum lelaki itu. Hukuman yang menambah kemanisan di dalam rumah tangga mereka.
Jemari yang begitu berani mencengkam abdomennya ditangkap mudah. Dibawa ke bibir lalu digigit geram.
“Ahhh!” Terjerit Kamila bila gigi sang suami terbenam di kulitnya. Meninggalkan bekas. Mujur tidak mengoyakkan kulit. Mata mencerun tajam menyatakan protes.
“Say it again,” arah Nizar untuk kesekian kalinya.
Kamila mengetap bibir rapat. Tidak sudi mengulang bicara bila lelaki itu sendiri sibuk mahu menghukumnya.
Dia menolak dada sang suami mahu meninggalkan lelaki itu. Bengang. Malang sekali tindakan itu memprovok sang suami untuk bertindak lebih kejam.
Sekali lagi bibirnya menjadi mangsa lelaki itu. Kali ini lebih lama. Lebih mendera. Hingga nafasnya hampir terhenti sesaat.
“You…” Tercungap-cungap Kamila cuba mencuri nafas yang terasa semput. Tubuhnya terasa lemah ketika ini. Mujur sahaja masih berada di dalam dakapan kemas sang suami.
“Say it again, Mila. I tak kisah terus menghukum kalau you masih tak sudi ikut arahan suami you, sayang,” ucap Nizar mengugut tanpa silu.
“You!” Bulat mata Kamila merenung sang suami yang suka sangat menggunakan taktik ugutan. Macam tak ada taktik lain.
“Hurm?” Kening dijongket mencabar sang isteri untuk melawan arahannya sekali lagi.
“I love you. I love you. I love you. I love you. I love… ermmm…”
Sekali lagi sang suami mula mendominasi. Kali ini bukan bibirnya sahaja yang menjadi mangsa. Tubuhnya turut sama diratah rakus. Diheret ke bilik tidur yang terhias indah. Lalu direbahkan ke katil. Menikmati masa berdua tanpa gangguan sesiapa. Hanya Nizar Naail bersama Nur Kamilanya.
“WHERE are we?” soal Kamila lesu. Memandang suami di sisi dengan renungan tidak puas hati.
Dia tidak pasti di mana mereka berada ketika ini. Namun itu tidak menghalang lelaki itu membahamnya hingga tidak meninggalkan sisa. Dasar serigala jadian!
Nizar Naail yang dikenali ketika di kolej dulu tidak pula menunjukkan sebarang tanda untuk berubah menjadi serigala jadian sebaik bergelar suami. Serigala yang sentiasa ingin membaham mangsa tanpa belas.
“Our home,” balas Nizar tenang. Menyebak rambut yang melekap di pipi mulus sang isteri.
“Our home?” soal Kamila agak keliru.
“You ingat I akan biarkan you tinggal sebumbung dengan umi I selamanya, hurm?”
Kamila mengangguk lemah. Dia menyangka dia perlu sentiasa berhadapan dengan renungan benci Puan Warda. Dia sudah pun menerima suratan takdir.
“Suami you tak sekejam tu, sayang. This will be our home. I janji akan tinggal dengan umi selama 6 bulan. Lepas tu I akan bawa you tinggal kat sini. Our heaven,” ucap Nizar lembut.
Merekah senyuman di bibir Kamila mendengar berita itu. Rumah yang disediakan Nizar akan menjadi syurga kecil mereka. Hati teruja menanti waktu itu tiba.
“Tapi umi you dah tak layan I macam dulu. Sekurang-kurangnya mulut umi you dah tak laser macam sebelum ni,” tutur Kamila cuba menyenangkan hati suami.
Dia tahu Nizar tak mungkin suka melihat sengketa di antara umi dan isterinya. Jika konflik dapat dielakkan, itu lebih baik untuk semua.
“Apa yang you cakap dengan umi?” soal Nizar ingin tahu.
Dia tahu tentu ada sesuatu yang diucapkan Kamila hingga Puan Warda tidak lagi menyerang isterinya itu.
“I cuma cakap… anak dia tak mungkin salah buat pilihan.”
“Oh, I tak salah buat pilihan, hurm?” soal Nizar menjongket kening. Mempersoalkan kata-kata itu.
“Kalaupun you salah buat pilihan… I takkan biarkan you nampak salah di mata umi you,” tutur Kamila lembut.
Dia akan cuba menjadi isteri terbaik untuk lelaki itu. Biar Puan Warda tidak dapat mencari walau satu pun kesalahan untuk dipetik di hadapan Nizar.
“Yakin benar, sayang.” Dihadiahkan kucupan hangat di dahi licin sang isteri.
“Of course,” balas Kamila mendabik dada. Walaupun dia terasa diri tidak layak, tidak bermakna dia akan merendah diri di hadapan mereka yang menyerangnya.
“I takkan sia-siakan kepercayaan you, Zar,” bisiknya lembut.
Nizar tersenyum lebar mendengar janji yang diungkap. Dia akan memegang janji itu sampai ke hujung nyawa. Memastikan wanita di dalam dakapannya tidak akan mengecewakannya sekali lagi.
“MANUSIA ni kalau dah bahagia mana ingat kawan baik yang sengsara. Dah terbang sampai ke awan biru. Tak sedar ada yang merana sepi,” selar suara di hujung talian jelas tidak berpuas hati.
“Kadang-kadang manusia ni tak sedar yang dia sebenarnya bahagia. Dia ingat dia sedang merana. Tak tahu menilai erti bahagia atau derita. Keliru dalam perasaan sendiri,” balas Kamila bersahaja.
“Siapa yang bahagia, hah?” tingkah Dahlia garang.
“Bakal isteri Abang Muiz.”
“Kadang-kadang bila manusia dibuai bahagia, dia anggap semua orang pun sama. Bahagia macam dia,” sindir Dahlia bengang.
Situasinya tidak sama dengan Kamila. Dia tidak punya rasa cinta terhadap Muiz sepertimana Kamila punya rasa terhadap Nizar. Mereka berdua pernah berkasih. Sedangkan dia dan Muiz tidak punya sebarang perasaan di antara satu sama lain.
“Kalau kau buka mata kau besar-besar… kau pun akan dapat rasa bahagia macam aku, Lia,” balas Kamila selamba.
“Hah, orang bahagia memang pandai bermimpi di siang hari. Aku masih lagi tahu berpijak pada realiti,” tukas Dahlia sinis. Geram dengan Kamila yang jelas mahu memadankannya dengan ‘musuh’ sejak azali lagi.
“Kau masih di bawah perintah berkurung ke?” soal Kamila ingin tahu.
“Dah tahu buat apa tanya lagi?”
“Dia tak bawa kau keluar?”
“Buat apa nak keluar dengan mamat tu. Lagi bagus aku memerap kat bilik dari tengok muka dia tu,” dengus Dahlia geram. Mujur juga kacak orangnya. Jika tidak harus dihamun satu keturunan kerana begitu berani mengawal langkahnya.
“Yang penting dia sayangkan kau.”
“Hah, kau dah lupa apa dia buat kat aku dulu?” Tinggi suara Dahlia membingitkan telinga yang mendengar.
Kamila menjauhkan telefon bimbit dari telinganya. Menyelamatkan gegendangnya dari dirosakkan si sahabat.
Dia tahu apa dilakukan Muiz terhadap Dahlia ketika masing-masing masih budak hingusan. Namun perkara yang berlaku ketika itu tidak perlu dipanjangkan hingga ke hari ini. Boleh dianggap gurauan saat masing-masing sudah menginjak dewasa.
“Aku tak lupa. Tapi semua tu dah lepas, Lia.”
“Kau nak aku maafkan dia macam mana Abang Nizar kau maafkan kau ke?” selar Dahlia geram.
“Kau tak perlu maafkan dia. Tak ada siapa akan paksa kau maafkan dia. Cuma…”
“Cuma apa?” potong Dahlia pantas.
‘Cuma Muiz tetap takkan lepaskan kau walaupun kau tak maafkan dia.’ Ayat itu tidak terluah di bibir. Tidak perlu diluahkan sedangkan Dahlia sendiri sedar hakikat itu. Hanya gadis itu masih ingin menidakkan kebenaran.
“You cakap dengan siapa?”
Suara garau yang menyapa rapat di telinga buat Kamila kejung sesaat. Bertambah kejung bila telinganya dipagut tanpa sebarang amaran.
“You!”
Dijeling sang suami yang selamba menariknya jatuh ke riba. Sepasang lengan kekar mula membelit pinggangnya.
“Urgh, baru nak curi masa kau sikit. Kedekut betul suami kau ni tau,” rungut Dahlia di hujung talian dapat membaca apa yang berlaku pada si teman.
Sejak Nizar bekerjasama dengan Muiz lebih sebulan yang lalu, dia sudah meletakkan nama lelaki itu untuk disenarai hitamkan. Tidak lagi suka berpihak pada lelaki yang begitu kejam. Berkomplot dengan ‘musuhnya’.
Sesekali akal jahatnya sengaja menghasut Kamila agar tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada suami sendiri. Namun dia tahu Kamila tidak termakan dengan hasutannya.
Kamila kalau sudah membentang hati, mana mungkin dapat dihentikan lagi. Pasti mencintai sepenuh jiwa dan raga. Ingin memberi dan terus memberi tanpa meminta balasan.
“Dia tak suka kau ganggu isteri dia. Dia kata lebih baik kau habiskan masa dengan Muiz dari curi masa isteri dia,” tutur Kamila bersahaja menyampaikan bisikan Nizar pada Dahlia.
“Cakap kat suami kau tu… go to hell,” deram Dahlia bengang terus mematikan talian. Marah diprovok lelaki yang jelas menyokong musuhnya.
Kamila tertawa galak bila sang suami dibedil Dahlia. Mencerun mata Nizar memandang isteri yang begitu suka ketika ini.
“Go to hell, huh?” Suara yang menyoal bersulam amaran yang sukar untuk ditepis.
“Bukan I yang cakap,” tingkah Kamila tidak mahu dipersalahkan di dalam hal ini. Bukan salahnya bila Nizar suka benar memprovok Dahlia.
“She’s your friend,” ucap Nizar masih ingin meletakkan salah itu di bahu sang isteri.
Wajahnya dibenamkan di leher jinjang itu. Menghirup haruman yang mampu menenangkan jiwa. Menghilangkan segala tekanan selepas pulang dari pejabat.
“I tak boleh kawal mulut kawan I.”
“I boleh kawal bibir isteri I,” tingkah Nizar. Dipagut bibir sang isteri membuktikan kata-katanya.
Kamila mendengus geram. Lelaki itu sengaja menuduhnya tidak cuba mengawal mulut Dahlia. Apa lelaki itu ingat dia boleh sesuka hati memagut bibir Dahlia seperti mana yang selalu dilakukan Nizar padanya?
“He loves her,” tutur Nizar tenang. Tidak susah untuk membaca niat lelaki yang mengejar Dahlia.
Lelaki seperti Muiz sama sepertinya. Tidak akan membuang masa jika tidak serius mahukan gadis yang diinginkan.
“I tahu,” balas Kamila mengangguk setuju. “Abang Muiz kena usaha lebih keras untuk buat Lia jatuh cinta.”
“Abang Muiz?” Suara garau sang suami bernada penuh amaran. Jelas mengandung bahaya yang bakal menimpa sang isteri bila berani menyebut nama lelaki lain dengan begitu mesra.
Bertaut kening Kamila melihat sang suami mula diamuk cemburu. Sedari dulu dia memanggil lelaki itu begitu. Salah ke?
“Salah, sayang,” tekan Nizar tanpa silu menyatakan undang-undang baru.
“Bibir you hanya boleh sebut nama I. Suami you,” tambah Nizar dengan nada diktator.
Kamila tertawa sinis. Tergeleng-geleng dengan tingkah suami. Hati dibuai indah dengan cemburu lelaki di sisi. Cemburu yang menyatakan betapa penting dirinya di mata Nizar Naail.
“Zar,” serunya lembut. Mendayu. Sengaja mengusik naluri seorang suami. Mahukannya memanggil nama suami sahaja, kan? Dia lebih dari rela untuk menurut.
“Zar…” Semakin mendayu suara yang menyeru. Jelas ingin menggoda.
Tubuh yang berada di ribaan sekelip mata direbahkan ke katil. Sepasang mata hitam mula beralun merenung seraut wajah indah yang suka benar menduga kesabarannya.
“Call my name again,” bisik Nizar memberi arahan. Suara yang mendayu-dayu menyeru namanya menjadi melodi indah yang membuai hati. Mengasyikkan.
“Nizar Naail… I love you,” bisik Kamila tersenyum nakal. Dia tahu nasib yang bakal menimpa bila dia sendiri sanggup masuk ke sangkar serigala.
Malam yang dingin ingin dihangatkan dengan kasih dan cinta di antara mereka. Disentuh wajah sang suami. Jemari melata, membelai lembut wajah yang menjadi pujaan hati.
Bibir merekah dengan senyuman bahagia. Bahagia dengan kehadiran lelaki yang tidak pernah melupakan. Lelaki yang sentiasa meletakkannya di hati. Lelaki miliknya.
“You yang goda suami you, sayang. Jangan salahkan I bila you sendiri yang sanggup menempah bahaya,” ucap Nizar tersenyum penuh makna.
Sang isteri yang menyerah diri mana mungkin dibiarkan begitu sahaja. Dia sebagai suami perlu memenuhi keinginan isterinya. Tidak mahu digelar suami derhaka.
“I lebih dari sudi, Zar,” balas Kamila lembut. Menarik kolar baju sang suami merapatkan jurang di antara mereka. Memastikan sang suami tidak dapat menolak ‘hidangan’ di hadapan mata.
“I tak pernah tolak rezeki, sayang. Never,” ucap Nizar menunaikan hajat sang isteri tanpa berlengah lagi. Memanaskan tubuh genit itu menghalang dingin malam menyentuh tubuh itu.
“MASIH tak berputus asa,” komen Kamila sinis. Kagum sebenarnya dengan perempuan tidak tahu malu seperti Farisha. Masih setia datang menayang muka sedangkan lelaki yang diintai langsung tidak sudi memandang.
Tebal benar kulit muka gadis itu. Rasa mahu sahaja disentuh menguji sendiri ketebalan sebenar wajah yang tidak mampu menarik perhatian suaminya.
“Umi mana?” soal Farisha lembut memandang wanita yang menghalang di pintu. Tidak membenarkannya melangkah masuk.
“Cari umi atau cari suami I, huh?” soal Kamila bersahaja.
“Cari umi,” balas Farisha lembut.
“Oh, depan I pun nak berlakon suci. Nak tipu siapa? Nak tipu I dengan suami I? You boleh cuba tipu umi. Tapi tak semudah tu nak tipu suami I. Dia takkan suka perempuan mata duitan macam you ni,” tutur Kamila sinis.
Dia berpeluk tubuh bersandar selesa di pintu. Sebelum ini dia membiarkan sahaja perempuan itu berlakon suci di hadapan Puan Warda.
Namun semakin dibiarkan semakin meloyakan tekak terpaksa menonton lakonan yang jelas plastik. Pelik benar. Bagaimana Puan Warda boleh tertipu dengan lakonan plastik Farisha pun dia tidak pasti.
Bapa mentua dan adik iparnya juga tidak dapat ditipu. Nizar jauh sekali untuk terpedaya. Hanya si ibu mentua buta dalam menilai.
Hari ini dia sengaja menghalang langkah perempuan itu. Ingin menduga sejauh mana perempuan itu sanggup lakukan demi memikat suaminya.
“Kenapa you tuduh I macam ni? I bukan datang sini untuk suami you,” nafi Farisha resah dengan wajah mangsa buli. Seolah Kamila cuba berlaku kejam terhadapnya. Dan dia langsung tidak punya agenda di hati.
“Really?” Sinis nada yang menyoal.
“I dah anggap umi macam ibu kandung I sendiri,” tingkah Farisha membela diri.
Meledak tawa di bibir Kamila. Baik benar gadis di hadapannya itu. Sayang pada Puan Warda begitu tulus dan ikhlas. Macamlah dia mudah untuk ditipu.
“Annoying,” tutur Kamila bersahaja. Namun sinisnya mampu menikam jiwa.
Bertaut kening Farisha bila terus-terusan dibedil perempuan perampas di hadapannya itu. Nada yang sinis cukup untuk mendidihkan amarah di hati. Mahu sahaja dihadiahkan tamparan di pipi si perampas. Biar tahu langit itu tinggi atau rendah.
“Pipi you mesti tebal, kan?” soal Kamila selamba menepuk pipi perempuan di hadapannya. Berkali-kali seolah cuba menguji ketebalan kulit Farisha.
Farisha pantas menepis. Mata mencerlung marah pada wanita yang terlalu bersahaja sedangkan hatinya sudah tidak dapat menahan amukan emosi.
“Erm, tebal,” komen Kamila setelah berpuas hati membuat pemeriksaan.
PANGGG!
Tanpa sebarang amaran, pipi perempuan tidak tahu malu itu menjadi mangsanya. Melekap kesan 5 jari di pipi itu.
Kamila tersenyum puas. Mengangguk-angguk berkali-kali. Lagi-lagi bila wajah Farisha bertukar menjadi merah padam. Tidak lupa pada sepasang mata yang merah berapi merenungnya tajam seolah ingin menelannya hidup-hidup.
“I rasa belum cukup tebal,” ucap Kamila bersahaja. “You perlu tambahkan usaha you untuk goda suami I. You tentu tak nak terlepas jadi pewaris harta dia, kan?”
“Tak guna!” Amarah yang menjulang marak di dada tidak lagi dapat dikawal. Tangan Farisha melayang naik ke wajah mulus Kamila. Malang sekali dielak mudah oleh Kamila.
Kamila tertawa galak bila Farisha tidak lagi cuba berlakon di hadapannya. Sebaliknya menunjukkan warna sebenar.
“Sorry. Kulit pipi I belum cukup tebal. I tak boleh biarkan you lempang I,” tutur Kamila tenang.
“Perempuan tak guna!” tempik Farisha semakin berapi bila cubaannya gagal. Tangan kanannya sekali lagi naik ke wajah itu. Malah tangan kirinya mula mencari rambut Kamila.
Bibir mula menghamun perempuan yang menjadi batu penghalang di antaranya dengan Nizar bila serangannya tidak dapat menembusi benteng pertahanan Kamila. Hilang sudah imej gadis lembut yang cukup sopan di hadapan Puan Warda.
“Kau ingat kau dah menang dapat kahwin dengan Nizar, hah? Aku akan pastikan dia tinggalkan kau!” deram Farisha bengang. Tidak peduli jika ada yang mendengar suaranya di pagi hari. Saat marah menguasai diri, sukar untuk membuat pertimbangan.
“Kenapa you nak sangat suami I tinggalkan I, huh? Sebab harta? Atau sebab you memang terlalu cinta?” soal Kamila dengan nada mengejek. Mempersendakan niat Farisha.
“Cinta?” Farisha tertawa sinis. Siapa yang perlukan cinta lelaki seperti Nizar? Lelaki yang dingin beku.
“Bukan sebab cinta? Mesti sebab harta,” putus Kamila membuat penilaian.
“So, what? Kau tak perlu tunjuk baik depan aku. Kau sendiri tinggalkan dia demi demi harta. Sekarang ni kau balik semula dengan dia sebab dia dah punya segalanya!” tempelak Farisha garang.
“You tak tahu apa-apa. I can forgive you. Just stop coming to see him,” tutur Kamila tenang. Tiada nada marah di situ. Malah kedengaran bersimpati dengan lawannya. Simpati dengan si lawan yang penuh delusi.
“Diam!” jerit Farisha marah. Marah bila lawannya menunjukkan simpati. Seolah dirinya perlukan belas daripada perempuan itu.
“Kau ingat aku nakkan sangat suami kau tu? Kalau bukan status dan harta yang dia…”
“Fari!” Suara Puan Warda melengking tinggi memotong bicara gadis yang sentiasa berbicara lembut di hadapannya.
Sungguh dia tidak percaya saat mendengar sendiri gadis yang diharapkan menjadi menantu mengungkap bicara seperti itu. Hilang sudah kelembutan yang selalu menjadi topeng gadis itu. Membentangkan rupa sebenar yang menghadirkan kecewa di hati.
“U…mi…” Suara Farisha kedengaran lemah. Tahu niat di hati sudah terbongkar. Tidak dapat ditutup lagi. Mustahil untuk Puan Warda mempercayainya selepas ini.
Tangan terkepal kemas. Mata mencerun tajam pada wanita yang menjeratnya ke dalam perangkap. Bijak memainkan emosinya hingga tidak lagi peduli tentang lakonan yang perlu diteruskan.
“Balik!” deram Puan Warda menghalau tidak sudi mendengar sebarang penjelasan lagi.
Walaupun dia sudah tidak menyelar si menantu, dia tetap membiarkan Farisha datang ke rumah mengharap Nizar sudi memandang calon menantu pilihannya. Biar Nizar sendiri dapat melihat perbezaan di antara Farisha dan si menantu hantu.
Dia percaya bila Nizar tahu wajah sebenar Kamila, si anak akan membuka mata. Waktu itu Farisha pasti diberikan peluang untuk mengubat hati si anak.
Siapa sangka hati yang disangka suci hanya menginginkan harta anaknya. Buatnya dihimpit kecewa dan rasa malu. Malu pada si menantu yang sentiasa dipandang benci walhal pilihan yang dibuat terang-terangan hanya mahukan harta.
“Bukan salah, umi. Manusia ramai yang suka bertopeng,” ucap Kamila lembut. Memahami apa yang bermain di fikiran wanita veteran itu.
Puan Warda tidak membalas. Melangkah ke bilik tanpa sepatah kata lagi. Tiada apa yang mampu diungkap ketika ini.
Kamila tersenyum lebar. Melirik pada Farisha yang seperti kehilangan punca. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan setelah hajat di hati terbongkar.
“Get lost. Tak perlu jejakkan kaki kat rumah ni lagi,” ucap Kamila selamba seraya menghempas pintu di hadapan perempuan itu. Menghalau pergi.
“ISTERI I garang sangat hari ni,” komen sang suami sebaik tiba di syarikat sang isteri. Mahu menjemput si isteri pulang.
Di hari minggu pun masih sibuk mahu ke syarikat. Jika dia tidak punya urusan penting di Global Works, sudah tentu tidak dibiarkan sang isteri bekerja di hari minggu.
“Peminat you dah tak dibenarkan datang ke rumah. I takut you tak biasa hidup tanpa peminat,” tutur Kamila sinis.
Manalah tahu dalam diam Nizar tidak berpuas hati kerana menghalau peminat setia lelaki itu pergi. Dia tidak mahu kesalahan itu diletakkan di bahunya.
Apa boleh buat bila hari ini dia tidak lagi mampu bersabar. Ingin mengoyak topeng yang dipakai gadis berwajah palsu itu.
“Peminat I?” soal Nizar tertawa lucu. Isterinya nyata bijak mencari masalah. Berani mengusiknya begitu.
Kamila mengangguk sekilas. Bersandar selesa di kerusi empuk siap berpeluk tubuh merenung sang suami yang kian merapatkan jurang di antara mereka.
“Marah?” duga Kamila menilik riak di wajah sang suami.
Farisha sudah lama mengintai lelaki itu. Diam-diam siapa tahu jika Nizar menyimpan rasa terhadap perempuan lemah gemalai seperti Farisha.
Dia yakin perempuan seperti Farisha tidak kurang peminat. Cuma ingin mengintai calon suami yang lebih hebat. Disebabkan itu Farisha cukup sabar menebar jaring. Sampai satu waktu Nizar mungkin akan terperangkap juga.
Malang sekali Nizar memilihnya pula sebagai isteri. Lalu rancangan perempuan seperti Farisha perlu dihancurkan sebelum mendatangkan masalah di dalam hubungan mereka.
Dia bukan isteri yang lembik hanya mahukan perlindungan seorang suami. Dia tidak akan membiarkan perempuan lain cuba menggoda suaminya.
Selagi Nizar tidak mencari perempuan lain, dia sanggup melindungi suaminya dari gangguan perempuan penggoda. Memastikan tiada orang ketiga di dalam rumah tangga mereka.
Dia tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali. Nizar tidak dibenarkan mencuranginya sama sekali.
“Suka,” balas Nizar bersahaja.
Tangan mula memaku sang isteri di kerusi empuk. Wajahnya didekatkan hingga bibir mereka hampir bertaut.
“I suka bila isteri I tahu cemburu,” tambah Nizar bila sang isteri kelihatan keliru dengan balasannya. “Cemburu tanda sayang. Tanda cinta you pada I.”
“Siapa yang cemburu, huh?” tingkah Kamila menafikan hakikat itu. Bibir memuncung protes dituduh begitu. Cemburu hanya untuk mereka yang tidak tahu nilai sendiri. Dia tahu nilainya di mata Nizar. Lalu untuk apa cemburu pada perempuan seperti Farisha? Humph!
Nizar tertawa kecil. Muncung sang isteri dipagut geram.
“I tak cemburu,” tekan Kamila terus menafikan. Dia cuma ingin memastikan Nizar tidak terpaut pada perempuan lain. Membawa kehancuran di dalam rumah tangga mereka.
“You boleh halau mana-mana perempuan yang cuba dekati suami you. I tak kisah, sayang. You got my permission,” tutur Nizar.
“You ingat I bodyguard you ke? Kalau you suka sangat tarik perhatian bunga di taman… jangan salahkan I kalau ada kumbang yang…”
Belum sempat bicaranya dihabiskan, bibirnya terlebih dahulu disambar sang suami. Menghukum tanpa belas. Bibir yang terlalu berani berbicara tentang kumbang lain.
“Zar…” Mencerun mata Kamila bila tiba-tiba dihukum sang suami. Diusap bibir yang terasa bengkak. Dia baru membuka mulut ingin memberi amaran terus diserang lelaki itu. Dasar suka mengambil kesempatan.
“I tak nak dengar dari bibir isteri I pasal kumbang lain, Mila,” deram Nizar tegas.
“Oh, cemburu,” komen Kamila tersenyum manis.
“Bibir isteri I hanya untuk sebut nama I. Faham?”
Kamila mengangguk perlahan. Menahan tawa bila sang suami diamuk cemburu. Namun dia tidak berani memprovok. Bimbang bukan hanya bibirnya sahaja yang akan menjadi mangsa.
“Let’s go,” ucap Nizar seraya menarik tangan sang isteri untuk diheret pulang.
Jangan ingat hanya bibir merah itu sahaja perlu dihukum bila berani memprovoknya. Seluruh tubuh itu akan diajar agar tidak berani memikirkan tentang lelaki lain.
Sang isteri yang tidak tahu apa yang bermain di kepala sang suami menurut sahaja tanpa sebarang protes. Langsung tidak menyimpan curiga. Tidak tahu malamnya pasti akan merayu agar dilepaskan dari menjadi mangsa ‘dera’.
“WHAT is this?” Ditenung tiket penerbangan di tangan cuba menilik niat sang suami. Kemudian dia mengangkat wajah, menjongket kening menuntut jawapan.
“Our honeymoon,” jawab Nizar senada.
“China?”
Nizar mengangguk sekilas.
“Backpacking?” soal Kamila serius.
Sang suami mengangguk sekali lagi. Mengiakan telahan sang isteri.
“You masih ingat?” Lirih nada yang menyoal. Tidak menyangka lelaki itu masih mengingati hajatnya yang satu itu. Mengembara ke luar negara. Bukan dengan pengembaraan mewah. Sebaliknya cuba meniti kehidupan orang biasa di sana.
Diam-diam dia sukakan cabaran. Pernah mereka berjanji untuk mengembara bersama. Malangnya hajat itu belum kesampaian.
“I tak pernah lupa, sayang.”
“Thank you,” ucap Kamila terharu. Dia pantas merapatkan jurang di antara mereka. Membenamkan wajah di dada lebar sang suami. Pinggang Nizar dipaut erat.
Haruman maskulin sang suami terasa membuai jiwa. Segalanya tentang lelaki itu mampu membeli jiwanya. Lelaki yang sempurna di mata. Luar dan dalam. Tiada apa pun yang mengecewakan.
“Hati isteri I mudah sangat dibeli,” komen Nizar serius.
Kalau perempuan lain, tentu menuntut kemewahan daripadanya. Barang kemas, kereta dan rumah pasti menjadi sebutan.
Isterinya pula langsung tidak pernah meminta apa-apa. Hanya menuntut kesetiaan dalam rumah tangga mereka. Senang benar mahu memuaskan hati Nur Kamila.
“I cuma perlukan you. Selagi you di sisi I, I mampu tersenyum bahagia,” ucap Kamila tidak lokek membuai jiwa sang suami.
“Sweet talker,” kutuk Nizar memicit geram bibir merah yang bijak berkata-kata.
“Hanya untuk you.”
“Really?” Ada ragu di situ. Entah kenapa fikiran mula memikirkan kemungkinan Kamila berbicara manis begini di hadapan bekas suami. Hati dihenyak cemburu.
“You tak percaya?” duga Kamila memahami apa yang mula bermain di kepala sang suami. Keraguan yang hadir mampu menjadi barah di dalam hubungan mereka.
Dia tidak mampu memadam apa yang telah berlaku. Namun dia berani menyatakan yang dia tidak pandai berbicara manis di hadapan Syakir. Tidak pernah. Rasa kasih terhadap Syakir juga tidak sedalam kasihnya terhadap Nizar yang lebih dahulu memonopoli hati.
Mungkin disebabkan itu juga Syakir tidak tersentuh dengan kasihnya. Berlaku curang di belakangnya.
Setiap sesuatu yang berlaku tetap ada salah di kedua belah pihak. Kecil atau besar sahaja yang membezakan. Dan dia tidak akan menyatakan yang dia langsung tidak bersalah dalam keretakan rumah tangga mereka.
“He’s back,” beritahu Nizar tanpa emosi. Hanya sepasang mata hitam itu beralun penuh konflik. Jelas kurang senang kala menerima berita itu.
Kamila tersenyum pahit. Tidak hairan kenapa Nizar mula menyimpan ragu. Kewujudan Syakir di dalam sejarah hidupnya pasti sukar untuk diterima Nizar.
“Kenapa? You takut kehadiran dia buat kedudukan you di hati I tergugat?” soal Kamila sinis. Terasa hati bagai ditusuk sembilu bila dirinya diragui suami sendiri.
Dia meleraikan dakapan di tubuh kekar sang suami. Mencipta jarak di antara mereka. Berkecil hati dengan lelaki itu.
Nizar menuntut kepercayaan daripadanya sedangkan lelaki itu meragui hatinya. Dia mengeluh kecil. Kaki ingin melangkah pergi meninggalkan bilik tidur mereka. Mencipta jarak walau untuk seketika. Malang sekali tubuhnya sekelip mata ditarik kembali ke dalam dakapan hangat sang suami.
“I tak pernah ragu. I percayakan you,” bisik Nizar lembut membenamkan wajah di pipi mulus sang isteri. Segala keraguan dibenam jauh ke dasar hati yang paling dalam. Biar berkubur di situ.
Cinta Kamila kini hanya miliknya. Tak mungkin wujud nama lain selain Nizar Naail. Hanya namanya dibenarkan bertakhta di hati sang isteri.
“Kalau you berani meragui isteri you sendiri… jangan salahkan kalau I hilang dari hidup you,” ugut Kamila serius.
Dia sudah membentangkan hati. Meletakkan percaya pada sang suami. Dia tidak mahu keraguan Nizar merosakkan hubungan mereka.
Disambar dagu runcing sang isteri sebaik mendengar ugutan itu. Seperti biasa bibir yang tidak pandai menapis bicara dihukum sehingga puas.
“You berani… nak hilang dari hidup I, huh? Siapa benarkan you hilang dari hidup I, hurm?”
Kamila pantas menggeleng. Tidak berani membuka bibir lagi. Bimbang suami diktatornya menggunakan peluang itu untuk menghukum.
“You’re not going anywhere, darling. Tempat you di sisi I. Selamanya di sisi I,” tegas Nizar tidak memberi ruang untuk sang isteri menghilang dari hidupnya.
Dia bukan Syakir. Begitu mudah melepaskan sang isteri dari genggaman. Tidak mungkin bertindak sebodoh itu.
PASANGAN yang kelihatan bahagia berpegangan tangan terasa menyakitkan mata memandang. Tangan terkepal erat. Ingin sahaja dia melayangkan tumbukan padu pada lelaki yang tersenyum bahagia. Bahagia bersama bekas isterinya.
Hati mendidih marah. Marah pada wanita yang berjanji tidak akan memilih sesiapa. Buatnya menyangka dia masih punya masa. Lalu urusan syarikat didahulukan.
Andai dia tahu bibir merah Kamila mudah benar mengucapkan bicara palsu, dia tentu kembali ke tanah air secepat mungkin. Menghalang Nizar menakluk Kamila.
Dia langsung tidak menyangka orang kanannya mampu belot setelah disogok Dato’ Saufi. Dia tahu Dato’ Saufi tidak suka dia terus mengejar Kamila lalu menghantarnya ke luar negara. Namun dia langsung tidak menyangka bapa kandung sendiri sanggup menyogok orang bawahannya agar belot.
Bila dia kembali, Kamila sudah pun menjadi isteri lelaki lain. Menyukarkannya untuk mengheret Kamila kembali bersamanya.
Tidak mengapa. Dia belum berputus asa. Kamila pernah meninggalkan lelaki itu untuk bersamanya. Tidak mustahil untuk perkara yang sama berulang kembali.
Dia melangkah pergi meninggalkan pasangan yang enak menikmati makan malam bersama. Bimbang jika dia terus berlama di situ amarahnya tidak dapat dikawal.
Dia perlu merancang dengan baik untuk memastikan Kamila kembali padanya. Tidak boleh terburu-buru dalam menjerat mangsa.
“TAK perlu berlakon macam Mila tu penting sangat dalam hidup Khir. Kalau betul penting… Khir takkan curang kat belakang Mila,” tutur Dato’ Saufi tenang. Tidak terkesan dengan amarah si anak.
“Waktu tu Khir belum tahu menilai,” bidas Syakir bengang. Dato’ Saufi langsung tidak rasa bersalah mencampuri urusannya. Malah menghalangnya dari tahu tentang perkembangan Kamila.
“Menyesal kemudian hari tak ada gunanya. Move forward, Khir. Daddy tak pernah ajar anak daddy pandang ke belakang,” tegas Dato’ Saufi tidak mahu Syakir membuang masa.
“Dengar cakap daddy, Khir,” celah Datin Maslina menyokong si suami.
“Mummy dengan daddy tak perlu sokong Khir. Tak perlu campur urusan Khir dengan Mila,” tingkah Syakir memberi amaran agar Dato’ Saufi tidak lagi cuba mencampuri urusannya.
Dia bingkas bangun meninggalkan kedua ibu bapanya tanpa berpaling lagi. Dia tidak perlukan sokongan sesiapa. Dia hanya mahukan Kamila di sisinya.
“I risau,” keluh Datin Maslina tersenyum kelat. Bimbang Syakir bertindak di luar batasan. Kamila sudah menjadi isteri orang dan Syakir tetap mahu mendapatkan bekas isteri.
Dato’ Saufi diam tanpa kata. Hanya tubuh sang isteri ditarik ke dalam dakapan. Menenangkan hati yang berkocak. Tidak mahu si isteri dibelit kerisauan dek onar si anak.
“MILA nampak pucat,” tegur Puan Warda senada. Wajahnya kelihatan serba tidak kena bila cuba menegur si menantu. Menantu yang kini tidak lagi menjadi mangsa serangannya.
Sejak peristiwa tempoh hari, dia malu untuk berhadapan dengan si menantu. Masakan tidak bila menuduh si menantu dengan gelaran perempuan mata duitan sedangkan calon pilihannya sedari awal lagi punya niat tidak baik.
Selepas apa yang terjadi, dia cuba menganggap si menantu tidak wujud di hadapan mata. Ego untuk mengaku kesilapan diri. Malu.
Namun melihat wajah pucat si menantu pagi ini buat mulutnya laju menegur. Bukan pagi ini sahaja begitu. Semalam pun si menantu tidak kelihatan sesegar selalu. Buat hatinya berdetik musykil.
“Umi pun perasan you nampak pucat,” tingkah Nizar tidak puas hati. Jemari di dalam genggaman dipicit geram. Degil. Sudah dilarang ke pejabat masih tidak mahu mendengar kata.
Tubuh yang tiada tanda sakit mahupun demam membuatnya terpaksa mendengar rayuan isteri yang tetap mahu menghadiri mesyuarat penting di syarikat. Dengan syarat hanya sekejap cuma. Selesai sahaja perlu terus pulang ke rumah.
“Kalau tak urgent I akan dengar cakap you. Duduk aje kat rumah. Jadi isteri mithali,” betah Kamila tersenyum manis cuba melembutkan hati suami.
“Degil!” deram Nizar bengang.
“I tak demam. Cuma lesu sikit aje. Salah siapa pun I tak tahu,” tingkah Kamila meletakkan salah di bahu suami. Bukan salahnya jika Nizar setiap malam tidak gagal menuntut nafkah. Terlebih ‘senaman’ juga mampu memudaratkan tubuh.
“You nak salahkan suami you, hurm?” soal Nizar tersenyum penuh makna. Jika sang isteri mahu menyalahkannya, dia lebih dari sudi menanggung kesalahan itu. Namun akan dipastikan sang isteri tidak dapat ke pejabat sebelum membuat sebarang pengakuan.
“Tak. I tak salahkan you!” Laju Kamila menafikan. Resah bila tahu apa yang bermain di fikiran suami. Dia tidak mahu Nizar mengheretnya kembali ke bilik tidur mereka di pagi hari.
“Ahemmm.” Syazza berdeham kecil. Menjongket kening pada pasangan yang kelihatan begitu bahagia. Buat orang bujang sepertinya dibelit cemburu. Haish, bila pula gilirannya?
Si abang mengerling pada si adik yang sengaja menunjuk riak tidak puas hati. Tersugil senyuman sinis di bibir. Begitu berani mengganggu kemesraannya dengan sang isteri, huh?
“Esok datang syarikat. Kerja,” arah Nizar dengan nada diktator.
Bulat mata Syazza mendengar arahan itu. Dia membuka mulut mahu menyatakan protes. Renungan tajam si abang buatnya mengunci bibir rapat.
Si abang begitu kejam. Dia cuma berdeham dan dia terus dipaksa bekerja di syarikat si abang. Untuk apa bekerja sedangkan dia tidak lama lagi dia bakal menyambungkan pelajaran di luar negara?
Sebelum sibuk dengan kehidupan seorang pelajar, dia ingin berjoli sepuas hati. Bukannya bekerja di syarikat si abang!
“Kak Mila…” Suara Syazza hampir tidak kedengaran meminta simpati daripada si kakak ipar. Mengharap diberikan bantuan.
“Syazz dah nak fly bulan depan. Buat apa kerja dengan you?” protes Kamila. Dia perlu membantu si adik ipar. Tidak boleh membiarkan sang suami menghukum semua orang hanya kerana tidak berpuas hati.
“You nak berehat kat bilik, hurm?” bisik Nizar rapat di telinga sang isteri.
Laju Kamila menjarakkan diri menggeleng resah. Ish, dia ni!
Dia hanya ingin membantu si adik ipar. Siapa sangka dirinya hampir terkorban sama. Dia bingkas bangun. Tidak mahu lambat tiba di syarikat. Atau lebih tepat lagi langsung tidak dapat ke syarikat andai sang suami membuat onar mengubah fikiran tiba-tiba.
Nizar tertawa sinis. Mahu membela si adik? Tidak sedar diri sendiri juga harus dihukum kerana degil tidak mendengar arahan suami.
“Umi… abah… Mila ke syarikat dulu,” ucap Kamila lembut. Kaki laju membuka langkah. Malang sekali sepasang tangan kekar yang membelit pinggang mematikan langkahnya.
Kamila diam tidak berkutik. Hanya mata merenung pintu kayu jati yang hampir dilepasinya dengan sekali langkah sahaja. Apakan daya sang suami lebih pantas menghalang.
“You nak pergi macam tu aje, huh?” bisik Nizar mendesah rapat di telinga Kamila. Giginya digeserkan di situ buat tubuh genit di dalam dakapan kejung sesaat.
“I dah lambat, Zar,” ucap Kamila separuh merayu.
“You’re the boss,” balas Nizar bersahaja. Isterinya merupakan bos besar syarikat. Siapa yang berani menyalahkan isterinya jika lambat menghadiri mesyuarat.
“Zar, please,” pinta Kamila mengharap tubuhnya dilepaskan.
Nizar menghela nafas berat. Berat mahu melepaskan tubuh genit sang isteri. Lagi berat bila memikirkan wajah pucat yang merisaukan hati.
“I hantar you,” tegas Nizar meleraikan pautan di pinggangnya. Tangan sang isteri ditarik agar membuntuti langkahnya. Menuju ke Bentley yang menanti.
Kamila tidak cuba membantah. Menurut sahaja. Nizar sudah berkompromi. Dia tidak mahu Nizar berubah fikiran menghalangnya dari ke pejabat. Kerisauan sang suami buatnya terasa cukup penting dan disayangi.
Nizar memandu tenang. Sebaik tiba di syarikat, Kamila laju sahaja mahu meloloskan diri. Namun sang suami lebih laju bertindak. Bibir sang isteri disambar sebelum dilepaskan pergi.
“I datang ambil you bila you habis mesyuarat. Wait for me,” ucap sang suami memberi arahan. Tidak mahu sang isteri pulang sendiri dalam keadaan pucat begitu.
Kamila mengangguk sekilas. Diraih tangan sang suami lalu dikucup hormat sebelum dia menghilang di sebalik bangunan tinggi mencecah awan di mana syarikat kecilnya masih menyewa.
“DEAL with them,” arah Kamila menghulurkan laporan yang sudah disemak pada pengurus jualannya. Mesyuarat yang mengambil masa selama 2 jam berakhir dengan keputusan yang memuaskan hati.
Syarikat kecilnya akan terus melangkah hingga mampu bersaing dengan jenama-jenama yang sudah lama bertapak di hati pengguna. Cabaran untuk ditawannya.
Dia mencapai tas tangan sebaik pengurus jualannya menghilang dari pandangan. Meraih telefon bimbit untuk menghubungi sang suami. Menurut perintah bila Nizar mengarahkannya menghubungi selepas selesai mesyuarat.
Belum sempat jemari mendail nombor di skrin, sang suami lebih dahulu menghubunginya. Pantas benar.
“Is it done?” soal suara garau di hujung talian.
“Done.”
“Wait for me, my queen. 15 minutes,” ucap Nizar lembut.
“I will be waiting,” balas Kamila mesra. Talian dimatikan. Telefon bimbit diletakkan di atas meja.
Jemari mula memicit dahi yang berdenyut sedari tadi. Semakin dibiarkan semakin hebat menikam sakit.
Tidak tahu apa yang berlaku pada tubuhnya. Sejak 2 hari lalu tubuh mula terasa tidak bermaya. Mudah lesu. Dahi berdenyut tanpa sebab. Dan hari ini sakit itu semakin menjerut.
Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba tidak menghiraukan denyutan di dahi. Menahan perit yang semakin mencucuk. Mungkin dia patut mengajak Nizar ke klinik selepas ini. Memeriksa jika ada yang tidak kena pada tubuhnya. Dia masih tahu menghargai kesihatan diri.
Dikerling jam di tangan. Dicapai tas tangan. Mahu turun menanti sang suami di bawah. Tidak perlu Nizar menunggunya pula nanti.
Sekali lagi telefon bimbitnya berdering meminta perhatian. Diraih laju.
“I’m almost there,” tutur suara di hujung talian.
“Okey,” balas Kamila lembut. Kaki melangkah keluar dari lobi. Ingin menanti sang suami yang pasti tiba tepat pada waktu yang dijanjikan.
Tangan yang tiba-tiba menekup hidung dari belakang buatnya meronta sejenak sebelum segalanya kelam tanpa warna. Hilang tanpa tahu siapa yang begitu berani membawanya pergi.
RAHANG terketap kuat kala memandang gambar yang dihantar penculik isterinya. Siapa lagi jika bukan bekas suami Kamila. How dare him!
Satu per satu gambar kenangan Kamila yang kelihatan begitu intim bersama lelaki itu ditayang di hadapannya. Sengaja ingin mendera hati.
Amarah terasa membuak di dada. Walaupun dia tahu tiada guna memikirkan tentang kisah semalam Kamila dengan bekas suami, hati tetap tidak dapat memadam rasa cemburu di hati.
Apatah lagi ketika ini Kamila berada di tangan lelaki itu. Dia masih tidak tahu di mana lelaki itu membawa isterinya pergi. Masih menanti berita daripada orang bawahannya.
Satu per satu gambar saat Kamila seronok bercinta dengan lelaki itu dipadamnya. Dan setiap kali dia memadamkan gambar yang dihantar, lelaki tidak guna itu akan menghantar gambar yang berbeza. Membuat api di hati semakin marak.
Hati yang diasak cemburu mula berbisik ragu. Fikiran meliar memikirkan kemungkinan yang tidak sepatutnya wujud. Memikirkan yang saat ini Kamilanya mungkin tengah bermesra dengan lelaki itu. Mengulang babak-babak intim yang pernah berlaku di antara pasangan suami isteri.
BAMMM!
Telefon bimbit di tangan dihempas ke lantai. Tidak membenarkan fikiran terus meliar memikirkan kemungkinan yang mampu menghancurkan hubungannya bersama Kamila. Kamilanya tahu menjaga batasan sebagai isteri. Mustahil untuk melakukan perkara terkutuk seperti itu.
Cinta Kamila kini hanya miliknya seorang. Jantan itu tidak dapat merampas Kamila daripadanya lagi. Tidak akan dibiarkan itu berlaku.
Dia akan mencari Kamila hingga ke lubang cacing. Walau di mana pun lelaki itu cuba menyorokkan Kamila, dia tetap akan membawa Kamilanya pulang.
Telefon bimbit yang menjadi mangsa amarah sekali lagi berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Dia tidak dapat menahan diri lalu menekan skrin yang retak dek hentakan tadi untuk melihat sendiri mesej yang dihantar si musuh.
Wajah Kamila yang seperti tenang dalam lena terlayar di mata. Kamilanya begitu tenang hingga tidak sedar kewujudan serigala yang mampu menyerang bila-bila masa sahaja.
Tangan yang memegang telefon bimbit terkepal kemas. Menambahkan retak di skrin yang sudah sedia retak.
She’s beautiful. I can’t wait to…
Ayat itu sengaja dibiarkan tergantung. Ingin memprovok imaginasi seorang suami. Suami yang hebat diasak amarah dan cemburu. Ingin mencari lelaki tidak guna yang begitu berani menculik Kamilanya.
Andai lelaki itu jatuh ke tangannya, dia tidak akan menunjukkan sebarang belas. Pasti lunyai dikerjakannya. Tak guna!
PERLAHAN-LAHAN mata yang pejam terbuka sendiri. Merenung siling putih kala mengorek memori yang membuatnya terdampar di bilik yang kelihatan cukup asing.
“Awake?” Suara garau yang sangat dikenali buat Kamila bingkas bangun. Tindakannya itu buat kepala terasa pusing tiba-tiba. Berpinar pandangannya.
“How dare you!” deram Kamila marah dapat menebak apa yang berlaku padanya. Menjadi mangsa culik bekas suami.
Dia tidak menyangka Syakir sanggup menculiknya walaupun tahu dia sudah menjadi isteri Nizar. Lelaki itu sepatutnya mengundur diri tanpa banyak soal.
“I cukup berani untuk dapatkan apa yang I nak, sayang,” balas Syakir bersahaja.
Dia bingkas bangun dari sofa empuk merapati Kamila di katil. Tangannya tanpa silu mendarat di wajah mulus Kamila. Membelai manja.
“Don’t touch me!” deram Kamila pantas menepis. Wajahnya bukan semurah itu untuk disentuh sesiapa. Hanya seorang suami punya hak itu.
Hati berdetik resah dengan tindakan Syakir yang menculiknya entah ke mana. Dia tidak pasti di mana dia berada ketika ini. Dan tidak tahu penerimaan Nizar sebaik tahu tentang apa yang berlaku.
Marahkah Nizar? Risaukah dia? Atau mula meragui hubungannya dengan Syakir?
Soalan demi soalan mula menghenyak hati. Mendera benak membuatkan dahi yang sebelum ini hebat berdenyut kembali menyerang. Diketap rahang sekuat hati cuba menahan sakit yang mengasak.
“You berani tipu I, Mila,” tuduh Syakir seraya duduk di birai katil. Tidak cuba menyentuh wanita itu buat masa ini. Ingin menuntut jawapan daripada Kamila.
“Tipu you?” soal Kamila hampir tidak kedengaran. Sakit yang mencucuk buatnya sukar mahu berbicara. Pun begitu dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Syakir. Bimbang
“You cakap you takkan tunggu sesiapa. Not me. Not…”
“Perlu ke I jujur dengan you? Bekas suami yang tetap tak faham bahasa walaupun berkali-kali I menolak, huh?” potong Kamila bengang.
“You tetap nak paksa I terima you selepas apa yang you dah buat? You tak pernah fikirkan perasaan I, kan? Tak pernah peduli apa yang I mahukan. You terlalu pentingkan diri, Khir. You hanya tahu apa yang you nak. Jangan ingat bila you dah menyesal you boleh paksa I terima you kembali. So selfish!” deram Kamila meluahkan rasa kecewa. Kecewa dengan sikap kurang matang bekas suami.
Bertaut dahi Syakir mendengar tuduhan itu. Dia ingin membahagiakan Kamila. Ingin membetulkan kesilapan yang dilakukannya. Pentingkan dirikah begitu?
“Kalau I pentingkan diri… macam mana dengan jantan tu, hah? Dia paksa you. Dan you masih boleh terima dia,” selar Syakir bengang.
Mata mencerlung tajam pada wanita cantik di hadapannya. Semakin cantik setelah beberapa bulan tidak bertemu. Buatnya ingin menarik tubuh itu ke dalam dakapan. Menikmati kemanisan yang dulu pernah menjadi miliknya.
“Antara dia dengan you… I lebih rela pilih dia. Dia tak pernah sakiti I. Tak pernah khianati cinta I. Tak pernah pilih perempuan lain di belakang I!”
Syakir mendengus kasar mendengar tuduhan itu. Terpukul dengan kesilapan yang pernah dilakukannya. Kesilapan yang membawa sesalan di kemudian hari.
Benar. Salahnya sendiri tidak tahu menilai di antara kaca dan permata. Ketika Kamila masih menjadi isteri, dia menganggap layanan Kamila terhadapnya cuma satu tanggungjawab. Semua perempuan perlu melayan suami begitu. Tiada beza dengan perempuan di luar sana.
Saat mata terbuka sepenuhnya, baru tersedar betapa istimewanya Kamila. Jauh berbeza dengan perempuan yang cuma mendekatinya kerana status dan harta. Tiada keikhlasan di hati. Andai dia kehilangan semua itu, pasti mereka bertaburan lari.
“I’m sorry,” ucap Syakir mengharap maaf itu dapat melembutkan hati Kamila.
“Too late.”
“You takkan bahagia dengan jantan tu.”
“Why?” soal Kamila sinis. Bahagia yang dimiliki cuba dinafikan bekas suami. Dia langsung tidak bersetuju.
“Sebab dia bukan lelaki pertama dalam hidup you,” tutur Syakir tersenyum sinis. Memahami lumrah seorang lelaki. Mahukan gadis suci.
Walaupun lelaki itu sudi mengahwini Kamila, keraguan di hati tentu sukar untuk disembunyikan. Apatah lagi bila mereka berduaan begini. Pasti lelaki itu sedang diamuk amarah menggila.
“I percayakan dia,” ucap Kamila serius. Tidak mahu meragui suami sendiri di hadapan Syakir.
“Really? Macam mana dengan dia? You rasa dia akan percayakan you lepas I hantar gambar-gambar kita bersama dulu?”
“You!” Berapi mata Kamila sebaik mendengar tindakan lelaki itu.
Dada berombak marah. Rasa mahu sahaja dikoyak senyuman sinis di bibir lelaki itu. Lelaki yang tidak sudi melihatnya bahagia bersama Nizar. Ingin merosakkan harmoni di antara pasangan suami isteri.
“Come back with me, Mila. I akan bahagiakan you. I takkan ragu tentang hati you. Takkan…”
“Are you sure?” bidas Kamila tertawa sinis. Jika Nizar yang begitu setia pun punya keraguan di hati. Lagikan lelaki seperti Syakir yang begitu selesa mencari pengganti di luar.
“Very…”
Kata-katanya terhenti bila Kamila tiba-tiba bingkas turun dari katil dengan wajah pucat berlari laju ke bilik air. Memuntahkan segala isi perut di sinki hingga seluruh tubuh terasa lembik.
“Mila,” panggil Syakir resah. Keliru dengan apa yang berlaku.
Bluekkk!
Kamila terus memuntahkan segala isi perut yang bersisa. Rasa loya yang menyerang tiba-tiba buat wajah yang sudah sedia pucat bertambah pucat.
Peluh sejuk mula merenik di dahi. Rasa loya masih hebat mengasak biarpun tiada apa lagi yang dapat dimuntahkan ke sinki.
“Get me a doctor,” arah Syakir pantas menghubungi orang bawahannya. Tidak betah melihat keadaan Kamila yang jelas kelihatan tidak bermaya. Wajah pucat wanita itu terasa menjerut hati.
Dia cuba memaut tubuh genit itu agar bersandar di tubuhnya. Ditolak pantas Kamila. Lebih rela berpaut kejap pada sinki.
Syakir tidak memaksa. Dalam keadaan Kamila yang lemah begitu, dia tidak mahu menambah masalah. Dia tahu dia tidak punya hak itu.
BERITA yang terbit dari bibir doktor wanita veteran itu buat bibir yang kelihatan pucat tidak berdarah tetap mampu tersenyum manis. Berita yang dinanti setiap isteri yang mencintai suaminya.
Perlahan-lahan disentuh perut kempis yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda. Tidak bermakna tiada nyawa yang menumpang di situ.
“You can go,” arah Syakir menghalau doktor wanita veteran itu pergi. Mahukan privasi di antara mereka.
Syakir tersenyum pahit memandang wanita yang tidak mungkin kembali menjadi miliknya. Bicara si doktor mematikan segala harapan.
Dia mungkin mampu memisahkan seorang isteri daripada suaminya. Namun tidak seorang ibu daripada anaknya.
Hati bagai direnggut kejam. Malangnya, dia sedar terlalu lewat. Tidak mampu mengheret Kamila kembali ke dalam hidupnya.
“I’m pregnant,” ucap Kamila senada. Ingin memasakkan kenyataan itu di benak lelaki yang cuba memisahkannya daripada Nizar. Mengharap lelaki itu mematikan segala niat yang tidak sepatutnya ada.
“Happy, huh?” soal Syakir sinis. Ketika bersamanya tidak pula mereka mendapat berita gembira seperti ini.
Mungkin jika wujud si kecil yang memeriahkan rumah tangga mereka, dia tidak akan mencari perempuan lain di luar. Mungkinkah?
Meledak tawa di bibir. Tiada guna memikirkan kemungkinan yang tidak akan menjadi kenyataan. Segalanya telah berlalu. Tidak mampu diulang kembali.
“Semestinya,” balas Kamila bersahaja. Direnung lelaki tinggi lampai yang jelas kecewa. Simpati menjentik hati. Simpati pada lelaki yang menyesal di kemudian hari.
“Jangan gembira sangat. I takut you bersedih nanti bila you sedar suami you masih meragui cinta you. Masih tak dapat menerima you sepenuh hati,” tingkah Syakir memberi amaran.
Hati yang sakit tidak membenarkannya mendoakan bahagia buat bekas isteri. Dia mahu Kamila dikecewakan lelaki itu. Tidak sudi melihat bahagia di wajah cantik itu bila bukan dirinya yang berada di sisi.
“I akan tunggu sampai dia dapat terima I sepenuhnya. You tak perlu risau,” balas Kamila lembut. Yakin dapat menghilangkan keraguan di hati Nizar suatu hari nanti.
“Don’t you love me, Mila?” soal Syakir lirih berat mahu melepaskan pergi.
“I pernah jatuh cinta pada lelaki yang jadi suami I,” balas Kamila tenang.
“How about now?”
“You sendiri tahu jawapannya, Khir.”
Syakir tetawa sinis. Benar. Dia sendiri tahu jawapannya. Hanya dia yang berdegil ingin cuba meraih cinta Kamila sekali lagi.
Dia bingkas bangun. Melangkah pergi tanpa sepatah kata. Melepaskan Kamila yang tidak mungkin menjadi miliknya lagi. Kehadiran nyawa di dalam rahim wanita itu menidakkan segalanya. Lebih baik berundur dari mendera hati sendiri.
Kamila menghela nafas lega. Memandang hingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan. Terlepas satu beban yang mengganggu hidup.
Dia bingkas turun dari katil. Mencari tas tangan dan telefon bimbit yang tidak kelihatan. Puas dicari tidak juga ditemui. Lalu dia melangkah ke pintu. Berkali-kali mencuba, jelas berkunci. Terus mengurungnya di sini.
Damn him!
Hati menghamun lelaki yang masih sengaja ingin menyusahkannya. Tidak sanggup melepaskannya begitu sahaja. Nyata mahu merumitkan keadaan.
Tubuh yang lesu buatnya kembali merebahkan tubuh ke katil. Tidak lama untuk matanya pejam dibuai lena. Menanti sang suami membawanya pulang. Keyakinan terhadap lelaki itu buatnya tahu Nizar tidak akan gagal mencarinya.
BISU. Tiada siapa cuba membuka mulut demi memecahkan keheningan yang terasa mencengkam. Masing-masing tenggelam dalam fikiran yang dalam. Melayan emosi yang berantakan ketika ini.
Bukan begini reaksi yang sepatutnya diterima setelah kes penculikan berakhir tanpa pertumpahan darah. Si penculik membawa diri tanpa sempat bertemu si suami. Meninggalkan si mangsa tanpa sebarang pengawasan. Mangsa yang kelihatan tenang dalam lena. Seolah terlupa pada sang suami yang diamuk risau.
“Marah?” soal Kamila bersahaja nadanya. Memecah keheningan suasana.
Dia faham benar apa yang bermain di fikiran sang suami ketika ini. Cemburu yang berapi dengan keraguan yang mengasak hati buat lelaki itu membisu di hadapannya.
“Should I?” tingkah Nizar cukup sinis.
Masakan tidak marah saat ditemui sang isteri begitu tenang dalam lena. Seolah apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan isterinya itu. Berada di dalam genggaman lelaki lain seperti sudah menjadi perkara biasa.
Hakikat itu buat keraguan di hati merusuh hebat. Langsung tidak sedar yang tubuh lemah si isteri begitu mendera ketika itu hingga tidak mampu menahan diri dari tenggelam dalam lena yang panjang. Menanti si suami datang menjemput.
Kamila tersenyum pahit. Diragui suami nyata menjerut hati. Dia melangkah keluar sebaik kereta terhenti di laman banglo milik sang suami. Menghilang ke bilik tidur mereka.
Tubuh yang lesu masih menuntut rehat. Rasa loya terus menguasai diri. Mujur tidak lagi perlu menghabiskan masa di sinki. Tiada apa yang mampu dimuntahkan bila perut terlalu kosong.
Saat ini dia hanya ingin kembali memejam mata. Melupakan seketika sakit di hati. Memberi rehat pada tubuh agar segar esoknya.
Belum sempat dia merebahkan diri di katil, tubuhnya lebih dahulu disambar sang suami. Memaksanya berpaling berhadapan dengan lelaki tinggi lampai itu.
“You tak ada penjelasan untuk I, huh?”
Soalan itu seolah meletakkan kesalahan di bahunya. Macamlah dia sengaja mengikut Syakir pergi. Bukan sekadar menjadi mangsa.
“Penjelasan apa yang you nak? Yang I sanggup ikut bekas suami I ke hotel? Sanggup bersama dia sedangkan I punya suami. Yang I ni perempuan murah di mata you. Tak tahu dosa dan pahala. Sanggup ikut jantan lain…”
“Nur Kamila!” Tinggi suara Nizar memecah kesunyian malam. Amarahnya menyala marak diprovok sang isteri. Rahang terketap kuat cuba mengawal api dari membakar hangus sang isteri.
Dagu runcing sang isteri disambar kasar. Sepasang mata hitam berapi merenung sang isteri yang kelihatan begitu sinis ketika ini. Jelas mempertikaikan layanannya.
“You tak percayakan isteri you.”
Tuduhan itu buat Nizar terpukul dengan kelemahan diri. Tidak mampu membuang ragu di hati saat sang isteri dibawa pergi bekas suami. Lelaki yang lebih dahulu memiliki Kamilanya.
“Kalau you tak mampu percaya… kenapa you tetap nak heret I dalam perkahwinan ni, hurm? Kenapa you tak biarkan I sendiri? Kenapa, Zar?” soal Kamila sayu.
Nizar terdiam lama. Tidak mampu membalas tuduhan sang isteri. Sesungguhnya dia tidak dapat mengawal diri kala melihat gambar-gambar yang menunjukkan kemesraan di antara Kamilanya dan lelaki tidak guna itu.
Walaupun semua itu cuma memori silam, dia tidak dapat menghalang diri dari memikirkan kemesraan itu mungkin berulang kembali. Lagi-lagi bila sang isteri berada di tangan lelaki itu. Cemburu yang menjulang marak menyukarkannya untuk berfikir secara rasional.
“You masih tak percayakan I,” ucap Kamila lirih. Bibir bergetar hiba.
“It hurts, Zar.” Disentuh dada yang berdenyut sakit. “
“Apa yang I patut buat untuk you percayakan I, huh? Apa yang I patut buat, Zar?” soal Kamila sayu.
Air mata yang sukar untuk tumpah mula bergenang di tubir mata. Mengugut untuk gugur bila-bila masa sahaja.
“Mila…”
“You ingat dalam hati I masih ada dia. You ingat nama you tak cukup kuat dalam hati I, kan? Why? Sebab I pernah tinggalkan you sebelum ni, kan? Betul?” duga Kamila menebak jauh ke dalam hati sang suami.
Malam ini biar mereka berbicara dari hati ke hati. Biar segalanya terbentang di hadapan mata. Tidak mahu ragu di hati menjadi barah yang menghancurkan perhubungan mereka.
Malang sekali tiada balasan yang diterima daripada sang suami. Hanya renungan redup lelaki itu buat hatinya bergetar hiba. Air mata yang cuba ditahan gugur satu per satu.
Dia tahu apa yang tersirat di hati sang suami. Lelaki itu menyangka dia tidak menyimpan rasa yang sama. Disebabkan itu dia mampu berlaku kejam. Meninggalkan kekasih hati tanpa berpaling lagi. Seolah apa yang berlaku tidak merobek hati sendiri.
“You ingat I tak ada hati. Tak tahu rasa sakit bila terpaksa tinggalkan you dulu, huh? Hati I… it hurts.”
Air mata mengalir laju saat mencarik luka lama. Walaupun dia yang memilih untuk meninggalkan lelaki itu, hatinya tetap berdarah luka.
Dia sebenarnya tidak rela. Tidak rela melepaskan lelaki tersayang. Tidak rela memungkiri janji di antara mereka. Jauh sekali ingin bersama lelaki lain.
Sayang sekali semua itu hanya mampu dipendam sendiri. Dibenamkan jauh ke dasar hati. Biar tiada siapa tahu luka yang berdarah. Menganggap dirinya berhati batu. Dingin dan beku.
Kamila tertawa hiba. Terasa lucu bila semua orang menganggapnya seperti tidak punya hati dan perasaan. Dia cuma manusia biasa. Mustahil tidak punya rasa. Bahagia kala diberikan cinta. Sakit bila terpaksa meranapkan impian sendiri. Impian untuk bersama kekasih hati.
“Kalau you masih ragu, I boleh pergi…”
“Don’t you dare!” deram Nizar marah. Bengang bila sang isteri suka benar ingin menarik diri.
Seperti biasa hukuman dijatuhkan ke atas pesalah. Pesalah yang kelihatan lemah tidak berdaya di dalam rangkulannya. Air mata yang merembes membasahi wajah disapu lembut. Ingin menyapu segala duka yang berlabuh di hati sang isteri.
Akal menghamun hati. Hati yang begitu berani meragui cinta seorang isteri. Dia yang memilih untuk mengheret Kamila kembali ke sisi. Apa haknya untuk meragui hati Kamilanya?
“Just let me go,” pinta Kamila sayu. Cuba menolak dada lebar yang melekap di dadanya.
Apa guna berada di sisi lelaki yang tidak mempercayai isteri sendiri? Meragui setiap bicaranya.
“Sekali lagi you berani cakap macam ni… jangan salahkan I bila you tak dapat buka mulut berbulan lamanya,” ugut Nizar memberi amaran.
Kamila mengetap bibir rapat. Bibir yang bergetar menahan hiba. Sakit di hati terasa begitu mencengkam. Seluruh tubuh terasa lemah dibadai emosi.
Dia tidak suka kelihatan lemah di hadapan sesiapa. Namun malam ini dia tidak dapat mengawal emosi. Mungkin kehadiran si kecil mempengaruhi hati dan perasaannya.
“Maafkan I, sayang. Maafkan suami you, Mila,” ucap Nizar lembut. Tidak silu memohon kemaafan daripada Kamilanya. Keraguan yang hadir dibenamkan jauh. Biar tenggelam tidak mungkin muncul mengganggu hubungan mereka lagi.
Kucupan hangat singgah di dahi sang isteri. Lama di situ. Menyatakan cinta yang sarat. Cinta yang tak mungkin berubah. Malah semakin hari semakin dalam.
“You are my wife. My queen, Mila. I takkan pernah ragu lagi, sayang.”
Segala imej sang isteri bersama lelaki lain dipadam hingga tidak meninggalkan sebarang sisa. Kamila kini miliknya. Tiada apa yang lebih penting dari memiliki sang isteri yang diinginkan.
“Betul ni?” soal Kamila hampir tidak kedengaran. Mengharap kepercayaan seorang suami.
“I takkan tipu isteri I, sayang,” balas Nizar lembut. Membenamkan wajah di leher jinjang sang isteri.
“Kalau you berani tipu I… I akan bawa lari anak you jauh dari sini,” ugut Kamila memberi amaran.
Terjongket kening sang suami mendengar ugutan itu. Ingin diajar bibir sang isteri agar tidak lagi berani mengugutnya. Namun soal anak yang timbul buat fokusnya tertumpu pada isu yang satu itu.
Sepasang mata hitam tunak merenung hingga ke dasar hati sang isteri. Ingin mengorek jawapan sebenar.
Kamila tersenyum sumbing. Tangan lebar yang berada di pinggang dibawa ke perut kempisnya. Membiarkan sang suami mencari jawapan sendiri.
Sepasang mata hitam mendarat di perut di mana tangannya melekap kemas. Melata di situ. Membelai-belai bagai cuba berinteraksi dengan si kecil yang menumpang di situ.
“I’m pregnant,” bisik Kamila lembut memasak kenyataan itu di benak sang suami. Suami yang begitu berani meragui cintanya.
Nizar mengangkat wajah. Merenung seraut wajah indah di hadapan mata. Hati berbunga harum saat mendapat berita yang ditunggu-tunggu.
Sekelip mata tubuh genit itu dirangkul hingga tidak menjejak lantai. Diperlakukan seperti anak kecil pula. Wajahnya dibenamkan di perut kempis sang isteri. Membuatkan sang isteri terjerit geli.
“Turunkan I,” tingkah Kamila geram. Dia dirangkul seperti anak kecil. Buat wajahnya terasa berbahang tiba-tiba. Pun begitu dia tidak berani meronta.
“Terima kasih, sayang,” ucap Nizar syahdu. Menghargai kehadiran seorang isteri. Isteri yang memberikan hadiah terbaik untuknya.
“Thank you.”
Kamila tersenyum tanpa kata. Ucapan terima kasih seorang suami sudah cukup untuk membuat emosi yang terdera terubat begitu sahaja. Terasa diri begitu berharga di mata lelaki itu.
“AHHH!” Terjerit Kamila bila kakinya tidak lagi menjejak lantai. Baru sahaja ingin menuruni tangga, tubuhnya sudah berada di dalam rangkulan suami. Buat wajahnya terasa berbahang.
Masakan tidak bila Nizar selamba mendudukkannya di meja makan di hadapan mentua dan si adik ipar. Malu!
Sejak diri disahkan hamil, si suami bukan main lagi risau. Tidak membenarkannya memanjat dan menuruni tangga sendiri. Macamlah dia sudah terlalu sarat untuk membawa tubuh.
Perutnya belum lagi menunjukkan sebarang perubahan. Masih ramping tanpa sebarang lemak.
“Mila nak makan apa? Nasi lemak? Mee goreng?” soal Puan Warda tersenyum senang.
“Mee goreng, umi,” balas Kamila lembut.
Ini seorang lagi. Si mentua yang selama ini dingin dengannya berubah sekelip mata sebaik mendapat berita gembira tentang kehadiran bakal cucu.
Si mentua tidak sudah menyogoknya dengan makanan. Seperti sengaja mahu menaikkan berat badannya.
Kehadiran si kecil nyata menambah cahaya di dalam hidup. Tiada lagi kata-kata sinis dari ibu mentua. Tiada lagi gangguan orang ketiga. Si Farisha yang dihalau pergi masih cuba ingin menunjukkan muka. Namun dihalau tanpa belas oleh Puan Warda.
Tanpa sokongan Puan Warda mana mungkin perempuan itu mampu mendekati Nizar. Nizar yang meletakkannya di tangga teratas hingga tidak sudi memandang perempuan lain.
Syakir pula membawa diri ke luar negara. Tidak akan pulang untuk jangka masa yang lama. Dato’ Saufi sendiri yang memastikan itu berlaku di atas tanda kesal dengan tindakan anak tunggalnya.
Jika diikutkan hati sang suami yang marah pasti sudah dicari lelaki yang cukup berani menculiknya hingga ke lubang cacing. Tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa menumpahkan setitik darah pun.
Namun memikirkan Dato’ Saufi yang pasti melindungi Syakir, dia memujuk Nizar agar tidak meneruskan niat itu. Tidak mahu mewujudkan sengketa dengan bekas mentua yang baik dengannya. Lagi pula Syakir tidak melakukan apa-apa terhadapnya.
Mujur sahaja kehadiran si kecil menghalang lelaki itu dari membawanya pergi. Mematikan segala harapan hingga Syakir membawa diri ke luar negara.
“Nak makan suami you, hurm?” Suara garau yang berbisik rapat di telinga buat Kamila terkebil-kebil sesaat.
“I’m still here, darling.” Nada amaran jelas kedengaran. Menuntut isteri fokus pada suami di sisi.
Kamila tersenyum sumbing. Memikirkan tentang rentetan peristiwa yang berlaku buatnya terlupa tentang diktator di sisi. Sentiasa mahukan perhatian seorang isteri. Cukup pantang jika dia ‘hilang’ walau sesaat pun. Ish!
“I tahu.”
“Tapi you masih berani ‘hilang’, sayang,” desis Nizar jelas tidak puas hati.
“Bukan salah I. Anak you yang salah,” tingkah Kamila meletakkan salah pada si kecil yang belum tahu apa-apa.
“Oh, anak I yang salah, huh? Apa anak I buat pada you?” soal sang suami menuntut jawapan. Jika jawapan yang diberikan tidak dapat diterima akal, dia punya banyak cara untuk memastikan sang isteri tidak mengulangi kesilapan yang sama.
“Anak you buat isteri you mudah ‘hilang’. I rasa mungkin sebab pembawakan budak,” adu Kamila serius nadanya.
“Erm, malam ni I akan ajar anak I cukup-cukup. I tak benarkan dia buli mama dia,” balas Nizar tersenyum penuh makna. Makna yang mampu difahami sang isteri.
“You!”
“Mungkin you tak nak tunggu malam menjelma. Sekarang pun I boleh…”
Kamila pantas menekup bibir sang suami. Jika dibiarkan terus berbicara, mana mahu diletak muka di hadapan mentua yang sudah tersenyum-senyum memandang mereka. Dasar suami miang!
Dia bingkas bangun. Tidak betah berada di meja makan dengan suami yang tidak sudah cuba mengusik. Lebih baik cepat ke pejabat menyelesaikan segala kerja yang menuntut perhatian.
“You nak ke mana, sayang?”
“Kerja.”
“Siapa yang benarkan, hurm?”
Kamila mendengus geram. Mata mencerun tajam pada sang suami yang suka benar menggunakan kuasa veto. Dia tahu jika dia tidak cuba memuaskan hati lelaki itu dia pastinya tidak dibenarkan melangkah keluar dari rumah.
Dihampiri sang suami yang selesa berpeluk tubuh menantinya penuh sabar. Disambar kolar kemeja yang dipakai lelaki itu. Lalu ditarik agar menunduk rapat hingga bibir mereka bersatu.
“Can I go now?” soal Kamila bengang melepaskan kolar kemeja lelaki itu.
“I hantar you,” balas Nizar tersenyum kemenangan. Suka dapat membuli sang isteri. Melihat wajah mulus itu merona merah setiap kali memberikannya ciuman hangat.
“Fine.”
Kamila hanya mampu menurut. Kini dia tidak lagi dibenarkan ke pejabat sendiri. Dihantar dan diambil oleh sang suami. Malah Nizar akan memastikannya tiba hingga ke bilik kerja sebelum berani meninggalkannya. Tidak mahu insiden yang sama berulang kembali.
Keprihatinan sang suami terasa membuai hati. Buatnya tidak dapat menolak walau dia lebih suka berdikari tanpa bantuan sesiapa.
Apakan daya suaminya terlalu diktator untuk mendengar sebarang bantahan. Diktator yang bijak menghangatkan seluruh jiwa dan raganya.
TIKET di tangan dipandang lama sebelum dicampak ke bakul sampah. Keadaannya sudah tentu tidak membenarkan mereka untuk mengembara bersama.
“Kita punya masa yang panjang, sayang,” ucap Nizar memujuk.
Rancangan untuk mengembara bersama terpaksa ditangguhkan. Diusap ubun-ubun sang isteri lalu dikucup sayang.
“Semua salah you,” tingkah Kamila sengaja menyalahkan suami yang tidak berhenti berusaha.
“Erm, salah I,” akui Nizar tersenyum lebar. Salah yang membawa bahagia untuk mereka berdua.
“Zar…” Lembut suara sang isteri menyeru suami yang mendakap kemas tubuhnya di balkoni. Menikmati malam yang terang di bawah sinaran bulan purnama. Mendamaikan.
“Hurm?”
“Do you want a boy… or a girl?”
“Both. As long as they are from you,” balas Nizar melekapkan tangan di perut sang isteri. Membelai di situ.
Bibir merekah mendengar jawapan itu. Jawapan yang sentiasa mampu menyentuh hati. Memberikan kehangatan pada sekeping hati yang dulunya dingin dan beku. Mencair di tangan Nizar Naail.
“I bahagia, Zar. Bahagia jadi isteri you. Terlalu bahagia,” bisik Kamila lembut. Tersenyum manis untuk tatapan suami tersayang.
“Tugas Nizar Naail untuk bahagiakan Kamilanya,” balas Nizar tersenyum senang.
Apa lagi yang diinginkan ketika ini? Dia cuma ingin mengekalkan senyuman manis di bibir merah itu. Selamanya. Biar tiada siapa berani mencarik bahagia Kamilanya. Titik.
MAJLIS persandingan yang berlangsung cukup meriah. Malangnya tidak dapat menimbulkan senyuman di bibir si pengantin perempuan. Memuncung tidak puas hati. Tidak peduli pada tetamu yang membuat spekulasi.
Kamila tergeleng sendiri dengan tingkah si teman. Langsung tidak tahu berlakon. Terlalu berterus-terang. Tidak kisah mata yang memandang.
Kamila menyentuh pinggang yang terasa sengal dek perut yang memboyot. Menanti si pengantin di pelamin indah punya masa untuk bertemunya sebelum pulang.
Kandungan yang semakin sarat nyata menyukarkan pergerakan. Jika diikutkan diktator seorang suami, dia tidak lagi dibenarkan melangkah ke mana-mana. Ke syarikat juga dilarang keras.
Semua kerjanya terpaksa dibawa ke rumah oleh Aisya. Sebagai isteri yang taat, dia wajib mendengar kata.
Tangan yang tiba-tiba mengesat peluh yang merenik di dahi buatnya berpaling pada suami di sisi. Suami yang ingin mengajaknya pulang. Bimbang benar dia tidak selesa bila duduk terlalu lama.
“I okey. Tunggu Lia kejap,” ucap Kamila lembut.
Hari ini hari bahagia Dahlia. Mana mungkin singgah sekejap cuma. Sudahlah dia tidak dapat menjadi pengapit gadis itu. Takkanlah tidak menanti walau sebentar untuk memberi pesanan buat pengantin baru.
Tidak lama untuk Dahlia sendiri mencarinya sebaik terlepas dari terus statik di atas pelamin. Kamila tersenyum lebar memandang wajah manja si teman yang disolek cantik.
“Mana ada pengantin muncung macam kau ni,” tegur Kamila kurang senang.
“Pengantin kena paksa,” balas Dahlia melirik pada pengantin lelaki yang sibuk mengikut jejaknya. Tidak peduli andai lelaki itu terasa hati. Dia cuma bercakap benar.
“Kalaupun kena paksa… tak perlu tunjuk pada semua orang.”
“Oh, aku terlupa. Kau pun dulu kena paksa jugak. Tapi masih mampu berlakon depan semua orang,” bidas Dahlia sinis.
Dia bukan seperti Kamila. Mampu berlagak seperti tiada apa yang tidak kena. Dia langsung tidak tahu berlakon. Segalanya tertera di wajah. Bahagia, marah, kecewa mahupun sedih. Terang-terangan akan terlayar di wajah.
“Tapi lakonan tu dah jadi realiti,” balas Kamila tersenyum lebar. Mata mengerling pada sang suami yang menjadi pendengar setia. Bila isteri berbicara, si suami lebih senang menjadi guardian angel. Tidak cuba ikut campur.
“Aku takkan berlakon. Sebab aku tahu takkan jadi realiti.”
“Mana kau tahu takkan jadi realiti?” tingkah Kamila melemparkan senyuman penuh makna pada si pengantin lelaki. Dibalas dengan senyuman lebar menunjukkan kebahagiaan di hati.
Pengantin lelaki jelas merasa bahagia biarpun pasangannya masih menunjukkan rasa tidak suka. Mungkin terlalu yakin yang dia dapat menundukkan si pengantin perempuan.
“Ouch.” Kamila menyeringai sakit bila jemarinya yang berada di dalam genggaman suami dipicit kuat. Memberi amaran pada isteri yang sibuk berinteraksi dengan lelaki lain.
Kamila menjeling tajam suami di sisi. Kuat benar cemburu. Dia bukannya cuba curang. Cuma ingin memastikan si sahabat baik berada di tangan yang betul.
“Aku tahu la,” tingkah Dahlia cuba menyakinkan diri walau ada keraguan di situ. Masakan tidak bila dia tidak pernah menyangka akan menjadi suri lelaki itu.
Bagaimana selepas ini? Mungkinkah dia akan bahagia di samping lelaki yang dianggap musuh? Menerima lelaki itu sepenuhnya di dalam hidup?
Dia tertawa bisu. Tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini. Tiada sebarang pengharapan bila memikirkan tentang Tuan Marzuki. Dia bersetuju hanya kerana Tuan Marzuki mahu melihatnya di sisi lelaki itu. Jika tidak jangan harap dia sanggup!
Melihat si teman yang seperti hilang dilambung ombak perasaan buat Kamila tersenyum nipis. Terletus keluhan kecil di bibir.
Dia pernah berada di tempat Dahlia. Berkahwin kerana terpaksa dan dipaksa. Namun lelaki yang memaksa rupanya terlalu cinta. Dan dia yakin Muiz juga sama. Mencintai Dahlia jiwa dan raga. Jika tidak lelaki itu tidak akan memaksa, memastikan Dahlia menjadi miliknya.
“Dia akan buat kau bahagia,” ucap Kamila lembut memujuk. Mengharap Dahlia mudah menerima kehadiran seorang suami. Bukan terus membutakan mata.
Dahlia mencebik tidak percaya. Tidak mahu percaya. Sejarah di antara dia dan lelaki itu buatnya sukar untuk percaya.
“Time to go,” tutur Nizar yang diam sedari tadi.
Kamila mengangguk setuju. Perlahan-lahan membuntuti langkah sang suami. Setia menurut.
“Risau, hurm?” soal Nizar memaut dagu sang isteri sebaik memboloskan diri ke dalam perut Bentley yang menanti.
“Nope.” Kamila menggeleng perlahan.
“Why not?”
“Sebab I yakin Dahlia bernasib baik macam I. Dicintai lelaki bernama suami,” balas Kamila serius.
“Sweet talker,” sang suami tersenyum lebar. Menjentik lembut dahi licin sang isteri yang kini bijak membeli hatinya.
Bibir merah sang isteri merekah membalas senyuman yang membawa seribu satu makna. Senyuman yang memberi kemanisan yang berpanjangan. Menyinari hari-hari yang mendatang.
MENINGGALKAN si kecil selama 2 minggu terasa berbaloi kala berdiri di Tembok Besar Cina yang menjadi salah satu tarikan yang hebat untuk sesiapa yang menjejakkan kaki di negara ini.
Seni bina yang indah. Mengagumkan. Sesiapa yang datang pasti punya pandangan yang sama. Terpukau dengan ciptaan manusia yang nampak lemah namun sebenarnya punya kekuatan yang sukar untuk dinafikan.
Hajat di hati untuk mengembara bersama sang kekasih tertunai juga setelah si kecil berusia lebih setahun. Ditinggalkan bersama nenek-nenek yang rela melayan keletah si kecil yang mula nakal.
Umur baru setahun jagung, bibir begitu petah berbicara. Bertanya itu dan ini. Sampaikan penat mahu menjawab.
“We are here,” ucap Nizar memagut telinga sang isteri yang mula ‘hilang’ entah ke mana.
“Erm, we are here,” balas Kamila memuncungkan bibir protes. Di sini pun suaminya masih sesuka hati ingin mendera.
“You tak patut fikirkan tentang orang lain sedangkan suami you ada dengan you.” Nada sang suami mula berubah. Bahaya menanti jika sang isteri masih ingin ‘hilang’ meninggalkannya sendiri,
“Orang lain, huh? Anak you pun orang lain ke?” duga Kamila geram.
Kalau si kecil sudah berumur 5 tahun pandai melangkah sendiri dia pastinya mengheret bersama. Tidak perlu ditinggalkan membuat hatinya dirusuh rindu.
“You cuma boleh fikirkan tentang anak I bila I tak ada depan you. Bila I ada depan you… fikiran you, hati dan jiwa you cuma untuk suami you,” tegas Nizar tanpa silu.
Si kecil mahu memonopoli isterinya? Jangan bermimpi. Kamila miliknya seorang. Hanya sesekali dibiarkan si kecil memonopoli mamanya. Itu pun bila dia terlalu sibuk di syarikat. Jika tidak pasti dilempar pada nenek yang terlebih sudi berkepit dengan cucu.
“Urgh, itu anak you tahu,” deram Kamila geram.
Si suami yang suka memonopoli buatnya kurang masa bersama si kecil. Si kecil lebih suka tidur dengan si nenek dari berkepit di bawah ketiak mamanya. Semua sebab si papa yang berkira benar.
“Sebab anak I dia perlu dengar cakap papa dia,” balas Nizar tanpa rasa bersalah.
“You!”
“Kenapa? Tak puas hati? Nak tambah seorang lagi, hurm? I’m more than willing, darling,” bisik Nizar membenamkan wajah di pipi mulus sang isteri.
Lengan kekar mula membelit pinggang ramping si isteri. Kepala ligat mencari taktik untuk memboyotkan perut kempis sang isteri sekali lagi. Seorang mana cukup.
Dia mahukan anak gadis pula kali ini. Biar secantik si mama. Akan dimanjakan, ditatang bagai minyak yang penuh.
“Gatal!”
“Cuma dengan you, sayang,” bisik Nizar lembut menggetarkan hati sang isteri.
Kamila tertawa kecil. Menyandarkan tubuh di dada bidang sang suami. Menikmati pemandangan indah di hadapan mata. Seindah kasih dan cinta suami miliknya.
T.A.M.A.T